بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 29 Jun 2012

Kewajipan membayar hutang menurut Islam

Assalamualaikum

Tertarik dengan isi khutbah Jumaat sebentar tadi. Tak sempat nak dengar habis Iman dah mula merengek nak tengok cerita dia. Boleh je nak bagi DVD dia tengok kat situ tapi mesti tak boleh fokus juga. Sekarang saya dah tahu mana nak dapatkan teks khutbah Jumaat. Jadi boleh baca di situ.

Nak share apa yang menarik dan sebagai peringatan bersama buat kita yang memang tak lari dari memenuhi keinginan nafsu.

Budaya berhutang sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Perkara ini berpunca dari sikap kita yang suka berbelanja melebihi kemampuan kewangan semasa. Biarpun tidak mempunyai wang, namun keinginan membeli masih ingin ditunaikan. Jika dahulu hanya golongan miskin yang biasa dikaitkan dengan hutang. Namun, hari ini golongan berada dan sederhana juga terbabit dengan hutang.

Orang miskin berhutang untuk memenuhi keperluan hidup yang terdesak, sedangkan golongan kaya berhutang untuk bermewah mewahan bagi mengumpul harta seperti membuat pinjaman untuk membeli saham dan sebagainya.

Berdasarkan kepada laporan daripada Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan seramai 38,357 orang menjadi muflis akibat berhutang dengan menggunakan kad kredit.

Begitu juga dengan laporan daripada Jabatan Insolvensi baru-baru ini bahawa 25% daripada 116,379 kes yang di rekodkan semenjak tahun 2005 adalah merupakan mereka yang tidak mampu membayar hutang sewa beli kenderaan dan sebanyak 15,299 kes tidak mampu membayar pinjaman peribadi yang menjadi punca kebankrapan rakyat di negara ini.

Persoalan besar timbul mengapakah amalan ini berlaku?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar yang mulia ini ramai daripada kalangan umat Islam pada hari ini boros di dalam berbelanja dan tidak mengamalkan gaya hidup berhemah. Ada yang bergaji kurang daripada 2,000 ringgit tetapi bebelanja melebihi kadar pendapatannya.

Mimbar ingin menjelaskan gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan pembelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin.

Jika dasar berhemah ini di ambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan bebelanja mengikut kehendak nafsu.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:
Maksudnya:“ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau mengunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.

Dalam Islam, hutang merupakan suatu amanah besar yang wajib dilunaskan, ia bagi memenuhi tuntutan dan menjamin hak sesama manusia. Kegagalan menyempurnakan hutang bermakna menafikan hak sesama manusia yang pastinya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Berdasarkan kepada maksud ayat 23 hingga 39 surah Al-Isra', jika seseorang tidak membayar hutang, tiba-tiba ia meninggal dunia maka langit dan bumi tidak akan menerima rohnya walaupun roh itu milik seorang yang berjihad.

Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening dan bersabda: “Subhanallah... subhanallah, betapa beratnya yang diturunkan.”

Seorang sahabat Ibn Jahsh berkata, “Kami memperhatikan keadaan Rasulullah itu tetapi kami diam, sehinggalah keesokan harinya saya bertanya kepada Baginda, “Apakah keberatan yang diturunkan itu?”Rasulullah lalu menjawab, “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup, kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya.”(RiwayatAn-Nasai).

Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah dirimu daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.(Riwayat al-Baihaqi)

Amalan berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak keburukan. Apa yang jelas, pengurusan wang secara bijak memberi kesinambungan hidup kita bagi tujuan hayatan tayyibah (kehidupan yang baik) serta bebas dari cengkaman hutang.

Langkah mengurus kewangan secara berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita terhadap sumber kewangan yang sedia ada selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran.

Mimbar ingin menegaskan bahawa agama Islam telah menetapkan beberapa peringkat keperluan bagi umatnya:

Pertama: al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak
Kedua: al-Hajiaat iaitu keperluan yang dihajati
Ketiga: al-Thasiniat iaitu keperluan yang lebih baik
Keempat: al-Kamaliat iaitu keperluan yang lebih lengkap.

Namun begitu, dalam mengurus kehidupan kita, Islam mewajibkan kita mengatur perbelanjaan kepada perkara-perkara asas dan keperluan yang benar-benar mendesak iaitu al-Dharuriat seperti makanan dan minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran.

Menurut Iman as-Syatibi bahawa: al-Dharuriat adalah sesuatu yang harus dilakukan agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat, jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan itupun tidak akan ada tetapi yang akan timbul adalah kerosakan, kesengsaraan dan kerugian yang besar.

Dalam hal ini juga Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.

Sikap suka berhutang memberi petunjuk bahawa masih ada segelintir yang gagal mengawal keinginan nafsu dalam urusan kewangan. Allah SWT pernah mengingatkan kita tentang kitaran hidup, ada masa kita senang dan ada masanya kita susah. Apabila kita dalam keadaan senang, kita diminta berjimat cermat dan mengingati keadaan golongan yang kurang dari kita.

