بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 6 Januari 2013

Iman yang rajin

Assalamualaikum


Ada cerita kelakar disebalik gambar ni. Bila Iman tahu ummi dia nak ambil gambar terus dia duduk macam tu :) Semalam ma tok cabut rumput luar rumah. Iman pun sibuk nak tolong cabut rumput juga. Selagi tak buka grill selagi tu digoncangnya. Akhirnya ma tok buka jugalah. Takut tercabut pula grill ma tok tu ;)


Ini pula.. ma tok sibuk nak bakar rumput. Iman pula sibuk nak baca surat khabar :) Banyak lagi aksi menarik tak sempat nak ambil. Sewaktu Iman guna penarik rumput dan ketika Iman ambil getah air sembur ma tok dia :) tergelak-gelak saya melihat dia. Ma tok suruh siram pokok dia siram ma tok. Lagi ma tok tegur, lagilah di sakatnya ma tok dia tu.

Semoga Iman rajin sampai besar nanti. Boleh tolong ummi dan ayah. Apa kita buat semua dia nak buat sama. Dah dapat keluar tak mahu masuk dalam rumah. Asyik lah suruh ma tok duduk sebelah dia cabut rumput.

13 ulasan:

  1. haiyo iman rjinnyer, meh bersihkan kwsn umah acik iman nh

    BalasPadam
  2. rajinnya iman..cucu bertuah :)

    BalasPadam
  3. hehehe sebijik macam firas, bila mama nak amik gambarm mesti dia akan duduk mencangkung......agaknya dia rasa gaya tu paling macho kottt huhu

    BalasPadam
  4. kikikiki...rugi xde gambar iman sembur mak tok dia..
    kalau tak boleh jadikan kenangan di sini..
    :)

    BalasPadam
  5. mesranya iman dengan ma tok,pandai pulak tu dia menyakat

    BalasPadam
  6. haha! aminnn muge iman terus rajin.. ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...