بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Ogos 2012

Pentingnya ilmu dalam kehidupan

Assalamualaikum



Maksud ilmu dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. (sumber)

ILMU adalah suluh dalam kehidupan dan ia memberi makna pada diri. Tanpa ilmu, manusia dalam kejahilan dan meraba-raba mencari makna diri dan makna kehidupan. Pendidikan adalah suatu proses mengadabkan insan. Insan tidak hanya diajar tentang sesuatu, tetapi bagaimana sesuatu itu dapat membentuk diri dan sikap sehingga memberi kesan perubahan yang baik. Ilmu dan pendidikan sifatnya saling melengkapi kerana ilmu tanpa pendidikan ibarat ramuan yang tidak diolah dan pendidikan tanpa ilmu ibarat perjalanan tanpa pedoman. (sumber)

p.s: Teringat kata-kata ayah Iman... jika kita berdebat dengan orang yang jahil, kita turut sama jahil macam mereka...  entri ini sebagai peringatan sahaja. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Adakala mendiamkan diri itu lebih baik. Kerana makin banyak bercakap makin banyak kekurangannya. Wallahuaklam.


Khamis, 30 Ogos 2012

Terima kasih Herba Tihara

Assalamualaikum

Terharu dengan entri Review Blog Ummi Iman dari blog Herba Tihara yang baru sempat saya singgah sebentar tadi. Entri tersebut adalah kemenangan saya untuk Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara. Walaupun entri giveaway itu di dalam Blog Contest & Giveaway tetapi HT sudi review blog utama. Sebenarnya saya yang buat permintaan tersebut ;) Malu je kan...

Herba Tihara

HT memang baikhati.. kerana blognya sering review blog rakan blogger yang lain. Boleh kata siapa yang sering singgah dan tinggalkan komen di blognya pasti ada penghargaan buat mereka. Siapa yang belum kenal HT bolehlah singgah ke blog beliau.

Buat Herba Tihara... terima kasih daun keladi... lainkali boleh buat lagi... mana tahu ada rezeki sekali lagi...

Buat semua rakan blogger yang singgah sini, terima kasih banyak-banyak. Semoga persahabatan terjalin ikhlas dan beroleh keberkatan. Maaf jika ada blog yang jarang saya singgah. Jika saya terlupa singgahlah sini... sebagai peringatan buat saya. Insyaallah saya akan singgah kembali. Harap maklum saya memang jarang sangat tengok dashboard. Biasa singgah blog yang tersenarai di dalam blog ini kerana keramahan mereka. Lagipun masa agak terhad. Jika berkelapangan baru sempat singgah blog yang lain. Suka dengan kata-kata di bawah ni.. ambil dari google image ...

"Your friendship is a gift, I enjoy opening everyday"



Happy 55th Merdeka Day!

"Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dari segala bahaya dan makmur sentiasa"

Rabu, 29 Ogos 2012

Iman sakit gigi

Assalamualaikum

Kesian Iman dah 4 hari sakit gigi. Asyik lah diketap giginya tu.. Dah bawa jumpa doktor 2 hari lepas. Doktor kata gusi bengkak. Mungkin ada bakteria.. Tekak pun sakit.. suara serak sikit lepas balik dari Kelantan. Sebenarnya confused juga gigi atau bahagian pipi belah dalam yang sakit. Sebab ada luka di situ akibat gigi. Tapi bila dia ketap gigi, rasanya memang gusi dia yang sakit. Ada masa terus menangis sebab sakit sangat. Kesian. Tak tahu nak tolong macamana. Bila sapu gel doktor bagi baru ok.

Ada tak cara lain yang boleh membantu. Nak bagi ubat tahan sakit banyak-banyak takut pula. Setakat ni bagi ubat homeopati. Dah lama tak sakit. Tu yang berisi sikit badannya. Berat sekarang hampir 13kg.

Tulah susah sangat nak berus gigi. Suruh buat sendiri tapi tak sempurna. Gigi tak rosak.. Doktor pun kata ok. Memang nampak cantik je giginya. Tapi sakit... tak tahu di mana silapnya. Nak tumbuh gigi ke? Tak nampak pula macam nak tumbuh... nak tengok betul-betul pun susah nak buka mulut. Harap cepatlah selesai masalah gigi Iman ni... Nak minum susu pun rasa sakit.

Selit gambar ni... Iman kepenatan balik dari Kelantan. Awal tidur. Kucing mainan tu sepupu AI (Ani) yang belikan masa balik raya baru ni, sebab dia tengok Iman minat sangat main kucing. Terima kasih untie Ani :)

Patung buaya tu pula saya yang beli masa pergi Pengkalan Kubor. Saya beli sebab Iman dah mula suka tidur nak peluk bantal. Masa ambil gambar ni Iman tidur sendiri.. tak sempat peluk bantal pun ;) penat sangat. Ummi dia yang ambil kesempatan letak di sebelah sebab nak ambil gambar :D, untuk kenangan Iman juga nanti.

Sakit-sakit pun aktif dan ceria. Ada masa-masa je dia rasa sakit. Ada selsema sikit. Itu pun kejap ada kejap takde. Gambar masa ni nak keluar ikut ayah dia. Disebabkan kurang sihat.. Pakaikan baju sejuk. Iman memang tak tahan aircond. Sejuk kaki tangan. Rambut baru potong... sempat iklan ;)


p.s: makin mudah pula nak update blog sekarang. Boleh copy paste je gambar... hari ni try buat boleh pula. Sebelum ni tak boleh... macam-macam aplikasi guna Google+ lah... Blogger lah... sebab tu gambar tak boleh view besar ;) sebab upload guna aplikasi Blogger. Google+ tu.. semua gambar yang kita ambil dia upload. Tu yang tak mau guna dah.. atau memang dulu tak reti hihi...

Update: Maaf, memang tak boleh copy paste ;) mula-mula view je ok. Lepas tu gambar tak keluar. Memang kena juga guna aplikasi sebelum ni. Siapa yang nak tahu boleh klik sini.