Sebagai umat Islam kita dituntut agar mesyukuri segala pemberian dari Allah SWT. Kita hendaklah mengurus segala perbelanjaan untuk keperluan hidup dengan sebaik-baiknya setiap masa. Sekiranya kita mengabaikan perkara tersebut dikhuatiri kesan daripada kelalaian kita menguruskan perbelanjaan hidup boleh menyebabkan kita meninggalkan generasi yang mundur di kemudian hari serta menyebabkan negara kita berada dalam mundur dan terkebelakang.

Sedarkah kita, kemewahan yang kita kecapi ini adalah juga menjadi hak orang lain dan negara. Sekiranya kita membayar hutang sebagainya, sudah pasti hasil pungutan itu dapat digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah golongan fakir dan miskin, pembiayaan jentera pentadbiran negara, menyedia dan melengkapkan infrastruktur kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh dan juga sebagai keperluan Jihad Fi Sabilillah.

Menurut Imam Muslim Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Sesiapa yang mempunyai lebihan kenderaan, maka hendaklah ia memberi kepada orang yang tiada kenderaan. Sesiapa yang mempunyai lebihan dari bekalan makanan, maka hendaklah ia memberi kepada orang yang tiada bekalan”.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sebagai manusia yang beriman dan berintegriti marilah sama-sama kita mengamalkan sikap berjimat cermat serta menjauhi sifat suka berhutang agar mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Malahan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ia akan menjadikan kehidupan masa hadapan lebih terjamin. Kita juga akan terselamat dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu serta kita juga akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita disaat menghadapi kesusahan.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67:

Maksudnya: “Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana ”.

Sumber: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/kewajipan_membayar_hutang_menurut_islam_rumi.doc

Formula cepat khatam al-Quran

Assalamualaikum

Salam Jumaat buat semua. Tertarik nak share cara atau formula untuk cepat khatam al-Quran. Rupanya mudah je nak khatam. Lebih-lebih lagi yang baru nak mula membaca masa bulan Ramadhan nanti.



Semoga ramai yang sempat khatam bulan Ramadhan nanti. Tapi jangan tunggu Ramadhan je baru baca ya ;) hari-hari kita boleh update blog dan facebook, maka hari-hari juga kita boleh baca kalam Allah. Peringatan untuk diri sendiri.

Sejak saya terbaca tulisan-tulisan yang menegur apa yang saya nyatakan di atas dan pernah juga tulis dalam blog sebelum ni. Alhamdulillah istiqamah melakukannya walaupun hanya satu waktu lepas solat. Malu pada diri sendiri bila baca teguran di atas ;)

Sama-sama saling ingat mengingati. Sayang kalian semua :)

p.s: Nak hadiah menarik? join giveaway ni.. http://www.koleksi1001resepi.com/2012/06/wowww-1001-giveaway.html

Khamis, 28 Jun 2012

Cara Iman pakai mask

Assalamualaikum

2 hari lepas masa Iman mengemas@memunggah laci console table. Dia jumpa mask ayah dia. Musim jerebu harus pakai. Walau sebenarnya memang harus pakai walaupun tiada jerebu. Udara sekarang bukannya bersih sangat. Lihat je habuk dalam rumah. Hari ni bersih esok dah tebal balik.


Haha.. ada-ada je. Dah macam purdah pula rasanya ;)


Masuk juga gambar kelabu ni ;) biasalah guna kamera mainan kalau gerak gambar jadilah macam ni.


Saja selit gambar Iman yang ni. Bila dah ambil baru perasan tangan dia buat nombor 4. Penat ajar dia.. kalau orang tanya umur Iman berapa jawab dua. Tunjuk lah 2 jari kat dia. Tapi dia nak juga sebut umur dia 4 tahun ;). Tapi dia tak tahulah lagi empat jari tu bermaksud 4.

Dalam gambar ni dia saja-saja buat nombor empat tu. Kalau give me five tu dia taulah 'pap' kat tangan siapa yang cakap macam tu. Asyik-asyik mi (panggilan manja untuk ummi dia)... five. Kalau ummi dia lambat sahut atau tak pandang baru sebut ummi ;) Jenuh lah main tepuk-tepuk dengan dia. Siapa lagi yang ajar kalau bukan achik comel dia tu (adik perempuan saya yang bongsu)


Budak manja... yang semakin aktif dan ceria. Suka sangat gelak hahaha. Adalah orang yang diikutnya. Yang pasti bukan ummi dan ayah. Sebab kami memang lebih banyak senyum ;) Dari kecil sampai sekarang melekat gelak macam tu. Kita yang dengar pun nak tergelak dibuatnya.

Rabu, 27 Jun 2012

Kami dah ada buku Tabung Haji

Assalamualaikum



Hari ni sibuk sikit dengan pelbagai urusan. Urusan biasa-biasa sahaja ;) mula-mula pergi RHB draw duit ASB saya dan ASN Iman. Tak boleh nak tutup terus sebab kalau nak tutup kena pergi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terletak di Jalan Tun Razak bersebelahan bangunan Tabung Haji.

