بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 29 Januari 2013

Anugerah Blogger Setia di blog Ummi Iman

Assalamualaikum

Pagi ni saya update blog list untuk ringankan blog. Maaf pada blog yang telah di 'hilangkan' dalam senarai. Saya utamakan pada yang kerap singgah di blog ini dan letakkan link blog saya dalam blog mereka. Agak sukar sebenarnya bila berada di situasi macam ni.

Dalam melihat senarai blog. Saya tertarik pada dua rakan blog yang usia blog mereka lebih kurang sama usia blog saya (blog saya tua beberapa bulan sahaja dari blog mereka). Walaupun bilangan Follower's mereka meningkat jauh berbanding saya, mereka masih tidak 'mengetepikan' saya. Alhamdulillah mereka juga masih peramah seperti selalu. Betapa saya tahu 'keikhlasan' mereka.

Walaupun mereka tidak selalu singgah, dan saya juga begitu ;) tetapi tali ikatan itu tetap bercantum, bila kami saling bertegur sapa. Saya faham mereka ramai pengikut setia :) Saya harap ianya kekal begitu. Suatu hari nanti Insyaallah akan bertemu mereka.

Siapa dia blogger yang saya maksudkan...



Terima kasih kerana masih setia bersahabat di alam maya.


P.s: lepas ni saya nak umumkan blog penyumbang trafik terbanyak di blog saya.

Update: nak timbang berat blog juga? Klik sini

24 ulasan:

  1. mereka berdua memang peramah....
    mcm mane nak tahu blog kt ni ringgan ke berat?? sy pun x tahulah blog saya tu ringan ke berat.. atau lambat loading...

    BalasPadam
  2. ramah tamah...mmg sesiapa pun suka..mereka berdua tuu mmg peramah..ehe..

    BalasPadam
  3. Aik.. saya?? macam tak percaya pulak.. hihii

    mmg skrg sy dh kekurangan ms utk bw.. skdar buat entry publish lepas tu layan anak... tak dan nak bw mcm dulu dah... kalau bw pun, sehari sekadar 2 3 blog je... kdg tu lgsung tak bw...

    BalasPadam
  4. Kakcik masih malas nak kemaskini senarai blog. Sekarang asyik terfikir sama ada kakcik perlu menutup terus blog itu sebab terlalu banyak komen yang tak dijawab... :(

    BalasPadam
  5. Tahniah buat mereka yg disenaraikan. Kerana teman jugalah biasa blog kita bertahan kan Rose.

    BalasPadam
  6. malas nk kemas kini bloglist...biar je lah yg mana ad tu...rasanya kitenya blog xberat kot...ahaks perasan ;p

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada mereka =) saya pun nak clearkan dan edit semula list blog dlm TM tu hihi....

    BalasPadam
  8. ermm..bloglist byk2 leh berat jgk ye..ermm..nmpk sgt sy tk tau..haha

    BalasPadam
  9. as salam rose..terharu pulok tgk ada header saya pulok kat situ..saya nak mintak maaf sbb mmg jarang dapat bw sekarang ni..harapkan pagi2 gini la dapat terjah mana sempat..maira dh sekolah ni waktu pun dah rasa sempit sikit cuma lapang di waktu pagi gini jer la..apa2 pun harapan saya moga ikatan persahabatan kita di alam maya ni tidak akan terputus ye..setiap kali saya pandang novel ombak rindu ingatan saya terhadap rose tak pernah pudar tau...mekasih rose..

    BalasPadam
  10. dua2 tue...saya kenal hihihi mereka memang peramah...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ummi...memang mereka best selalu juga ke blog mereka...:)

    BalasPadam
  12. dua2 blogger tu mmg baik.. :)
    Nur pun dah lama tak semak bloglist...mmg tggu masa nak kemas kini tu... :)

    BalasPadam
  13. dah lama tak singgah sini sejak rose dah lama tak update dulu :)

    BalasPadam
  14. baru tau blogpun bleh timbang berat....ingatkan orang jer yg timbang berat hehe....cikgu pun tgh nak bersihkan list....ada yg dah tak aktif....nak bg laluan kat blogger yg aktif plak

    BalasPadam
  15. dah timbang blog... ok la kot.. tenks for the links..

    BalasPadam
  16. ina dengan kak fieda mmg setia..:)

    blog klu berat mmg kena ringankan,baru mesra pembaca..:)

    BalasPadam
  17. tahniah untuk ina dan fieda..mereka berdua mmeng rajin bertandang

    BalasPadam
  18. tahniahhh pada pemenang...untong jadi org peramahh ni...murah rezeki...hehehee

    BalasPadam
  19. Tahniah ye..
    Sekarang ni susah nk bw..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...