بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 30 April 2012

Iman berkaca mata

Sabtu baru ni saya lancarkan GA ketiga sebab merajuk dengan gadget baru ni :( Terkial-kial cari cara mudah untuk upload gambar.

Entri tu dah lama dibuat tapi tunggu masa nak publish je... Disebabkan sibuk study dengan benda baru ni maka saya keluarlah GA tersebut sebagai penyelamat :D Jemput lah join ya :)

Hari ni godek-godek jumpa application khas untuk blog jadi baru boleh tersenyum :) dan datang mood untuk berblogging semula... Apapun kena rajin study lagi untuk dapatkan 'master' pula ;)

Layan dulu gambar Iman yang bermain dengan bingkai lama cermin mata ummi dia.. harap kalian pun tersenyum sama macam saya hari ni ;)







Gambar diambil menggunakan gadget baru. Yang tak tahu kena tengok entri lama ;)

Share application yang saya baru jumpa ni :)
Namanya Picovido Blog-S (BlogSpace)

Jumaat, 27 April 2012

Salam Jumaat


.

Khamis, 26 April 2012

Semanis kurma: Bila cerita direka-reka

Dah lama sebenarnya tak tengok program ni. Macam saya cerita sebelum ni saya jarang tengok tv. Iman tak bagi ;) kena layan dia je. Tadi pun tengok sambil layan dia, tak boleh nak fokus sangat.

Perkara macam ni kalau berlaku pada kita memang kita akan rasa nak explain pada orang perkara sebenar. Tapi rasanya tak guna juga. Tengok pada orang juga, sama ada boleh di bawa berbincang atau tak. Kalau rasa tak boleh di bawa berbincang lebih baik diamkan diri. Orang akan reka cerita dan cakap macam-macam tapi biarlah hanya Allah yang maha mengetahui. Tak buat salah buat apa nak takut. Orang yang buat salah je nak defend diri mereka.

Dalam kehidupan ni perkara yang paling tak seronok bila orang mudah percaya pada kata-kata orang lain. Berdosa kalau kita percaya cerita orang tanpa kita tahu kebenarannya. Perkara begini boleh jatuh kepada fitnah.

Bila orang suka mereka-reka cerita dan sampaikan pada orang yang percaya boleh menyebabkan salah faham. Jika kita orang yang baik kita tidak akan menyampaikan perkara yang boleh menyebabkan orang salah faham.

Lebih baik perkara yang kita tidak puashati kita simpan dalam hati. Selebihnya serahkan sahajalah pada Allah. Kerana dia lebih mengetahui.

Peace no war :)

Serasikan diri dengan yang baru

Segala yang baru menuntut kita belajar dan memahami. Macam saya yang sedang serasikan diri dengan 'benda' baru ni. Ada masa geram juga bila ada benda yang dulu senang nak buat jadi susah pula. Lagi-lagi semuanya menggunakan hujung jari. Kalau yang dah biasa guna jari tu mungkin mudah. Masa guna laptop saya suka guna tetikus ;)

Bila fikir-fikir balik. Bukan salah 'benda' ni. Tapi tuan dia yang cari salah dia ;). Serupa juga dengan kehidupan kita yang sentiasa perlu belajar dan serasikan diri dengan apa yang kita tempuhi dari masa ke semasa. Macam baru-baru ada Iman dulu. Kena belajar serasikan diri dan memahami dia. Ambil masa juga untuk serasikan diri bangun malam berkali-kali. Sebab dia kuat menyusu. 1 jam sekali bangun. Nak bagi banyak takut dia muak sebab terlebih muatan. Sampaikan lembik juga ummi dia. Lepas dua minggu barulah serasi dengan keadaan macam tu. Nasib baik ayah Iman pun rajin membantu buat susu.

Itu kisah anak, belum masuk bab baru bergelar isteri. Nak serasikan diri berkeluarga. Berdua mungkin takde masalah sangat tapi dengan mertua rasa kekok juga. Lebih-lebih lagi bahasa berbeza. Nasib baiklah mak mertua saya peramah dan baik. Jadi tiada masalah.

Benda barulah yang buat kita sentiasa belajar untuk memahami dan serasikan diri. Bak kata segala yang baru kena belajar. Jadi blogger pun kena belajar dan serasikan diri juga ;) betul tak?