Elok sangatlah kalau pergi sana dan terus buka akaun TH sebab sebelah-sebelah. Tapi memikirkan jauh juga nak pergi dengan bawa anak lagi, bercinta juga rasanya. Tadi pun letak Iman atas kaunter untuk isi borang keluar duit. Masa urusan di TH senang sikit, sebab masa tu mak ada, tinggalkan je dalam kereta ;)

Pelan-pelan kayuh, sampai hari yang betul-betul sesuai baru pergi KL untuk tutup akaun ASNB tu.



Lepas keluar duit pergi pejabat Pos Laju pula ambil barang. Tak dengarlah diorang tu datang rumah. Dah 2 kali macam tu. Jadi kena ambil sendiri. Nasib baik dekat. Rupanya hadiah dari Suffah Beauty. Nak tengok? Nanti update dalam blog CGL.

Dah ambil barang ambil mak pula di klinik kesihatan Pendamaran baru ke Tabung Haji. Selesai urusan tabung haji pergi Banting pula rumah makcik taukeh kek dan biskut raya. Bukan nak beli tapi tengok anak dia sebab baru ni masuk hospital tak sempat nak tengok.

Yang bestnya balik tangan penuh ;) saya dapat kek coklat, mak dapat 2 bekas biskut raya :) alhamdulillah rezeki. Siap tapau lauk dan nasi lagi untuk saya berbuka. Sayang mak anjang (panggilan untuk makcik saya tu) Sempat juga singgah Kerepek House beli kudapan ;)



Masa buat entri ni baru relax sikit. Lepas layan Iman yang baru bangun tidur dari petang tadi masa dalam kereta lagi. Sempatlah masak untuk ayah Iman. Tadi makcik bagi lauk ikan keli masak tempoyak. Ayah Iman tak makan.

Panjang sungguh catatan... ;)

Selasa, 26 Jun 2012

Gambar Iman masa baby

Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya nak susun gambar Iman dan print simpan dalam album. Tapi hajat tak tertunai lagi. Gambar beribu-ribu tapi tak cuci ;) adalah ayah dia print size 11R tapi tak gantung pun lagi. Betapalah gagalnya bab-bab macam ni.

Takpelah ada impian nak decor bilik cantik-cantik buat Iman. Masa tu boleh susun atur gambar-gambar dia. Berangan lah kan. Harap tertunai juga hajat saya nanti. Kenalah tunggu dia tidur asing dulu. Kalau tak terabai juga bilik tu nanti.














Semua gambar kat atas tu masa umur 2-3 bulan. Yang meniarap tu 5-6 bulan. Masa ni lah ummi dia baru start buat blog Ummi Iman ;) dan masa tu blog Ummi Iman mula meniarap hehe belum merangkak lagi. Dan start tu juga dah ada perkembangan Iman dalam blog ni. Masa tu pendek-pendek je ayat ;) tak percaya cuba tengok ;)



Yang ni pula masa umur 9 bulan.

Alhamdulillah. Sejak baby ni hadir hidup ummi dan ayah Iman semakin ceria. Terasa seperti berada di syurga dunia setiap kali menatap mukanya :) subhanallah.


Baby Johnson & Johnson contest

Assalamualaikum

Jom join peraduan baby Johnson & Johnson di Facebook http://www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com

Hadiah wang tunai dan hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi. Contest akan tamat pada 30 Jun 2012



All participating babies must be born on or after 1 August 2009.

Syarat-syarat lain sila tengok di Facebook ya ;)

Teringin nak join. Tak tahu sempat ke tak?

Doa penjaga harta dan keluarga serta zikir penjaga diri

Assalamualaikum

Adakala kita risau meninggalkan rumah dan kenderaan. Takut dimasuki pencuri dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bila ada ahli keluarga yang kita tinggalkan. Ada doa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini ini terjadi.


AKU TINGGALKAN KEPADA ALLAH HARTA DAN KELUARGAKU.

Doa ini diambil dari facebook Darussyifa'

Harap ianya tidak berlaku dan akan berlaku lagi pada kita, Insyaallah. Pernah sekali rumah yang saya duduk sebelum ni dimasuki pencuri (budak-budak). Alhamdulillah tiada barang berharga yang hilang.

Saya juga amalkan zikir ini bila keluar rumah bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa hawla wa laa quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya).

Zikir ni suami yang ajar saya. Memang tiap kali keluar rumah saya akan baca. Agar kita dijaga oleh Allah bila berada di luar rumah.

Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ ».
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah” (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya), maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Setan pun akan menyingkir darinya. Setan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih)

Keutamaan zikir ini:

1. Akan senantiasa mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Allah akan senantiasa memberi petunjuk disebabkan seseorang meminta pertolongan pada Allah melalui zikir ini. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tidak mungkin ada yang dapat menyesatkannya.
2. Akan diberi kecukupan dalam setiap hajat yang ingin dilakukan baik dalam perkara duniawi maupun ukhrowi.
3. Akan terlindungi dari gangguan musuh iaitu setan dan lainnya.
4. Setan akan menyingkir (menjauh) dari orang yang membaca dan meyakini zikir ini kerana dia telah memiliki benteng atau pelindung dari gangguan setan yang terkutuk.
5. Jika ada setan lain yang akan mengganggunya atau menyakitinya, setan yang lain akan mengatakan pada setan tersebut: Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu orang yang telah mendapat petunjuk, kifayah (kecukupan) dan wiqoyah (perlindungan).

