بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 31 Julai 2012

Best Best

Assalamualaikum

Tengok tajuk agak-agak apa yang best tu? :) itu adalah sms yang saya terima dari AI. Pendek je tapi menyentuh hati ;)

Saya sms AI beritahu, saya dah masak sup ayam dan ayam goreng. Tengok ayam goreng lagikan? (yang tak baca entri sebelum ni, tak fahamlah ayat saya ni) Lepas tu AI balas best2. Kesian pagi tadi tak bangun sahur. Saya tidur tak sedar diri ;) alarm pun tak dengar :(

Sebelum tu dah sms cakap "sorry" sebab tak sedar masa sahur pagi tadi. Rasa bersalah tu yang rajin hari ni ;) tak lah sebenarnya perut dah lapar. Maklumlah masih cuti. Itu je yang ada untuk dimasak. Nak keluar memang malas-malas :( (penyakit home addict)

Bila AI tulis macam tu rasa besar hati dan buat diri berfikir yang seorang suami lebih suka masakan isteri. Masak juga boleh buat orang disisi kita rasa lebih dihargai. Macam kita makan masakan mak kita. Dan kita sebagai anak lebih berselera makan masakan mak sendiri (dan mak mertua juga). Mungkin sebab ada sentuhan kasih sayang di situ. Tak kira apa pun yang di masak, yang penting masak sendiri ;)

Tiba-tiba datang semangat untuk rajin masak. Jangan cakap saja ya Rose ;) warning diri sendiri :)


p.s: Status Nuffnang dah kembali glitterati :)

Duhai HATI

Assalamualaikum



Hati ni masih belum cukup suci lagi, bila sering berkata-kata dan membuat andaian yang tidak baik.

Duhai hati belajarlah untuk jujur dan ikhlas dalam setiap apa yang kau lakukan.

Duhai hati belajarlah menerima kekurangan orang lain yang mana kamu sangka kekurangan mereka itu membuatkan kamu terluka.

Duhai hati belajarlah menjadi kuat dalam menghadapi ujian dalam kehidupan.

Duhai hati... yang terakhir pintaku, jadilah kamu hati yang sentiasa belajar untuk mengejar kebaikan demi kebahagiaan kamu di SANA nanti.

Semoga kita sentiasa seiring dan setia bersama di kala suka dan duka. Jangan hancurkan insan yang kamu duduki kerana perasaan yang tidak baik dari kamu.

Syukur... kerana kamu sentiasa belajar dan mengajar insan yang kamu duduki ini.

Isnin, 30 Julai 2012

Persoalan: Syaitan diikat tapi manusia masih buat dosa

Assalamualaikum

Saya sentiasa tertanya-tanya kenapa bila tiba bulan puasa masih terjadinya perkara yang tidak baik. Sedangkan syaitan sudah diikat. Apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi?

Dalam pencarian saya tak banyak info yang saya dapat. Di bawah apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan.


Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan puasa, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dirantai.”

Daripada hadis berkenaan, dapatlah kita memahami pengertian majazi (kiasan) dan hakiki (kenyataan). Dalam pengertian majazi, hadis itu mengandungi makna Ramadan adalah bulan ibadat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ketika Ramadan, Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala yang luar biasa serta membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Dengan melakukan sedikit amal, kita memperoleh ganjaran pahala seterusnya membawa kita ke syurga.

Sehinggakan syurga pada Ramadan itu sentiasa terbuka kerana luasnya rahmat Allah SWT dan neraka, kerana banyaknya pengampunan Allah SWT untuk hambanya sentiasa tertutup dan syaitan bagaikan terbelenggu atau terikat berikutan kesedaran manusia yang terlalu tinggi sepanjang Ramadan.

Jika hadis terbabit difahami secara hakiki (kenyataan), maka kita dapat fahami dan berkata bahawa penderhakaan itu muncul akibat godaan syaitan dan rayuan hawa nafsu. Dalam Ramadan, iaitu bulan puasa, sememangnya syaitan diikat, tetapi bagi orang yang hawa nafsunya tidak dikawal, maka mereka itulah yang menderhaka kepada Allah SWT.

Kalangan ulama menjelaskan terdapat perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Syaitan menggoda dengan tujuan menyesatkan dan merugikan manusia, atau sekurang-kurangnya menjadikan manusia tidak beruntung dalam memperoleh rahmat Allah.

Justeru, syaitan dapat mengubah rayuannya dari waktu ke waktu jika ia gagal dalam rayuan yang pertama. Ini berbeza dengan nafsu yang hanya ingin memuaskan dirinya, sehingga apabila ia menginginkan sesuatu, dia tidak akan mengubah dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai. Wallahua’lam.

Sumber: dari persoalan di dalam soal jawab agama http://www.bharian.com.my/


p.s: Alfatihah buat arwah Syaleza Jaffar. Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Solat Dhuha, rezeki tak putus

Assalamualaikum

Ingin berkongsi cerita. Pasti ramai dah tahu kelebihan solat Dhuha. Tapi tak ramai yang istiqamah melakukannya. Termasuklah saya. Alhamdulillah buat yang istiqamah. Semoga rezeki kalian tidak putus. Insyaallah.

Baru-baru ni AI bersembang dengan rakan surau. Yang menarik dalam perbualan tersebut, rakan AI beritahu. Pendapatan bulanannya RM2,500 dan dia mempunyai isteri yang tidak bekerja dan 6 orang anak. Tinggal di rumah sendiri dan ada kereta.

AI tertarik dan kagum dengan ceritanya. AI tanya, macamana boleh cukup sedangkan dia tak cukup jika gaji sebanyak itu (gaji AI tak banyak juga... nak cukupkan keperluan terpaksa buat kerja lebih masa)

Rakan AI beritahu.. sejak dia mendirikan rumah tangga belum pernah dia meninggalkan solat Dhuha walau dalam keadaan uzur sekali pun. Alhamdulillah dia tak pernah putus duit.

Selepas mendengar cerita tersebut, AI dengan semangat mahu istiqamah seperti rakannya itu. Saya doakan semoga dia berjaya menyahut seruan tersebut.

Menarikkan kisahnya. Sebelum ni saya selalu beritahu AI yang terlalu risau tentang kewangan, supaya jangan fikirkan sangat. Soal rezeki Allah yang tentukan. Jika seseorang banyak wang sekalipun belum tentu bahagia selamanya. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata sahaja. Tarik maksud saya mungkin di uji dari segi musibah.

Saya lebih suka lalui hidup seperti biasa. Tidak terlalu memikirkan yang terkehadapan. Kerana kita belum tahu apa yang berlaku kemudian hari. Tapi persediaan itu penting juga, cuma jangan terlalu memikirkan hingga lupa yang Allah itu lebih berkuasa menentukannya. Usaha dan tawakal sudah memadai bagi saya. Biarlah sederhana tapi sempurna jalannya.


Kelebihan solat Dhuha

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sumber: http://www.islam2u.net/

Ahad, 29 Julai 2012

Tidak seperti apa yang difikirkan

Assalamualaikum

Hari ni baru berkesempatan keluar dengan AI cari baju raya :) Keluar rumah terus menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja, Klang.

Mula-mula pergi tingkat 2. Tengok Warehouse Sale. Erm... tak banyak pilihan, dan kebanyakan stok lama.

Turun kembali di tingkat satu. Cari baju Iman. Pilih yang ada offer 50% dan 70%. Jimat sikit. Lagi pun baru je shopping untuk dia sebelum ni.

Kemudian turun ground floor pula... cari baju melayu. Tengok warna hijau takde seperti warna yang diinginkan. Mata tertumpu pada warna lain pula ;) warna apakah itu...