UI: lepas isyak tadi mengantuk sangat.. Tidur sama-sama Iman yang dah tidur awal lagi. Dia terjaga ummi dia pun bangun. Apa lagi susahlah nak suruh tidur balik. Kalau petang tak tidur, lepas maghrib mesti dia tidur. Lepas tu bangun balik. Tadi keluar bawa adik yang nak sunatkan anak dia. Ada orang lain selain ummi dan ayah dia dalam kereta memang dia tahan mata walaupun mengantuk. Kena padam semua lampu. Baru dia tidur. Selamat malam... Eh dah pagi pun ;)

.

Rabu, 25 April 2012

Terima kasih belajar

Berterima kasihlah pada orang yang telah..

☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

❥ Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
❥ Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
❥ Belajarlah TAAT walau BERAT
❥ Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
❥ Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
❥ Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
❥ Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
❥ Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
❥ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH

>>> Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu.. ^_^

UI: Entri pertama menggunakan gadget baru. Sedang belajar lembutkan jari dan explore ;)

.

Selasa, 24 April 2012

Ulangtahun Perkahwinan

Alhamdulillah... hari ini merupakan imbasan 13 tahun yang lalu di mana saya dan ayah Iman diijabkabulkan. Jodoh dan pertemuan yang telah ditetapkan oleh Allah berbekalkan solat istikharah kedua-dua belah pihak.

Saya bersyukur dengan ketetapan jodoh ini kerana AI seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. 

Di bawah gambar kami selepas nikah dan gambar semasa majlis meraikan tetamu. Kami tidak bersanding. Perkahwinan yang sederhana dan segala persiapan perkahwinan diuruskan oleh makcik saya. Bayangkanlah baju pengantin (songket) tu pun saya tak tahu apa rupanya hinggalah tiba hari untuk dipakai ;) Sebenarnya ayah Iman tak mahu pakai songket, malu katanya.. kalau tak percaya tengok rupa dia masa pakai songket tu.. dengan tengkolok yang tak kemas. Bila dia tengok balik dia kata malu je.. gambar semua tak elok ;)

tanggal 24 April 1999
setelah selamat diijabkabulkan

tanggal 25 April 1999
gambar kenangan di hari bersejarah bersama mak dan arwah abah saya.

Ramai juga saudara mara dan sahabat handai yang datang pada hari ini. Sehinggakan lauk pauk tidak cukup. Mungkin ini majlis pertama di rumah mak saya. Jadi kedatangan tetamu memang tidak disangka-sangka.


Terima kasih Allah



Isnin, 23 April 2012

gaya Iman bersama DVD playernya

Nampaknya apa yang kami sangkakan memang betul. Tak rugilah beli DVD player ni.. sekarang atas kereta buka cerita yang dia suka dia akan duduk diam. Senyum sorang-sorang. Lepas ni nak download dalam youtube lagu-lagu nasyid kanak-kanak, zikir dan apa sahaja untuk proses pembelajaran dia.. nak cuba dalam bahasa inggeris pula ;) DVD ni tak sensitif sangat. Button buka DVD tu agak susah sikit dia nak buka. Rahsia lagi... tak boleh ajar atau tunjuk kat dia. Nanti dah tahu habislah. Dia boleh tekan sendiri play kalau dah habis. Penutupnya pun boleh buka sampai lurus. Jadi tak risaulah rosak. Melainkan dia baling atau ketuk. Harap dia tak buat macam tu.

kalau dah tengok khusyuk je.. tak bergerak

dah penat.. masa ni dah malam..baring pulak.. mata dah mula mengantuklah tu..

duduk balik...

Bukanlah setiap masa buka DVD ni... selalunya malam nak tidur dengan duduk dalam kereta. Sekarang ni dia dah pandai cakap sikit-sikit. Kalau kita cakap apa semua dia faham. Yang kelakarnya bila kena marah. Duduk diam.. mata jeling-jeling nak tengok muka saya.


iPad 3 hadiah dari ayah Iman

Semalam balik dari makan nasi kerabu MIL masak di Putrajaya, ayah Iman ajak singgah Sunway Piramid. Katanya nak pergi kedai Apple. Tapi saya suruh pergi Mid Valley je sebab tak sesak nak parking.

Mulanya ingat ayah Iman nak tengok-tengok je. Tapi terus beli. Boleh tahan ramai juga orang. Jadi kami pun kelam kabut sikit ditambah Iman yang tak suka orang ramai-ramai. Dah bayar... ambil iPad.. cari skrin protector pula.. bayar lagi sekali lepas tu suruh diorang lekatkan.. terus balik.

