بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 4 Januari 2013

Kebaikan dan kelebihan kayu miswak

Assalamualaikum


Semasa pergi Kota Bharu baru-baru ni, saya lalu depan kedai Jaafar Rawas. Terlihat kayu miswak yang banyak tergantung depan pintu masuk. Tiba-tiba rasa berminat nak beli. Lagi pun harganya cuma RM1.50. Bagi pada Iman suruh gosok gigi dia, tapi dia tak suka mungkin sebab rasanya. Ubat gigi dia pun dia tak suka ;)

Akhirnya ummi dia yang guna. Terasa licin sahaja permukaan gigi setelah digosok. Mulanya tidak tahu, main gosok je ;) rupanya kena buang dahulu kulit bahagian luar.

Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyehatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta”
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda:
“Kalau tidak menyusahkan umatku niscaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat”
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )



Cari melalui google rupanya banyak kelebihan jika menggunakan kayu miswak ni.

Kelebihan kayu miswak

  1. Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
  2. Mempertajamkan ingatan.
  3. Mempertajamkan kecerdasan.
  4. Menghilangkan kahak.
  5. Menyembuhkan penyakit.
  6. Mewangikan mulut.
  7. Memperkuatkan gusi.
  8. Menahan gigi daripada reput.
  9. Menahan kerosakan gigi yang lebih kritikal akibat kereputan yang telah ada pada gigi.
  10. Menyembuhkan sakit kepala.
  11. Menolong menghilangkan sakit gigi.
  12. Memberikan nur (cahaya) pada wajah orang yang selalu menggunakannya.
  13. Mencahayakan gigi.
  14. Menghilangkan kekuningan pada gigi.
  15. Memperkuatkan penglihatan.
  16. Menolong menghadamkan makanan di dalam badan.
  17. Melawaskan suara.
  18. Memudahkan selera makan.
  19. Menambahkan kelancaran percakapan.
  20. Menjadikan satu asbab memudahkan kesukaran maut.
  21. Syaitan sangat benci orang yang menggunakan miswak.
Sumber dari sini


13 ulasan:

  1. miswak 2 mksd sme dgn bersugi kan kak?

    BalasPadam
  2. banyak kelebihan bermiswak ni.

    BalasPadam
  3. salam sis
    Ni kayu bukan kayu sugikan sis.?

    BalasPadam
  4. TQ sis .. info yg sgt2 bagus ;)

    BalasPadam
  5. teringin pula nur nak cuba...
    ade nampak jual hari tu..
    nanti nak try lah.. :)

    BalasPadam
  6. xpenah guna kayu sugi ni....mcm xreti je nk guna...huuhu

    BalasPadam
  7. as-salam akak ;)
    terima kasih berkongsi..
    tambah lagi ilmu tok hari ni ;)

    BalasPadam
  8. byk kelebihannya, baru tahu. balik kelate nak pi beli lah kayu siwak ni.

    BalasPadam
  9. akak bole belikan sha x..kat sni xda la..bole?

    BalasPadam
  10. Ui kite pun tak brp pandai nk gune sgt tapi tulah yg susah mmg syaitan tk suke ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...