Bersambung raya.... :)


Cerita sebelumnya: http://ummi-iman.blogspot.com/2012/07/tema-baju-raya.html

Sabtu, 28 Julai 2012

Kedai makan Upin Ipin

Assalamualaikum

Buka FB tiba-tiba nampak post dari FB Upin Ipin tentang kedai makan milik mereka. Hebat sungguh pengaruh Upin Ipin ni... Maaflah saya baru tahu. Mungkin dah ramai yang tahu ;)

Kalau bawa Iman mesti dia suka... betul3x ;) bukan Iman je, ayah Iman pun suka agaknya hihi. Bukan apa.. sejak akhir-akhir ni asyik lah membeli ayam kampung. Menunya goreng sahaja :)

Saya pun cakap pada AI. Abang pun dah macam Ipin, suka makan ayam goreng :) AI: "kata kita macam Upin Ipin pulak dah" ;)


Kedai Makan Upin & Ipin di Seksyen 7, Shah Alam.
http://www.facebook.com/kedaimakanupinipin


Antara menu yang ada. Nasi ayam madu.

Ada WiFi free dan boleh tengok cerita Upin Ipin :) agak-agak anak-anak makan ke tengok tv ;)


p.s: Ada jodoh sampailah sini.... ;)

Jusco Bandar Baru Klang, Warehouse Sale

Assalamualaikum

Jaya Jusco (AEON) Bandar Baru Klang ada mengadakan Warehouse Sale bermula 27 Julai - 8 Ogos, 2012.

Waktu urusniaga 10 pagi - 10.30 malam
Tingkat 2, berdekatan panggung wayang (TGV)

Setiap pembelian bernilai RM100 akan dapat RM5 AEON gift voucher.

Diskaun sehingga 70%

Selamat membeli belah :)


p.s: Ayah Iman pergi office hari ni :( kena tunggu AI balik baru boleh shopping. Baju raya takde lagi ;)

Jumaat, 27 Julai 2012

Kenangan Dubai 2003

Assalamualaikum

Entri dah lama simpan dan tiba-tiba nak keluar hari ni ;) Amaran entri ini panjang. Mengimbau kembali saat-saat kali kedua menjejakkan kaki ke luar negara. Negara pertama yang saya jejaki adalah Australia (Perth). Baca entrinya DI SINI.

Sebenarnya dah banyak kali ayah Iman pelawa pergi Dubai. Dubai adalah tempat transit ayah Iman untuk ambil flight balik ke Malaysia. Masa tu ayah Iman bertugas di Sudan. Jadi point MASnya (Enrich) mencukupi bagi saya claim tiket penerbangan pergi dan balik. Mahal juga kalau beli sendiri. Barapa tak ingat. Sebab dah lama. Masa tu bulan 6, tahun 2003.

Pertama kali naik flight yang mengambil masa 8 jam dan masa tu saya pergi bersama isteri dan anak kepada rakan ayah Iman yang bertugas di Sudan juga. Kebetulan kami satu office. Kami sama-sama ingin berjumpa suami masing-masing di Dubai untuk berjalan-jalan makan angin. Dan masa tu merupakan last trip ayah Iman untuk kembali bertugas di Kuala Lumpur. Memang waktu yang saya tunggu.. barulah seronokkan.

Tak ingat berapa hari saya duduk di sana. Penat jugalah ayah Iman bawa jalan. Ingat lagi ayah Iman cakap "meh jalan puas-puas". Sebenarnya dia nak tebus ketidakseronokkan saya pergi ke Perth. Memang betul-betul berjalan.. dahlah masa ni summer. Melekit-lekit peluh. Jalan sekejap mesti cari tempat yang ada aircond. Jangan tak tahu gerai yang kecil-kecil jual kekacang dan kurma pun ada aircond ;)

Pengalaman kali kedua mengajar saya agar tidak makan dalam kapal terbang. Masa pergi Perth walaupun hanya 3 jam lebih perjalanan. Saya mabuk lepas makan nasi atas flight. Habis makan tiba-tiba rasa nak pitam pulak. Jadi masa dalam flight ke Dubai yang panjang tu saya hanya minum air je.. sibuklah pramugari offer macam-macam. Saya geleng kepala je. Tak kisah sangat sebab perjalanan sebelah malam. Perut pun dah isi beberapa jam sebelum tu.

Setibanya di Dubai, kagumnya saya dengan airportnya yang besar. Perjalanan untuk keluar dari airport punyalah jauh. Turun naik escalator baru boleh keluar. Keluar-keluar je dari pintu ketibaan tu ayah Iman dah setia menunggu. Soalan pertama dia tanya.. macamana naik flight? tak takut ke? takut tak takut terpaksalahkan? Lepas tu saya dan kakak tu bawa haluan masing-masing. Dia ikut suami dia dan saya ikut ayah Iman. Ayah Iman tahan teksi terus bawa saya ke hotel untuk berehat. Teksi di Dubai mewah-mewah. Masa tu semua teksi kereta Toyota Camry. Jakunlah jugakan teksi kereta mewah ;)

mesti semua orang tahu bangunan apa di belakang saya ni kan? burj al-arab. Tourist guide (driver teksi) ada bawa kami masuk dalam hotel bersebelahan burj al-arab ni untuk kami ambil gambar sewaktu dalam lift.  Gambarnya gelap. Kamera tak betul setting ;) memang bagus sungguh driver teksi yang berasal dari India tu. Habis semua tempat menarik di bawanya.

 
teksi yang ayah Iman charted bawa kami ke sini. Teruja juga melihat patung di belakang tu. Warna dia betul-betul macam gold.

bergambar di pasar / market. Kalau tak silap ianya terletak di seberang laut. Tak beli apa pun kat sini. Saja naik bot dan tengok apa yang ada.

istana lama

kelakar muka.. tapi nak letak juga ;) belakang tu pantai yang terletak berhampiran burj al-arab. Lupa namanya ;) maklumlah dah lama.

bergambar dalam istana lama di atas tu..

ni pun berhampiran istana lama di atas. Merasa jugalah naik bot pergi seberang. Tambang 50 sen je rasanya.

Dalam muzium / istana

Ayah Iman ajak pergi padang pasir. Kami ambil pakej yang ada dalam brochure hotel. Jauh juga perjalanan dari hotel nak ke sini. Ingat lagi masa ni kawan saya Zana call dari KL ke handphone saya. Terkejut telefon bunyi. Maklumlah guna prepaid maxis je ;) dia tak tahu saya pergi Dubai. Dia pun terkejut. Terus cakap tak mau kacau.

Memang kagumlah masa ni.. bayangkan kereta FWD ni boleh meluncur atas pasir 90 darjah. Dah macam naik roller coaster. Masa tu seriau juga takut terbalik ke apa. Nasiblah saya tak termasuk dalam orang yang mabuk ;) kalau perut kenyang sangat mau mabuk juga.

Sampai je tempat yang di tuju.. kami diberi peluang beramah mesra dengan unta. Apalagi saya pun ambil peluang. Bila lagi nak merasa real naik unta di padang pasir kan?

Dah habis sesi bergambar dan naik unta. Last sekali kami di bawa ke khemah di belakang tu untuk makan malam. Sedap sungguh makanannya. Orang arab memang pandai bab-bab bakar ni. Lembut je daging. Sambil makan kami dihiburkan dengan tarian gelek arab. Terkejut juga saya.. tak sangka pula di hidangkan dengan tarian gelek dan pakaian yang seksi begitu. Malu saya nak tengok. Memang jeling sekejap-sekejap je. Ish.. tak sesuai langsung.