Bila ayah Iman try buka tak boleh. Terpaksa patah balik suruh diorang activate. Masa tu saya dan Iman tunggu dalam kereta je, lagipun Iman tidur. Sebelum ni nak hold dulu casing tapi ayah Iman belikan pula casingnya. Warna coklat ;) rasa tak lawa pula tapi tak kisahlah... accessories iPad ni semua mahal-mahal. Skrin protector sahaja paling murah RM75 dan casing paling murah RM129.

ni lah kedainya yang terletak di aras 2 mid valley.. tengok ramai orangkan? Gaya baru dukung Iman. Bila kena dukung macam ni dia pun suka.. luas pemandangan agaknya ;) tapi kalau dah lama sangat nak turun berlari juga :)

inilah iPad 3 yang dibeli.. masih belum install apa-apa software lagi. Cuma basic je.. sebab kena masukkan simcard broadband dulu. iPad ni boleh muat cip je.. jadi kena pergi Celcom dulu tukar simcard yang boleh guna untuk iPad dan broadband. Diorang kata kena bayar RM20.

Update: bila pergi celcom diorang akan bagi simcard untuk size iPad. Percuma je tak perlu bayar apa-apa pun. Cuma perlu isi borang untuk tukar simcard. Bila dah tukar payah lah pula. Nak masukkan dalam broadband dah tak boleh :(

senarai harga iPad 3. Sesiapa nak beli bolehlah pilih yang mana. Ayah Iman pilih Wi Fi + 4G 16GB.

Ni pula accessoriesnya.. sorrylah gambar tak clear. Ambil dalam gelap ;)

sambungan accessories... mahallah sangat semuanya ;)

Sebenarnya saya takdelah beriya-iya sangat nak iPad ni. Tapi dah orang nak bagi. Sebagai hadiah jaga Iman katanya. Mujurlah ada Iman. Kalau tak ummi dia tak dapat agaknya hadiah macam ni... hehe.. gurau je. Ni semua hasil duit bonus yang company ayah Iman bagi baru-baru ni... tahun ni rezeki murah sikit. Di tambah dengan extra bonus kerana dapat 1st grade dalam ranking perkhidmatan.. dan akan menyusul wang saguhati setelah berkhidmat 20 tahun di situ. oklah kan.. pergi pagi.. jauh malam baru sampai rumah. Masa ni lah rasa dihargai sedikit setelah berpenat lelah mencari rezeki. Saya pun terimalah tempiasnya.. setelah berkhidmat sebagai suri.. walaupun perkhidmatan tak cemerlang mana.. hihi

Terima kasih suamiku dan Allah atas rezeki ini... Esok ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13 :)

Sabtu, 21 April 2012

Lunch di Pizza Hut

Tengahari tadi tiba-tiba rasa nak makan di Pizza Hut. Mulanya ayah Iman ajak makan di KFC. Saya kan tak boleh makan ayam. Jadi ajaklah ke sini. Lama juga tak makan di sini. Dulu kalau takde selera nak makan atau kurang sihat mesti ajak ayah Iman makan kat sini.. cari mushroom sup dengan garlic bread je pun. Kadang tu malas nak makan kat sini tapau je. Saya dan adik order set untuk 2 orang. Ayah Iman pula order set nasi ayam arrab?? lupalah namanya. Gambar pun tak sempat nak ambil. Sampai je makanan ayah Iman terus makan. Tapi tak habis pun.. tak kena dengan tekak agaknya ;)

Pizza ocean tuna favourite saya. Tiap kali makan inilah yang saya order.

acik pula order pizza ayam masala

Iman sedang gigit kepak ayam. Baju dan seluar habis basah kena air. Nasib baiklah memang selalu bawa extra baju dalam beg.

Sementara tunggu order sampai sempat snap ni... baca kat sini kata lebih RM20 dapat free menu budak tapi bila tanya RM120 baru dapat free :(

snap yang ni juga... apakah agaknya facebook coupon tu... tak sempat tengok lagi ;)

Dulu ada service charge ke makan kat sini? tak ingat. Bila service charge dan 6% government tax tu dicampurkan bolehlah beli 2 ketul deli wing lagi satu yang berharga RM6.20 tu ;) sajalah joke... ayah Iman marah kalau makan cakap mahal ke apa hehe...


Jumaat, 20 April 2012

Jom singgah yati-bakery.blogspot.com

Ambil kesempatan nak promote kek buatan kawan sekolah menengah saya yang bernama Yati. Tengok kek dia nampak sedap je.. Harga pun berpatutan. Kenapalah dia duduk jauh kat Melaka. Kalau nak order melalui pos boleh juga. Seperti kek lapis Sarawak tu. Sila-silalah singgah blog Yati dan lihat pelbagai jenis kek buatan dia dan di dalamnya ada resepi sekali.. yang rajin 'bakar membakar' tu bolehlah cuba. Bukan kek sahaja ada lagi yang lain... nak tahu kenalah singgah ;)

YatiBakery-menjual kek, brownies, muffin, cupcake, tart, cookies -untuk pelbagai majlis!!!

