بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 25 Januari 2013

D'Herbs Lunas Herbal Soap untuk muka jerawat dan resdung

Assalamualaikum

Masa di Kelantan baru ni saya beli sabun muka Lunas keluaran D'Herbs ni. Muka memang tiada jerawat. Tapi saya memang ada alahan / resdung. Saja cuba-cuba guna. Kot-kot jadi gebu pula nanti ;). Salah satu sebab kulit muka kita nampak gelap dan kurang berseri kerana ada hama / ulat resdung di muka.


Harga RM24.90. Tapi saya dapat harga murah. Kalau tak silap RM18. Mak mertua ada kad diskaun kedai yang saya beli ni.

Dalam kotak ni terdapat sabun yang berbentuk bulat dan berwarna hitam. Maaflah tak sempat nak ambil gambar. Dah kerat pada 4 bahagian. Kalau beli sabun muka jenis buku ni memang saya suka kerat. Jimat sikit. Sebab jenis sabun ni kan kalau kena air mudah lembik.


Dalam kotak ni juga ada masker. Serbuknya warna kuning. Bau macam kulit rambai. Tegang lah muka kalau guna.

Sesiapa yang ada masalah jerawat dan resdung bolehlah cuba. Setakat ni hasilnya memuaskan. Sebelum ni guna Safi Rania. Ok, tapi dah lama rasa tak serasi mungkin sebab alahan. Rasa gatal muka. Susah juga jika ada alahan. Sebab tu saya natural je ;) kadang tu keluar bedak pun tak pakai ;)

Maaf ya gambar saya belum boleh tunjuk lagi ;) sebenarnya tak sempat lagi nak bergambar. Kurang gemar sebenarnya. Lagi pun ada satu tanda hitam kat pipi sebab syok sangat tekan blackhead ;)

Rindu kulit muka yang licin dan gebu... (dulu-dulu rajin. Lagi pun buka salun kenalah jaga muka ;))

Lepas ni nak cerita tentang lipstik D'Herbs pula.. baru beli 3 hari yang lepas.

16 ulasan:

  1. ramai yg kata jenama D'Herbs ni baik..akak belum cuba lagi

    BalasPadam
  2. kalau bagus tuk gatai teringin nak cuba...
    sorry kak lama tak singgah sini.. BW merudum..

    BalasPadam
  3. Anak sulung kakak ada sinus dan guna pencuci muka utk sinus. Agaknya sabun ini sesuai utk dia. Tak jumpa lagi kalau kakak jumpa di JB ni nak juga kakak cuba.

    BalasPadam
  4. Macam bagus juga kan produk ni?..
    boleh juga cuba2 nti.. muka sy jenis kulit tak rata & pori2 terbuka...:)

    BalasPadam
  5. ok ye kak??iman nk beli yg kolegan la.ok x?

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.kalau serasi teruskan ;D

    good luck :D

    BalasPadam
  7. ni pun menarik jugak. murah lak tu

    BalasPadam
  8. dengar cerita produk ni mmg tgh meletup..ramai org beli mungkin sbb harganya berpatutan.bkn apa skang ni byk sgt produk yg berkesan tp harganya mahal sgt

    BalasPadam
  9. eh...mcm menarikk...
    teringin pula nur nak cuba yang ini...

    BalasPadam
  10. ni pun produk d herbs jugak ye..

    BalasPadam
  11. cubalah pakai sabun d herbs untuk jerawat.dalam masa 3minggu muka andan hilang jerawat.

    BalasPadam
  12. Sy pn ada mslh jerawat ngn resdung.....bila sy pakai je...makin bnyk keluar...
    bernanah pulak too....da pakai sama ngn bedak jerawat ye pn ttp xmau kempis jerawat ni....makin membiak....

    BalasPadam
  13. Teringin nk gne . Sbb mslh jrwt resdung trk

    BalasPadam
  14. Salam.isteri hamil.masuk minggu ke 13. naik jerawat. sabun ni selamat tak untuk wanita hamil?

    BalasPadam
  15. @aim84: saya cuma kenalkan produk yg saya guna. Keberkesanan produk bergantung kepada pengguna itu sendiri. Untuk wanita hamil, saya kurang pasti. Tapi saya rasa tiada masalah kerana ia berunsurkan herba. Untuk kepastian kena bertanya dengan pengedar produk sendiri. Tk

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...