Banyak sebenarnya gambar. Tak bolehlah nak tunjuk semua ;) Seronok juga dapat lihat tempat orang. Sekejap-sekejap bolehlah... lama-lama terasa rindu dengan tanah air sendiri. Saat kapal terbang nak mendarat, hati melonjak gembira tak terkata ;)

Ini memori saya. Mana pun kita pergi tempat itu adalah memori indah buat kita. Ya kan? :)

Khamis, 26 Julai 2012

Walau cuti tetap kena bangun sahur

Assalamualaikum

Semalam (puasa kelima) tak sempat pun nak habiskan puasa. Dah kena kad merah waktu Asar. Jadi kenalah keluar 'padang'. Terus makan kurma dan minum air ;) tak baik tangguh-tangguh sebab memang dah Allah bagi kelepasankan.

Sebagai suri tetap kena bangunkan sebab ada perut lain yang perlu di isi ;) walau dalam hati ada rasa malas-malas je hihi. Tak baik tau. Ayah Iman kalau saya tak kejut memang tak sedar. Maklumlah penat bekerja dan bertarawih lagi. Layan Iman lagi.. kerja jauh pula tu dari Port Klang ke KL.

Bila tak puasa pagi-pagi perut dah nyanyi. Nakal sungguh perut ni.

Nota tambahan... kelebihan bersahur

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Senyum ikhlas ;)

Rabu, 25 Julai 2012

Gelagat Iman

Assalamualaikum

Suka lihat gelagat Iman. Kalau boleh setiap gelagat dia yang buat saya tersenyum tu nak simpan buat kenangan.

Sekarang Iman dah pandai bercakap dan faham apa yang berlaku di sekeliling Iman. Walaupun ada yang pelat sikit. Teruja dengar perkataan baru yang Iman boleh sebut.


Cara Iman ambil bola bawah kerusi


Ayah belikan helmet ni sebab Iman suka main (pakai) helmet ayah.


Kesian pula tengok Iman tertidur atas sejadah tunggu ummi mengaji. Semakin lama semakin faham. Walau ada masa kacau juga ;)


Iman dah pandai korek telinga sendiri. Tapi ni gaya yang salah.. dia main-main.


Yang ni baru betul. Sekarang memang bagi korek sendiri. Tapi kena tunggulah. Tak boleh tinggal. Dah lama dia buat sendiri. Setakat ni takde lagi apa-apa yang terjadi. Pandai tukar cotton bud tu untuk telinga lagi satu. Tak bagi orang lain korek kan.


Bersama koleksi kereta kecil Iman. Ada yang tak masuk lagi tu... mainan murah-murah je. Ayah rajin sangat beli. Tengok gaya posingnya yang tersendiri.

Iman ni cepat belajar, tapi ummi dia yang kurang rajin nak ajar :) ajar yang ringan-ringan je dulu. Kat rumah asyik buli ummi dia je. Asyiklah ajak main ;) jom jom kalau nak ajak main tu :)

Empat golongan lelaki yang di tarik perempuan ke neraka

Assalamualaikum

Sebagai renungan dan panduan bersama...

Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :

1. Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suami, Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang, Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. Anak Lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Selasa, 24 Julai 2012

Bangkit setelah jatuh

Assalamualaikum

Alhamdulillah tamat sudah puasa untuk hari keempat. Tiba-tiba rasa seronok pula update hari berpuasa ni. Kejap je masa. Tadi buka lauk sepatutnya untuk bersahur. Alhamdulillah masih elok. Berselera makan. Mana taknya terlajak kan. Bulan puasa ni sedih kalau membazir :(

Saja nak mengomel... bila kita jatuh mesti kita bangunkan? Ada ke yang dah jatuh tak nak bangun-bangun ;) duduk je lah kat situ. Apa pun tak dapat. Apa yang saya merapu ni.. saja nak bagi semangat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Itupun kalau sudi. Sebenarnya ini sambungan dari entri sebelum ni. Pasal glitterati ditarik. Jangan susah hati. Tengok macam saya siap touch up apa yang patut lagi dalam blog ni. Dengan harapan, cepatlah status bertukar. Merajuk pula lah dia bila dimadukan. Sikit-sikit nak merajuk. Tak gentleman langsung ;)

Kalaulah en Nuff baca.. Lagi merajuk lah agaknya hihi.

Saja nak sentuh kisah yang ditunjukkan di televisyen dan berita baru-baru ni. Kerana cinta manusia hilang pertimbangan. Bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor betul tak? Itu dari falsafah (betul ke guna perkataan ni)

Sebenarnya tepuk dada tanya iman (bukan iman saya ya) Sia-sianyalah perbuatan membunuh diri dan berdendam dengan orang semata-mata cinta di tolak. Kenapalah singkat sangat pemikiran. Tak tahulah nak kata apa dengan orang macam ni. Mungkin tak tahu apa itu redha agaknya.

Saya dulu zaman remaja, pernahlah juga kecewa (bukan cintan cintun sangat pun) biasa-biasa je. Tapi makin kecewa makin tinggi semangat untuk berjaya. Nak tunjuk lah kat kawan tu. Tanpa kau aku masih boleh berjaya. Malah makin berjaya :) (ada sedikit ego di situ)

Pilihlah nak yang mana ya... jatuh terduduk atau jatuh terus bangkit ;)


p.s: baca betul-betul baru ulas ok. Nanti tak faham apa yang saya cerita ;)

Glitterati status ditarik kerana google adsense

Assalamualaikum

Perasaan kecewa bila masuk Nuffnang hari ni status tiba-tiba bertukar kepada ahli biasa. Sedangkan status glitterati dah lama dipegang.

Walaupun Nuffnang kata boleh join sekali tetapi itu lah hakikatnya. Memang sukar diterima. Jika tak boleh beritahu secara jujur tak boleh. Kan senang. Nampak tak ayat mula nak merajuk ni :(

ME pun kena tolak. Hari-hari tengok tau jadi boleh tahu apa yang terjadi ;)

Patutlah ada baca komen orang sebelum ni dalam entri yang sebut boleh combine sekali iklan Nuffnang dan Google Adsense, orang tu kata status akan ditarik. Memang betul.

Jadi senang cerita iklan di blog tak boleh dimadukan. Isteri pertama setuju tapi tak rela (ikhlas) ;)

Saja kongsi kepada yang lain.


p.s: Terus cerai madu hari ni... :)

Pamoga dan jawapan

Assalamualaikum

Alhamdulillah masuk hari keempat puasa. Pagi ni terlajak bangun. Sedar-sedar 5.46am :( Bila mimpi merapu maka alarm pun tak dengar. Malang sungguh. Nasib pukul 1 lebih dah minum Pamoga dan air suam.

Kebetulan Iman setiap 1 jam merengek pagi tadi. Buat susu, tukar diaper (nak kaitkan Iman pula ya). Kalau dah terlajak macam-macam alasan lah nak cari. Sedih sebenarnya...:(

Takpelah takde rezeki. Sambung apa dia Pamoga. Sebelum tu mari tengok gambarnya dulu. Mana tau lepas tengok gambar. Ramai pula yang kata ooohh ini rupanya ;)

Maaf, gambar sengaja disengetkan ;) Macamana? Pernah tengok tak?

Pamoga merupakan produk Vida Beauty yang terbaik iaitu mampu merawat 1001 segala penyakit dengan izin Allah s.w.t. Ianya merupakan ekstrak buah delima, gamat dan lain-lain.