RM35 Chilled Oreo Cheese Cake

RM60 Choc Valvet


RM45 Pandan layer cake

KEK LAPIS BLUEBERRY
1. 8x8 inci pada harga RM65
2. 4x8 inci pada harga RM35

KEK LAPIS CHEESE TEMBIKAI
1. 8x8 inci pada harga RM70.00
2. 4x8 inci pada harga RM36.00

Macamana? rasa teruja tak tengok? Ni baru sebahagian belum tengok yang lain lagi. Kalau teruja bolehlah hubungi YATI: 0172571758 /0194739367 / 062329646 atau EMAIL: yati_bakery@yahoo.com.


Hari ni baru sempat makan kek lapis Sarawak dari Kuching. Kirim kat adik yang pergi sana tempohari. Suka sangat perasa masam manis.. :)




Kod baru iklan Nuffnang

Dah tukar kod baru? saya baru sahaja tukar bila dapat e-mail dari Nuffnang ni..



Dear Nuffnanger,

We at Nuffnang are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)

With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do advise all bloggers to change to these new codes.

If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.

Thank you so much for your cooperation! :)

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.


Untuk dipasang pada bahagian kepala (header) blog

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "14ce17688e9a35536224515f6f262be2";
document.write( "<div id='nuffnang_lb'></div>" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';    
nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js';    
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
</script>
<!-- nuffnang-->

Untuk dipasang pada bahagian sisi (sidebar) blog

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "14ce17688e9a35536224515f6f262be2";
document.write( "<div id='nuffnang_ss'></div>" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';    
nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js';    
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
</script>
<!-- nuffnang-->

Untuk dipasang pada bahagian antara petikan-petikan blog

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript"> 
nuffnang_bid = "14ce17688e9a35536224515f6f262be2";
document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';    
nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';    
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
</script>
<!-- nuffnang-->


Khamis, 19 April 2012

Daftar untuk sampel percuma dan menang iPad2 daripada KaoLaurier

Ajak rakan blogger join sama contest yang dianjurkan oleh Kaolaurier

Caranya mudah cuma perlu LIKE kaolaurier page dan register untuk dapatkan sampel percuma



Siapa yang dah cuba boleh hantar testimoni. Jika bertuah berpeluang memiliki iPad2

Good Luck!

Tarikh Tutup: 20 May 2012



Rabu, 18 April 2012

Portable DVD player Iman

Seperti yang pernah diberitahu dalam entri sebelum ni. Semalam ayah Iman dah belikan portable DVD player untuk Iman. Kecil lagikan.. habis semua nak dipegangnya ;) rasanya lebih berguna bila berada atas kereta nanti :) sebelum ni guna video kamera sahaja untuk bagi dia diam dan tidak boring atas kereta. Sampai lens kamera rosak.. nasib baik masih boleh dibetulkan. Memang itulah tujuan utama kami beli portable DVD player ni.. agar dia tak bosan atas kereta. Lebih-lebih lagi nak balik kampung ayah Iman yang jauh nun di Kelantan sana.

Inilah dia DVD player Iman
Philips Portable DVD Player - PD7030 (size 7" with USB)

Sesiapa nak beli.. setelah kami survey di kebanyakan kedai. Kedai HLK menawarkan harga yang paling murah = RM360. Tak sempatlah nak ambil gambar.. pinjam dari google :) rupanya sama sahaja macam di atas ni.

Saya nak tanya... antara Samsung Galaxy Tab dengan iPad mana yang bagus? Minta pandangan pada mereka yang dah guna.

Catatan tambahan atas permintaan Ummu Muhammad .

ambil atas tilam bucuk Iman ;)

Fungsinya:

Play your movies, music and photos on the go • DVD, DVD+/-R, DVD+/-RW, (S)VCD, CD compatible • DivX Certified for standard DivX video playback • MP3-CD, CD and CD-RW playback • View JPEG images from picture disc.

Enrich your AV entertainment experience • 7" TFT color LCD display in 16:9 wide screen format • Built-in stereo speakers.

Extra touches for your convenience • Enjoy up to 3 hours playback with a built-in battery* • Full Resume on Power Loss • Car adaptor included • USB connection for video, photo and music playback.