Kad raya dari Cik Nur dan Eca

Assalamualaikum

Dah lama juga dapat kad raya dari Cik Nur ni.. sebelum balik ke Kelantan lagi. Manakala kad raya cikgu Asha @ Eca pula balik dari Kelantan dah ada dalam peti surat. Hari ni baru berpeluang nak buat entri. Online kejap-kejap. Jadi nak singgah blog rakan-rakan agak terhad. Tapi siapa yang singgah sini Insyaallah saya singgah kembali. Itupun tersekat-sekat. Kalau betul-betul free baru sempat ziarah ramai-ramai serentak ;)

Ini kad raya dari Cik Nur


Panjang juga coretannya berbanding kad raya saya ;) malu pula rasanya..


Ini pula kad raya dari Eca... tengok gambar je dah tahukan? :)
Comel dan cute. Hasil kerja tangan sendiri.


Terima kasih buat adik-adik berdua ni... mereka memang friendly dan ceria sentiasa. Semoga berjaya dalam karier masing-masing.


Isnin, 27 Ogos 2012

Perjalanan balik yang panjang

Assalamualaikum

Saja-saja letak gambar ni... Suka tengok sebab ada tulisan jawi :)

Penat balik dari Kelantan masih terasa-rasa lagi... Hari Sabtu bertolak dari Wakaf Bharu pukul 10.30 pagi. Sampai Kuala Krai 3.30 petang. Cuba kira berapa jam nak sampai? Berhenti solat Zohor sekejap dan cuci hadas besar Iman sekali di Masjid. Lokasi tak ingat. Tapi sebelah pejabat PAS. Masa tu dah tak larat nak duduk dalam kereta.

Sampai je Kuala Krai cari nasi dengan sup perut. Tak lupa daging bakar. Sedap. Tahun lepas makan dah kat sini sebelum balik. Tu yang teringat nak singgah. Memang tengah lapar.. puashati.. hilang terus penat. Iman tidur masa ni. Alhamdulillah Iman tak meragam atas kereta.

Lepas makan pergi rumah ayah mertua kat situ. Tapi dia takde. Keluar ada urusan. Jadi kami pergi Mekebang, rumah arwah pakcik ayah Iman dulu. Tahun lepas tak sempat nak singgah. Sambung makan lontong pula. Sedap. Tak sangka orang Kelantan pandai buat lontong ;)

Pukul 5 petang gerak ke Kuala Krai balik. Lepas maghrib keluar pusing-pusing bandar Kuala Krai. AI ingin mengimbas kenangan lama di sana sementara menunggu abah AI sampai. Jalan masih jam lagi.. tu yang lambat.

Dalam pukul 9 malam abah AI sampai rumah. Sembang-sembang... pukul 10 malam baru gerak semula. Masa tu kereta masih banyak tapi bergerak. Saya bawa sekejap kereta sampai ke Gua Musang. AI mengantuk sangat masa tu.

Masa AI bawa saya pula tertidur. Mengantuk yang amat. Sedar sekejap lepas tu tidur balik. Tapi perasan yang AI bawa laju juga. Sempatlah tegur-tegur.. Bila saya tertidur laju balik dia bawa. Sampai Bentong AI tidur sekejap. Sambung balik perjalanan. Masa sampai Karak memang saya tak sedar pun. Tau-tau dah sampai KL. Sedar balik dah sampai Port Klang ;) kesian sungguh driverkan?

Masa sampai Port Klang pukul 6 pagi.. masa tersedar tu ternampak orang terbaring atas jalan. AI kata jangan tengok.. tapi saya tengok juga.. nampak darah mengalir dari kepala. Jarak dia dan motor sangatlah jauh. Rasanya dia kena langgar dari belakang.

Sampai rumah 6.30 pagi. Lepas solat subuh, masing-masing tidur. Bangun pukul 11 pagi. Masak makan tengahari. Tak lama lepas tu pakcik dari Melaka sampai rumah. Sebenarnya nak pergi rumah mak. Tapi mak ada rumah saya, maka jumpa saja di rumah saya. Bolehlah pakcik saya tu kenal rumah. Belum pernah sampai lagi sebelum ni. Lepas je mereka dan mak balik (adik ambil) Kami sambung balik tidur ;) penat. Iman pun tidur juga...

Setiap kali raya memang merasalah bersesak-sesak di jalanraya. Kena buat perancangan yang betul untuk tahun depan.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Santai di Pantai Bachok, Kelantan

Assalamualaikum

Masih lagi di Kelantan. Akan bergerak pulang ke Selangor pagi ni.. Line internet slow, jadi agak susah nak update blog. Seminggu berada di Kelantan, tapi terasa cepat masa berlalu.. Saya suka balik Kelantan.. selain membeli belah, dapat makan makanan sedap-sedap. Tapi kali ni kurang acara makan-makan di luar. Tak sempat. Jalan sesak... sana sini... apa pun puashati.

Raya keempat baru ni pergi berkelah ke Pantai Bachok, Kelantan. Pertama kali saya sampai sini. Ramai juga orang hari tu.

Bergambar sebelum balik. Dari kiri AI, mak saya (datang Kelantan naik bas raya ketiga), adik mak mertua, isteri sepupu AI, Sirah, Imah (sepupu AI), Nurain (anak saudara AI), mak mertua, Md Nor, Ila (sepupu AI), Cik Yah (adik mak mertua), Ani (sepupu AI) dan last sekali saya ;)

Iman bersama bola yang di bawa khas dari Selangor ;)
Kalau tak bawa bertambah lagilah koleksi bola dia...

Masa baru sampai... santai bawah pokok.. redup dengan tiupan angin yang sejuk walaupun cuaca mulai panas. Mak mertua dan adik mak mertua sama-sama bawa bihun goreng.

Susah nak ajak bergambar sekarang ni.. jadi ambil sahaja mana yang sempat ;)

Bersama ma tok Iman.. tapi Iman panggil nenek ;)
Tengok... meronta nak ajak bergambar.. sibuk nak main..

Bergambar kenangan di sini bersama Iman.. agak susah untuk dapatkan gambar yang elok bersama.. Mood bergambar Iman dah hilang ;)


p.s: Shopping di Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Tesco dan Pasar Siti Khadijah sahaja... tak lupa pasar Wakaf Bharu... seronok bila membeli barang dengan harga murah. Kecek kelate ambo ;)



Rabu, 22 Ogos 2012

Penawar darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung oleh Ustaz Sharhan Shafie

Assalamualaikum

Saya ingin simpan sebagai rujukan dan kongsikan kaedah rawatan perubatan Islam untuk penawar darah tinggi, kencing manis dan masalah berkaitan dengan jantung. Saya jumpa video ni di facebook bos lama saya. Semoga bermanfaat buat semua.