Antara khasiatnya ialah :

• Membantu merawat pelbagai penyakit
• Angin ahmar/lumpuh
• Buasir
• Kulit melecur
• Kulit kaki pecah
• Lemah otot, radang dan gaut
• Mengawal dan merawat tekanan darah tinggi, kencing manis
• Masalah jantung dan ginjal
• Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
• Mata lebam/kurang tidur
• Pedih ulu hati dan batu karang
• Pencernaan, keracunan dan sembelit
• Rambut gugur dan tidak lebat
• Selepas bersalin dan sistem peranakan
• Tumbesaran dan kecergasan kanak-kanak
• Ulser

Nak tahu lanjut pergi sini http://vidabeauty.com.my/

Tujuan asal beli ni sebab baru-baru ni resdung dah mula teruk kembali. Mata, telinga semua gatal. Tu lah langgar pantang lagi :(

Teringat kawan saya Siti beritahu, kawan dia minum Pamoga terus hilang resdung. Bagus je bila dengar macam tu kan? Kebetulan juga baru-baru ni pinggang sakit. Tak tahulah kenapa. Takut jugalah ada masalah buah pinggang.

Saya ni sama macam AI kalau ada sesuatu tak kena fikir macam-macam ;) baru je minum 2 hari macam tu. Alhamdulillah sakit kat pinggang dah takde. Cuma kadang ada masa terasa. Bukanlah sakit, cuma macam ada tak kena je.

Oklah tutup cerita Pamoga, kini jawapan kepada teka air semalam. Terima kasih pada yang sudi meneka. Senyum-senyum baca jawapan. Yang tak tahan ada pula yang kata "bukan air daun ketumkan?" mestilah bukan.

Jawapannya air tomato. Ha pernah minum tak? Mesti jarang atau tak pernah. Sebab tu tak tahukan? Saya suka minum air tomato. Bermula zaman belajar kat kolej (private je) dulu. Makcik kedai makan tu suruh try. Bila dah cuba, kena jugalah dengan tekak ni. Lagipun bagus untuk kesihatankan? Itu salah satu petua awet muda saya ;) tak lah saja gurau je.. Tua tetap tua ;)

Takde sorang pun teka betulkan? Apa pun terima kasih kerana berani mencuba ;)

p.s: Nak jogging pergi rumah kawan-kawan :)

Isnin, 23 Julai 2012

Teka air apa ni?

Assalamualaikum

Alhamdulillah masuk hari ketiga puasa. Biasa bulan puasa saya tak minum air yang berais atau air manis (situasi rumah sendiri).

Masa ni lah ambil peluang nak bersihkan badan. Baru umur 36 (tiada rahsia) badan dah rasa lemah. Kurang bersenam. Bukan kurang memang tak bersenam pun ;)

Panjang intro... sebenarnya nak suruh teka air apa ni? Dah lama simpan gambar ni, tapi baru hari ni nak publish ;)



Selamat berbuka. Jangan lupa jaga kesihatan :)


p.s: Semalam beli Pamoga. Siapa tau apa itu Pamoga? Soalan lagi ya? Lepas ni cerita ;)

Ahad, 22 Julai 2012

Tema baju raya

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai hari kedua berpuasa. Menu berbuka masih sama macam semalam. Nasi kerabu. Beli je.. ayah Iman kata "tak mau susahkan isteri suruh masak" ayat perli tu. Tak lah suami mana yang tak sayang isteri, isteri pun mesti sayang suami. Betul tak? Sayang menyayang perasaan yang indah dari Allah. Melalut sudah ;) nasi kerabu adalah makanan kesukaan AI dalam bulan puasa. Tak puasa pun sama ;) saya tak kisah. Sudah serasi dengan makanan Kelantan. Nasi hari ni lebih sedap berbanding semalam :)

Iklan sekejap. Suka tengok muka Iman yang blur atau terkejut melihat aksi kami menyakat dia tadi. Untuk pengetahuan Iman tak bagi kami dekat-dekat. Jealous lah tu... tapi tadi saja je kami dekat-dekat. Saya peluk AI. Reaksi biasa Iman akan marah. Lama-lama muka dia macam terkejut pula. Apa lagi kami gelakkan dia. Memang takde peluang nak duduk, berdiri atau bersembang berdua. Mesti dia interframe. Kalau tidur bertiga. Dia mesti di tengah-tengah :)

Balik pada tajuk tu.. kami puas fikir nak pilih warna apa tahun ni. 13 tahun bersama. Tahun ke 9 baru kami ada tema :) percaya tak? Dulu AI malu nak pakai sedondon. Dia akan pakai baju melayu atau jubah warna putih. Puas lah saya pujuk. Sampai beli baju Melayu sorok-sorok lagi tu. Takut AI marah. Bila ada Iman barulah semangat nak pakai sedondon. Iman memang penyelamat keadaan ;)

Tahun ni kami pilih warna hijau lumut (muda). Mula AI nak warna oren (lembut). Tapi saya kata tak sesuai dengan Iman. Bila saya tunjuk contoh warna, AI setuju. Erm... warna tema dah ada tapi baju belum lagi cari. Harap-harap adalah warna tu..

Beli dah siap senang. Kecewa sebab bila tempah, baju tak selesa nak pakai. Apa tema pilihan kalian pula?

Macam ni lah warnanya... cantik tak?

Jalan-jalan Setia City Mall

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari kedua berpuasa hari ni. Hari ni Iman join sahur sekali :) segar je mata dia. Tidur awal semalam. Lepas maghrib dah lelap.

Misi untuk mencari meja study Iman diteruskan semalam. Namun misi tak berjaya, tak jumpa yang berkenan.

Banyak juga tempat pergi. Ayah Iman cerewet sikit dari segi tahan lama dan tak bahaya untuk Iman. Ada jumpa semalam di Setia City Mall, harga boleh tahan RM99, tapi mejanya (plastik) ringan. Jadi hold dulu.

Kali kedua datang sini dan kali pertama buat kami bertiga. Banyak juga lah tempat kami singgah. Besar pasaraya ni.. lenguh jugalah kalau nak tengok semua. Pasaraya kawasan elit jadi barangannya pun boleh tahan. Untuk yang berduit, pasti puashati dari segi banyak pilihan barangan yang ada. Cantik-cantik pula tu.

Kami tak beli apa pun di sini. Cuci mata je.. fokus pada barang yang dicari ;) yang seronoknya tentulah Iman. Berlari sana sini. Sekarang dah kenal pasaraya. Kalau nampak je mesti cakap "dah ampai" :)

Lihat apa yang Iman buat di sini...


Kalau dah jumpa benda ni mesti nak naik. Tapi dia tak kisah pun bergerak ke tak ;) tapi yang ni kami bagi peluang masuk duit. Tak bising mesinnya. Takde lagu pun.


Sekarang ni suka sangat buat muncung macam tu. Nak rasa naik atas kerusi ni lepas main mainan kat atas tu. Nasib baik habis je main sekali dia turun. Kalau melekat tak mau turun jenuh lah nak pujuk.


Jumpa lagi.. naik lagi setiap floor ada 2 tempat yang ada mainan ni. Masa naik yang ni Iman marah patung tepi tu. Tergelak dibuatnya. Dia cakap "acho lah" (kacaulah).

Ada satu lagi Iman naik tapi ummi tak ambil pun gambarnya. Yang tu ada 2 stereng. Asyik lah ajak ummi dia ni naik sekali. Manalah muat :)

Pasaraya ni terletak di Setia Alam, berhampiran dengan Meru, Klang.

p.s: Satu-satunya pasaraya yang besar dan punya ruang solat yang besar. Ada pasaraya besar tapi ruang solat kecil. Kenalah beratur tunggu giliran.

