بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 27 November 2012

Iman berteman... terima kasih ma tok

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni mak mertua saya datang dari Kelantan untuk teman kan saya dan Iman di rumah. AI yang minta tolong. Saya cuma risau kalau MIL saya tak happy je.. Sebelum ni MIL pernah duduk 4 hari di rumah saya. Alhamdulillah ok. Biasalah kan ada orang tak selesa bila berada di rumah bersama menantu atau MIL. Orang lelaki biasanya tiada masalah, selalunya orang perempuan yang risau ;)

Macam saya dan MIL ok tiada masalah. Sebab MIL saya memang suka masak. Jadi memang MIL sahaja yang masak. Saya pula menantu yang tak cerewet soal makan. Apa yang dimasak semuanya sedap bagi saya :) seronok kan ada orang masak. Tak perlu fikir nak masak. Cuma tolong belikan bahan untuk masak sahaja. Lagi pun saya tak pandai sangat masak. Boleh masak tapi kurang mantap ;)

Iman pun seronok... bertambah lagi orang untuk dibuli ;) ma tok pening-pening pun layan juga Iman main. Kalau ada orang lain dalam rumah memang iman tahan mata. Siang kalau budak lain tidur... dia sanggup tak tidur nak main. Penat lah nak layan.

Terima kasih buat MIL yang sudi teman kami... jangan serik dengan Iman yang super aktif tu :)

Gambar masa raya baru-baru ni ;)


Jumaat, 23 November 2012

Cara untuk membuka saluran jantung tersumbat

Assalamualaikum

Entri ni dah lama ada dalam draft. Kebetulan malam ni ada masa untuk lihat dan rasa tertarik untuk dikongsikan. Saya sendiri sedang mencari cara untuk membuka saluran jantung tersumbat. Bukanlah ada sakit jantung tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Mencegah lebih baikkan? Apa pun semuanya dengan izin Allah. Yang penting kita berusaha.


Semoga bermanfaat buat semua.


Sumber: facebook Dr Jeeson

Rabu, 21 November 2012

Hantar AI ke KLIA juga hari yang sama kehilangan atuk

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni lepas subuh kami dikejutkan dengan berita pemergian arwah atuk saya. Tarikh yang sama pemergian AI ke Abu Dhabi. Mujur masa penerbangan di waktu malam. Sudah banyak kali sebenarnya AI tunda hendak ke sana. Mungkin ini lah hikmahnya. Jika tidak AI pasti tidak berpeluang melihat arwah buat kali terakhir.

Ini adalah kali pertama Iman berpisah dengan ayahnya. Sekali berpisah lama pula. Setakat ni alhamdulillah Iman ok sahaja. Tapi biasalah dia akan tanya "mana ayah?". Saya akan jawab ayah kerja. Walaupun nampak Iman kuat tapi bila berhubung ditalian, Iman tak macam sebelum ni sebelum ayahnya tiada. Dia seolah tak mahu bercakap. Merajuk agaknya. Kalau bercakap pun terjerit-jerit. Melawan emosi agaknya.

Di bawah memori di hari pemergian AI....

Ini sahaja gambar yang ok sikit dari yang lain. Iman meronta tak mahu bergambar. Masa ni AI nak masuk ke pintu perlepasan. Masa ni juga Iman menangis siap duduk atas lantai. "ayah.. ayah.." rasa sebak pula tengok dia macam tu.


Ruangan terakhir boleh melihat AI sebelum naik train untuk menaiki kapal terbang. Lihatlah rupa Iman yang sayu tu. Memang sedih tengok dia masa ni. Tapi saya kuatkan hati. Sebelum ni bila nampak kapal terbang, dia akan cakap "bye ayah" macam tau-tau je ayah dia nak pergi.


Gambar terakhir ni sebahagian anak adik-adik saya yang singgah ke rumah untuk berjumpa AI sebelum berangkat ke airport. Yang bercermin mata tu... Adik saya nombor empat.


AI ajak kami ke sana.. sebenarnya saya kurang suka naik kapal terbang ;) lebih-lebih lagi untuk tempoh yang lama. Insyaallah jika ditakdirkan Allah. Sampailah saya dan Iman di sana. Cuma masanya tidak tahu lagi...


Jumaat, 9 November 2012

Hormati kehidupan orang lain

Assalamualaikum


Sekadar renungan bersama...

Selagi bergelar manusia kita sentiasa tidak lari dari bercerita tentang orang lain. Apa yang saya pelajari dan sentiasa belajar... sebagai manusia kita perlu hormat orang lain jika kita mahu orang lain hormat kita. Setiap orang ada kehidupan masing-masing. Apa yang berlaku kepada mereka adalah kisah hidup mereka. Apa yang mereka ingin ceritakan itu juga hak mereka. Jika tak suka lebih baik diam dari berkata-kata. Mendoakan yang baik adalah yang lebih baik. Andai salah kata kita yang mendapat dosa kerana melukakan perasaan orang lain.

Belajarlah menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Kerana syukur itu membuatkan hati kita sentiasa tenang. Bila hati tenang tiada kata-kata yang tidak baik yang dikeluarkan. Biasanya orang yang tiada ketenangan tidak senang melihat kesenangan orang lain. Wallahuaklam.


Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah "Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

"Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)


Selasa, 6 November 2012

Sanggup ke berpisah?

Assalamualaikum


Terasa agak susah mencari peluang untuk membuat catatan sekarang ni. Budak kecil di atas tu sentiasa mahukan perhatian. Bila saya buka je iPad dia mesti nak. Biasalah takde kawan. Penuh gambar dia ambil sendiri. Atas ni antara gambar yang di ambil.

Terima kasih rakan yang sentiasa tak jemu singgah di blog saya. Banyak juga perkara lain yang terpaksa diuruskan. Boleh kata setiap minggu kami ke Putrajaya untuk urusan yang dikira amat penting untuk diselesaikan sebelum AI bertugas di luar. Alhamdulillah rezeki Allah untuk Iman sebenarnya. Sejak dapat Iman tak putus-putus rezeki Allah bagi.

Iman sekarang semakin bijak bercakap. Baru- baru ni tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Sekarang masih batuk lagi. Alhamdulillah semakin kurang. Takut makan ubat dari kecil sampai kini tak berubah. Nak pujuk makan, kena ugut kata ummi naik atas. Tinggal Iman sorang-sorang di bawah. Barulah nak makan ;)

Berbalik pada tajuk, jika dengan izin Allah AI akan meninggalkan kami berdua di rumah. Bermulalah episod ujian rindu-rinduan :) tak tahulah macamana Iman melaluinya nanti. Bukan Iman sahaja, AI juga. Macam saya dan AI sudah biasa 'berpisah'.

Insyaallah ada rezeki kami akan menyusul kemudian. Tengok pada keadaan. AI pergi tak lama. Hanya beberapa bulan sahaja. Sampai di sini dahulu Iman sudah panggil dari tadi. Ummi dia ambil peluang online di atas :)

Salam ukhwah.