بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Mac 2012

CD Belajar Solat untuk Iman

Hari ni semangat sikit bangun pagi... hujan renyai-renyai dari sebelum subuh lagi (macam ayat novel pula). Lepas solat habiskan kain yang berlonggok belum lipat. Biasalah nak lipat ada je budak kecil tu nak tolong sama. Tolong lipat takpe juga tapi tolong punggah yang dah berlipat. Lepas Iman bangun.. siapkan dia dan kami sarapan di luar. Lepas tu pergi Klang cari CD belajar solat dengan survey harga video comel untuk Iman. Senang pergi mana-mana boleh tengok dalam kereta.

Sepatutnya tak lalu jalan ni... disebabkan fikiran ayah Iman yang dah melayang ke mana salah masuk jalan. Jadi terpaksalah lalu di stesen bas Klang ni... Kenapa bukan gambar bas ya? Dah biasakan tengok bas. Saya saja ambil gambar burung merpati ni... tiap kali lalu sini. Saya cakap dengan ayah Iman.. tak perlu pergi London... Klang pun dah macam London :) Terpegun Iman tengok burung-burung ni dari dalam kereta. Maklumlah suka burung.

Sampai sudah destinasi yang dituju.. Mana yang tak tahu inilah dia Pasar Jawa. Lama dah bangunan ni.. tak pastilah tahun berapa tapi sejak sekolah dulu bangunan ni dah wujud. Cuma masjid kat belakang tu je yang baru wujud ;). Kat sini banyak jual kerepek-kerepek, sejadah, kopiah, songkok, telekung, tasbih, buku-buku agama, cd agama dan jubah.

Iman sedang tengok vcd yang baru dibeli... Allah dia kata.. tengok masjid itulah yang dia sebut. Sajalah nak pasang awal-awal. Umur macam ni senang ingat apa yang dia dengar dan lihat. Sekarang ni kalau tengok kita solat dia pun nak juga. Pandai ambil sejadah. Berdiri sebelah...angkat takbir terus baring.. bukan sujud.. kelakar pula tengok. Tak sabar nak tengok dia ikut ayah dia pergi surau.. sekarang tak bolehlah... gawat nanti. Tak boleh duduk diam. Berlari je kerja dia.

Ayah dia suka sangat beli benda lekat-lekat ni.. yang ni beli di Cash Converter, Bukit Tinggi, Klang. Biasalah budak-budak mana sabar nak tunggu sampai rumah. Ayah pun dah tunjuk awal-awal kat dia. Apalagi dia suruh bukalah. Elok juga diam sikit dalam kereta ;) Yang kelakarnya.. dia nak naik sticker basikal.. takde dalam gambar sebab dah sorok. Tak logik betul.. siap merengek-rengek nak naik 'basikal' tu. Dia memang suka basikal. Basikal roda tiga yang ayah dia beli dia tak minat nak roda dua... macam-macam budak sorang ni..

Sekarang ni susah sikit nak bawa dia berjalan. Ummi dengan ayah dia pun tak larat nak main kejar-kejar. Kalau pergi mana-mana kena cepat balik. Sebab dia mengamuk tak mahu dukung. Kalau makan di kedai pun dah tak macam dulu.. sekarang kalau nampak orang minum air sejuk itulah dia nak. Kami tak ajar lagi dia minum air yang ada ais. Suara dah lah kuat.. habis semua orang tengok. 

Kesian Iman tadi tiba-tiba selsema berjangkit dari ayah dia.....


Jumaat, 30 Mac 2012

Jangan terus mandikan anak setelah mereka penat bermain


Ini adalah kisah benar dan untuk dikongsikan bersama. Semoga kita sama-sama berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan demi kebaikan anak-anak kita. Baru-baru ni saudara pada kawan ayah Iman telah kehilangan anak mereka secara mengejut. Perkara ni berlaku disebabkan mereka mandikan anak sejurus selepas anak mereka penat bermain. Selepas mandi anak mereka terus pengsan tak sedarkan diri. Setelah di bawa ke hospital doktor mengesahkan bahawa anak mereka terkena serangan jantung. Nasihat doktor kepada mereka. Jangan mandikan anak sejurus selepas mereka bermain. Kena tunggu setengah jam ke atas baru boleh dimandikan.

Bukan kanak-kanak sahaja tapi orang dewasa juga. Tidak digalakkan terus mandi ketika badan masih berpeluh-peluh. Kena rehat dulu dan tunggu sehingga peluh kering baru boleh mandi. Semasa bersenam atau bersukan juga, jika merasa sakit dada atau lelah kena segera berhenti.