Sabtu, 21 Julai 2012

Kesian Iman... tertidur sendiri

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hari pertama sahur dan berpuasa. Iklan jap. Pagi tadi sahur ayam masak lemak versi Kelantan. Nasiblah jadi. Guna santan MS je :) suami puji lagilah sukakan :D Kalau tak jadi harus senyap ;)

Sambung balik cerita Iman. Malam tadi lepas isyak, ngaji jap. Iman yang tengah tengok DVD (saja buka taknak bagi dia boring) datang jengah sambil merengek-rengek manja. Tapi dia tak kacau, berdiri depan pintu je. Lagi sekali datang jenguk dan merengek lagi... Tengok ummi dia masih tak habis lagi dia pun pergi.

Akhirnya.....


Tertidur sambil DVD terbuka. Mesti dah mengantuk sangat. Petang tak tidur.

Sejak minggu lepas tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang, even nak ke bilik air pun susah. Menangis beriya-iya depan pintu. Akhirnya kami mandi berdua :) kalau nak buang air tak bolehlah bawa. Bahaya ;)


p.s: buat rakan baru blog ni, maaf tak boleh masuk blog kalian. Ada masalah sikit. Dari semalam duk menyelesaikan masalah google ni. Pening juga dibuatnya. Dah ok nanti saya singgah. Terima kasih.

Jumaat, 20 Julai 2012

Sejarah solat tarawih

Assalamualaikum

Tertarik ingin mengetahui sejarah permulaan solat terawih yang sering kita lakukan setiap kali bulan Ramadhan. Setiap permulaan pasti ada cerita disebaliknya.


Kenapa dipanggil Terawih

Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih".


Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'Altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'Tarwihah' adalah isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'Ar-rahah'.


Jadi makna 'Tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'Taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'Assalam'. Disebut 'Tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'Ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.


Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad s.a.w.  berkata pada bilal: "Marilah kita beristirehat dengan solat.'


Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."


Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.


Bilangan rakaat Tarawih

Solat Tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat Islam, sama ada daripada golongan ulama Salaf maupun Khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu al- Khattab r.a. sehinggalah kezaman kita sekarang.

                       
Orang yang mula-mula bertarawih

Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "Solat Tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang  diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripada-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."(Riwayat Imam Muslim)


Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu."(Riwayat Muslim)


Abu Hurairah r.a. meriwayat sebuah hadith yang bermaksud:

"Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat ditepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'Siapa mereka itu?' Ada yang menjawab" 'Mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca al-Quran, tetapi Ubai bin Kaab solat ditengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yng mereka lakukan itu."    (Riwayat Abu Dawud)


Adapun panggilan solat Tarawih adalah dinisbahkan kepada Khalifah 'Umar ibnu al-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul-Qari, beliau berkata: 

"Saya keluar bersama Umar ibnu al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'Saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." Kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."


Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluarlagi dengan Umar dan pada ketika itu umat Islam mengerjakan solat dibelakang seorang qari. Maka Umar berkata: "Sebaik-baik bid'ah adalah ini. Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (Tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat Islam mengerjakan pada awal malam."(Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari)


Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih diatas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan Ramadhan adalah junjungan Agung kita Nabi Muhammad s.a.w. .


Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat Tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya.


Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh al-Bukahri dan Muslim maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w.  keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat dimasjid. Beberapa orang mengikuti solat Baginda Rasulullah s.a.w.. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka. 


Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun dimasjid bertambah ramai lagi. Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya. 


Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid. Setelah selesai solat Subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'Sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat  malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'


Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat keadaan masih tetap seperti itu."



p.s: Selamat bertarawih...

This blog has been removed

Assalamualaikum.

Baru nak buka blog, tiba-tiba keluar perkataan di atas tu. Mau tak terkejut dibuatnya. Apa masalah saya pun tak tahu. Macam-macam kejutan pula dibuatnya :(

Cuma ada persoalan yang nak diajukan pada rakan-rakan blog. Adakah kalian boleh masuk blog saya seperti biasa.

Semalam saya dah ubah nama blog kepada Catatan Ummi Iman. Siapa yang rajin bolehlah buang dan masukkan kembali URL blog saya ;)

Selagi tak pulih seperti biasa, selagi tu tak senang rasa di hati. Cobaan..

Khamis, 19 Julai 2012

Khutbah Rasullulah SAW menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Esok atau lusa kita akan berpuasa. Maka di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika ada tersalah kata dan tindak tanduk. Semoga kita memperolehi, mempelajari serta mengamalkan sesuatu yang lebih baik dari bulan Ramadhan yang sebelumnya. Semoga diberi kekuatan iman dan ketaqwaan yang lebih tinggi. Insyaallah.

Di bawah adalah khutbah Rasulullah sempena menyambut Ramadhan


“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.


Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.


Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.


Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.


(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)


Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.


Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”


(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)


Sumber: http://www.dakwatuna.com

Tiba-tiba rasa....

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan kalian pada masalah yang saya hadapi. Alhamdulillah syukur masih boleh buka blog. Bila sedar apa yang berlaku saya dah tukar password dan tingkatkan sekuriti blog saya ni. Itu pun lepas saya checked di google.

Tiba-tiba saya rasa masalah saya berpunca dari entri CikFatihah tu. Perasaan curiga tiba-tiba muncul. Sebab saya tak kenal siapa dia CikFatihah tu. Yang kedua kenapa tiba-tiba dia minta tolong saya. Ada tak sesiapa yang cuba masuk blog dia sebelum ni. Atau ada sesiapa tak pernah terlihat alamat blog dia. Bukan menuduh. Cuma curiga. Lepas je saya masuk blog dia jadi perkara pelik ni. Mungkin itu cara teknik hack yang dilakukan. Saya rasa saya nak buang shoutbox tu. Banyak sangat orang menipu di situ. Sebab tu saya hide. Lepas entri ni. Saya nak buang. Jadi sesiapa yang nak tinggalkan jejak boleh tinggal di ruangan ulasan.

Ruang ulasan pun saya cuma letak orang yang ada ID. Anynamous saya tak mahu. Kebanyakkan anynamous ni suka letak link macam-macam dan tinggalkan kata-kata yang tak baik. Setakat ni saya belum kena lagi. Tapi bila tengok di blog orang lain, anynamous ni yang suka cakap pelik-pelik. Tak maulah usik diorang. Tepuk dada tanya iman. Bukan Iman saya ya ;)

Jadi berhati-hatilah. Kadang bila kita nak buat baik jadi perkara sebaliknya. Banyak juga terjadi dalam dunia realiti. Biasalah kita belajar dari kesilapan. Kadang kerana mereka yang tak jujur ni lah kita jadi takut nak tolong orang lain. Apa pun inilah dinamakan lumrah kehidupan. Kita lalui dengan tenang, yang penting kita dah cuba lakukan apa yang termampu.

Wallahuaklam.

Rabu, 18 Julai 2012

Masalah

Assalamualaikum

Sedih. Ada orang cuba hack akaun saya ke?. Tiba-tiba tak boleh guna application yang biasa saya guna tu. Tak taulah apa dah jadi tadi.

Mulanya saya post komen di blog orang, keluar skrin suruh taip password. Bila taip keluar word merah yang kata wrong password. Padahal tak silap pun password tu. Jadi saya cuba cari masalahnya. Bila log in guna safari di iPad ni takde masalah. Itupun kena verify dulu :( Cuma tak boleh masuk guna application yang biasa saya guna tu. Errornya, incorrect username/password combination. Tak ke risau dibuatnya :( boleh je buat entri guna safari tu, cuma susah nak add gambar. Kena ada URL baru boleh add.

Masih tak tahu apa punca masalahnya. Kenapa di Safari boleh tapi kat application dalam iPad ni tak boleh. Puas lah cari puncanya. Tak kisah lah janji saya boleh masuk blog macam biasa. Jangan tak boleh. Mau menangis :(

Selasa, 17 Julai 2012

Segmen : Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum



Masa baca coretan nostalgia Zie berpuasa. Saya cuba ingat kembali nostalgia atau sejarah permulaan saya berpuasa.