Terima kasih Fieda Rafli

Hari Sabtu baru ni terima satu envelope berwarna coklat. Ayah Iman yang ambil di peti surat. Hairan pula saya, menang GA ke? rasanya takde... setelah di buka dan baca nota di situ baru tahu ianya cenderahati dari blogger Fieda tanda perkenalan persahabatan di alam maya. Terima kasih Fieda ya.. saya hargai  pemberian tersebut. Tak sangka dapat hadiah misteri ;)

Nak tengok apa yang Fieda bagi.....


Keychain Penyu (Terengganu) dan fridge magnet Cameron Highlands

Bila terima hadiah macam ni teringat zaman sekolah dulu-dulu.. suka sangat main tukar-tukar hadiah ;)


Makanan tambahan untuk Iman


Setelah membaca komen dari Ummu Muhammad dalam entri sebelum ni maka saya pun mencari apa yang dicadangkan olehnya tengahari semalam di Giant. Tak terfikir untuk berikan dia makanan tambahan. Kelam kabut je cari doktor ;). Apa salahnya mencuba sebagai tambahan harap ianya membantu disamping ubat dari klinik.

Baru tiga kali bagi Iman minum. Kesian dia agaknya berjangkit dengan saya yang batuk sebelum ni, sebab share makan. Sekarang saya masih batuk lagi tapi jarang ada masa-masanya sahaja. Tidaklah seteruk Iman. Kesian dia. Alhamdulillah masa tidur dia tak batuk. Batuk kami ni disebabkan oleh kerongkong yang gatal bukan tekak dan ada masa lendir akan berkumpul di kerongkong itu yang menyebabkan batuk.


Khasiat dan kelebihan madu lebah dan habbatus sauda'

Surah An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”


Harap madu dan habbatus sauda' ini membantu kami. InsyaAllah. Doakan saya dan Iman cepat sembuh ya.. terima kasih.

Selasa, 17 April 2012

Ayat Al-Quran untuk mewujudkan kasih sayang suami isteri dan anak



MEMBACA SURAH ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

MENGAMALKAN SURAH YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.



Iman batuk


Petang tadi bawa Iman klinik yang saya ceritakan dalam entri sebelum ni. Pergi pukul 4 lebih, tengok klinik tutup. 6.30 petang baru buka. Waktu operasi 9 pagi -12.30 tengahari lepas tu buka balik 6.30 petang - 10 malam. Lama betul waktu rehat :( Malas nak balik singgah rumah adik dulu. Sementara nak tunggu klinik buka pergi car wash. Baru ni masa ayah Iman bawa cuci diorang tak cuci bawah enjin. Terpaksa bawa cuci lagi sekali sebab bila jalan bau hangit. Cina workshop kata ekzos kena minyak enjin tu yang bau. (sebelum ni buat top overhaul) Jadi untuk kepastian kenalah cuci. Kemudian terus pergi klinik. Sampai hampir 6.30 petang tapi dah ada 2 orang yang menunggu, saya orang yang ketiga. Tapi pukul 7.30 baru doktor ada. Geramlah juga.. Iman sekarang takut jumpa doktor, tak tahulah kenapa. Nak timbang berat pun menangis. Terpaksalah timbang dengan ummi dia sekali ;)

Bila jumpa doktor lagi sekali menangis. Siap muntah lagi... doktor bagi cadangan nak ambil gas untuk kurangkan kahak atau tunggu makan ubat dulu. Saya kata tunggu makan ubat dululah. Belum sempat sampai rumah dalam kereta lagi dah bagi makan ubat. Lepas tu bagi minum susu... lagi sekali muntah. Batuk makin kuat pula. Tak sabar pergilah klinik panel dekat dengan rumah minta masuk gas. Lagi sekali menangis... meronta-ronta terpaksalah doktor bedung. Saya pegang kepala dia tak bagi bergerak. Lama-lama baru dia slow sikit dan diam.. tapi sepanjang tu sebut ummi... balik rumah bagi makan bubur nasi dan minum air kosong sahaja. Masih batuk lagi.. doktor kata sekarang musim rota virus. Harap cepatlah sembuh. Iman start batuk yang teruk hari Sabtu baru ni. Inilah pertama kali dia batuk. Tabiat suka gigit apa sahaja yang dia jumpa adakala buat kita susah juga nak jaga. Kena sentiasa tengok apa dia buat. Sejak akhir-akhir ni kuat sangat mengutip.



Iman bergambar bersama anak sepupu-sepupu ayah Iman di rumah Imah (sepupu ayah Iman yang sedang mengandung anak pertama) di Putrajaya. Yang dalam gambar ni anak kakak dan abang kepada Imah. Dia saja buat makan-makan sementara ma dia ada sini. Mereka ni memang suka panggil orang datang rumah buat makan-makan. Menu utama nasi dagang. Tak ambil pula gambar hidangan. Semuanya sedap-sedap belaka :) Nak tunggu kami buat makan-makan entah bilalah agaknya. Ayah Iman kata penat nak kemas rumah nanti. Biasa ajak makan luar je lah..