Semoga nasihat ini memberi manfaat buat semua.


Segmen Superstar blog5


Salam pagi Jumaat. Semoga hujan yang turun pagi ni membawa rahmat untuk kita semua. Pagi ni nak buat entri untuk join segmen yang dianjurkan oleh blog Herba Tihara. Baru pertama kali join segmen sebegini.

Segmen SUPERSTAR BLOG5 ini adalah segmen review blog. 5 blog sekaligus untuk diperkenalkan dalam satu sticky entry selama 48 jam di blog Herba Tihara.

Berminat nak join sama sila klik pada banner di atas atau klik sini. Ianya akan tamat pada 4 April 2012. Ada masa lagi untuk join. Hanya 5 Blog sahaja yang akan terpilih untuk di review menggunakan random.org.

Nak kenal siapa penganjurnya. Sila lihat di bawah

Herba Tihara

It is not in the stars to hold our destiny but in ourselves. **Herba Tihara is my personal blog :)


Blog Tihara ni suka menganjurkan bermacam-macam anugerah dan segmen.


Khamis, 29 Mac 2012

Jalan-Jalan Pantai Morib

Hari Isnin baru ni ajak adik dan anak-anaknya ke Banting. Saja ambil angin petang di sana... dah lama juga tak datang sini. Nampaknya Pantai Morib dah semakin cantik dan bersih kawasannya dilengkapi dengan kemudahan yang selesa. Kalau nak mandi ada kawasan pantai yang landai juga tapi jauh sikit dari kawasan ini. Rasanya ramai yang takut mandi di sini sebab dikatakan tempat orang India buang abu mayat. Apa pun terserah masing-masing. Tapi yang pasti seronok ambil angin petang di sini sambil melihat laut. Kalau ada kedai makan yang best pasti lagi ramai yang datang sini.

baru sampai layan anak-anak kecil di taman permainan

suka naik papan gelongsor

ada taman laut di sini..

bermacam-macam cengkerang ada..

dah puas main baru tengok laut...

cantik juga tiang-tiang bersama replika burung ni...

oh ya... lupa nak bagitau.. camera yang dah ok. saya repair sendiri.. kalau tak kedai nak RM200 lebih untuk repair. Padahal kecil je masalahnya. Nasib baik boleh ok balik :) Dan inilah hasilnya.. walaupun hanya camera yang comel je..

Iman suka sangat benda bulat putih ni... dia panggil bola.. apa-apa yang bulat semuanya bola ;)

ini rakaman yang terakhir di sini..


Kempen Honda Hybrid

Hari ni terima pendapatan terumpuk bagi kempen Honda Hybrid Launch. Ayah Iman suka sangat dengan kereta ni. Dia kata kereta ni save minyak. Setakat suka jelah.. nak beli tiada keizinan untuk berbuat demikian.

warna-warnanya menarik juga.. termasuklah keretanya

mari tengok harganya pula.. menarik ke tak?
harganya lebih kurang sama dengan harga Honda Jazz.. on the road RM94,800.00 (1.3L) dah nama pun lebih kurang cuma tambah Hybrid je..

saya ni takdelah pakar mana bab kereta ;) tapi kereta ni menggunakan enjin i-VTEC. Enjin begini memang save minyak. Pernah guna Honda CRV sebelum ni haha.. ayah Iman teringin tapi terpaksa let go sebab tak larat nak menanggungnya. Kalau diizinkan kereta baru nak cari yang sederhana je.. supaya tak menjadi bebanan melainkan orang yang mampu. Kenalah ukur baju dibadan sendiri ;)

inilah dia pendapatan terumpuk kempen Honda Hybrid yang diberikan oleh Nuffnang

Terima kasih Nuffnang.. nak tahu lanjut mengenai kereta ni kenalah klik pada iklan tersebut ;) itupun kalau muncul lagi...

Rabu, 28 Mac 2012

Kes simbah asid masih berlaku lagi?

Tak habis lagi rupanya kes simbah asid ni. Hati-hati ya.. jangan pakai barang kemas yang banyak dan boleh dilihat oleh orang lain. Kadang-kadang bila difikirkan balik kesederhanaan dalam islam itu menjauhkan kita dari banyak perkara yang tidak baik. Wallahuaklam.