Saya mula berpuasa semasa umur 5/6 tahun. Arwah abah saya yang ajar doa bersahur. Saya ingat lagi saat tu. Tiba-tiba rasa rindu pada arwah abah saya. Tahun ni tahun ke 4 tanpa arwah di sisi. Al-fatihah. Baru-baru belajar puasa dapat kelonggaran. Separuh hari pun takpe kata arwah. Saya pun tak ingat berapa hari saya berpuasa penuh.

Masuk darjah 1 hingga darjah 6 saya masih belajar berpuasa. Makin meningkat usia, makin meningkat tambahan hari saya berpuasa penuh.

Apa yang saya ingat di permulaan ada jugalah saya menipu. Bila masuk bilik air mak saya akan jerit dari luar "jangan minum air paip" terkejut saya. Macam tau je saya curi minum air. Air paip pun minum ;) nasib tak sakit perut. Bila nampak muka segar je, mesti mak tanya "curi minum air ya". Mana nak mengakukan. Takut... Adik beradik saya yang lain pun sama je cara mengelatnya. Betul tak? Macam lah diorang baca ;)

Rasa rugi je semata-mata minum air. Kalau teruskan lagi bagus. Minum air je mana kenyang. Tau tak kenapa curi minum. Sebab tak tahan dahaga sangat dengan cuaca yang panas. Pergi balik sekolah jalan kaki (padahal dekat je rumah dengan sekolah :) alasan lah ni.

Setiap kali puasa pasti ada ganjaran. Siapa dapat puasa penuh akan dapat duit. Ayat biasalah tu kan nak bagi semangat suruh puasa ;)

Kini puasa ni dah sebati dalam diri. Tak macam budak-budak dulu. Ya lah masa tu manalah kita ikhlas sangat nak puasa ;) bila niat tak betul, tu yang rasa cepat lapar dan dahaga. Sekarang kadang terbabas sahur pun takpekan. Yang penting niat tu. Perut bila puasa lagi baik tak menyanyi-nyanyi ;) dia tau kot kurang pahala kalau menyanyi hihi.

Tahun ni tak tahulah macamana agaknya bersahur. Maklumlah Iman ni bukan boleh bising-bising. Kami ni dah macam tikus mundok nak curi lauk. Kalau dah terjaga memang harulah nak makan. Dah lah suka sahur lewat senang tunggu subuh sekali.

Rasa macam dah panjang sangatlah cerita saya ni. Harap tak boring lah membacanya ;)

Salam Ramadan Al-Mubarak untuk semua. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.

Tag : Ummu Muhammad

Nak join segmen? Sila ke alamat ini http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html

Ada hadiah yang cukup menarik menanti anda. Sesuai sangat dalam menyambut bulan yang suci ini.

Segmen Tamat : 22 Julai 2012

Jalan-jalan Empire Shopping Gallery Mall

Assalamualaikum



Sabtu baru ni buat pertama kalinya kami mengunjungi Empire Shopping Mall Gallery yang terletak di SS16/1 Subang. Ramai juga orang datang sini. Parking dari level 1-3 penuh. Level 4 baru ada ruang.

Tujuan utama ayah iman nak beli kerusi dan meja untuk Iman di toys R us. Kat sini yang paling dekat. Malangnya meja dah habis jadi beli kerusi je dulu :(


Inilah dia kerusinya. Ada banyak warna. AI call tanya nak warna apa (iman tidur masa ni dalam kereta, kesian nak kejut). Tak nampakkan warna yang disebut, saya pilih warna biru.

Bila ayah masukkan kerusi dalam bonet iman dah jaga. Apa lagi kami pun jalan-jalan tengok dan cari barang yang nak dibeli. Akhirnya jumpa dan beli barang yang kami cari (iron board gedabak) dan bekas air warna biru (yang ada paip tu). Harganya murah berbanding yang kami survey sebelum ni.


Tahu tak apa ni? Ini adalah LeX Slide. World's Tallest Indoor Tube Slide. Terletak di aras 2. Siapa berani boleh cuba. Yang takut pun boleh cuba untuk hilangkan gayat bak kata AI. Lama juga berhenti di sini. Kebetulan ada 3 beradik nak cuba.


Harga tiket RM10 (1 slide), RM15 (2 slide). Lihat adik tu, lama juga ambil masa dia nak masuk. Akhirnya tak jadi sebab tak berani.


Di aras yang sama terdapat Kiz Sports & Gym. Luas dalamnya. Lupa nak ambil gambar ruang dalam ;) macam-macam aktiviti boleh dilakukan dalam ni. Mereka ada program yang telah disediakan.

Suka mall ni sebab mesra pengguna. Mungkin kebetulan apa yang dicari ada di sini.

Kami makan di Nyonya Colors. Banyak kedai makan lain di sini, jadi pilih je nak masuk kedai mana. Kat sini juga buat pertama kali kami makan marshmallow. Try yang bersalut coklat (lollipop marshmallow namanya) sedap. Iman pun suka. Gambar lepas ni baru nak upload. Suka tengok mulut dia yang comot tu ;)

p.s: AI nampak Ziana Zain duduk di kerusi sebelum nak masuk ke surau. AI cakap rugi lambat (masa tu saya kat surau) Saya memang suka dia sejak dia mula-mula nyanyi lagi. Kalau tak, ada gambar kak Ziana dalam ni ;)

Isnin, 16 Julai 2012

Buat CikFatihah

Assalamualaikum

Entri khas untuk cik fatihah kerana telah meninggalkan message ini di shoutbox yang blognya ada masalah.

Untuk cik fatihah ini masalahnya...

This blog is open to invited readers only

http://realitynursalam.blogspot.com/

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.


Kenalah betulkannya kembali. Pergi design > setting > permissions. Kat situ nanti akan keluar seperti di bawah. Jadi tukarlah ke anybody ya.

Who can view this blog?
• Anybody • Only people I choose • Only blog authors

Harap membantu dan berjaya selesaikan masalah.

Kemaskini facebook

Assalamualaikum

Tiba-tiba rasa nak kemas fb hari ni. Saya ada 2 akaun. 1 untuk kawan-kawan sama belajar & kerja, dan 1 lagi untuk keluarga. Pengasingan ni lagi mudah untuk saya berhubungan dengan mereka. Dulu ada satu tapi saya rasa macam tak sesuai nak campur adukkan kesemuanya.

Sekarang saya jarang buka fb gara-gara blog ni. Bagi saya blog buat kita lebih faham cerita seseorang berbanding fb yang hanya terhad dengan apa yang cuba disampaikan.

Saya ambil kesempatan nak minta maaf pada rakan blog yang add saya di facebook. Saya dah unfriend kalian dan yang baru add saya tak boleh nak accept. Biarlah kita berhubung melalui blog sahaja. Jangan salah faham dan terasa. Tujuan fb saya untuk cari kawan-kawan lama. Saya pun tak share entri blog di fb. Kalau mereka nak baca pandailah mereka cari ;) Harap memahami. Berat nak beritahu ni... saya takut orang salah faham. Kalau ada fanpage saya takde masalah nak like :)

p.s: Banyak gambar yang saya rasa tak perlu saya dah buang. Lebih-lebih lagi gambar rakan-rakan saya yang telah berhijrah. Alhamdulillah. Dulu ada orang tegur saya. Kenapa kawan kau tu seksi sangat. Saya kata biarlah itu urusan dia dengan Allah. Tapi dalam hati saya selalu doakan yang baik-baik buat mereka. Saya rasa mereka sendiri dah tahu perkara itu salah. Akhirnya mereka sendiri yang terbuka hati untuk berubah. Buruk baik kita yang tentukan bukan kawan kita. Kerana amalan kita yang akan dinilai nanti.

