بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 18 Januari 2013

BellaVita buat saya tertarik nak mencuba

Assalamualaikum


Segmen tajaan dalam Wanita Hari Ini hari Rabu baru ni memaparkan produk BellaVita. Produk yang diasaskan oleh Nealofa, mak dan kakaknya. Tertarik bukan sebab Nealofa ;) tetapi isi kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut semuanya hebat dan banyak khasiat. Membuatkan hati tertarik nak mencuba.

Isi kandungan BellaVita:

BellaVita mengandungi Peptida Kolagen Marin, Asid Hyaluronik, Beri Acai, Oxxynea® (Buah Epal, Aprikot, Buah Ceri, Tomato, Lobak, Teh Hijau, Brokoli, Anggur Merah & Hijau, Buah Oren, Blackcurrant, Grapefruit, Bilberi, Betik, Nenas, Strawberi, Kubis Hijau, Bawang Merah, Bawang Putih, Buah Zaitun, Wheat germ, Timun, Asparagus), Campuran Ekstrak Beri (Kranberi, Raspberi, Strawberi, Blueberi, Beri Hitam), Resveratrol, Ekstrak Biji Anggur, L-Glutathione, Vitamin C, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Akar Maca, Frukto-oligosakarida, Isomalto -oligosakarida, Fruktosa, Maltodekstrin, Asid Buah.

Kebaikan produk ini pula ialah:
  • Antioksida yang kuat untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan mengekalkan umur biologi
  • Membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dengan meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV
  • Menggalakkan pertumbuhan semula kolagen di dalam badan
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengelakkan pembekuan darah dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya
  • Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
  • Membantu merendahkan tahap kolestrol terutamanya LDL kolestrol (kolestrol tidak baik)
  • Meningkatkan kesihatan sendi, rawan dan kepadatan tulang
  • Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik dan sistem usus yang sihat
  • Mencegah penyakit barah
  • Memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus yang tinggi
  • Membantu mengurangkan berat badan dan pembendungan air di dalam badan
  • Membantu membuang toksin dan logam berat dari tubuh
  • Menggalakkan tidur yang baik dan tenang
  • Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan badan
  • Meningkatkan keinginan seksual dan menstabilkan hormon
  • Mencegah PMS dan simptom menopaus
Pembelian produk melalui online. Harga 1 kotak RM 179. Sekarang ada promosi untuk pembelian 2 kotak ke atas. Penghantaran adalah percuma.

Pengambilan tidak sesuai untuk wanita hamil, menyusu dan datang haid.

Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke laman web bellavitaonline.my

Kalau beritahu AI mesti dia kata, macam-macam produk ada sekarang ni. Semuanya kata bagus ;) tak terkejar kita dibuatnya. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba makan supplement berasaskan buah-buahan. Dah namanya nak mencuba, beli satu kotak dulu tengok hasilnya macamana ;)

7 ulasan:

  1. bila baca ni, mcm tertarik juga...
    tambah2 ade menguatkan rambut tu...

    kalau akak cuba, nanti jgn lupa buat review ye,.

    BalasPadam
  2. mmg byk betul produk sekarang ni.kt whi tu pun dh berjenis produk derang promote.produk ni mudah terkenal sbb pengasasnya kan famili si neelofa.selebriti popular..nanti review ekk bila dh nmpk keberkesanannya..:)

    BalasPadam
  3. sis, bila dah consume nanti jgn lupa bagi full review eh?
    Kita pun nak shantek gaks. hak hak hak

    BalasPadam
  4. selamat mencuba.. mmg bnyk pilihan kan.. cuma kena pandai pilih tgk ramuan yg digunakan... kalau x serasi jgn teruskan.. kalau bgs apa salahnya amalkan kan...

    BalasPadam
  5. semua produk kalau tgk mesti teringin kan..selamat mencuba ye..

    BalasPadam
  6. cmne kak dh cb ke bella vita ni? Ada prubahan ke? Bgus x?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...