Video dari rancangan tanyalah ustaz tv9
Ustaz Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Serai 3 batang
  2. Halba 7 biji
  3. Kelapa muda sebiji

Caranya:
  1. Titikkan serai kemudian masukkan ke dalam kelapa
  2. Masukkan pula halba
  3. Letakkan kelapa tadi di atas api kemudian dengan menggunakan serai tadi tolak isi kelapa hingga bercampur dengan airnya.
  4. Kemudian minum.

Note: 1 biji kelapa minum selang sehari selama 14 hari.


p.s: Selamat mencuba. Semoga Allah berikan penyembuhan di atas segala penyakit di atas.


Isnin, 20 Ogos 2012

Cerita raya pertama...

Assalamualaikum

Pagi-pagi Syawal seawal pukul 5.30 pagi dah bangun mandi dan solat subuh. Mak mertua sedang sibuk kukus nasi dagang ;) menantu.. tengok je :) lepas tu bakar sate pula. Menu wajib setiap kali raya.

Tahun ni saya berkesempatan pergi masjid solat sunat raya aidilfitri. Pergi bersama sepupu dan anak saudara ayah Iman. Isi khutbah raya yang cukup menarik. Tentang perlunya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan dan bagaimana caranya. Juga tentang manusia yang masih melakukan dosa di bulan Ramadhan dan akhir sekali yang menarik dan buat saya terfikir tentang kebenarannya ialah apabila imam menyentuh isu kurangnya doktor wanita di wad bersalin. Bagaimana cara untuk menangani masalah ini. Kerajaan harus buat sesuatu kerana dosa mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim akan ditanggung oleh mereka. Yang tiada masalah kewangan mungkin tiada masalah. Dulu saya fikir ianya perkara yang darurat bagi mereka kerana tidak berpeluang memilih. Tapi bila difikirkan balik dan seperti apa yang dikatakan.. dosa tetap dosa. Bergantunglah siapa yang kena tanggung dosa tersebut. Manusia selalu terlepas pandang perkara macam ni.. Semoga ada yang cuba dan berusaha menangani masalah kekurangan doktor wanita di wad bersalin.

Lepas balik solat... Pergi ziarah kubur arwah atuk dan nenek AI. Iman masa ni macam berada di taman pula.. ;) tengok orang cabut rumput, dia pun nak cabut. Cuaca panas di Kelantan. Balik dari kubur.. pergi Kota Bharu sekejap, nak suruh Iman tidur sebenarnya. Dia pun turut bangun awal pagi. Macam biasa saya bangun, dia mesti sedar.

Masa ni sepupu dan mak saudara AI datang. Berkesempatan jumpa anak sepupu AI yang bersalin baru-baru ni...

Bersama baby Husna yang cute.. Muka mengantuk dan tanpa sebarang make up. Nak letak juga.. sebab takde gambar lain :(

Lepas mereka balik dalam pukul 3 lebih pergi Kuala Krai.. jumpa abah AI. Jalan jem.. saya ambil peluang tidur atas kereta. Mengantuk sangat. Lepas maghrib baru balik semula ke Kota Bharu. Tidur lagi... Iman pun tidur. Penat sangat agaknya..


p.s: tak berkesempatan nak ambil gambar kali ni.. masa suntuk sangat... bila berpeluang Iman pula tidur... jadi esok kami semua berpakat nak ambil gambar bersama famili AI. Lokasinya belum tahu.. tapi dah tentu bukan baju raya ;) ingat nak pergi studio bila balik nanti ;)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin buat semua..

Assalamualaikum

Masih dalam perjalanan menuju ke Kelantan. Berhenti sebentar di Bentong tadi cari pensil dan buku untuk Iman. Iman dah boring atas kereta. Dua kali muntah. Pening agaknya. Jalan sesak sikit masa masuk karak tadi. Banyak jugalah kereta yang tersadai. Alhamdulillah kami melepasi ujian tersebut.

Kini berada di Masjid Kg Salang, Kuala Lipis, berhenti solat zohor dan asar. Iman dah lama terlelap. Lega tengok dia dah tidur.

Kesian.. penat duduk lama atas kereta. Ni baru je balik beli buku dan pensil. Hujan tu yg pakai topi ;)

Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin jika ada catatan yang menyinggung perasaan selama saya berblogging. Juga buat sahabat dan saudara yang membaca catatan saya di sini.



Semoga semuanya ceria dan bergembira di hari lebaran nanti...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Persiapan di saat-saat akhir

Assalamualaikum

Debaran nak raya kian terasa. Sedih juga nak meninggalkan Ramadhan tahun ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Bila makin hampir nak menyambut aidilfitri makin sibuk jugalah mencantikkan rumah. Semalam dalam masa 1 jam lebih je semua siap ;) menyapu, mop, ubah suai perabot, tukar langsir dan membuang habuk-habuk. Hebat tak? Lepas tu pinggang mula rasa nak sakit.

Ambil peluang masa ayah Iman pergi tarawih. Nak buat surprise lah konon. Ayat mula-mula keluar... "takde ruang dah Iman nak main". Banyak lagi ruang ada. Rasa aman sikit semalam.. sebab Iman dah tak boleh lari-lari jarak jauh ;) kalau tak, lari.. Lepas tu melompat naik atas sofa. Tengok ummi dia mengemas dia pun sibuk nak tolong. Ada sekali kena cubit ;) garang tak ummi dia.. Iman cakap "adoi akitlah.." tu lah ummi cakap banyak kali tak mau dengar. Habuk.. nanti selsema pula.