Ahad, 15 Julai 2012

Hai! Please call me back

Assalamualaikum

Saya baru tau dari kawan saya Zana cara untuk hantar message seperti di atas tu. Dia sms saya, saya pun reply tapi... tak boleh nak hantar sebab credit dah habis ;) tak lama lepas tu dia pun call. Cakap kat dia credit habis. Dia kata dah agak dah.. memahami sungguh kawan saya tu. Cuba yang tak faham mesti fikir macam-macam kan?

Katanya lain kali buatlah "please call me back". Macamana? Saya tanya. Tekan lah *126*taip no hp#. Oooooh manalah saya tau. Kesian kan? Yang belum tau bolehlah buat. Tapi jangan pula saja-saja nak save credit buat message macam tu. Takut orang tak puashati lah kan?

Tak tahulah ini untuk semua rangkaian atau untuk Maxis sahaja. Lupa pula tanya kawan saya tu.

Update: untuk yang bertanya bagi rangkaian Celcom. Di bawah jawapannya hasil dari pertanyaan rakan blog saya Eca. Terima kasih buat cikgu Eca.

untuk digi, kita gunakan talktime request.

gunakan *128#
pilih 1 - Akaun Saya
pilih 7 - talktime services
pilih 2 - talktime transfer
pilih talktime request
pilih Call Me Back
masukkan nombor kawan tu.

untuk Celcom:

RQ1 CALLME - 1(Nombor Kawan tu)

Iman kena gigit dan cakar

Assalamualaikum

Hari ni dalam sejarah ;) gara-gara minat sangat dengan kucing akhirnya makan diri. Terkejut ummi dia siap terjerit sikit tadi.

Alkisahnya lunch di Lady Fingers yang terletak di Bandar Botanik. Siang menu nasi campur. Sedap. Tu yang datang lagi.. (iklan sekejap)

Sambung balik. Lepas ambil nasi ajak Iman makan. Bila dia dah nampak kucing memang kejar kucing je lah. Tiba-tiba kucing tu tertiarap depan meja kami. Iman pun usap-usap kepala dan badan dia. Mula ok je.. tiba-tiba kucing tu macam marah pula. Sepantas kilat dia gigit dan cakar Iman.


Nampak tak garisan di tangannya tu.. lepas kena terus sapu minyak but-but. Iklan lagi... puas lah mencari minyak mestika Bayini ni. Akhirnya jumpa juga.

Lepas kena gigit masa saya basuh kan tangan dia tu bukan main lagi nangis sambil cakap "gigit... gigit" tulah dah bagi amaran tak mau dengar.

Dah kena gigit dan cakar pun tak serik. Pelik betul. Setengah budak dah fobia. Tapi sebab suka dia tak kisah pun. Bila tanya siapa buat. Dia diam je.. masih nak bela kucing lah agaknya.


p.s: saya masukkan link ni untuk siapa yang nak tengok dan tahu tentang minyak but-but http://ummi-iman.blogspot.com/2011/11/minyak-urut-terbaik-keluaran-hpa.html

Sabtu, 14 Julai 2012

Sampel percuma Sustagen

Assalamualaikum

Sekarang ni minat sangat mengutip sample ;) takde kerjakan? Orang nak bagi kita mintalah. Baru ni minta sample susu Sustagen. Nak cubalah bagi Iman. Dia suka ke tak.

Mulanya ummi dia yang rasa dulu ;) sedap juga. Yang penting tak manis. Tak suka susu manis-manis ni. Lagi pun tak elok untuk kesihatan. Betul tak?


Inilah sample yang dihantar oleh MeadJohnson baru-baru ni. Ada 3 paket semuanya. Sebelum hantar diorang mesti call dulu tanya kita ada minta sample dan sekarang minum susu apa.

Nak sample juga sila ke link ini http://www.meadjohnsonasia.com.my/faqs/sample-request.aspx

Bagus juga jika jadi ahli kelabnya. Boleh collect point dan redeem barang.

Bagi Iman rasa.. dia suka juga bila minum dalam cawan. Nak tukar? erm... harga boleh tahan. Dahlah Iman kuat menyusu ;)

Nak tengok Iman solat

Assalamualaikum

Dah lama nak ambil gambar Iman ikut ummi dan ayahnya solat. Tapi agak susah juga, sebab bila perasan saya nak ambil gambar dia terus lari kat saya.


Tengok.. bukan sujud tapi menonggeng ;) tak kisah lah janji dia ada minat nak ikut.


Dia dah perasan saya ambil gambar dia. Cepat-cepat nak bangun.

Selalu tengok ummi solat jadi dia tak nampak pergerakan saya yang bertelekung tu. Ayah hari minggu kadang pergi surau. CD solat yang saya beli sebelum ni untuk Iman agak details. Tak sesuai untuk dia.

Ummi harap Iman cepat belajar nanti.

Jumaat, 13 Julai 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....

Assalamualaikum

Sebelum terlupa nak join segmen Ayu. Blogger yang rajin singgah blog. Bukan blog saya sahaja tapi blog kalian juga kan?


Ayu suruh sambung ayat di atas tu... untuk makluman "Saya blogger dari Selangor"

Nak join sama sila ke link ini http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/07/segmen-ayu-saya-blogger-dari.html

Tag : Mommy & Daddy

Tarikh Tutup : 12 Ogos 2012 (12.59pm)



Gambar studio kami

Assalamualaikum

Semalam ambil gambar studio yang baru siap framenya. Ambil masa dua minggu juga untuk siap. Tapi puashati lah dengan hasilnya. Suka sangat, sebab akhirnya ada juga gambar satu famili yang tergantung dalam rumah. Bila tengok gambar tu pasti hati tersenyum gembira :)

Ayah dan ummi serius, Iman tersenyum manis ;)

Gaya tersendiri.

Ini juga.. Ada gambar dia tersenyum untuk 2 gambar ni. Tapi ummi dia pilih yang ni. Sayang.. Gambar yang kita tak print kedai tak mau bagi soft copy.


Gambar yang tergantung (kat dinding tangga) tak sempat nak upload. Gambar bertiga tu sahaja yang diframekan dengan size 11R. Gambar Iman tu saja ambil sebagai kenangan untuk dia sewaktu ulangtahun ke-2nya. Siap cium lagi gambar sendiri :) tak tahan melihat aksinya ;)


70 ribu malaikat mohon keampunan untuk kita bila baca surah ad-Dukhan

Assalamualaikum

Berkongsi ilmu dan sebagai rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:-

"Sesiapa yg membaca surah ad-Dukhan setiap malam, tujuh puluh ribu malaikat mendoakan keampunan untuknya".
(riwayat imam at-Tirmizi)


Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood/


Rumusan:

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah yang terdiri atas 59 ayat.

Dinamakan Ad-Dukhan yang bererti Kabut diambil dari kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 surah ini.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut: Orang-orang kafir Mekah menghalang agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi Muhammad s.a.w. sudah melampaui batas, kerana itu Nabi berdoa kepada Allah agar diturunkan azab sebagaimana yang telah diturunkan kepada orang-orang yang durhaka kepada Nabi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang.

Doa Nabi itu dikabulkan Allah sampai orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan. Mereka selalu mengadah ke langit mengharap pertolongan Allah. Tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah mengabulkan doa Nabi dan hujan di turunkan, mereka kembali kafir seperti semula. Karena itu Allah menyatakan bahawa nanti mereka akan diazab dengan azab yang pedih.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Surah_Ad-Dukhan

Iman suka Thomas and Friends

Assalamualaikum

Iman suka tengok cerita Thomas and friends sejak ayah beli CDnya disebabkan keretapi juga adalah salah satu kenderaan yang Iman suka tengok.