Semoga dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik. Insyaallah. Amin.

Isnin, 25 Jun 2012

Kalah ayam KFC

Assalamualaikum

Saya ada ceritakan Jumaat lepas pergi rumah mak lepas ambil borang tabung haji. Alkisahnya saya puasa hari tu. Adik-adik comel yang ada kat rumah tu memang suka berdiet. Jadi untuk berbuka saya masak lah nasi goreng dan goreng ayam versi KFC.


Ada macam ayam KFC tak? Tepung yang saya guna ni cap Adabi. Maaf ya mak sebab resmi dulu. Mak takde masa ni pergi Melaka. Kat kotak tu tertulis tepung serbaguna. Harga RM2 lebih je rasanya. Lupa nak ambil gambar kotaknya.


Jadi ambil dari website Adabi ;) kotak yang belakang tu.


Selit juga nasi goreng ni.. dia pun nak interframe juga ;) nampak pucat tapi sedap. Masuk bakul angkat sendiri ;)

Kalau ramai-ramai memang suka masak, kalau berdua tu kurang sikit. Beli je, kadang muak. Masak sendiri simple-simple pun selera bila makan :)

Yang menjadi makin malas bila beli bahan nak masak lagi mahal dari beli di kedai ;) bukan alasan tapi kenyataan. Tapi untuk kepuasan rasa baik masak sendiri. Melainkan makan di kedai yang memang betul-betul sedap ;) duit pun sedap jugalah...

Iman suka makan nasi goreng kicap.

Bila dah goreng ayam kat atas ni rasa rugi pula masa birthday Iman beli KFC. Sebab yang goreng sendiri ni lagi sedap dan dah tentu jimat lagi kosnya. Yang penting air tangan sendiri walaupun guna tepung segera :)

p.s: semalam lepas pergi hospital Sg Buloh. Pergi KL rumah Zana kawan saya. Lepas solat maghrib ajak kawan dan suami dia pergi Sogo. Ada sales. Beli baju Iman. Lepas tu kami makan di kedai Kak Mah. Ada entri mengenainya sebelum ni. Taip je di ruang carian di blog ni ;) dah makin besar kedainya. Nasi airnya memang sedap. Nasiblah jauh. Kalau dekat mau hari-hari pergi ;)


Umobile internet RM28 sebulan

Assalamualaikum


Saja nak share pakej internet yang sangat berbaloi-baloi dari Umobile.

For only RM28/month, you get:
* Unlimited Mobile Internet Usage on your mobile.
* Free 100 Minutes to all networks.
* Free 30 SMS to all networks.
* Unutilised Minutes & SMS will be carried forward.
* 30 days validity.

Menarik sungguhkan?

Nak tahu lanjut sila ke:
http://u.com.my/prepaid/unlimited-mobile-internet

Kini UMobile internet RM48 sebulan

Ahad, 24 Jun 2012

Cinta Allah baru cinta manusia

Assalamualaikum

Setiap manusia bila remaja mula mencari pasangan masing-masing. Perasaan cinta itu juga adalah anugerah dari Allah. Ada juga yang tanpa bercinta bertemu jodoh juga. Sebab apa? Lihat apa yang diperkatakan oleh ustaz Azhar Idrus soal pasangan hidup.



Sebelum ni saya ada dengar dalam rancangan tanyalah ustazah. Ustazah tersebut ada memperkatakan perkara yang sama.

Jadi apa yang berlaku dan akan berlaku sudah tertulis buat kita. Yang utama cinta Allah adalah yang hakiki.

Maka tak perlulah mempersoalkan apa yang sudah tertulis buat orang lain. Wallahuaklam.

Sabtu, 23 Jun 2012

Sokong apa pasangan lakukan

Assalamualaikum



Bila hidup berpasangan segala apa yang dilalui pasti akan cuba dikongsikan bersama. Saat suka duka, pendapat, kerjaya, tenaga dan soal mendidik anak-anak. Mungkin banyak lagi tapi saya ambil yang penting je.

Keutamaan dalam rumah tangga adalah sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa, bertanggungjawab dan saling membantu.

Jika kita tak sokong apa yang pasangan kita buat siapa lagi. Sokong yang baiklah kan. Selagi ianya tidak menyusahkan pasangan masing-masing. Jika ada sokongan moral dari pasangan mungkin terasa ringan beban yang dipikul dan pasangan juga turut bersemangat melakukan apa yang mereka suka.

Kalau tak diberi peluang mana tahu boleh berjaya atau tak. Jangan terlalu memandang rendah terhadap pasangan masing-masing. Beri peluang. Bukannya sekali cuba boleh terus berjaya. Perlahan-lahan kayuh dari bawah. Yang penting keikhlasan dan redha apa yang mereka buat. Mungkin di situ akan timbul keberkatannya. Selagi tidak bercanggah dari ajaran agama.