Isnin, 16 April 2012

Makan kenduri di Melaka dan Negeri Sembilan

Sabtu dan Ahad baru ni penuh dengan aktiviti makan-makan dan berkumpul bersama saudara. Hari Sabtu di Putrajaya bersama keluarga ayah Iman (entrinya akan menyusul) dan Ahad sebelah saya pula. Mulanya memenuhi undangan ke majlis kenduri kesyukuran di Melaka dahulu sempena sepupu saya yang bernama Najwa kerana memperolehi 9A dalam keputusan SPM baru-baru ni. Tahniah kepada beliau. Dapatlah berjumpa dengan pakcik-pakcik dan makcik sebelah arwah ayah saya. Bukan senang nak jumpa ramai-ramai macam ni.

Najwa sebelah kanan.. kiri adik saya Zuraidah (Acik)

Iman jumpa bola.. apalagi..

Tak boleh duduk lama-lama kerana ada satu lagi destinasi nak di tuju iaitu ke Felda Sungai Kelamah di Negeri Sembilan. Tak pasti sama ada daerah Gemas atau Tampin. Yang ni pula majlis perkahwinan sepupu mak saya yang pernah saya ceritakan dalam entri ini. Masa kami sampai khemah dan kosong. Cepat betul habis masa tu baru pukul 2 lebih. Tapi sempatlah jumpa pengantin yang menghantar saudaranya balik. Malangnya tak sempat nak ambil gambar mereka. Masa kami makan mereka dah masuk rumah salin pakaian.

kad undangan pengantin je yang dapat di ambil ;)

Nasib baiklah dah kosong. Maka Iman berpeluang main bola bawah khemah ;)
Baju bertukar sebab dah berpeluh-peluh dan kotor main bola di Melaka.

Dalam perjalanan balik ikut jalan lama ternampak signboard Wet World Pedas, ingat nak rendam kaki dalam kolam air panas. Tapi malangnya pukul 7 malam baru buka. Tak bolehlah nak tunggu masa ni baru pukul 6 petang. Maka teruskanlah perjalanan balik.


Sebelum hantar mak balik singgah makan malam dulu di Giant Meru, Klang. Masa ni kepala saya dah pening. Malas nak turun mulanya lagipun Iman tidur, tapi turun jugalah.. ayah Iman dah ajak. Masa ni dah pukul 9 malam. Lewat sebab kami berhenti solat dan jalan jem pula masa nak sampai ke Seremban. Kami ikut jalan dalam.

Customer yang terakhir ;) dari kiri acik, mak long dan mak saya. Sedap juga ayam penyetnya.. yang ni ayamnya digoreng bersama tepung yang ranggup di luar. Cuma sambalnya pedas sedikit.

Sampai rumah.. kepala dah makin berat.. tak tunggu lama terus tidur. Hari ni nak bawa Iman pergi klinik.. dah 2 hari batuk-batuk, macam tekak gatal je. Ubat klinik sebelum ni tak berkesan. Kenalah pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak. Mana lagi Klinik Keluarga & Kanak-Kanak Tan. Harapnya berkesan dan sembuh batuknya..

.

Cara letak scroll box dalam blog

Tutorial ini boleh digunakan untuk blog archive dan bloglist / senarai blog yang telah anda letakkan di dalam blog. Ikuti langkah-langkah di bawah.


1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), taip "perkataan yang anda letak untuk blog archive dan bloglist"

3. Kemudian cari kod ini <div class='widget-content'>. Terdapat di bawah perkataan yang anda cari tadi.

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

Nota: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.

Selamat Mencuba. Harap membantu.


