بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 22 Februari 2013

Ayat kekalkan kebahagiaan rumahtangga

Assalamualaikum

Tengok Semanis Kurma tadi (semalam). Tajuk "Dah baligh tapi belum mumayiz". Suka tengok rancangan ni,  banyak ilmu dan nasihat yang boleh dipelajari.

Maksud baligh: cukup umur dan dewasa (11-15 tahun), manakala mumayiz: sudah tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk atau mana yang betul dan yang salah.

Saya cuma nak kongsikan ayat untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga yang diberi oleh ustaz dan ustazah.

Surah Al-Kahfi : ayat 10 & 39


Maksudnya : (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

 "Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.

7 ulasan:

  1. Tak sempat tengok Semanis Kurma smlm.
    T kasih atas perkongsian ilmu ni Rose..

    BalasPadam
  2. Salam ummi Iman..k.atie singgah dimlm hari.Lama xjenguk kat sini....

    BalasPadam
  3. As salam K.Ruse,

    Kalau tgk semanis kurma rasa teruja bila tgk ustazah Bahiyah yg cakap bersungguh-sungguh! :)

    Surah Al-Khafi juga elok dibaca malam jumaat kan :))

    BalasPadam
  4. cikgu pun suka program tu...tp kat brunei tak dapat nak tengok huhuhu

    BalasPadam
  5. tq berkongsi...mmg tak dan nak tgk...rancangan tuu...

    BalasPadam
  6. Kakak pun tonton juga malam tadi Rose. Jemputan pun pasangan baru menikah sebulan elok benar dijadikan panduan.

    Gelihati bila ustaz kata ada yg dah 40 tahun tapi belum mumayyiz sebab tak tahu nak beza yg mana baik dan buruklah tu:)

    BalasPadam
  7. tengok sekejap2 je semalam...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...