Jangan bila dah berjaya baru nak nampak ;)

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Assalamualaikum

Baru balik dari rumah kawan sekolah rendah. Tengok baby dia. Pergi dengan kawan sekolah juga. Balik tengok Iman dan ayahnya takde. Pergi berjalan. Sampai hati tinggalkan ummi ya ;)

Oleh kerana tiada siapa nak layan jadi join bloglist Cik Rose Cute yang berwajah baru lagi. Siapa nak join sila pergi ke link di bawah ni.


http://hairuliza-anakku.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html

Tarikh Tutup : Esok petang.

Gold Coast Morib offer

Assalamualaikum



Nak share info dan offer penginapan di Gold Coast, Morib dengan harga yang berpatutan.

Ayah Iman teringin nak datang sini. Tapi masa dan keadaan belum mengizinkan lagi. Menarik sungguh biliknya siap ada jakuzzi.

Boleh lihat offernya di sini http://www.groupon.my/deals/travelcity/gold-coast-morib/716138507?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_175&a=715828027

Syarat-syaratnya:

1. Layak untuk mereka yang birthdaynya pada hari daftar masuk, sehari sebelum atau sehari selepas.

2. Kena tunjuk MyKad atau passport sebagai bukti. Mestilah ada kan?

Stay period: Jul 2, 2012 – Jun 30, 2013.

Tempahan hendaklah dibuat antara 22 Jun 2012 – 29 Jun 2013.

Min. 10 hari sebelum tarikh booking. Kalau dah penuh takde rezeki ;)

Harga termasuk:
Buffet breakfast for 2 people.
Buffet dinner for 2 people.
2x theme park entry tickets.
1x birthday cake.
1x birthday gift.

Banyak lagi masa kalau nak booking.




Bestnya kalau bawa minyak aromaterapi dan berendam dalam ni ;)

Gambar ulangtahun kedua Iman

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Semalam dah ambil borang untuk buka akaun tabung haji. Isi di rumah. Susah bawa anak nak isi borang ni, nanti dia pun sibuk nak tulis juga ;)

Lepas ambil borang menuju ke rumah mak nak tumpang laptop adik upload gambar. Kes sayang duit nak topup internet ;) Kebetulan Iman dah muntah belakang ummi dia. Tabiat kutip benda masuk mulut masih tak hilang lagi. Susah juga nak tengok bila saya bawa kereta dia duduk dibelakang. Suruh duduk depan tak mahu. Takut aktiviti diperhatilah tu. Walau sekecil mana pun pasti dia nampak. Memang kereta kena sentiasa bersih. Mengantuk pun ya juga, tahan mata tu yang jadi pening agaknya. Kalau duduk rumah tak pula muntah. Harum semerbak dah kereta dengan perfume Iman ;)

Inilah antara gambar yang diambil buat kenangan. Kek Iman tu saya beli di kedai dekat dengan rumah je. Plan nak beli secret recipes tapi masa tak mengizinkan saya nak pusing jauh. Bila dah makan kek black forest ni rasa menyesal pula tak beli kek SR. Takde rezeki hari tu. Dijadikan lambat keluar rumah sebab Iman tidur petang tu. Kejut tak mau bangun. Tu yang ummi dia jadi kelam kabut. Ambil adik. Patah balik rumah solat maghrib. Baru keluar. Kebetulan terlupa nak ambil duit masa keluar ;) lepas beli kek terus pergi rumah mak.
Sementara tunggu adik balik beli KFC. Ajak anak saudara bergambar. Adik saya ogy ni memang suka join sekali ;)
Masa ni sepupu-sepupu Iman sedang nyanyi lagu Allah selamatkan kamu. Banyak kali ulang-ulang. Lagu happy birthday pun masuk sekali ;) masa ni Iman teruja tengok kek. Saya saja tambah set football dan kapal terbang tu. Masa ni adik saya tak balik lagi. Tak boleh tunggu dah saya mulakan je dulu. Yang penting 'rakan-rakan' Iman ada ;)
Resmi kek dengan mencuitnya ;)
Ummi tolong Iman potongkan kek. Iman suka dapat potong kek tu. Diam je. Tekun ;) tapi masa ni tengah buang aksesori tambahan.

Tak sangka dapat hadiah dari mak uda dan mak anjang. Mak uda bagi toy dan mak anjang bagi baju tidur. Terima kasih.
Akhir sekali masa untuk Iman rasa kek harijadi dia. Rasa sikit lepas tu dihancur-hancurkan kek tu ;) tak kena selera nampaknya. Harap Iman puashati dengan majlis tak seberapa ni. Lewat juga kami balik malam tu. Kebetulan ayah Iman pun lewat juga dan mula tak sihat akibat bawa motor dalam keadaan jerebu.

Jumaat, 22 Jun 2012

Lagi gambar Hot Springs Sungai Klah

Assalamualaikum

Gambar lama yang masih tersimpan dalam draft. Sambungan dari entri INI dan INI. Simpan di blog ini buat kenangan saya dan Iman. Gambar dari kamera kecil kami yang dah rosak. Kami ni banyak ambil gambar tapi tak print pun. Semuanya tersimpan dalam blog dan facebook. Jika hilang kedua ni. Hilanglah memori kami juga :(

Macam gaya bollywood Iman ni.. 

Air panas yang tinggi suhu kepanasannya.

Ambil gambar di sini.

Private Jakuzzi

Suhu air yang panas juga di sini

Kawasan merebus telur. Telur dan kicap ada di jual berhampiran sini.

Iman seronok dapat berendam air panas yang tak berapa panas sangat.

Sesiapa yang ingin merehatkan minda. Tempat ni cukup sesuai. Masih terasa ketenangan dan kedamaian di sini.

Untuk membuat tempahan sila ke laman web Felda Residence Hot Springs, Perak

Nikmat kesakitan dan musibah

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Alhamdulillah dalam keadaan yang agak tak teratur semalam terlaksana juga hasrat ummi buat majlis kecil untuk Iman. Gambarnya akan menyusul kemudian. Insyaallah. Sebab ummi guna kamera, kena on laptop baru boleh download.

Kongsi ilmu sikit hari ni dan sebagai peringatan diri sendiri.






Bersyukur padaMu Ya Allah


Khamis, 21 Jun 2012

Nak tukar akaun tabung haji pula

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan ucapan buat Iman sempena ulangtahun kelahirannya semalam. Harap Iman tersenyum bila dia boleh membaca kelak dan terharu membacanya :)

Semalam semasa singgah masjid solat maghrib terdengarlah ustaz yang beri ceramah tu beritahu bahawa negeri Selangor dah keluarkan fatwa bahawa ASB tu haram. Saya baru 3 tahun rasanya buka akaun ASB ni. Sebelum tu nak buka was-was sebab dengar haram. Bila ada yang kata harus. Beranilah buka. Tapi setakat ni duit dividen tu saya tak makan tapi beli barang.

Lepas dengar ceramah semalam tu rasa tak sedap pula. Ingat nak tutup akaun saya tu dan akaun ASN Iman sekali. Buka akaun tabung haji pula. Akaun Iman tu tak sampai setahun pun lagi. Plan nak buka ASD tapi dah penuh, tu yang buka ASN. Rasanya buka akaun tabung haji lagi selamat dan senang hati. Mana tau ada rezeki esok-esok boleh jejakkan kaki ke Mekah. Saya paling takut termakan rezeki yang tak halal.

Boleh rujuk info di sini
http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Keputusan/KeputusanFatwa2011/KEPUTUSAN%20ASNB%20BARU.pdf

Susah juga nak bermain teka-teki ni. Lebih baik cari yang betul-betul dan tiada unsur ragu-ragu atau was-was. Hati senang jiwa tenang tak gitu?

Selamat ulangtahun ke-2 Iman

Assalamualaikum

Semalam merupakan ulangtahun kelahiran yang kedua buat buah hati saya dan ayahnya IMAN. Harapan setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Harapan kami agar Iman sentiasa sihat walafiat, dan cepat belajar serta faham apa yang boleh dan tak boleh dia lakukan.

Maklumlah sekarang ni Iman suka tarik rambut sepupu-sepupu dia. Mana dia belajar pun tak pasti. Iman jenis yang cepat meniru. Sekali tengok dia terus buat. Sebab tu memang kena jaga sangat pergaulan dan mata dia dari tengok perkara-perkara yang tak elok. Kecil lagikan dia tak dapat nak beza. Apa pun saya sentiasa nasihatkan dia.

Semalam tiada yang special sangat untuk Iman. Sebab ayah Iman memang tak bagi buat majlis jemput orang untuk sambut birthday. Setakat beli kek bersama famili oklah. Masa dia umur setahun kami tak buat apa-apa pun. Lagi pun masa tu dia masih tak tahu apa-apa.

Berbalik hal semalam. Kami bawa Iman pergi Parkson. Cari kasut dia, sambil tu saya sempat ambil t-shirt warna purple (teringin tengok dia pakai warna ni) dan ayah dia ambil kapal terbang mainan. Iman suka sangat kapal terbang. Ummi pun sempat juga beli kasut ;) jangan tak tahu ada sandal je ummi dia ni. Itu pun kasut bukan tutup penuh. Tak pandai nak pakai yang jenis full ni. Tak selesa :)

Lepas balik dari Parkson di Klang Parade, terus ke kedai gambar. Kami ambil gambar studio. Baru pertama kali. Seronok tengok Iman yang mesra kamera. Kami ambil gambar Iman sorang pula lepas tu. Terkejut tengok dia beraksi. Dah macam model cilik pula ;) rugi tak ambil gambar dia masa dia bergaya macam-macam tu. Dah last baru nak ambil. Pandai sungguh. Ruginya tak ambil video. Tunggu je lah hasil gambar kami bertiga dan Iman. Lambat siap. Frame yang kami pilih takde stok.

Selesai bergambar kami pergi hospital sungai buloh. Alhamdulillah tok ayah dah mula sedar. Ayah Iman pergi sorang. Iman tidur masa ni. Lepas tu terus ke langat jumpa mama Iman pula.

Lepas je makan malam kami pun bergerak balik. Semalam perut Iman tak berapa selesa. 3 kali muntah. Tak tahulah kenapa. Dia tak demam cuma selsema. Lambat nak baik. Baru ni macam nak kering. Tiba-tiba semalam heavy balik. Cuba bagi ubat homeopati pula. Sebab dia macam ada alahan.

Ini antara gambar yang dirakamkan semalam.


Bersama kapal terbang dan kasut baru ;)


Iman in purple :) mula ayah macam tak suka. Bila dah pakai ayah Iman kata "ok juga pakai warna ni"


Ini bila dah habis gambar Iman diambil. Bila ummi nak ambil gambar dengan mainan ummi ni susah pula. Ya lah ummi guna mainan je. Uncle tu guna kamera besar ;)


p.s: hari ni nak pergi beli kek dan ambil adik serta anak-anak dia pergi rumah mak. Nak bagi Iman happy sikit dan simpan memori bersama kek di usia Iman 2 tahun ;) tak plan awal-awal jadi susah nak tempah kek khas untuk dia. Call kawan. Dia kata kena ambil masa 3 hari. Tak sempat nak buat. Berangan lah nak kek ada bola. Sebab Imankan suka bola. Tunggu tahun depan lah. Insyaallah.

Rabu, 20 Jun 2012

Iman buat ummi berdebar

Assalamualaikum

Masih tak tidur lagi ;) Iman pun belum tidur. Petang dah tidur. Lewat sikit lah nak ambil mood tidur dia tu. Tak elokkan budak-budak tidur lewat.

Berbalik pada tajuk entri. Tadi keluar sekejap pergi rumah adik. Iman ni pantang lah masuk kereta awal-awal. Mesti dia kunci pintu kereta. Saya suruh tekan. Sekarang ni button tu keras sikit. Dia cuba banyak kali tak boleh. Siap buat penumbuk nak tekan. Saya pun masuk dalam cari kunci spare. Dia pula tekan hon. Dahlah hon tu bunyinya bukan main kuat. Saya pun kelam kabut keluar cakap jangan tekan. Terus dia tekan lock pintu dan terbuka. Hah lega!

Dah lama sebenarnya dia buat kerja macam ni ;) masa tu ayah dia tinggalkan sekejap nak draw duit kat ATM. Dekat je jaraknya. Dalam 3 kaki macam tu.

Lama diorang keluar tak balik-balik. Saya pun call. Ayah Iman takutlah tu nak bagi tau. Bila tanya baru cakap dah lebih setengah jam suruh Iman tekan button central lock. Tapi dia boleh suka-suka dalam kereta. Ramai yang kerumun lagilah teruja dia dalam kereta tu. Padahal ayah dan ummi dia yang mendengar ni tak keruan dibuatnya. Kenalah beringatnya kawan-kawan ;)

Akhirnya berjaya juga pintu di buka. Tak pasti sama ada Iman yang tekan atau orang yang menolong tu yang berjaya buka. Sebab berlaku serentak. Lepas je insiden tu saya pun ajar Iman cara-cara nak buka pintu. Ajar terus dia boleh buat. Saya ajar juga dia tarik bonet kereta. Susah sikit lah dia nak buat sebab berat sikit nak tarik ;) tapi ada sekali tu dia berjaya juga tarik. Ummi dia yang kecil ni lah terpaksa masuk ikut bonet. Hai macam-macam lah. Bukan kami tak beringat tapi memang susah juga nak kawal. Lagi-lagi berdua. Sebab nak tutup pagar lagi. Buka pintu nanti dia keluar pula. Rasanya kena matikan enjin sekejap, buka tingkap. Kadang tu nak cepat tak terfikir. Haih macam-macam ;)

Kalian ambil lah iktibar dan sebagai peringatan ya.

p.s: esok ayah Iman cuti. Tak rancang lagi apa nak buat ;)

Selasa, 19 Jun 2012

Mood Iman kurang baik

Assalamualaikum

Iman baru tidur beberapa minit yang lalu. Tak tahulah kenapa hari ni mood dia tak baik. Asyik merengek je. Semua tak kena. Sampaikan extension plug tu pun dia tolak-tolak marah. Tak pernah buat macam tu. Esok birthday dia. Terlintas fikiran nakal dalam kepala agaknya masa ni perut mama dia dah mula sakit-sakit. Dia pun dah mula tak selesa duduk dalam perut agaknya ;)

Mata dia mengantuk dari sebelum zohor lagi tapi ditahannya. Biasa memang dia akan tidur lepas azan. Tapi masih juga tak tidur lepas azan zohor. Akhirnya saya tinggalkan sahaja dia naik atas. Terdengar dia merengek-rengek dan akhirnya tertidur sendiri. Kalau tidak susahlah ummi dia nak mandi dan solat.

Tadi minta nak akim.. tangan tu dah boleh capai peti ais bahagian beku. Nak dipanjatnya ambil aiskrim. Saya pun suaplah kat dia dan suap mulut sendiri. Dah lama lepas tu baru saya perasan yang saya puasa. Kelakar betul. Tapi saya nekad teruskan juga puasa. Sebab saya memang betul-betul terlupa.

Nak masuk dua tahun ni banyak dah perkataan yang dia pandai sebut. Kadangkala kedengaran macam orang tua. Suka dengar ayat "adoi sakitla" :) kena apa-apa, jatuh ke masa dia main mesti sebut. Kadang tu sebut "aduuuh". Beriya je bunyinya.

