بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 27 Januari 2013

Airmata Iman buat ayah

Assalamualaikum

Baru balik dari hantar AI ke KLIA. Cuti seminggu rasa sungguh cepat berlalu. Kalau tanpa AI pula lama sungguh nak habiskan seminggu ;) itu lah bezanya ada dan tiada. Iman memang tak nak berenggang langsung dengan ayah. Pergi surau pun nak ikut. Sebelum ni tak bawa sebab Iman aktif, takut dikacaunya orang solat. Disebabkan AI tak sampai hati tengok airmata Iman, di bawanya juga. Tak tahulah macamana. Tapi AI kata dia berjalan sampai ke tempat imam ;)

Airmata Iman. Bila ayah ada selalu lah dengar suara dia merengek.. "ayah... ayah" bila tak nampak AI

Bersambung cerita... sebelum hantar AI ke airport, saya dah beritahu Iman yang ayahnya nak pergi bekerja kembali. Saya tanya "Iman nangis tak nanti" Iman jawab "nangis". Kali ni saya cuma hantar di luar sahaja. Tak masuk dalam airport. Tak sanggup lihat Iman. Mulanya AI nak terus masuk. Disebabkan Iman menangis AI bawa Iman sewaktu daftar di kaunter. Letak Iman di bahu sambil tolak troli. Saya dan mak tunggu di kereta. Nanti kena saman pula ;) mak saya pun menangis tengok Iman. Saya dah kuat hadapinya buat kali kedua. Kalau tak sebak tengok Iman yang terjerit-jerit panggil ayah.

Ambil dari dalam kereta. AI tolak Iman bawa pusing-pusing dalam airport. Nak pula dia duduk situ. Sebab tu AI tak bagi dia pakai selipar. Kalau tak mesti nak jalan sendiri.

Puas dah duduk atas troli..

Sempat lagi senyum nampak ummi dia ambil gambar :)

AI suruh Iman cium buat kali terakhir sebelum berpisah

AI pula cium Iman. Pasti akan sama-sama merindui satu sama lain. Ummi pun sama..

Semoga AI selamat tiba dan sihat di sana dan semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati AI. Tak puas rasanya jumpa baru ni.


16 ulasan:

  1. As salam wbt Kak Ruse & Iman yg comel,

    Sedihnya... Mmg saya juga tak dpt nak bayangkan tanpa suami & anak2 di sisi... Moga Iman tabah & kuat seperti ummi juga ye...

    Kak Ruse,

    Marya tak pasti sudah sampai pada akak atau tidak perkhabaran sedih tentang sahabat kita Mummy Mariam Bebakar (blogger d'shire eden), beliau baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 12 Rabiu'awal yg lepas... Sekadar memanjangkan perkhabaran duka ini... Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Marya,

      MasyaAllah. Tergamam akak. Semoga sahabat kita mummy tabah dgn ujian Allah ni. Alfatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Terima kasih kerana beritahu akak.

      Padam
  2. err..nur baca pun jadi sebak..
    bila pulah AI nak balik jumpa iman..?

    tentu iman rindu sgt2 dengan ayah dia kan...

    sedihnyaaa..!

    BalasPadam
  3. alahai ciannya iman... jgn sedey2 tau... :-)

    BalasPadam
  4. mnje nyer iman...sedih tgk air mata bergenang 2

    BalasPadam
  5. Sebak la plak huhu.... jgn la firas sedih mcm ni bila dah blik msia.ayahnya still kat brunei

    BalasPadam
  6. Sedih + sebak tgk Iman..
    klu sy mmg tak sanggup nak hantar kot..:(
    sabar ya...

    BalasPadam
  7. sedihnya.kesian iman tp apa boleh buat,ayah perlu kerja..cari duit utk iman jugak..:)

    BalasPadam
  8. sapalah yg tak sebakkann.... bukan dekat jauh tu terpisah, tp sekarang ni dah blh berhubung dgn macam² cara .. lbh mudahkan.. walaupun jauh dimata.... moga kak rose pun dberi kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  9. siannya iman... gambar first tu sayu tgk air mata iman kuar

    BalasPadam
  10. sedih....bila anak rindu papanya... :(

    BalasPadam
  11. ye la..saya pun tetiba rasa sedih plk tgk iman selalu kena tggal dgn papa dia..

    BalasPadam
  12. sedih wani nengok iman..qalief pun kak klu abah dia nk balik keje sayu hati nengok..kdg2 mcm dok cari jer

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ummi...alorr cian nyer iman x apa nanti papa balik lagi kan...:)

    BalasPadam
  14. UI,um bce pun dah sebak je rase...mesti rindu sgt..

    BalasPadam
  15. in shaa ALLAH sama2 kita doakan..

    Al-fatihah buat arwah suami mummy

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...