Yang menariknya Iman excited tengok rumah yang dah berubah wajah takdelah dia usik-usik. Dia pun pandai je ambil stool tolak kat coffee table. Nak tengok wajah baru rumah saya tak? Biasa-biasa je, takde apa yang special pun. Cuma kedudukan je yang berubah ;)

Sempat jahit kusyen untuk dua buah kerusi jati tu pagi tadi.. empuk sikit nak duduk ;) mood dah datang sekejap je boleh buat. Padahal dah lama tersimpan dalam almari kekabu dan kain tu. Sebelum ni jahit untuk kerusi jati yang belah kiri tu je.. atas coffee table tu plastik ;) meriahkan coraknya. Rasa kelakar pulak ;) sedondon dengan alas meja makan dan meja bulat kat tepi tu...

Stool hijau tu idea Iman ;) pandai je kan..

Dua hari lepas repair kereta, habis ribuan jugalah. Belum masuk hari ni.. Nak kena tukar tayar dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah baru ni AI dapat rezeki lebih. Kalau tak.. sakit jugalah.

Hari ni juga baru nak mengemas pakaian. Rasanya kami bergerak balik kampung AI esok pagi. Tak jadi join sepupu AI. Nak balik pukul 2 pagi memang tak larat. Mesti mengantuk dan letih. Harap-harap tak jem lah esok. Kalau jem.. nangis lah.. Sebab Ahad raya kan? Pasti kepenatan lagi hari raya pertama tu nanti. Biasa kami balik 2 hari sebelum raya. Tapi AI tak mahu rushing. Maklumlah hari ni baru start cuti.



Rabu, 15 Ogos 2012

Asparagus boleh merawat kanser dan buah pinggang

Assalamualaikum

Berkongsi kaedah rawatan bagi penyakit kanser. Di bawah adalah 3 jenis asparagus yang boleh merawat penyakit kanser dan juga buah pinggang. Semoga ianya memberi harapan baru kepada pesakitnya. Rasanya yang sihat juga boleh amalkan. Mencegah lebih baik dari merawat. Betul tak? Artikel di bawah dalam bahasa Inggeris. Boleh guna google translate jika ada yang tidak faham. Terima kasih.



Just take a few minutes and it is worth reading.....whether U believe it or not.....
Please read the contents below & pass to your friends

Three types of asparagus on a shop display, with white asparagus at the back and green asparagus in the middle. The plant at the front is Ornithogalum pyrenaicum, is commonly called wild asparagus,

Several years ago, I had a man seeking asparagus for a friend who had cancer. He gave me a photocopied copy of an article,entitled, `Asparagus for cancer' printed in Cancer News Journal, December 1979.

I will share it here, just as it was shared with me: 'I am a biochemist, and have specialized in the relation of diet to health for over 50 years.

Several years ago, I learned of the discovery of Richard R.Vensal, D.D.S. that asparagus might cure cancer. Since then, I have worked with him on his project.. We have accumulated a number of favourable case histories.

Here are a few examples:

Case No. 1, A man with an almost hopeless case of Hodgkin's disease (cancer of the lymph glands) who was completely incapacitated. Within 1 year of starting the asparagus therapy, his doctors were unable to detect any signs of cancer, and he was back on a schedule of strenuous exercise.

Case No. 2, A successful businessman 68 years old who suffered from cancer of the bladder for 16 years. After years of medical treatments,including radiation without improvement, he went on asparagus. Within 3 months, examinations revealed that his bladder tumor had disappeared and that his kidneys were normal.

Case No. 3, A man who had lung cancer. On March 5th 1971, he was put on the operating table where they found lung cancer so widely spread that it was inoperable. The surgeon sewed him up and declared his case hopeless. On April 5th he heard about the asparagus therapy and immediately started taking it. By August, x-ray pictures revealed that all signs of the cancer had disappeared. He is back at his regular business routine.

Case No. 4, A woman who was troubled for a number of years with skin cancer. She finally developed different skin cancers which were diagnosed by asking specialist as advanced. Within 3 months after starting on asparagus, her skin specialist said that her skin looked fine and nomore skin lesions. This woman reported that the asparagus therapy also cured her kidney disease, which started in 1949. She had over 10 operations for kidney stones, and was receiving government disability payments for an inoperable, terminal, kidney condition. She attributes the cure of this kidney trouble entirely to the asparagus.

I was not surprised at this result, as `The elements of Materia Medica', edited in 1854 by a Professor at the University of Pennsylvania, stated that asparagus was used as a popular remedy for kidney stones. He even referred to experiments, in 1739, on the power of asparagus in dissolving stones.

We would have other case histories but the medical establishment has interfered with our obtaining some of the records.. I am therefore appealing to readers to spread this good news and help us to gather a large number of case histories that will overwhelm the medical skeptics about this unbelievably simple and natural remedy. For the treatment, asparagus should be cooked before using, and therefore canned asparagus is just as good as fresh.

I have corresponded with the two leading canners of asparagus, Giant Giant and Stokely, and I am satisfied that these brands contain no pesticides or preservatives.


PROCEDURE:

1) Place the cooked asparagus in a blender and liquefy to make a puree, and store in the refrigerator.

2) Give the patient 4 full tablespoons twice daily, morning and evening.

Patients usually show some improvement in from 2-4 weeks. It can be diluted with water and used as a cold or hot drink.. This suggested dosage is based on present experience, but certainly larger amounts can do no harm and may be needed in some cases.

As a biochemist I am convinced of the old saying that `what cures can prevent'. Based on this theory, my wife and I have been using asparagus puree as a beverage with our meals. We take 2 tablespoons diluted in water to suit our taste with breakfast and with dinner. I take mine hot and my wife prefers hers cold.

For years we have made it a practice to have blood surveys taken as part of our regular checkups.

The last blood survey, taken by a medical doctor who specializes in the nutritional approach to health, showed substantial improvements in all categories over the last one, and we can attribute these improvements to nothing but the asparagus drink...

As a biochemist, I have made an extensive study of all aspects of cancer, and all of the proposed cures. As a result, I am convinced that asparagus fits in better with the latest theories about cancer. Asparagus contains a good supply of protein called histones, which are believed to be active in controlling cell growth. For that reason, I believe asparagus can be said to contain a substance that I call cell growth normalizer. That accounts for its action on cancer and inacting as a general body tonic. In any event, regardless of theory, asparagus used as we suggest, is a harmless substance.

The FDA cannot prevent you from using it and it may do you much good.. It has been reported by the US National Cancer Institute, that asparagus is the highest tested food containing glutathione, which is considered one of the body's most potent anticarcinogens and antioxidants.

