بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 26 Januari 2013

Kasturi Syifa' mencegah gangguan jin dan sihir

Assalamualaikum

Minyak kasturi syifa'
Harga RM 35

Pelbagai cara yang boleh kita usahakan untuk mencegah dan merawat gangguan serta pendinding diri bagi mengelakkan gangguan jin dan juga sihir. Sebelum ni saya ada kongsikan cara saya merawat gangguan dengan minum Air Zafaran. Ada juga saya minum air Anugerah yang saya rasa bagus juga kesannya. Yang penting ikhtiar untuk kebaikan diri.

Alhamdulillah saya rasa bertambah sihat. Diri sendiri kena ada kekuatan dalaman yang kuat untuk melawan. Jangan ikutkan sangat hasutan jin/iblis yang menganggu kita supaya kita fikir yang bukan-bukan. Terutamanya rasa seperti nak mati. Itu semua mainan mereka. Kadang sakit sikit tapi kita fikir sakit kita dah kronik. Macam-macam kita fikir hingga kita lupa yang sebenarnya Allah itu berkuasa dan apa pun yang terjadi kita kena bertawakal dan berserah kepadanya.

Sambung balik mengenai minyak kasturi syifa' ni. Malam semalam baru beli. Susah juga nak cari pengedarnya. Untuk yang tinggal di Klang, boleh beli di Booth kedai tudung yang terletak di luar Tesco Bukit Tinggi mengadap parking. Ada di letakkan atas meja. Saya beli 2 botol. Satu untuk saya dan satu untuk AI. Saya punya kotak merah (baunya lebih harum), AI kotak hitam (bau asli haruman kasturi).

Alhamdulillah ianya memang berkesan. Serta merta boleh lihat perubahannya. Saya guna pada Iman juga. Iman sangat aktif dan kuat merengek bila duduk di rumah. Baru-baru ni dia tidur malam gigi berlaga. Bukanlah nak fikir bukan-bukan, sekadar ikhtiar dan elak dari yang tidak baik. Lepas saya sapu di kening dan nadi tangan dia, saya lihat dia dah tak merengek dan kurang sikit aktifnya.

Kalau ada kalangan keluarga kita yang berubah, tiba-tiba murung atau suka menangis tanpa sebab. Ikhtiar lah sesuatu sebelum terlambat. Apa pun kita ikhtiar sahaja dan jangan terlalu 'layan' mainan jin ni. Yang penting jaga solat, mengaji, dengar ayat-ayat al-Quran dan amalkan 3kul dan ayat kursi. Pastikan bacaan ayat kursi kita betul (9 kali berhenti). Kalau tak jin/iblis tak takut.

Saya tertarik hendak membeli setelah saya buat research dan tanya mereka yang dah guna. Semuanya kata berkesan. Sesuai juga untuk bayi yang kerap menangis tanpa sebab. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mereka yang memerlukan. Harap membantu.


11 ulasan:

  1. ikhtiar tu dibolehkan kerana kita percaya Allah yg menyembuhkan semua penyakit dengan izinNYA..klu berkesan bagus dikongsi buat keperluan org lain..sharing is caring!

    BalasPadam
  2. Salam UI, lama x singgah sini. Lama x bw sebenarnya.. Setuju dgn PK, ikhtiar itu usaha kita namun segala2atas izin Allah swt..

    BalasPadam
  3. sejuta anugerak tu pun ok jugak kak..
    kita ikhtiar selagi mampu..
    selebihnya kita berdoa dan berserah pada DIA...

    BalasPadam
  4. ikhtiar selagi mampu, selebihnya kita berserah & tawakkal kpd Nya

    BalasPadam
  5. slh 1 ikhtiar 2 Ummi

    p/s:kak..pm full name n addrs..plzz

    BalasPadam
  6. kunjungan pagi sobat, mari kita cegah bencana alam dengan melakukan penghijuan sobat, dukung penghijauan skrng sobat..
    http://blog-agan.blogspot.com/2013/01/cegah-bencana-alam-dengan-melakukan.html

    BalasPadam
  7. kita ikhtiar selebihnya kuasa yg di ATAS..inshaa Allah..

    BalasPadam
  8. ui lgi care kalau rase ade, tabur garam bukit di setiap pepenjuru rumh dan juge azan..mudah2an halau semue..

    BalasPadam
  9. Boleh cuba Rawatan Islam di Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS), xperlu garam atau lada hitam... just bawa 2 botol air mineral dah cukup. InsyaAllah sama2 kita ikhtiarkan...

    BalasPadam
  10. terima kasih kongsikan info ni... sebab tercari² jugak.. nak beli minyak anugerah payah pulak nak jumpe kat klg ni.. kalau yg ni bgs apasalahnya mencuba untuk mengelakk-ngelakkan kan.. mmglah tak mahu percaya sgt...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...