بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Khamis, 10 Januari 2013

Mee kuah Wakaf Bharu sedap juga

Assalamualaikum

Baru-baru ni... saya, Iman, mak mertua dan adik mak mertua tiba-tiba teringin nak makan mee kuah atau mee sup. Sanggup jalan kaki jauh-jauh nak makan. Mak mertua saya nak makan puas-puas sebelum balik Pelabuhan Klang. Di Wakaf Bharu ni banyak sangat makanan sedap-sedap. Macam-macam ada. 

Nak juga tunjukkan apa yang sedap di sini. Mungkin lepas ni jika diizinkan. Saya tunjuk dulu kedai mee kuah yang kami terliur nak makan. Sebenarnya nak makan mee celup. Tapi atas sebab-sebab tertentu rancangan awal terpaksa di tukar. Motif: kedai makan mesti utamakan kebersihan. Kalau tidak orang takut nak makan walaupun sedap ;)


Inilah kedai makan yang kami pergi. Restoran Mesra Selera Kita yang terletak berhampiran roundabout Wakaf Bharu. Macam-macam menu ada. Kalau musim perayaan memang penuh lah kedai ni. Nak cari tempat duduk pun susah.



Inilah rupanya. Ini saya punya, bihun bukan mee ;) saya tak berapa suka mee. Mak mertua dan adik MIL order mee. Gambar tak terang. Guna handphone je..

Berbaloi jalan jauh-jauh nak makan. Sedap. Isi pun banyak. Tapi saya tak makan lauk, makan sayur je. Iman pun makan banyak juga walaupun pedas sikit. Berbunyi-bunyi mulut dia uuusshh (pedas). Disebabkan memang suka mee makan juga. Hampir habis air kosong satu cawan dia minum.

11 ulasan:

umialya berkata...

sedapnya..

CeqGu berkata...

memang sedap yer....bleh ler bawak ummi ayah pi makan situ balik kelate nanti hehe....mee jer ker yang sedap? atau ada lagi masakan lain yg best kat situ

IntaNBerliaN berkata...

sy pnh makan mee kuah 2 3 kali je kot..

Kakzakie berkata...

Kakak pun suka makan mee yg jenis berkuah tak kiralah sup/bandung/kari janji ada kuah. Tengok Rose punya pun kakak dah teringin juga.

lia berkata...

menarik gak... boleh la p kalau pergi sana...

ieda berkata...

akak pun suke .. sedap nie .. ;)

Cik Nur berkata...

nampak pun sedap..nak cuba jauh sangat dari taiping ni..
hihihi

Ema Blog berkata...

ema pun suka bihun dari mee..berbaloi makanan sedap walaupun jauh

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau pedas,mmg sedap mi/bihun kuah....

NoEn berkata...

emmm...xpernah pegi restoran ni
nnti balik k'tan kene p cari la kedai ni

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wani mee xblh mkan pas bersalin hr tu sbb angin hehe...skang ni prefer bihun lg hihi