بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 23 Februari 2013

Baby Bus application uji dan rangsang minda anak

Assalamualaikum




Nak cerita tentang application yang terdapat dalam iOS, tablet dan yang sewaktu dengannya ;) Saya tahu application ni dari adik ipar. Tengok anak dia che Nayli tu ralit sangat dengan application ni. Sampai Iman duk intai-intai apa che Nayli buat.

Saya pun cari dalam iPad ni. Mulanya tak jumpa.. sebab bila taip Baby Bus tu hanya satu je yang ada. Cari lagi.. akhirnya jumpa. Nak bagitau jumpa kat mana pun saya dah tak ingat. Cuba-cubalah cari ya. Lama-lama jumpa lah tu.

Yang menarik application ni boleh merangsang minda anak-anak dari usia 1 - 6 tahun. Dari ABC, 123, melukis ikut bentuk, mewarna, dan macam-macam lagi. Cukup menarik kerana ianya mudah difahami dan dipelajari oleh kanak-kanak. Gambar-gambarnya juga buat anak tertarik nak belajar.

Banyak lagi application lain (education) yang boleh merangsang minda dan proses pembelajaran mereka termasuk belajar alif ba ta dan mengaji. Mujur Iman tak hanyut dengan game angry birds je sampai tak nak belajar ;) kenal pun sebab nampak orang duk main. Ummi dia pun tumpang sekaki juga ;)

8 ulasan:

  1. Cikgu dah lama install app ni...mmg bagus...firas pun suka

    BalasPadam
  2. nampak menarik... at least ada juga mereka belajar dari main game angry bird aje kan

    BalasPadam
  3. bagus jugakkan..kawan nur pun byk dia upload untuk anak dia...

    BalasPadam
  4. bagus utk merangsang otak.budak2 pun takde la ralit je dengan game tanpa apa2 kebaikan..

    BalasPadam
  5. nak install juga la utk qalief..menarik ni

    BalasPadam
  6. bagus ni. blh rangsang minda anak2 kan.

    BalasPadam
  7. rasanya suami pun ada upload sbb tab rosak hari tu... amir plg suka yg mengira²

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...