Ayah Iman memang rajin layan apa yang Iman suka. Apa yang Iman minat pasti dia beli. Ummi tegas sikit, tak mahu ajar takut dah besar pandai meminta-minta ;)



Semalam beli keretapi Thomas pula :) betul ke suami lebih gemar beli mainan untuk anak berbanding isteri?

Kenapa? Kena tanya orang lelaki ;)

Khamis, 12 Julai 2012

UMobile knockout challenge

Assalamualaikum

Ada sesuatu yang melekat di iklan header dalam blog baru-baru ni. Alhamdulillah rezeki baru muncul ;)



Bila dah dapat eloklah dihebahkan dalam blog. Bukan nak hebahkan soal BE tu tapi apa yang boleh dikongsikan dari situ. Baru-baru ni saya dah join. Lepas saya join terus dapat BE ;) mungkin kebetulan.

Jadi sesiapa nak join contest yang dianjurkan oleh UMobile ni bolehlah klik iklan di atas atau link di bawah ni dan ikut sahaja step yang ada di situ.
https://www.facebook.com/umobilesb/app_443669362319684

Hadiahnya menarik juga. Mana tau ada rezeki kalian di situ. Good luck!



Seronoknya jika dapat hadiah ni. Tapi saya tak dapat sebarang knockout point lagi :( Sesekali main bola kita :D

Gastrik

Assalamualaikum

Semalam hari yang kurang baik buat saya. Perut tiba-tiba rasa sebu. Saya minta tolong ayah Iman sapukan minyak angin. Lepas sapu tak lama lepas tu saya muntah. Keluar air sahaja. Rasanya cukup pahit.

Sebenarnya malam tu perut saya dah berbunyi-bunyi kelaparan. Memang ingat nak makan nasi walaupun sebelum tu dah makan. Tapi saya tertidur masa nak tidur kan Iman. Lewat sungguh dia tidur malam tu.

Rasa tak sedap hati sebab perut masih ada sisa-sisa rasa yang kurang selesa, maka pergi klinik dan doktor sahkan memang kena gastrik. Plan nak puasa pun tak menjadi.

Hari ni perut masih rasa tak selesa. Jadi google cari kenapa terjadinya gastrik dan cara mengubatinya sebagai panduan.

GASTRIK

Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulser). Ulser ini selalunya banign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya bakteria H.pylari tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H.pylori adalah sebagai langkah berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H.pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Bakteria H.pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan)

LANGKAH MELEGAKAN

Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah :

• Makan yang kerap.

• Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.

• Minum susu.

• Rehat yang lebih.

• Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser.

• Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.

• Ambil vitamin C 100gm untuk nemgurangkan kandungan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser perut.

• Tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.

• Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

sumber: www.kppk.com.my

Doakan saya sembuh sepenuhnya. Tak lama lagi nak puasa. Nak makan probiotiklah. Baru tau ianya boleh membantu. Masih banyak lagi stok probiotik di rumah yang hanya di buat hiasan :(

Selasa, 10 Julai 2012

Santai bersama keluarga di taman tema air Putrajaya

Assalamualaikum

Bersambung cerita selepas tengok bunga dan makan, saya ajak keluarga saya singgah pula ke taman tema air yang terletak di Presint 5, Putrajaya. Sudah beberapa kali juga saya dan ayah Iman singgah di sini jika sampai di Putrajaya. Seronok tengok keindahan tasik yang ada. Kali ni bawa keluarga saya yang belum pernah sampai sini. Kat sini ada bangunan yang menyediakan ruangan untuk solat, tandas dan kedai makanan ringan. Orang luar boleh je nak masuk sini. Kalau nak masuk swimming pool je kena bayar. Luas juga pool untuk orang dewasa.

Yang pasti setiap kali datang ramai pasangan pengantin tak kira bangsa berposing ambil gambar di sini. Kami pun sama juga turut berposing di sini... tak percaya lihatlah gambar yang sempat di ambil ;)

Ambil dari atas bangunan. Mak ngah dia suruh buatlah gaya macamana pun. Inilah gaya yang dibuat oleh Najihah. Mana mak ngah dia pergi di situlah dia nak ikut. Mak ngah dia ni tegas juga sebenarnya ;) tapi dia tetap nak manja-manja. Dengan orang lain tak mau pegang. Sama juga macam Iman suka bebas.

Nak ambil gambar mak dengan achik sebenarnya tapi sibuk je budak baju pink dan mak budak baju putih tu nak interframe haha.. nakal sunggul ;)

Ni achik. Adik bongsu perempuan yang masih single. Sesiapa berkenan boleh e-mail saya ;) gurau je.. habislah kalau achik baca.. mesti dia marah. Jangan marah ya achik ;) masih lagi cari peluang nak sambung belajar. Suka usik dia yang kuat merajuk tu.

Kenapalah dengan che nayli tu.. tak nampak mukanya..suka tengok gambar ni. Achik kalau ambil gambar tak sah kalau tak kembungkan pipi dia ;)

Bukan main lagi santai dua orang budak kecil ni.. diorang ni tinggal dengan nenek. Che nayli lembut orangnya jadi elok je berkawan dengan kakak najihah. Kalau Iman habislah.. kenapalah dia geram sangat dengan che nayli.. tak tahulah.. comel sangat agaknya.

Gambar ni gegar sikit tapi mak ngah dia dah cuba edit untuk mendapatkan hasil yang baik sikit. Yang baju purple Aqilah tu susah sangat nak dengar suara dia.

Masa ni dah nak balik. Saya ajak ayah iman bergambar berdua sebenarnya. Tapi peminat mak ngah ni nak menyelit juga ;) kacau je tau.. Sebenarnya ada gambar berdua.. tapi ambil yang ni, viewnya cantik sikit. Ada orang kata tak baik bergambar bertiga. Tapi ayah iman kata takde sebut pun dalam al-quran dan hadis kata tak boleh. Orang dulu-dululah cakap macam tu kan? Mesti tertanya-tanya di mana iman kan? iman dah tidur dalam iman masa ni ;) kepenatan yang amat sangat. Tak sedar apa dah. Angkat letak dalam stroller dari dalam kereta hingga masuk dalam kereta dan hingga ke rumah untie ani (sepupu ayah iman) pun dia masih tidur lagi. Punyalah lama kan?

Lepas tumpang solat maghrib di rumah ani dan ambil air panas untuk buat susu anak-anak kecil ni. Kami pergi makan di Taman Warisan Pertanian yang terletak di presint 16. Ani yang tunjuk jalan ke sini. Baru pertama kali sampai. Rupanya banyak stall-stall makanan di sini. Jadi pilih je nak makan apa. Semuanya ada. Ayah iman order satay haji samuri. Saya makan nasi ayam kampung. Ok jugalah tempatnya kalau sekadar nak makan ringan-ringan. Tempat pun cantik.

Inilah rupa bangunannya... credit to http://www.lovelyshafa.com

Tak sempatlah nak ambil gambar kat sini. Nak makan pun kena cepat-cepat. Iman dah jaga. Teruja tengok tempat baru. Habis dia round semua tempat. Ajak pak uda dia.. pak uda kata huh kuat betul staminanya :D. Kami dah biasa dah. Iman suruh ummi dan ayah dia exercise lebih. Kadang kesian.. kena marah juga. Dia cuma nak bebas. Bila dah besar takkanlah dia nak lari-lari lagikan? Kita ni risau kalau jadi apa-apa kat dia.