Please spread the news...
...the most unselfish act one can ever do is paying forward all the kindness one has received even to the most undeserved person *


Sumber dari facebook

Kad raya sudah siap untuk di pos

Assalamualaikum

Semalam setelah hantar kereta di workshop. Minta tolong adik saya Ain ambil saya di situ. Diorang boleh hantar balik tapi nak menyinggah suruh lah adik ambil. Sempatlah print sticker, beli pen (pen pun beli.. ;) Iman dah kerjakan semua pen yg ada. Beriya sangat menulis, sampai habis semua dakwat tak keluar)

Kemudian beli stem pula. Baru tau stem kad raya 50 sen ;) pos surat biasa 60 sen dah sekarang ni ya? Maklumlah dah lama tak menghantar kad dan surat ;) cantik juga stemnya..


Kesemua kad ni saya siapkan sekaligus. Jadi ada sikit tulisan yang tersalah tulis. Minta halalkan ya :). Ada 2 sampul kad yang Iman tak mahu ketinggalan letak lakarannya di situ ;) Kad siapa? hanya tuannya yang tau nanti :). Bangun tidur terus kacau ummi dia. Sibuk nak tulis sama. Walau dah bagi buku conteng dia tu. Dia nak juga tulis atas kad raya :) sempatlah gaduh-gaduh dengan dia ;) merajuk lepas tu datang balik.

Masa beli stem, Ida (pekerja pejabat pos) dia kata lepas raya lah baru sampai ni.. bukan lepas raya time raya lah kot. Raya kan sebulan :)

Kesemua kad ni akan di pos hari ini. Harap sampai dengan selamat.

Terima kasih Masya & Mahamahu.com

Assalamualaikum

Semalam buka puasa rumah mak. Petang tadi (Selasa) hantar kereta untuk ganti apa yang patut. Jadi masa agak terhad nak online. Curi sekejap- sekejap sahaja. Kalau saya tak menyinggah, tu maksudnya saya tak online ;)

Petang (Selasa) terima kiriman dari Masya. Semalam pula terima kad dari Mahamahu.com. Macam biasa simpan dalam blog sebagai tanda terima kasih dan ingatan dari rakan blog.

Hadiah dari Masya @ Yana.. akak dah tak ingat sempena apa ;) tolong ingatkan balik ya. Kad raya dari MahaMahu pun saya lupa.. bila masa pula saya bagi alamat ;) sudah jadi pelupa pula sekarang ni.. apa pun terima kasih banyak-banyak di atas kiriman.


Cenderahati dari masya keychain ladybird
Ada kad raya sweet dan angpau raya untuk Iman.


Kad raya dan biz card dari mahamahu.com


Isnin, 13 Ogos 2012

Cara nak justify text untuk blog post

Assalamualaikum


Nak berkongsi cara untuk justify text untuk blog post / entri (keseluruhan blog / template). Setelah Google akhirnya jumpa caranya. Mudah sahaja rupanya..

Caranya:
  1. Dashboard
  2. Edit HTML
  3. CTRL + F
  4. Taip atau paste perkataan ni.... .post {
  5. Dah jumpa perkataan tu.. taip atau paste perkataan ini pula text-align:justify; di bawah perkataan .post { tadi.

Contoh:

.post {
text-align:justify;

atau

.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
padding-bottom:1.5em;
text-align:justify;
}

Sebelum save preview dahulu. Dah ok. Barulah Save Template

Ahad, 12 Ogos 2012

Bahang nak raya...

Assalamualaikum

credit  abgteror.com

Maaf ya sekarang masa untuk meng'online'kan diri agak terhad. Bahang raya kian terasa, maka empunya diri pun turut berbahang juga dengan persediaan yang perlu dilakukan. Walaupun belum start 'enjin' sepenuhnya. Jangan gelakkan saya ;)

Tahun ni sama macam tahun lepas, akan beraya di kampung halaman ayah Iman di Kelantan dahulu. Nampak macam tak adil ya? Saya harap mak saya memahami.. jangan merajuk ya mak.. kita selalu jumpa. Tapi ma ayah Iman jarang boleh jumpa. Anak 2 orang je pula tu. Boleh terima ke alasan tu? Kami memang jarang balik Kelantan. Raya je lah baru boleh balik. Macam rakan-rakan yang dari awal ikuti cerita saya pasti tahu. Masalah pengangkutan yang agak uzur. Mileage pun dah cecah 300k ke atas. Maklumlah asyik jalan jauh dan umur pun dah sebaya usia perkahwinan kami. Semua harta kami kebanyakannya memang masih setia bersama. Biarlah semuanya dah betul-betul uzur baru cari pengganti ;)

Terakhir sekali alasannya 'driver' pun dah tak larat nak bawa kereta lama-lama. Masa awal-awal kahwin dulu 8 jam dah boleh sampai. Sekarang ni dah ada Iman dah jadi 12 jam baru sampai. Kalau masuk jem lagilah berbelas jam.

Memikirkan orang yang beraya di Kelantan semakin ramai setiap tahun, rasa 'seram' je kalau bertemu dengan 'encik' jem di jalan. Bayangkanlah bermula dari tol Gombak hingga ke Lipis jalan merangkak-rangkak. Pernah masuk jalan alternatif, lalu ikut kawasan felda. Dah malam masa tu... terjah je lah. Dalam hati saya tak putus-putus baca ayat kursi. Takutlahkan ada apa-apa yang melintas. Jalan tak berlampu, kereta pun takde. Kalau kalian pun mesti seram juga kan?

Itu dalam perjalanan, bila dah sampai Kelantan, nak keluar ke Kota Bharu yang ambil masa 15 minit dah bertambah minit-minitnya. Harap jambatan Sultan Yahya Petra tu dah siap. Kalau tak memang 'bercintalah' nak keluar. Sesak sungguh.