Sabtu, 14 April 2012

Peminta Derma

resit Pusat Tahfiz Amal yang saya terima

Hari Rabu baru ni sewaktu dalam perjalanan balik ambil mak dan adik di LCCT, singgah makan di R&R Dengkil. Mulanya ayah Iman nak bungkus satay Hj Samuri sahaja. Tapi disebabkan mak dah lapar, saya temanlah mereka makan. Ketika hampir habis makan datang seorang budak perempuan minta derma. Sebenarnya saya tak suka orang minta derma dikhalayak ramai. Bagi saya cara begini agak tidak elok. Banyak lagi cara lain yang boleh mereka lakukan. Sebab dengan cara begini mudah sangat orang nak menipu. Muka budak perempuan yang tulus itu buat hati saya jadi sayu pula. Saya sempat jeling resit dan bila terpandang Pusat Tahfiz Amal, dalam hati mungkin pusat tahfiz ni dibina tanpa bantuan mana-mana pihak dan memerlukan bantuan untuk pelajarnya. Walhal dalam hati masih penuh tanda tanya kenapa sanggup datang dari jauh minta derma. Setelah saya berikan dia duit dia tanya nak resit tak? saya cakap nak (supaya senang saya nak google nanti mencari kepastian). Budak perempuan tu cakap "terima kasih kak, semoga Allah memberkati akak.." dan apa lagi saya tak ingat. Saya cuma menganggukkan kepala sahaja.

Baru hari ni saya sempat google dan entri ni tidak bertujuan apa-apa tapi sekadar meluahkan rasa yang cukup terkilan dengan mereka-mereka yang menggunakan agama untuk meminta-minta. Memanglah orang yang memberi tu ikhlas tapi lebih baik gunakan cara yang betul. Meninggalkan mereka di hentian R&R, depan bank, pasaraya, stesen minyak menunjukkan nampak sangat mereka disuruh meminta-minta. Sedangkan dalam islam sendiri, Allah tidak suka pada orang yang meminta-minta.

Dari Qabishah bin Mukhariq Al Hilali r.a., katanya; "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling sengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah saw., meminta bantuan kepada beliau untuk membayarnya. Jawab beliau, "Tunggulah sampai orang datang mengantarkan zakat, nanti ku suruh serahkan kepada mu." Kemudian beliau melanjutkan sabdanya, "Hai, Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal). Kecuali untuk tiga golongan: (1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Apabila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta. (2) Orang yang kena bencana, sehingga harta-bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sampai dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya. (3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sampai dia memperoleh sumber penghidupan yang layak Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta, dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu."

Saya percaya orang yang susah akan ada rezeki mereka sendiri walau mereka tidak meminta-minta. Orang yang melihat akan suka menolong mereka ini kerana terserlah kesungguhan mereka mencari rezeki tanpa meminta-minta. Secara langsung perasaan simpati kita sebagai manusia dengan rela hati sedia membantu. Sedangkan mereka yang suka meminta-minta akan sentiasa dijauhi oleh orang lain, kerana sikap mereka yang suka meminta-minta membuatkan orang lain rasa kurang senang dan seolah terpaksa untuk memberi. Biarlah kita memberi dengan keikhlasan diri sendiri bukan sebab mereka meminta dari kita. Sebab tu dalam islam disuruh kita mengeluarkan zakat agar dengan zakat tersebut dapat membantu mereka yang memerlukan.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), Maka Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Surah Al-Baqarah: 273
Melalui pencarian saya di google nampaknya perkara ni sudah lama berlaku dan hingga kini ia masih diteruskan walaupun ada yang suruh kerajaan melakukan sesuatu. Jika benar Pusat Tahfiz Amal ini memerlukan bantuan saya pasti kerajaan negeri Kedah sendiri akan sedia membantu mereka. Tak pasti kutipan derma yang mereka lakukan untuk apa jika saban hari dan tahun mereka meminta-minta. Jika ada suatu matlamat tertentu sudah pasti diberitahu secara umum.

Semoga perkara ini diambil tindakan selanjutnya. Jika perkara ini salah, sila keluarkan satu kenyataan resmi mengenainya bagi semua negeri. Saya harap sangat agar kerajaan menghentikan segala aktiviti meminta derma di kawasan terbuka. Bagi mengelakkan sebarang penipuan. Kerana kita tidak tahu sama ada perkara ini betul atau tidak. Jika mereka memerlukan bantuan biarlah menggunakan saluran yang betul.

Boleh baca pautan Pusat Tahfiz Amal ini melalui link di bawah:
Semoga wang zakat yang dikeluarkan digunakan sebaik-baiknya dan diberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Wang zakat setiap negeri mempunyai jumlah yang cukup tinggi dan saya pasti ianya mampu menampung kesusahan bagi mereka yang memerlukan. Klik sini untuk mengetahui jumlah kutipan zakat

Wallahuaklam

MARILAH MASUK KONTES KEEMPAT ANJURAN KOMENSEN: TEKA KAMI DI MANA ?


Sila klik banner di atas untuk join contest yang dianjurkan oleh Pak Ngah

Ummi Iman ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Kakngah dan Makngahnya. Semoga keduanya sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah.