2 lagi wanita mangsa simbah asid di Rawang
28 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama


Selasa, 27 Mac 2012

Pastikan rumah anda selamat

Dah lama nak buat entri mengenai keselamatan rumah. Saya pernah sekali mengalaminya sebelum pindah di rumah sekarang ni. Rumah tu rumah arwah makcik saya. Silapnya dari kami sendiri yang tak perasan mangga yang dikunci pada pintu (ensel) salah dipasang. Apalagi pencuri tu tolak cermin tingkap dan buka pintu. Lepas kejadian tu kami buat selak menggunakan kayu dan pasang di atas pintu dan pastikan mangga tersebut dipasang dengan betul. Nasib baiklah tak banyak barang yang sempat diambil. Yang kelakarnya beg makeup saya tu diorang campak dalam semak setelah dipecahkan. Diorang ingat peti besi tu ada duit agaknya :). Setelah disiasat, kami tahu siapa pencurinya. Tapi malas nak panjang cerita. Budak umur bawah 18 tahun. Masuk lokap, lepas tu keluar. Lagipun barang-barang berharga seperti laptop dan lain-lain tidak diambil. Tak sempat agaknya. Yang geramnya masuk rumah pakai kasut..

Jadi kenalah sentiasa pastikan ciri-ciri keselamatan yang betul di rumah kalian. Walaupun kadang-kadang tu semua ciri dah sempurna masih juga mereka ni boleh masuk. Apa pun persediaan awal tu lebih penting dan jangan lupa pagar rumah dengan ayat al-quran.

Tingkap jenis macam ni senang diumpil. Kenalah pasang grill di bahagian dalam rumah, dan pastikan grill tersebut benar-benar selamat. Pastikan semasa memasang grill tidak terlihat lubang screw pada grill tersebut. Ini memudahkan pencuri membukanya.

Kalau boleh pastikan pagar rumah diikat dengan besi tajam.

seperti ini

Pastikan ciri-ciri pagar yang selamat dan tidak mudah dipanjat. Banyak sekarang saya perhatikan orang lebih mengutamakan cantik dari selamat. Kenapa saya kata pagar ni tidak selamat? Pencuri dengan mudahnya boleh panjat kerana terdapat ruang tempat meletakkan kaki untuk memanjat pagar tersebut.

Pastikan juga grill sentiasa di kunci dengan MANGGA. Mangga juga biarlah mahal sedikit, yang memang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kukuh. Untuk yang tidak tahu kunci grill boleh didapati di mana-mana dan serupa mengikut nombor. Jadi senang untuk pencuri membukanya.

Lain-lain tips:
  1. Pastikan rumah berkunci selepas keluar dan masuk rumah, walaupun kita keluar untuk jarak yang dekat.
  2. Jangan berada di luar rumah jika tidak ramai orang. Pencuri sekarang berani, ada orang pun diorang masuk.
  3. Jangan letak wang tunai yang banyak di dalam rumah.
  4. Pastikan segala kunci diletakkan ditempat yang tersorok dan jauh dari pintu.
  5. Pastikan tidak memakai barang kemas ketika tidur.
  6. Segala barang-barang berharga seperti laptop, kamera, handphone hendaklah di letakkan ditempat yang selamat dan tersorok.
  7. Pastikan juga grill dibahagian belakang rumah ditutup sepenuhnya atau separas dengan kunci. Ini menyusahkan bagi mereka untuk mengetuk mangga dan memotongnya, kerana ia tidak kelihatan.
  8. Pintu rumah seboleh-bolehnya ditambah dengan penghadang besi atau kunci tambahan dibahagian atas dan bawah pintu.

Antara ayat al-quran dan doa untuk mengelakkan rumah kita dari diceroboh atau dimasuki pencuri:
  1. Baca ayat Kursi sambil keliling rumah sebanyak 7 kali. Kalau rajin buatlah sebanyak 41 kali dengan niat Allah pelihara rumah danharta benda kita. Lepas kunci pagar jangan sekali2 panjat atau kencing dilaman rumah.
  2. Baca ayat Kursi 7 kali, Selawat Nabi 7 kali dan Surah Al- Fatihah 7 kali. baca sambil keliling kawasan rumah dengan niat Allah selamatkan harta benda kita, Kalau rumah teres pagar dalam kawasan rumah dengan niat pagar 4 penjuru.
  3. Baca surah Al-Fatihah 3 kali, Selawat nabi 3 kali dan ayat kuris 3 X.
  4. aca ayat Al-Kafirun ayat 1-6. Baca 7 kali selepas subuh dan 7 kali selepas maghrib, dan pohonlah agar rumah kita tidak dimasuki pencuri.
  5. