بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 31 Mei 2012

Doa memohon darjat

Assalamualaikum

Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan, kemuliaan dan kekayaan oleh Allah. Insyaallah.



Ya Allah! Sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku dan aku ini hina maka muliakanlah aku, dan aku fakir maka kayakanlah aku, wahai Zat yang Maha Pengasih.

Sumber majalah milinea muslim

Tony Blair baca al-Quran setiap hari

Assalamualaikum



Kisah ni dah lama tapi saya baru membacanya dalam majalah Milenia muslim keluaran Ogos 2011. Rasa tertarik untuk dimaklumkan kepada umum. Lebih-lebih lagi semalam terbaca ayat kenapa negara barat lebih maju dari Islam. Kerana mereka meninggalkan agama mereka.

Orang Islam telah meninggalkan agama mereka yang benar dan orang kafir telah meninggalkan agama mereka yang sesat. Fahami apa maksud tersebut.

Di bawah ini artikel yang tertulis dalam majalah yang dinyatakan di atas.

Selepas meninggalkan Downing Street 10, pada tahun 2007, mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair mempunyai banyak masa terluang dan tokoh itu kini lebih terbuka membicarakan soal keagamaan. Yang menarik Blair mengaku membaca al-Quran setiap hari.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagian untuk mengetahui apa yang terjadi di dunia dan al-Quran juga mengandungi banyak pelajaran," katanya dalam wawancara dengan majalah Obsever.

Blair berkata, pengetahuan mengenai keimanan dan kepercayaan penting dalam menjalankan tugas barunya sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

"Saya percaya pengetahuan mengenai keimanan penting dalam dunia global ini," akui Blair yang dikhabarkan pernah menghadiahkan al-Quran kepada adik iparnya, Lauren Booth. Wanita itu memeluk Islam selepas mendapat hidayah ketika berada di Iran. Lauren Booth adalah kakak tiri kepada isteri Blair.

Sebelumnya pada tahun 2006, Blair memuji al-Quran yang dakwanya mengandungi reformasi ilmu pengetahuan dan membenci tahyul selain mengakui al-Quran terkehadapan dalam soal perkahwinan, wanita dan pemerintahan.

Menarikkan kisah mengenai Blair ni. Semoga dia juga turut diberi hidayah oleh Allah. Semoga kita yang memang dah dilahirkan Islam ni lebih rajin baca dan memahami al-Quran. Insyaallah.


gambar Lauren Booth adik ipar Blair yang saya jumpa dari http://www.holy-word.blogfa.com/category/17/I-Read-QURAN


Rabu, 30 Mei 2012

Alahai Iman

Assalamualaikum



Asyik cerita tentang ummi dia je kan? Akhir-akhir ni Iman dah mula belajar bercakap. Ada yang jelas sebutannya dan ada yang tidak.

Hari ni lepas je mandikan dia. Dia suruh pakai tudung. Nak ajak keluarlah tu. Biasanya dia akan ambil tudung ummi dia dan sebut "akai". Memang hari-hari macam tu sebenarnya.

Kalau panggil ayah dia "ayah.. sinilah... alah" itu ayat kalau ayah dia tak dengar dia panggil. Kelakar pula dengar. Tapi sebenarnya dia ikut ayat siapalah tu ;) mula ummi tuduh ayah dia.. tapi yang sebenarnya ummi dialah selalu cakap macam tu bila dia lari-lari nak pakai diaper dan baju lepas mandi.

Malu je kan.. Anak-anak akan ikut apa yang biasa kita sebut dan buat. Kadang-kadang bila banyak bergaul dengan rakan sebaya pun dia akan cepat meniru. Jadi sekarang memang kami kurangkan dia bergaul. Sebab sekarang memang dia cepat meniru.

Ada lagi cerita. Bila ummi dia masuk bilik air bawah dia akan lock ensel pintu bilik air tu dari luar. Apa lagi ummi dia.. suruh dia buka. Dia pun suspen juga.. "ukak ni" nasib baik pandai buka balik. 3 kali dah dia kunci ummi dia ;) hai risau betul. Dahlah berdua.

Paling suka dengar bila sampai rumah sesiapa je dia akan cakap "aaakum" kalau orang lain bagi salam dia akan cakap "aaalam" ringkas je. Lidah tak pandai nak belit lagi ;)

Bila dia tolong saya akan cakap terima kasih dan dia akan buat perkara yang sama. Bila kita bagi apa-apa, dia akan cakap "aaacih"

Kalau bertanya suka guna ayat "apa?" yang ni tiru ayat sepupu dia Najihah. Sebab Najihah suka tanya iman "apa iman? apa"

Macam-macam ragam anak-anak ni kan? Apa yang saya belajar adalah bersabar dengan kerenah mereka. Adakala hilang sabar juga, sebab malu orang tengok ragam dia tu. Kalau tak marah langsung tak boleh juga kan? Tapi masa ni memang diorang takkan faham pun apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Susah juga...

Tetamu dari Kedah

Assalamualaikum

Alhamdulillah demam dah ok tapi suara rock kalah Ramli Sarip hihi. Semalam masa rasa dah ok ingat nak ambil sepupu-sepupu saya yang datang dari Kedah tu jalan-jalan. Tiba-tiba panas pula badan. Tak jadi... apa lagi tidur bersama Imanlah petang semalam.

Telefon abang diorang kata kalau nak datang rumah datanglah. Semangat nak sambut diorang sempatlah goreng mee dan telur je. AI kata tak payah. Kesian lah wife dia tak sihat. Saya kata dah ok. Bagus juga berpeluh-peluh jadinya. Sementara masak AI dan Iman keluar cari kelapa muda.


Inilah dia sepupu-sepupu saya tu. Anak kepada arwah adik mak saya yang bongsu. Dari kiri Aiman, Yazid, Haikal dan Ya (demam juga masa ni)

Saya rapat dengan arwah mak diorang ni, maklumlah rumah sebelah-sebelah je masa di kampung dulu (Telok Gong). Sekarang ni masing-masing dah pindah. Mak pindah Klang, depa pindah Penang (rumah sewa) dan sekarang duk Kedah pula (rumah sendiri)

Kagum dengan diorang 6 beradik ni. Masa arwah mak diorang meninggal kemalangan (14 Julai 2004) yang bongsu Aiman tu baru setahun. Yang sulung pula sekolah menengah. Tapi diorang mampu berdikari. Ayah diorang pun bapa yang pandai urus anak-anak. Risau tengok anak yang masih kecil, ayah diorang cari sesiapa yang sudi jadi mak pada anak-anaknya. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang satu negeri (Perak).

Abang dan kakak diorang dah kahwin. Masing-masing ada seorang anak. Ya buat matrik. Yazid tingkatan 4 (sains), Haikal tingkatan 2 dan Aiman darjah 3.

p.s: pengalaman hidup manusia boleh buat kita belajar menghargai apa yang kita ada dan menjadi tauladan dan pengajaran. Bersyukur walau apa pun ujian yang Allah bagi. Tapi jangan pula saja-saja buat ujian untuk diri sendiri. Faham ke maksud saya?

Selasa, 29 Mei 2012

Sup ketam 100 plus

Assalamualaikum

Risau dengan demam yang datang balik petang semalam lepas balik dari Tesco. Saya suruh ayah Iman beli sup ketam. Kenapa nak makan sup ketam? Sup ketam ni bagus untuk tingkatkan platlet darah. Biasanya orang yang kena denggi bacaan platlet darahnya akan menurun. Saya cuba je mana tau berkesan untuk demam saya ni.

Sebenarnya doktor ada beritahu kalau pagi ni demam tak baik dia suruh buat blood test. Bukan takut ambil darah. Tapi biarlah cuba dulu harap membantu. Alhamdulillah lepas habis makan sup ketam bersama nasi semalam kemudian minum pula air 100 plus yang dah dibuang gasnya. Berpeluh-peluh satu badan tanpa henti. Lega sikit. Dengan harapan sembuh sepenuhnya. Insyaallah.

Nak kata nyamuk gigit memang takde kesan langsung, yang pasti semuanya berpunca dari tekak. Walaupun tak bengkak atau sakit tapi terasa panas dibahagian tu dan kesat. Memang demam saya selalu berpunca dari tekak. Kalau kena lama. Kena pergi rumah mak baru baik ;)


sup ketam tak pedas yang dibeli di Chandayu. Tak jauh dari rumah. Boleh search di box belah kanan atas sekali dalam blog ni ;) maaf ya.. Gadget saya kalau letak link keluar panjang-panjang. Tak boleh nak ubah :(

Apa dia platlet?
Platelet adalah potongan kecil dari sebuah sel yang ditemukan dalam darah yang terlepas dari sel besar yang ditemukan di sumsum tulang. Platelet membantu menyembuhkan luka dan mencegah perdarahan dengan membentuk gumpalan darah. Juga disebut trombosit.

Ambil definisi platlet ni dari kamus kesihatan. Mungkin ramai yang nak tau apa dia platlet tu.

Kalau ada sesiapa yang kena denggi cepat-cepat bagi sup ketam. Memang cepat kesannya. Bacaan platlet darah akan terus naik. Saya dah cuba pada adik, anak buah dan suruh kawan saya cuba untuk anak dia juga masa diorang di suspek kena denggi. Alhamdullilah membantu.

p.s: bila makan ketam ni masa pun jadi panjang ;) jenuh nak gigit dahlah keras. Kalau saya masak saya ketuk dulu kaki dia tu dengan anak lesung. Senang sikit nak makan. Iman pun teringin nak gigit juga... ;)

suara dah start rock hari ni hihi. Masih belum pulih sepenuhnya tapi oklah dari sebelum ni. Sedang menaip Iman suruh tutup mainan ummi dia ni ;)

Isnin, 28 Mei 2012

Jumpa kawan sekolah menengah

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni jumpa kawan-kawan sekolah menengah saya. 6 orang yang menghadirkan diri. Sepatutnya ramai lagi tapi keadaan tak mengizinkan.

Start dapat jumpa kawan-kawan lama ni semuanya kerana facebook. Kira berjasa jugalah FB ni ;) bukan kawan je saudara mara pun ada juga.

Ini rasanya kali keempat jumpa kawan-kawan sekolah ni.. Pertama jumpa nak diskusi pasal reunion, kali kedua dah tentulah reunion kan, tapi tak ramai juga rasanya 16 orang je yang hadir. Masa tu masih ramai lagi tak jumpa dalam FB. Kali ketiga di rumah Besah (panggilan masa sekolah yang melekat hingga kini) tengok baby dia. Ada juga entri mengenainya sebelum ni ;)

Kali keempat ni Lynn offer jumpa rumah dia. Jemput yang dekat-dekat je, tapi Yati dari Melaka datang. Ala yang pandai buat kek tu. Ada sebut dalam entri sebelum ni juga. Dalam perjumpaan ni baru pertama kali jumpa dengan Lynn atau Lilin (panggilan masa sekolah) dan Nurul.

Gambar-gambar ni saya ambil dari FB Aen. Saya ada juga ambil gambar tak sempat nak upload lagi.


Sibuk nak bergambar kenangan ;) dari kiri saya, Aen (nurain), Nurul, Lot (zaila), Lynn dan Besah (habsah)


Masa ni sibuk mengadap karot kek dan brownies Yati


Saya dan Nurul. Candid ni.. gaya senyum tak nak bagi nampak gigi ;)


Bergambar sebelum balik. Yati yang bertudung hitam. Dia sampai lewat sikit. Saya dukung anak Lynn. Comel-comel anak dia. Dia pun berjodoh dengan orang Kelate macam saya ;)

Seronok jumpa kawan lama. Walaupun dah lama tak jumpa tapi mesra. Terasa macam umur 17 balik. Masa tu tahun 1993. Lama kan? Lepas ni tak tahu rumah siapa pula. Masih ramai lagi yang belum jumpa.

p.s: malam semalam pergi klinik. 1st time pergi klinik tu. Dia bagi ubat demam yang bukan jenis panadol dan antibiotik. Doktor kata kena jangkitan bakteria. Ok jugalah lepas makan beberapa jam demam hilang. Tapi masih belum pulih sepenuhnya. Badan rasa sejuk lagi bila kena aircond. Sempat lagi pergi Tesco cari bahan-bahan nak masak. Iman tidur dalam kereta. Ayah dia teman. Sepupu dari Kedah datang rumah abang dia. Jadi diorang nak datang rumah. Kenalah standby apa yang patut ;) AI sambung cuti lagi hari ni..

Ahad, 27 Mei 2012

Kalah mata ikan buntal

Assalamualaikum



Semalam tekak rasa tak sedap. Kemudian selsema tak berhenti. Habislah satu kotak tisu yang besar tu. Hari ni satu kotak lagi menunggu untuk dihabiskan. Lepas kumur-kumur dengan bactidol (ada entri mengenai ubat ni sebelum ni) oklah tekak tak sakit. Tapi selsema masih tak berhenti. Tak makan ubat selsema takut jadi macam sebelum ni. Selsema baik tapi kahak berkumpul kat dada :(

Dalam tak sihat semalam pergi juga berjumpa rakan-rakan sekolah menengah di rumah Lynn. Berbelas tahun tak jumpa. Insyaallah akan menyusul entri mengenainya.

Balik dari rumah Lynn malam tu saya terus demam. Sedap sangat minum air sejuk ;) tak tahan juga sebab bukan badan je yang panas kaki, pinggang, badan semua sakit-sakit. Jarang demam tapi sekali kena memang teruk :( tak makan pun semalam.. tak larat.

Hari ni pagi tadi suruh AI belikan sup cendawan dengan roti. Lepas makan baru makan ubat demam. Ubat ni pernah makan sebelum ni. Lepas makan mata terus bengkak kalah mata ikan buntal.

Tadi terpaksa juga makan tapi suruh AI belah dua. Ingatkan makan separuh tak bengkak. Bengkak juga rupanya. Tapi sakit semua hilang. Nasib lah Iman tak takut ;)

Lama juga nak hilang :(

p.s: alah dengan ubat jenis-jenis panadol. Ubat yang saya makan tu namanya brufen.

Sabtu, 26 Mei 2012

Perasaan atau perasan

Assalamualaikum

Setiap manusia ada perasaan. Tapi ada juga yang tak punya perasaan. Siapa? Mereka yang mendera, merogol, mencuri.. kira yang buat kesalahan memang orang takde perasaan. Perasaan apa? takut, sayang, dosa...

Itu soal perasaan. Sekarang soal perasan pula. Mesti ramai yang tak lari dari perasan ni termasuk saya. Tak mau sentuh soal fizikal. Itu semua ciptaan Allah.

Pernah tak perasan bila seseorang menulis kita rasa perkara yang dikatakan tu ditujukan pada kita? Kenapa kita rasa macam tu ya? Sebab kita pernah atau ada buat sebegitu lah kita jadi perasan. Cuba kalau kita tak buat mesti kita tak perasan ;)

Selagi seseorang menulis sesuatu tanpa ditujukan secara langsung pada kita maka kita tak boleh buat tuduhan melulu. Macam saya kata tadi kalau kita tak buat kita takkan perasan ;)

Kuliah pagi untuk diri sendiri yang sentiasa belajar untuk buang sifat negatif yang ada pada diri ;)



Jumaat, 25 Mei 2012

Kak Mah Tom Yam dan Kaya Kopitiam

Assalamualaikum

Baru-baru ni kami makan bubur nasi berlauk atau nasi air di kedai kak Mah Tomyam yang terletak di Jalan Sultan Ismail buat kali ketiga. Sebelum ni selalu makan nasi air yang terletak di Kampung Baru. Terletak bersebelahan dengan kedai jual keropok Terengganu. Di situ pun sedap.


Kedai ni terletak tak jauh dari traffic light. Kedainya terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur. Menu lain belum pernah cuba ;) cari nasi air je..


Menu simple je ayah Iman yang order


Mangkuk pun dia nak gigit ;)


Iman suka sangat bubur nasi kat sini. Sebab dalam buburnya dia ada letak agar-agar kering (tak tau panggil apa ;)) yang biasa orang letak dalam soto bersama hirisan mangga yang tak masam (yang ni tak bagilah pada Iman). Kalau datang sini mesti bertambah-tambah dia makan. Suka tengok.

Balik dari Sungkai baru ni singgah makan tengahari di restoran jejantas Sungai Buloh. Pertama kali makan di Kaya Kopitiam.


gambar di ambil dari tempat duduk ;) tak jelas sangat nama kedai


menu ayah Iman. Nasi kerabu. AI kata bolehlah. Sebab takde budu ;) saya punya nasi ayam panggang. Kenalah dengan selera. Sebab nasinya sedap dan lembut. Nasinya berwarna kuning. Sup dan sambalnya pun sedap.


Iman belikan KFC. Bukan makan pun nak bagi mainan tu je kat dia. Kan dia minat upin ipin. Tapi tak teruja pun... :( biasa-biasa je.. siap baling-baling ;) masa ni dia meragam sikit.

Khamis, 24 Mei 2012

Sambungan Hot Springs Sungai Klah

Assalamualaikum

Nak buat entri ni banyak pula halangannya. Taip-taip tak jadi nak post. Jadi ayat pun dah tak boleh diguna pakai lagi :( Petang tadi kami dah selamat pulang dari bercuti. Iman selsema hari ni. Semalam seronok sangat main air. Pagi mandi air sejuk, petangnya pula mandi air panas. Nak cerita panjang juga tapi rasanya cukuplah gambar yang bercerita ;)

Saksikan keindahan Sungai Klah Hot Spring dari camera iPad saya. Jadi gambar mungkin tidak memuaskan sangat. Ada guna kamera comel saya tapi line internet untuk laptop tak top up lagi ;) dalam kamera tu lebih banyak gambar yang menarik.

Tujuan gambar ditunjukkan untuk membuatkan kalian teruja nak datang sini hihi. Dulu saya nak datang sini saya search gambar melalui google tapi tak banyak. Jadi gambar-gambar yang ada ni untuk kenangan peribadi dan mereka yang ingin melihatnya.








ni kolam mandi air panas


yang ni pula kolam mandi air sejuk.






ni kolam air panas juga. Di sini terdapat banyak kolam mengikut suhu. Ada 4 kolam rasanya. Saiznya kecil-kecil.







Sebelum balik ayah Iman kata "bila lagi nak datang sini". Seronok lah agaknya... tapi memang seronok rasa tak puas duduk 2 malam. AI nak tambah lagi satu malam tapi saya yang tak mahu sebab nak panggil fumigation datang rumah. Anai-anai dah bersarang di kabinet bawah sinki dapur :(

Rabu, 23 Mei 2012

Felda Residence Hot Springs Sungai Klah

Assalamualaikum

Di sinilah lokasi merehatkan minda kami... Seronoknya bersantai di luar bersama angin segar dan sejuk. Kuat pula tu.. hairan juga mana datang angin yang kuat ni...

Tadi makan malam di bandar Sungkai. Nak makan dalam ni mahal pula rasanya. Kedekut betul ;) esok malam baru makan kat sini. Kebetulan AI nak draw duit tadi.

Pssstt ada WiFi free. Tumpang sekaki ;) tapi dekat dengan kaunter pendaftaran je lah. Iman... ayah dia sedang layan menikmati suasana malam. Seronok betul dia.

Memang sesuai sangat untuk merehatkan minda di sini. Marilah... Nama tempat ni seperti yang tertera di atas. Terletak di Sungkai, Perak. Tak jauh dari exit tol Sungkai.

Mari tengok gambar yang sempat di ambil tadi. Seronok sangat... baru sampai dah banyak gambar diambil ;)

Harga bilik hari biasa RM180, peak RM220, super peak RM250. Ada villa yang tu harganya RM500 untuk har biasa. Tambah seratus untuk peak dan seratus lagi untuk super peak. Dah namanya villa semuanya lengkap macam rumah.

Bila harga bilik RM180. Pastilah bilik airnya ada bath tub. Seronok dapat berendam. Kat rumah toilet kecil nak letak tub mandi pun tak muat ;) ada kebaikan sebenarnya berendam ni. Nanti cerita.

Ni cafenya.. esok baru nak resmi untuk breakfast. Harga bilik termasuk dengan sarapan dan mandi di kolam air panas. (update: sarapan pagi banyak pilihan.. terutama untuk kanak-kanak. Rasa pun boleh tahan. Suka sambal nasi lemak sedap)

Seronok sangat Iman. Tak larat nak main kejar-kejar. Masuk bilik line internet tak ok nak upload gambar pun tak boleh. Esok je lah update.

Selamat malam...

Update: secara keseluruhannya memang puashati. Service pun bagus. Ada Spa di sini. Ayah Iman sempat lagi buat body scrub. Harga RM70

Selasa, 22 Mei 2012

Selamat tiba di destinasi

Assalamualaikum

Sementara tunggu ayah Iman check in sempat lagi buat entri. Untuk mereka yang teka gambar dalam entri sebelum ni, terima kasih ya! Kalian memang pandai. Saya suruh orang teka tapi saya sendiri tak boleh nak teka. Nampak sangat orang banyak masalah :D

Sebenarnya saya takde lah masalah apa. Cuma semalam je ada orang nak marah saya. Tapi orang tu dah minta maaf. Kejap je pun ;)

Sebenarnya dah lama ajak AI datang sini. Tengok dalam internet nampak menarik je kan? Sebelum ni pergi Melaka penat berjalan tak sempat AI nak berehat. Kebetulan minggu ni doktor bagi cuti sebab stress sangat. Seminggu doktor bagi... jadi tempat macam ni lah sesuai untuk merehatkan minda.

Tempatnya memang sunyi dan penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang ;)


nampak sangat malasnya.. ambil dalam kereta je.


ni pun ambil sambil duduk dalam kereta. Lama pula AI nak check in.

Iman masih lagi tidur. Dah 2 jam tidur. Penat sangatlah agaknya tadi ikut ayah dia keluar beli barang.

Masalah?

Assalamualaikum

Setiap manusia pasti akan ditimpa masalah tak kira kecil atau besar. Semua ini adalah ujian dalam kehidupan. Yang penting cara untuk kita menyelesaikannya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Jadi berfikirlah dengan cara rasional bukan emosional.

Masalah? Jawapannya ada pada gambar ni... Cuba teka perkataan apa yang mereka bentuk. Siapa cepat memang orang tu tak banyak masalah ;) gurau je... saya cakap macam tu sebab saya susah nak teka ;)



p.s: akan bercuti ke Perak merehatkan minda. Insyaallah. Akan singgah jejak rakan nanti... tengah sibuk packing. Last minute plan. Macam ni lah ;)


Isnin, 21 Mei 2012

Terima kasih Ummu Muhammad

Assalamualaikum

Sebenarnya mood gerimis mengundang hari ni... sedih sangat. Tapi biarlah hanya Allah yang mendengarnya. Untuk terapi saya singgah beberapa blog hari ni.. seronok baca sebab banyak berita yang menggembirakan dikongsikan oleh mereka. Saya tumpang gembira.

Saya nak tunjukkan hadiah yang dikirimkan oleh Ummu Muhammad yang saya ambil di pejabat Pos Laju tadi. Dalam masa yang sama hadiah giveaway ketiga yang saya lancarkan telah selamat dihantar menggunakan khidmat pos laju. Harap selamat dan tidak rosak.



Saya dah buka dan makan sedikit makanan yang dikirimkan bersama Iman tadi ;) rasa sedap sangat. Terasa berkat dari Mekah. Alhamdulillah. Hadiah mini pool tu masih belum dibuka lagi. Akan di buka bila hendak digunakan nanti. Silalah singgah blog Ummu Muhammad (http://attuffahumairah.blogspot.com/). Blog yang menceritakan kisah peribadi untuk tatapan anaknya Muhammad.

Hadiah ni hasil dari contest http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/05/kembara-cinta-agung-3-hari-giveaway.html

Terima kasih sekali lagi UM. Semoga beroleh keberkatan.

p.s: Que Achmad (http://www.queachmad.com) follow blog saya. Siapa dia? Kawan kepada Ben Ashaari. BA tak Follow kawan dia follow pun jadilah ;) gurau je...

Hadiah bakal di pos hari ini

Assalamualaikum



Saya nak beritahu hadiah untuk mereka yang terpilih dalam cabutan Giveaway ketiga baru-baru ini akan diposkan petang ini.

Maaf ya lewat sikit. Sepatutnya hadiah tersebut sudah dibungkus awal-awal lagi sebelum cabutan dibuat. Hari Jumaat petang baru bungkus itupun di rumah mak ;)

Semoga selamat sampai kepada pemiliknya.



Sabtu baru ni saya keluar. Jadi dapat surat pos laju di atas. Hari ni juga baru nak ambil sambil pos barang-barang di atas. Saya rasa kiriman dari Ummu Muhammad. Kena ambil dulu baru boleh pastikan.

Terima kasih kerana menunggu ;) Saya takut juga sebab pernah ternampak dalam blog orang lain, macam-macam diorang kata kalau lambat buat keputusan dan hantar hadiah. Sebenarnya pernah juga macam diorang, tertanya-tanya kenapa lambat hantar. Tapi sekarang saya tak kisah sangat. Sebab niat pun suka-suka.

Tapi jangan ada yang buat contest atau giveaway saja-saja nak tipu orang. Maksud saya lepas buat GA atau contest terus senyap. Tak baik juga begitu. Apa pun masalah harus diberitahu. Kalau rasa nak batalkan. Beritahu sahaja. Lebih senang. Tidaklah mereka menunggu-nunggu. Sekadar bagi pendapat.


Ahad, 20 Mei 2012

Berkilau ibarat emas?

Assalamualaikum.

Ketika sedang menaip entri ini rancangan Apa Kata Wanita sedang bersiaran. Tapi tak dapat lihat di skrin tv, Iman tengok Go Deigo.. Go.

Kembali kepada tajuk tak lari dari sifat utama wanita yang suka pada kecantikan. Semua orang memiliki kecantikan tersendiri. Bersyukur apa yang Allah kurniakan. Cuma akan nampak lebih elok bila kita pelihara apa yang diberikan. Bukan mengubah ya.. tu dah kira haram. Melainkan yang harus.

Baru-baru ni cuba produk Safi Rania Gold. Saya tak beli set lengkap. Sekadar pencuci muka dan krim kecantikannya sahaja. Saya tak rajin nak guna semua. Produk sebelum ni pun masih ada lagi.

Teruja nak cuba sebab mak dan adik saya kata elok. Ditambah dengan rakan blog Fieda dan Ina (IntanBerlian) pun guna juga. Setakat ni sudah seminggu saya mencubanya. Hasilnya boleh dibanggakan. Sebab jeragat semakin pudar. Risaukan bila nampak jeragat dimuka. Ini semua gara-gara malas jaga muka. Sejak ada Iman saya dah tak guna krim uv. Keluar pun cuma sapu bedak baby Johnson Iman je ;) tengok betapa malasnya saya.

Bila dah naik jeragat sikit barulah menggelabah nak hilangkan ;) tapi krim muka tu rasa gatal-gatal pula bila baru-baru sapu di muka.



Apa pun kena tunggu sebulan... Lihat betul-betul serasi atau tak. Ini pun saya kejap guna kejap tak krimnya. Keluar rumah je guna ;)

Sabtu, 19 Mei 2012

Kotor dan busuk

Assalamualaikum



Nak luah perkara yang dah lama terpendam. Jadilah rakyat Malaysia yang boleh jaga kebersihan tandas. Kalau sesiapa yang pernah pergi luar negara pasti lebih arif soal tandas ni. Saya juga pernah terbaca, negara kita tersenarai sebagai salah satu negara yang mempunyai tandas yang kotor.

Masih tak faham walau negara luar tandas mereka tiada paip di dalam bilik air tetapi tandas mereka masih bersih. Ada masa rasa nak muntah bila masuk dan tak jadi juga nak masuk. Sedih betul. Apa yang lebih menyedihkan tandas dalam masjid pun kotor :(

Jagalah harta awam seperti harta sendiri juga untuk keselesaan sendiri. Kesal sungguh.

Kebersihan juga ada kaitannya dengan keimanan. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (HR Muslim)

Menjaga kebersihan suatu kewajipan.

Jumaat, 18 Mei 2012

Doa pemanis wajah

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Nak kongsi doa pemanis wajah ni. Kalau ada yang kata muka kita ni masam je bolehlah cuba amalkan. Mana tau orang tengok manis pula lepas tu ;)

Dulu saya selalu amal ayat ni. Tapi bila dah tak buat jadi lupa. Ayat ni juga boleh buat orang sayang kat kita. Tak semua orang suka pada kitakan?

Surah Yusof: ayat 4
Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK." (dari himpunan mutiara kata)

Khamis, 17 Mei 2012

Jawapan dari Nuffnang

Biarlah ada terbaca orang tulis tak boleh publish Email dari Nuffnang. Tapi saya rasa tak salah untuk kongsi. Saya tanya apa dia unik, cara dapat Buffered Earning (BE) serta boleh ke klik iklan dalam blog sendiri. Saya paste je.. siapa yang tak faham boleh translate guna google ya..

Jawapan untuk soalan unik
Views refer to how many times a page is loaded while Uniques refer to how many unique visitors have loaded your page. For example, if I’m to visit your blog now and refresh the page, I’ll contribute to 2 views but only 1 visitor. This is because I’m using the same IP to view your blog. Clicks refer to the action of a unique visitor moving their mouse cursor on an ad unit showing an advertisement from an advertiser and clicking on the left mouse button.

Jawapan untuk soalan BE
Now, in order for you to get a column for "Buffered Earning" in your "Earnings", you will first need to be selected by the advertisers to do CPM campaigns for them. There are several factors that would determine your chances of being selected for CPM campaigns.

As advertisers always have a target audience for their campaigns to address to, they will choose blogs with suitable blog readers as their target audience. Should your blog readers fall into that category, rest assure that you're very likely to be picked by them.

Many bloggers who do not fill in their blog surveys properly may find themselves not receiving ad campaigns from advertisers frequently. This is due to the fact that the survey actually helps advertisers know the bloggers' blogs better.

Blogs registered without completed surveys are often ignored by advertisers as they do not know if your blog's reach is suitable for their campaign or not. As such, we highly recommend for you to ensure that all your blogs' surveys are filled and updated from time to time.

Ini jawapan untuk soalan terakhir pula. Boleh ke klik iklan sendiri?
There is nothing wrong with clicking on your own ads if you are genuinely interested to know what it is all about, without the intention of generating income.

Harap membantu.

SOGO sales... beli pakaian Iman


Pergi mana-mana mesti dapat kawan. Peramah ;) ada juga yang takut nak dekat sebab terlebih peramah ;)

Baru-baru ni saya dan ayah Iman ada sebut tentang SOGO. Kebetulan AI lalu dan dia kata ada sales. Suka beli baju budak kat sini sebab banyak pilihan jika dibanding pasaraya lain. Walaupun sebenarnya berat nak ke sini sebab terletak di tengah-tengah bandar dan jalan yang sesak. Tapi disebabkan untuk kepuasan hati tu pergi jugalah.

Teringat arwah makcik saya yang suka beli baju anak-anak dia di sini bila ada sales walaupun tinggal di Port Klang.

Lewat juga gerak semalam, tunggu adik balik dari klinik bawa baby dia untuk pemeriksaan susulan. Pukul 4 lebih gerak, jalan jem sikit dari PJ ke Damansara. Kami sampai pukul 6 petang. Lama sebab berhenti solat dan jem. Mulanya pelik juga. Sebab tak ramai orang, nampak lengang je. Tak macam biasa, ramai. Macam tak percaya pula ada sales ;) bila check balik rupanya baru je lepas warehouse sales 13 May. Tapi masih ada sales lagi... tak tahulah sampai bila.

Bila dah banyak-banyak tu pening juga nak tengok semua. Saya ambil keputusan buat pilihan di brand Kiko sahaja. Suka brand ni sebab pakaiannya lambat nampak buruk dan selesa. Material pun lembut je. Harga pun tak mahal sangat. Kalau sales memang tak pernah lebih dari 10% :(

Masa di sini Iman dah meragam sebab tak tidur. Satu floor boleh dengar suara dia yang nyaring tu. Jadi ambil keputusan bawa dia ke nursing room. Barulah diam. Seronok ada mainan ;) suruh nenek dia tolong jagakan sementara ummi dia nak bayar di kaunter.


Mood tak baik, memang susah nak ambil gambar.


Iman tak bersungguh nak naik tapi ummi dia yang suruh ;)


Ini Najihah anak adik. Kawan bermain kat sini.


Ambil mainan ni untuk bagi dia diam ;)

Saya ni memang tak reti nak buat entri pendek-pendek. Semua nak cerita.... untuk Iman sebenarnya. Dia pun macam dah tahu ummi dia suka cerita tentang dia. Bila dia tengok entri tentang dia susah mandi tu... dia kata "alu" ;)


Rabu, 16 Mei 2012

Cara peroleh pendapatan Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit apa yang saya tahu tentang Nuffnang. Apa dia UV: Unique Visitors (pengunjung unik/kos per impression) dan apa dia BE: Buffered Earning (Metered CPM / kos per impression bermeter).

Selepas mendaftar bersama Nuffnang kalian di nasihatkan memilih Papar Iklan Global CPC dihalaman Pengurus Blog.

Masukkan ketiga-tiga iklan Nuffnang di dalam blog anda. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih ke dalam kempen.

1. header blog (LEADERBOARD)
2. sidebar blog (SKYSCRAPER)
3. antara petikan-petikan blog (LARGE RECTANGLE)

Opsyen "Papar Iklan Global CPC" akan memaparkan kempen iklan CPC yang diluluskan oleh pengiklan Nuffnang. Ini akan membenarkan anda untuk memperoleh pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada mereka. Jika tiada kempen CPC yang aktif bagi unit iklan tertentu, ia akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog anda dan pelayan Nuffnang.

Bagi kempen CPM (kos per impression)

Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina. (boleh lihat di halaman Analitik Nuffnang)

Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda. (status biasa / glitterati)

Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan Nuffnang mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia Nuffnang. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.

Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.

Bagi kempen CPC (kos per klik)

Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.

Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.

Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM / kos per impression bermeter)

Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.

Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.

Maklumat tambahan:
1. Anda dinasihatkan rajin update blog.
2. Lebih ramai orang masuk blog melalui carian atau SEO (search engine optimisation) semakin tinggi peluang dapat BE. Saya agaklah... UV bergantung melalui carian SEO.
3. Untuk dapatkan BE kena maintain UV 100-200 sehari. Kadang-kadang nasib juga. Bergantung pada rezeki.
4. Kena selalu lawat website Nuffnang. Update halaman blogger bio dan kemas kini tinjauan di halaman pengurus blog.
5. Hantar tiket ke Nuffnang. Tak tahu macamana. Klik button belah kanan sekali yang tertulis perkataan "hubungi kami" dalam website Nuffnang.
6. Buat entri yang ada backlink ke Nuffnang. Contoh promosi kempen yang masuk ke blog anda.

Segala maklumat di atas diperolehi dari Nuffnang, pemahaman saya dan juga google. Cuma saya olah supaya kalian lebih faham. Harap ianya membantu.

Untuk yang belum ada akaun Nuffnang. Boleh mendaftar di http://www.nuffnang.com.my

Good luck!

Selasa, 15 Mei 2012

Tak boleh tukar-tukar klik iklan Nuffnang

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya nak ucap maaf ya jika ada yang terasa. Tapi ini adalah untuk kebaikan kalian juga.