Amin


Khamis, 12 April 2012

10 jenis mayat yang tidak reput dan kelebihan Al-Quran

Bila baca kisah-kisah mayat yang tidak reput tertarik juga nak tahu apakah amalan mereka yang menyebabkan mayat mereka tidak reput. Bila terjumpa mengenainya di facebook barulah saya tahu. Di dalam 10 senarai, yang paling mudah untuk kita adalah dengan menghafal dan beramal dengan Al-Quran. Sesungguhnya dengan Al-Quran itu banyak memberi kebaikan dan bekalan buat kita di akhirat kelak.

 

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
  1. Para Nabi-Nabi
  2. Para Ahli Jihad Fisabilillah
  3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Kelebihan Al-Quran

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
  • Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib).
  • Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia. 
  • Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
  • Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Pahala membaca al-quran

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Kelebihan membaca al-quran

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.


Semoga kita tergolong di dalam golongan yang beramal dengannya.


Rabu, 11 April 2012

Alya Turns Two Giveaway


Pagi ni singgah blog  KAMI. Baca entri Alya Turns Two. Disebabkan Alya sebaya dengan Iman. Saya rajin juga mengikuti perkembangannya ;) Wah Alya dah 2 tahun hari ni. Iman akan menyusul bulan Jun nanti. Nak juga selit birthday Iman ;)


Ummi Iman doakan agar Wan Alya Adriana sentiasa sihat, ceria dan dilindungi Allah. Semoga menjadi anak yang solehah dan cepat belajar selari dengan perkembangan usia.

Sempena dengan birthday Alya ni Mama Alya nak bagi hadiah.
dan 2 lagi hadiah misteri... apalah agaknya ya? yang pasti hasil kerja tangan mama Alya ni memang mengagumkan. Suka sangat tengok. Nak tengok juga KLIK SINI. Hadiah nursing cover di atas tu sebagai simbolik bahawa mama Alya telah berjaya menyusukan Alya selama 2 tahun. Beruntung sungguh Alya. Tak semua dapat menyusu hingga 2 tahun kan? Mak saya kata saya dulu menyusu dalam beberapa bulan je. Sebab saya kuat menggigit ;)

Nak tahu macamana nak dapatkan hadiah ni dan 2 lagi hadiah misteri tu KLIK SINI

GA ni akan tamat pada April 15, 2012 at 12 p.m

Tag dua rakan yang juga gigih dalam penyusuan ibu


Selasa, 10 April 2012

Tak suka traffic jam

walaupun highway jalan tetap jam. rasa macam tak berbaloi bayar tol ;)

Nak membebel sikit pasal jalanraya yang sesak walaupun bukan peak hour. Sakit lutut walaupun kereta auto. Belum kereta manual lagi :) Agaknya kesan tergelincir di rumah mak sebelum ni.

Hari ni kena pergi KLCC hantar kunci motor spare ayah Iman. Kunci motor patah duduk dalam lubang kunci. Masa dapat call pagi tadi.. pelik juga kunci motor boleh patah. Betapa gagahnya suami saya tu hehe. Bertolak dari rumah pukul 2.15pm sampai pukul 4.00pm. Kalau pergi Alor Gajah pun dah sampai.

Lepas bagi kunci tak terus balik sebab tengok jalan jem, lagi-lagilah time orang balik kerja. Singgah rumah kawan di Sentul dulu untuk luruskan kaki ;) macam biasa sampai rumah dia tak sah kalau tak makan nasi. Tak kiralah pukul berapa pun kita sampai. Kawan saya Zana ni saya kenal masa bekerja di Ampang dahulu pada tahun 1997. Lamakan? kira kawan yang paling rapat. Anak dia pun saya pinjam bawa balik masa tiada Iman dulu. Siap bawa balik Kelantan lagi. Sepanjang berkawan kami memang tiada masalah. Sayang kamu..

Iman tidur dari dalam kereta lagi masa dalam perjalanan balik. Penat sangat agaknya, sempatlah main bola di rumah kawan saya tadi. Pergi tadi ikut federal highway balik ikut NKVE pula. Jem jugalah.. lepas Damansara baru lancar sikit. Apa pun selamat dah sampai rumah. Taklah selambat perjalanan pergi.

Mana-mana pun semua jalan sesak. Betapa ramainya pengguna jalanraya sekarang ni. Bila dah sangkut.. apa yang penting... sabar je lah.. nak buat apa lagi.. nak mengamuk dan marah-marah pun tak guna. Buat stress je.. lepas tu sakit kepala.. kita juga yang susah. Tapi tetap membebel.. time-time macam ni pun jalan jem juga ke? lagi-lagi... jem.. jem..