بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 25 Januari 2013

Rawat bibir kering dan pucat dengan lipstik collagen D'Herbs

Assalamualaikum

Harga RM 25. Saya beli RM 23 (dapat diskaun)

Dah lama sebenarnya teringin nak beli lipstik ni. Tapi baru-baru ni sahaja betul-betul beli. Bibir saya memang jenis kering sejak azali lagi. Walaupun tanpa guna lipstik. Pakailah pelembap bibir dan lipstik apa pun akan tetap kering. Orang kata kurang minum air. Tapi saya ni kuat juga minum air kosong.

Untuk kali pertama guna, bibir masih kering di bahagian bawah. Kali kedua dan ketiga masalah makin berkurangan. Bibir dah mula rasa lembab. Yang menariknya, bibir akan nampak merah dalam tempoh yang lama.

Lipstik ni ikut darah. Kalau sihat, merah menyalalah bibir. Iman pun terpegun tengok ;) maklumlah ummi dia tak gemar sangat lipstik merah-merah ni. Dah ikut darah nak buat macamana kan? Tapi bila dah makan dan minum warnanya jadi pudar sedikit. Tapi bibir sentiasa nampak pink.

p.s: ada lagi produk D'Herbs yang saya nak beli ;) entah kenapa jatuh cinta dengan produk keluaran ni. Harga berpatutan dan yang penting berkesan. Bellavita? Tangguh dulu.. tengok pada rezeki ;)

8 ulasan:

  1. alhamdulillah.lega rasanya bila bibir tak kering lagi kan.

    boleh la cuba yg buang toksin tu pulak ummi :D

    BalasPadam
  2. sama problem macam saya..
    insha Allah nak try la :)

    BalasPadam
  3. mcm menarik jea. nak kena try gak ni

    BalasPadam
  4. harganya berpatutan n bagus..sy Alhamdulillah bibir jarang kering..kuat minum air kosong n kulit mmg jenis lembap kot..:)

    BalasPadam
  5. Nur pun dah cuba..ok.. :)
    cuma lipstik ni sedikit lembik...
    kena hati2 myimpannya..

    BalasPadam
  6. Info yang ku cari-cari.. Nak try jugak..

    BalasPadam
  7. saya pun sdg menggunakan lipstik ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...