Teringat ada orang yang suka bila bersesak-sesak balik kampung. Sebab katanya baru terasa suasana balik kampung ;) kalau kenderaan sedap takpe juga. Ni macam 2 tahun lepas, banyak kenderaan tersadai tepi jalanraya. Kenderaan pun tahu penat juga :)

Sebenarnya nak cerita tentang lain... tapi lain pula cerita yang keluar. Semoga kalian semua dah buat persiapan untuk pulang ke kampung. Sila pastikan semuanya selamat dan tiada yang tertinggal ya..


p.s: Terima kasihlah puji blog saya cantik ;) ada hikmah juga rupanya bila dilanda masalah. Memang betullah kan setiap ujian dari Allah tu tanda Allah sayang pada kita :)

Terima kasih Che Rose Cute kerana tolong selesaikan masalah

Assalamualaikum

Baru boleh online. Entri khas nak ucap terima kasih pada Che Rose Cute sebab kerana ulasan dia di entri sebelum ni tentang masalah teknikal yang berlaku telah membuatkan blog saya pulih seperti sediakala.

Ni ulasan Che Rose Cute

entry nak bagi kad raya cr tak boleh komen...sidebarnya berada dekat bawah...klik komen pun tak mau bukak...

Setelah baca ulasan Che Rose di atas tu baru saya dapat tahu masalah tersebut berpunca dari entri nak bagi kad raya tu. Kalau ada rakan yang singgah dan tengok macam biasa tapi saya langsung tak boleh nak klik apa-apa dalam blog saya. Bila dah tak boleh klik apa-apa, nak masuk blog orang pun tak boleh :( Sidebar sebelah kiri tu berada di bawah. Pening kepala nak cari sebab kenapa jadi macam tu sebelum ni. Ada juga masuk blog rakan itu pun melalui e-mail. Segala ulasan dalam blog akan masuk ke dalam e-mail saya. Jadi segala ulasan saya baca, cuma kadang saya tak reply dalam entri ;)

Terima kasih Che Rose. Jasamu dikenang ;) Baru boleh berblog seperti biasa. Oh ya macamana boleh kembali kepada keadaan asal. Saya buang link yang ada dalam entri kad raya tu. Tu lah rajin sangat.. saya copy senarai top commentor yang ada di side bar tu dan paste dalam entri. Sebab tu lah timbul masalah. Jangan buat macam saya ya... ;)


Sabtu, 11 Ogos 2012

Masalah teknikal sedang berlaku

Assalamualaikum

Masalah teknikal sedang berlaku di blog saya. Entah kenapa secara tiba-tiba sidebar saya berada di bawah :( bila tengok di layout ok je.. tengah mencari-cari punca masalah cuba setting balik. Sekali tersave pula template lain :)

Jangan terkejut pula, bukan saja-saja ubah tapi ter"ubah". Macam-macam lah... malas nk peningkan kepala. Nak tahu kepastian kena on laptop. Masalahnya credit broadband di laptop tu dah habis ;) sementara ni keadaan akan jadi begitu.

Ada-ada je kan? Baru ni line broadband di iPad ada masalah. Tak boleh nak masuk. Dari subuh lagi... bila check di laptop akaun celcom saya tu aktif. Call customer service, tak selesai juga masalah. Buat habis credit je ;) akhirnya elok sendiri.

Agak-agak masalah layout ni boleh elok sendiri ke? Bagusnya kalau macam tu ;)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ummi Iman nak bagi Kad Raya

Assalamualaikum...

   

Saya nak bagi kad raya sebagai tanda terima kasih kepada semua yang sudi berkenalan dengan saya di alam maya ini. Tapi cuma ada 20 kad sahaja untuk diberikan... 10 kad yang pertama sudah ada penerimanya. Saya pilih mereka yang rajin tinggalkan ulasan mereka di blog yang tak seberapa ni. Lagi 10 kad akan diberi kepada 10 orang yang terawal meninggalkan komen di entri ini. Harap adalah yang sudi ya... (malu..)

Mesti pelikkan tengok logo Petronas tu... ada rahsia disebaliknya.. yang menerimanya akan tahu kenapa ada logo Petronas di situ ;)

Kepada nama-nama di bawah dan 10 orang terawal yang meninggalkan komen dalam entri ini, sila emailkan ke ruse_nrk@yahoo.com. Kad akan di pos sejurus terima semua alamat nanti.
  1. Wanieys - terima
  2. izz iizza - terima
  3. Masya - terima
  4. Cik Nur - terima
  5. ieedaz @ mama_isha - terima
  6. anisalya - terima
  7. izan mama mia - terima
  8. are_lin@yu - terima
  9. Zie - terima
  10. maszull - terima
Terima kasih. Sayang kalian semua.

Update: Senarai mereka yang meninggalkan ulasan di sini untuk menerima kad raya.
  1. Eca - terima
  2. Lyafrina - terima
  3. Kakcik - terima
  4. Ummu Muhammad - terima
  5. Cik Bunny - terima
  6. Kesuma Angsana - terima
  7. Pink Ummi - terima
  8. Cik Rongoks - terima
  9. Kak tini (ummi alya) - terima
  10. Fieda - terima (ambil dari Email sebelum ni)
  11. Norzie hany - terima
  12. Nory - terima

p.s: Kenapa jadi 12? Sebab Eca dan Cik Rongoks memang saya niat nak bagi. Balas kad raya yang mereka hantar ;)

Puasa bukan halangan dapat emas di Olimpik

Assalamualaikum


Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”. Sumber: Harian Metro Online

Harap warga Britain turut kagum dengan Mo Farah yang masih boleh perolehi emas walaupun dia berpuasa. Saya suka dengan cerita-cerita sebegini. Ia membuktikan bahawa Islam itu satu agama yang tidak membebankan malah boleh perolehi banyak ganjaran jika kita betul-betul mendalami dan menghayatinya.

Semoga atlet kita di sana turut sedar. Sebagai umat Islam jangan jadikan sukan sebagai alasan tidak berpuasa. Melainkan jika tidak mampu meneruskannya. Bukan awal-awal dah niat tak mahu berpuasa dan akan menggantikannya kemudian. Kerana puasa adalah termasuk dalam rukun Islam dan ianya wajib ditunaikan.

Berlakunya perang Badar di zaman Rasulullah adalah ketika bulan puasa. Dan Rasulullah telah perolehi kemenangan dalam peperangan tersebut.

Khamis, 9 Ogos 2012

Iman dan peti ais

Assalamualaikum

Tengah cerita apalah tu...

