بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 19 Oktober 2012

Takdir dan Waktu

Assalamualaikum

Apa khabar rakan blog? harap semuanya sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Terima kasih masih berkunjung walau dah lama tak berupdate. Terutama saudara Tirana Aduka yang rajin singgah, terharu saya :), tak lupa buat yang lain juga. Saya sempat baca catatan kalian melalui Email.

Entah kenapa masa begitu cemburu dengan saya sekarang ni. Nak update blog pun tak sempat. Nampak sangat dulu saya terlalu memaksa mencari masa untuk update ;)

Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Malah saya rasa semakin hari semakin baik. Adakala apa yang menimpa buat kita lebih banyak belajar dan bersyukur serta menguji keimanan kita kepada Allah. Setiap manusia sudah ditetapkan jalan hidup oleh Allah. Percaya kepada qada' dan qadar juga termasuk di dalam rukun iman. Jadi apa yang terjadi dalam hidup adalah ujian keimanan kita terhadap Allah.

Melihat saudara kita yang lain yang lebih hebat lagi ujiannya berbanding kita yang diibaratkan baru terkena hembusan atau amaran apalah sangat. Kelakar juga rasanya. Kini segalanya bergantung kepada ketentuanNya. Apa pun hidup mesti diteruskan selagi masih diberi pinjaman oleh Allah. Yang penting kesihatan harus diutamakan. Bak kata mak mertua saya.. urusan hidup dan mati ketentuan Allah. Tak perlu fikir...

Tak mau cerita sedih-sedih lagi. Sepanjang menyepi banyak juga yang terjadi, antaranya 29hb September 2012 hari penganugerahan perkhidmatan AI selama 20 tahun dalam syarikat. Hari itu juga perginya insan yang memberi anugerah buat saya dan AI dalam perkahwinan kami. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Buat yang rindu kisah Iman. Buat masa ni, alhamdulillah Iman sihat, cuma perut dia meragam sikit. Gigi geraham bahagian bawah mulai tumbuh. Akal bertambah cerdik. Alhamdulillah.

Akhir sekali.. takdir hidup setiap manusia sudah ditentukan... cuma masanya kita tak tahu. Apa pun yang berlaku ketentuan Ilahi. Pada yang ditimpa ujian semoga terus tabah. Ketabahan menerima sesuatu ujian membuatkan kita bertambah kuat dari segi rohani dan jasmani. Jangan mengalah sebelum berusaha dan bertawakal. Yang penting percaya dan yakin pada Allah. Insyaallah, rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Salam rindu buat rakan-rakan semua :)