بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 19 Januari 2013

Selamat tiba dari Kelantan... lenguh

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat tiba di LCCT pukul 6.15 petang tadi dari Kelantan. Kecut perut juga semasa baru sahaja terbang tadi. Cuaca hujan dan mendung. Berdegup-degup langgar awan dengan kapal terbang yang turun mendadak walaupun rendah je. Tak suka betul bila berdepan situasi macam ni. Kecut juga perut.

Iman pun takut. Terus duduk diam. Mata terkelip-kelip. Saya urut dada dia. Bila dah stabil mulalah Iman buat bising. Tegur kakak yang duduk belakang seat dia. Siap perkenal. Ni ummi, ni nenek, ma tok (betulkan balik). Ni baju... ni seluar :) macam-macam lagi disebutnya.. kapal terbanglah. Menyesal pula buka belt dia. Sebab sebelum tu dia duduk diam je. Mujur tak lama lepas tu Iman tertidur.. 

Masa ni baru bangun. Mujur bangun.. ummi dah tak larat dukung dengan beg sandang dan handbag lagi. Suruh ambil gambar dengan kapal terbang tak mahu. Jauh betullah park flight. Lenguh kaki jalan. 1st time kena macam ni. Lenguh kaki tangan dibuatnya.

Iman pilih seat dibahagian luar. Tak mahu duduk dekat tingkap. Lemas agaknya rasa terkepung. Pandai pula pakai belt sendiri. Siap cakap "yeay berjaya" :) 3 anak dara sebelah sana tu, rajinlah melayan Iman. Siap ambil gambar lagi. Dari atas flight sampailah tempat mengambil bagasi.

Ada cerita yang berlaku masa check in. Dah naik atas, terlupa daftar bagasi ;) saya turun balik dengan dua beg (ma dan saya). Angkat satu-satu sebab turun tangga. Dahlah berat ;). Bila sampai kaunter terlebih berat (7kg) kena tambah RM75. Nak jimat letak satu beg je. Adik tu kata tak boleh lebih 7 kilo bawa naik atas kapal terbang. Saya kata tadi dah naik, ok je lepas.

Masuk lagi sekali ruangan check in. Tiba-tiba kena tegur. "Macam berat je ni.." sekali timbang 11kg. Patah balik. Dahlah jauh kaunter dengan check in. Nak buat macamana.. bayar je lah. Mana tak berat MIL siap bawa beras ;) kalau tau awal-awal tambah lagi beg masa beli tiket. Baru RM20. Rugi... rezeki Air Asialah tu ;)

Oklah nak tidur. Walaupun naik flight, kali ni lenguh kaki... jauh juga dukung Iman yang tidur dalam flight tadi. Nak kejut tak sampai hati. Berat Iman je 13kg, belum masuk dua beg lagi di bahu... Dahlah ummi ni slim je.

Tidur Putrajaya malam ni, dekat sikit nak ambil AI di KLIA esok. Tadi sepupu AI yang duduk sini ambil di airport. Tak sabar nak jumpa AI... Macamanalah reaksi Iman agaknya.

10 ulasan:

  1. alhamdulillah :D

    mesti iman dah tak sabar nak ayah ye :D
    take care kak :D

    BalasPadam
  2. wahhh..ayah iman dah nak balik ke..?
    kejap je rasakan...tentu iman terujaa..!

    jgn lupa amik pic iman bila nampak ayahnya yee..hihih.. :)

    psstt...mesti gegar bila kapal terbang ;laggar awankan..
    nur xpernah naik kapal terbang lagi..hihihi

    BalasPadam
  3. uikss ngape jadi cenggitu, turun naik tangga flight tu paling akak tak suka, air asia ni mmg tambang murah,tp kalau tak kena gaya kekadang jadi tambang mahal huhu

    BalasPadam
  4. 2 yg leceh nyer kan kak bab2 kena ulng alik bila berat lbh kan??

    BalasPadam
  5. hehe laak la iman nie..tak tahan sy bila baca,ini seluar..ini baju..hehe

    BalasPadam
  6. untung iman...
    kecik2 dah leh naik kapal terbang. auntie ni y besor bapok. x pnh naik pon lai.. hehe

    BalasPadam
  7. AI dh balik ke...sure iman excited nk jumpa ayah dia

    BalasPadam
  8. seronok iman .. kecik2 dah merasa naik k/terbang yee .. ;) anak2 akak pun dah merasa alhamdulillah , lepas nie x tahu bile lagi nak merasa naik huhu ..

    seronok anak2 xcited nak balik kg .. semoga selamat tiba dan pulang ye dik ! ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...