Bermula pada yang bertanya macamana boleh dapat BE? Saya google kalau ada info tambahan yang boleh menjawab pertanyaan kalian. Sebab saya masih mentah dalam dunia blogging. Usia blog saya baru nak masuk satu setengah tahun. Tapi semakin hari saya rasa semakin matang dan faham selok belok blogging. Mula-mulanya suka-suka tapi sekarang dah terlebih suka ;)

Berbalik pada tajuk entri ni, saya nak share apa yang saya jumpa semasa google tadi. Saya copy sebahagian sahaja. Nak tahu lanjut boleh layari http://www.ar-rifke.com/tag/maksud-fraud-cliks (tuan blog suruh share link) credit untuk beliau.

Apa itu fraud clicks?
Fraud clicks ni secara mudahnya bermaksud click *tipu yang dijana sendiri (ni kes klik sendiri) atau pun click yang dibuat secara kumpulan (ni kes I klik U, U klik I yang melampau-lampau)

Bagaimana nuffnang dapat *detect?
Hah… Benda ni ramai yang tak tahu.. Sebenarnya Nuffnang ada 1 mekanisma yang dapat kesan dari mana nuffnangers jana klik itu.. Sama ada klik sendiri, orang lain klik dari dalam negara, atau luar negara…

Apa tindakan Pihak Nuffnang kalau dapat Tangkap?
- Digantung
Bukan gantung sampai mati ya, tetapi gantung akaun anda. huhuhuh
- Ditamatkan (blacklist terus kot)
Pasti anda faham kan…..

Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa kalian susah dapat BE.

Sebelum saya cash out saya dapat 8 BE. Ini disebabkan UV saya maintain dan semakin meningkat.

Nanti saya share macamana nak dapat BE pula. Ewah macam layak nak bagi tips. Saya share apa yang saya tahu sahajalah ;)

Mee goreng simple

Assalamualaikum.



Nak share juga gambar mee goreng simple yang saya masak Ahad baru ni untuk menu sarapan. Mulanya ayah Iman kata tak payah masak. Sementara tunggu dia mandi, dah siap pun. Express je. Ala setakat goreng mee apalah sangat kan? :)

Rasa terkejut tak ada entri masak ni? ;) tu mood tengah rajin dan kebetulan mood anak kesayangan tu pun baik hari tu. Dia pun tolong juga di dapur ;)

Jom tengok apa yang dia buat.



Yang penting dia tak kacau ;)

BE Volkswagen Polo Sedan

Alhamdulillah selepas BE Honda Hybrid kini BE Volkswagen Polo Sedan pula. BE menggoda-goda tuan blog supaya beli kereta baru ;) Dah lebih seminggu rasanya. Tapi baru nak buat entri mengenainya. Untuk simpan sebagai kenangan ;)

Harap-harap duit BE ni cukup untuk beli kereta baru hehe usah berangan lah che rose.



Saya ingatkan harga kereta ni RM100k ke atas rupanya tak sampai pun mencecah harga tu. Nak tahu boleh klik pada iklan tersebut. Itupun jika muncul ;) dan muncul lagi :)

Apa pun terima kasih Nuffnang dan pembaca semua. Harap lamalah lagi melekat di situ :)

Isnin, 14 Mei 2012

Keputusan cabutan giveaway

Assalamualaikum.

Alhamdulillah cabutan sudah pun dibuat. Saya suruh Iman yang ambil. Siapa yang bertuah bolehlah ucap terima kasih pada Iman ;)


Sedang sibuk memilih ;) serius je rupa hakim ni :) ni mood tengah baik. Macam-macam aksi jugalah :) ambil banyak-banyaklah. Campak-campak nombor tu lah. Bila suruh banyak-banyak kali dia dah boring dah. Malas nak buat ;) tapi kena paksa juga suruh ambil satu-satu :D Kesian dia tak pasal-pasal jadi mangsa :)

Setelah puas beraksi dan dengan lafaz bismillah nombor di bawah ini yang terpilih. Tahniah ya!


Kiraan bermula dari sebelah kiri.

Tempat Pertama: No.16

http://menariksanasini.blogspot.com/2012/04/ummi-iman-followers-giveaway.html

Tempat Kedua: No.8

http://www.akmarwati.com/2012/04/ummi-iman-followers-giveaway.html

Tempat Ketiga: No.30

http://duanmizastory.blogspot.com/2012/05/ummi-iman-followers-giveaway.html

Saguhati



No.12 http://thelittlefh.blogspot.com/2012/04/ummi-iman-followers-giveaway.html

No.40 http://intanberliangacontest.blogspot.com/2012/05/ummi-iman-followers-giveaway.html

No.23 http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/04/ummi-iman-followers-giveaway.html

Yang tidak terpilih jangan sedih. Terima kasih kerana sudi memeriahkan GA yang tak seberapa ni. Sokongan kalian amatlah dihargai. Sebagai tanda terima kasih mereka yang tidak terpilih blog mereka akan berada di dalam bloglist peserta GA selama sebulan.

Kepada mereka yang bertuah sila e-mailkan nombor bertuah anda, nama, alamat dan nombor telefon ke ruse_nrk@yahoo.com seberapa segera. Senang untuk saya poskan serentak hadiah. Jika tidak disebabkan mereka yang lewat hadiah untuk peserta lain juga lewat dihantar.

Terima kasih :)