Dah lama tak cerita tentang Iman. Takde banyak sangat perkembangan terbaru. Malah minat bola tu makin menjadi-jadi. Hari-hari ajak ummi dan ayah main bola. Sampaikan ummi dia dah pandai menyepak sebab hari-hari praktik ;)

Sebelum cerita tentang peti ais. Nak cerita sedikit tentang kemahiran bercakap Iman yang semakin hari teruja saya mendengarnya. Boleh kata kena je sebutan dia tu. Seolah dia dah faham setiap perkataan yang hendak disebut. Itu kalau sebut satu-satu. Kalau dia buat ayat memang satu pun tak faham :D saya pun ikut bahasa dia tu. Dia pula tersipu-sipu malu, terus tukar topik.

Sekarang ni ada hobi baru. Suka sangat buka peti ais. Mula-mula saya tampal tape kertas warna putih tu.. dia cabut. Ada tengok dalam blog (lupa blog siapa), alat untuk tutup peti ais dari anak buka. Yang tu dia beli di ace hardware. Puas lah cari balik tapi tak jumpa. Nak tunjuk pada ayah Iman suruh beli. Last-last AI beli di toys R us.

Tak tahan lama pun benda ni.. Tangan Iman kuat. Dia dah cabut. Rugi RM14.50 ;)
Peti ais seusia perkahwinan (13 tahun) Kategori antik... :) tapi kami belum kategori antik lagi ya ;)

Lagi satu suka sangat main FM ummi dia. Sebenarnya semua FM ada belah atas. Tapi Iman dah susun separuh kat bawah. Yang menariknya cantik pula dia susun. Cepat-cepat saya ambil gambar. Sebelah tepi pun ada FM juga. Yang tu banyak dah pecah. Tak dapat ambil dengan tangan siap jolok dan baling suruh jatuh. Dah lama pun FM tu. Nasib yang orang bagi masih selamat lagi ;)
Itu lah ceritanya...

Rabu, 8 Ogos 2012

Al-Quran Penawar Sanubariku bersama Ashraff Muslim

Assalamualaikum


Suka tengok kapsul istimewa bersama Ashraff Muslim (sejuk je tengok muka dia), Al-Quran penawar sanubariku yang disiarkan selama 2 minit di TV9 sepanjang bulan Ramadhan ni. Banyak yang boleh dipelajari mengenai penggunaan ayat Al-Quran dalam setiap masalah yang sering kita hadapi.

Saya simpan di sini sebagai rujukan dan panduan.
  1. Masalah was-was : Surah Al-Hijr (15) Ayat 66 - 99
  2. Masalah jantung : Surah Al-Israq (17) Ayat 40 - 55
  3. Masalah keyakinan diri : Surah Al-Nur (24) Ayat 11 - 25
  4. Masalah anak bermasalah : Surah Yasin (36) Ayat 72 - 83
  5. Masalah penerang hati : Surah Ar-Rahman (55)
  6. Masalah rezeki : Surah Al-Waqiah (56)
  7. Ayat pendinding : Surah Al-Baqarah (2) Ayat 103 - 123
  8. Masalah kerunsingan : Surah Muhammad (47) Ayat 21 - 32
  9. Masalah akhlak : Surah Al-Hajj (22) Ayat 73 - 78
  10. Masalah kemarahan : Surah Toha (20) Ayat 120 - 135
  11. Masalah kanser : Surah Al-mukminun (23) Ayat 91 - 100

Sumber : http://www.tv9.com.my/

Cara untuk perluas carian enjin ke blog anda

Assalamualaikum


Saya ingin berkongsi cara untuk memperluaskan carian enjin untuk blog anda / rakan-rakan. Mudah sahaja cuma klik link yang ada di bawah dan masukkan URL blog anda / rakan-rakan di situ.

Yahoo!


MSN





Selain itu sila pastikan kedudukan site feed setting blog anda / rakan-rakan seperti di bawah ni :



Boleh klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang blogger dan SEO. Hanya untuk mereka yang mahir. Kalau tidak pening kepala ;)

(setting untuk SEO ini hanya terdapat dalam new blogger interface)


Harap dengan info ini dapat membantu meningkatkan trafik ke blog anda / rakan-rakan. Saya juga masih belajar mengenainya.


p.s: Saya tak boleh masuk link Yahoo! tu... rakan-rakan boleh tak?


Selasa, 7 Ogos 2012

Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif

Assalamualaikum

Tertarik dengan kata-kata Prof Dr Muhaya ni... kebetulan ada ingin menyuarakan pendapat dan sesuai sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Prof ni.

Saya kurang gemar bila ada blogger yang memperkecilkan blogger lain. Boleh beri pendapat dan tunjuk ajar tapi jangan menghukum blog mereka kecuali blog yang tidak bermoral dan melanggar etika. Blog seseorang adalah hak mereka. Kita kena hormat, sebagaimana kita mahu mereka hormat blog kita. Saya percaya apa yang kita buat di blog kita adalah apa yang kita suka.

Mempersendakan blog orang lain seolah kita merasa kita lebih bagus dari mereka. Atau adakah mereka cemburu sebenarnya dengan pencapaian blog orang lain. Tanamkan sikap positif dalam diri itu lebih baik dari memperkecilkan orang lain dan membuat perbandingan.

Cuba baca apa yang Prof Dr Muhaya katakan ini....


Bukan dari dunia blogging sahaja, tapi untuk kehidupan seharian kita amnya. Fokus pada apa yang kita lakukan dan sentiasa bersikap positif. Macam bagus je bunyinya saya ni kan ;) sebenarnya saya juga sentiasa belajar untuk berfikiran positif dalam apa jua situasi.


Buat renungan bersama...

Isnin, 6 Ogos 2012

Sampin dan songkok raya Iman juga kisah mereka yang tak hormat Ramadhan

Assalamualaikum.

Panjang sungguh tajuk entri. Ala-ala 2 in 1 macam tu ;) Semalam keluar cari songkok dan sampin raya Iman di Pasar Jawa, Klang. Tak perlu belek-belek, jumpa terus beli... tuan yang nak pakai tu macam biasa meriah dan teruja bila dapat keluar ;) Jadi haruslah cepatkan urusan.