Suka bab ringan tangan dia tu. Kalau kita buat apa semua dia nak buat juga. Kalau dah main, bersepah-sepah, saya selalu suruh kemas balik. Kalau dia lambat-lambat tu saya akan cakap terima kasih. Laju lah dia buat. Perkataan terima kasih tu lah penyelamat dan buat dia kalah dengan saya ;)

Kadang dia sendiri cakap "kemas". Bila nak keluar rumah dia pastikan semua suis dah tutup. Biasanya dia akan tolong tutup suis tv. Bab ambil tudung ummi dia usah cakaplah. Tiap kali nampak ummi dia dah mandi, kadang belum mandi pun dia akan ambil tudung suruh pakai. Nak berjalanlah tu. Ayah dia yang rajin bawa keluar. Ummi memang malas lah kalau tiada hal ;)

Dia paling tak suka tengok saya tanpa cermin mata. Teringat ayah dia masa berkahwin dulu. Masa tu saya tak pakai cermin mata. Dia bisik kat telinga. Pakailah cermin mata ;) masa tu tak terfikir pun nak pakai contact lens. Teraba-raba jugalah. Bila AI suruh pakai. Saya pun terus pakai ;)



Saja letak gambar ni... gambar diambil beberapa hari yang lepas. Dia ambil kertas ni dalam laci dan dengan semangatnya berlari baring atas kerusi ni baca. Kelakar terbalik lah Iman kertas tu. Pertama kali dia buat macam ni. Iman memang suka membaca, walaupun dia tak pandai lagi membaca. Harap minatnya tu berterusan. Insyaallah. Ummi dan ayah tumpang gembira.

Isnin, 18 Jun 2012

Melaka lagi..

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni kami pergi Melaka, mak dan kakak mak yang sulung ikut sekali. Kami pergi rumah wan induk. Tujuan utama nak mengurut. Kali ni saya sorang je yang urut.

Urut kali pertama sakit-sakit badan. Sakit tu sebab bongkah urat. Tahu ke apa tu bongkah urat? Bongkah urat maksudnya kedudukan urat yang tak betul dan bermasalah sudah dibetulkan. Wan induk ni memang pakar betulkan urat. Sebab tu jauh pun sanggup pergi. Ramai juga orang jauh-jauh ambil dia mengurut.

Kali kedua ni dah ok. Tak sakit. Badan pun rasa dah mula bertenaga ;)

Kami pergi malam Sabtu. Lewat juga sampai dalam pukul 12 malam. Kesian wan mengantuk tunggu kitorang ;)

Pagi ahad lepas sarapan saya pun mula urut. Lepas urut pergi pula ke kebun limau kasturi wan. Seronok kan duduk kampung macam-macam pokok buah ada. Tapi buah mata kucing dan rambutan wan masih belum masak :(


Pergi kebun pun bawa iPad ;) dari kiri mak long (kakak mak), wan induk (mak saudara mak) dan last sekali mak saya ;) banyak kemuncup dan pokok semalu tu yang tinggi angkat baju. Cover sikit nampak kain dalam ;)


Lihat pokok limau kasturi yang banyak ni..


Acara memetik limau kasturi. Bukan petiklah sebab guna gunting dan pisau ;). Banyak yang dah masak dan ada yang besar-besar. Geram tengok. Habis kitorang kerjakan ;)


Inilah hasilnya. Satu plastik pasaraya yang besar. Nampaknya asyik buat air limau jelah mak saya. Bagi-bagi juga pada jiran dan anak-anak dia.


Iman pula sibuk petik bunga ;) dia dan ayah tak ikut pergi kebun. Awal-awal lagi dah keluar pusing-pusing dan beli lauk. Masa ni dia cakap pusing-pusing. Tu yang panjang muncung ;) Pandai pula petik bunga tu dan pusing-pusingkan guna jari dia.


Lepas makan tengahari dan solat zohor kami pun gerak balik. Sebelum tu singgah Tanjung Bidara tengok apa yang ada. Pertama kali sampai ;) kecil je kawasannya.


Banyak monyet kat sini. Ralit tengok. Siap curi makanan orang lagi. Iman tidur masa ni kalau tak mesti dia pun ralit tengok.


Balik dari tanjung bidara singgah beli coconut shake dan kuih muih. Sedap juga. Ini kali ketiga minum. Kali pertama di pantai klebang, Melaka. Kedua dekat dengan econsave Pendamaran. Rasa semua lebih kurang je tapi yang paling best di pantai klebang. Sebab halus je. Harga rm2.50 (special) tapi dekat rumah ni harga rm3.50. Kalau yang biasa kurang 50 sen.

Sampai rumah mak maghrib. Berhenti solat dan mandikan iman lepas tu terus balik rumah.

p.s: jagalah kata-kata agar tidak menyakiti perasaan orang lain lebih-lebih lagi ketika sedang marah. Marah adalah sifat mazmumah (sifat yang di keji dan di tegah dalam agama).(kata-kata sampingan sekadar untuk peringatan)

Belum sempat BW. Nanti saya singgah ya. Terima kasih pada yang singgah di sini.