Sampin dan songkok raya Iman ;)
Nampaknya dia tak suka pakai songkok dan sampin ni :( biasa pakai kopiah. Pandai dah pun sebut kupiah ;)
Bila suruh pakai sampin tadi dia cakap atallah.. tahun lepas kecil lagi redha je bila kena pakai :)
Tak tahulah bila raya nanti.. Mana tau mood berubah ;) harap-harap macam tu lah...

Dah beli terus balik. Singgah bazar Ramadhan di Port Klang pula, AI beli nasi kerabu. Saya tunggu dalam kereta je masa ni. Entah kenapa mata ni mengantuk sangat petang tu. Masa tunggu AI beli nasi kerabu boleh terlelap dalam kereta. Kemudian singgah My Mydin pula beli susu dan diaper petpet Iman. Murah beli di sini.. sempat promote lagi ;)

Masa menunggu AI dalam kereta, mata yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Sebaris My Mydin tu ada kedai TOTO. Mula-mula terpandang lelaki Melayu yang baru keluar beli nombor sambil hisap rokok. Terpinga-pinga saya dibuatnya. MasyaAllah, takde perasaan malu ke di hati tu. Sudahlah berjudi, kemudian tak puasa. Bukan dia sahaja yang membeli, ramai lagi orang Melayu saya tengok masuk beli. Masa tu pukul 6 petang. Ada seorang lelaki yang menunggu anak dia membeli dalam My Mydin tu pun hairan. Dia turut memerhati macam saya.

Bukan nak buka aib mereka. Tapi cukuplah saya katakan semoga Allah buka pintu hati mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bila kita terus menghukum seseorang ditakuti Allah uji kita dengan ahli keluarga yang berbuat seperti mereka. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Semoga hati ni sentiasa ada perasaan malu pada Allah. Amin.



p.s: Salam Nuzul Al-Quran. Misi khatam Al-Quran saya harap-harap berjaya hendaknya..

Aiskrim goreng memang sedap

Assalamualaikum

Teringat-ingat lagi makan aiskrim goreng 2 hari lepas. Memang sedap. Rupanya bila di simpan dalam tempat beku lebih lama roti tu akan jadi lebih rangup dan garing bila digoreng. Cuma pastikan jangan terlebih tarikh @ expired. Sebenarnya tak sempat nak goreng sehari lepas buat tu. Jadinya 2 hari jugalah baru goreng ;)

Lepas ni nak makan buat sendiri. Teringat harganya bila makan di kedai. Seketul RM2. Banyak untungnya tu.. ;)

Sebelum digoreng

Selepas digoreng. Kenapa yang seketul tu hitam pula ya? Kena bayang saya tu :)
Goreng dalam periuk steel.. kuali malas nak basuh ;)
Memang kena cepat-cepat gorengnya. Suhu periuk steel lebih cepat panas.

Bulan-bulan puasa ni tunjuk gambar makanan pula. Bila tengok jangan bernafsu tu yang jadi makruh ;) tapi rasanya tak bernafsu pun tengok ;) sebab tertutup. Tak nampak aiskrim kat dalam. Tapi memang serius sedap. Rangup di luar lembut di dalam ;) siap ada slogan lagi.. anak-anak mesti suka. Saya yang banyak makan ;) AI dan acik makan seorang satu. Masing-masing buka makan nasi dulu. Saya makan aiskrim dulu :) Iman pula makan aiskrim je... tak suka roti kan...

Caranya mudah sahaja. Ambil aiskrim letak atas roti dan letak lagi satu roti atasnya. Kemudian tekan dengan cawan. Lepas tu simpan dalam fridge. Kemudian bolehlah goreng. Api kena panas sikit. Sebab nak kena cepatkan. Lama-lama nanti cair pula aiskrim tu.


p.s: Lambat tidur sebab tadi dah tidur lepas maghrib. Hari ni mengantuk sangat :(


Ahad, 5 Ogos 2012

Kerepek, biskut dan sampul duit raya Petronas

Assalamualaikum

Malam semalam pergi Kerepek House, Banting. Aktiviti biasa setiap tahun tiap kali nak raya. Cari kerepek dan biskut. Kali ni ayah Iman yang buat pilihan membeli. Kebetulan member office AI ada buat kiriman. Saya teman Iman yang sedang tidur dalam kereta. Ayah Iman ditemani nenek dan acik  Iman yang turut memilih kerepek.

Selesai membeli di Kerepek House, kami singgah pula ke Ros Kerepek. Lagi sekali AI yang keluar kereta untuk membeli. Kali ni nenek Iman dah surrender. Terkejut banyak pula habis membeli di Kerepek House tadi ;) AI memang kira dulu sebelum bayar :) sebab tu AI tak bagi saya beli agaknya ;)

Lepas pergi Ros Kerepek, tak sahlah kalau tak singgah rumah pakcik saya. Dekat je dengan Kerepek House tu. Nak masuk rumah pakcik saya tu ada signboard Ijah Kek. Makcik saya ni selain buat kek buat biskut raya juga. Memang bisnes yang berjaya setiap tahun macam tu. Kalau dah singgah mesti sakan bersembang. Lama jugalah AI menunggu dalam kereta :) mak saya yang paling bertuah. Mesti dapat biskut raya percuma. Banyak pula tu.. kali ni siap dapat telekung free lagi..

ini sahaja yang saya beli dari makcik saya tu.. AI dah pesan jangan beli banyak-banyak. Nanti tak habis.

Tiap kali nak raya mesti kena ada angpaukan? Sajalah nak tunjuk sampul duit raya Petronas yang AI bawa balik tempohari. Sebelum ni takde pun. Jenuh jugalah mencari sampul. Biasanya dapat dari bank dan ada juga dari pasaraya. Tahun ni tak perlu nak cari. Dapat banyak pula tu. Macam banyak je nak suruh bagi kan? ;) sampul dah ada tapi duit rayanya masih belum tukar lagi.

cantik tak? Bintang tu macam lambang kristmas pula.

Minggu depan giliran kereta pula untuk dibuat apa yang patut demi keselamatan sepanjang perjalanan. Part paling banyak kena keluar duit :( Takpelah.. yang penting keselamatankan. Tengah berkira-kira nak cari lagi satu... Kereta yang ada sudah lama sangat berbakti dan agak berusia. Kena rehat dari jalan jauh.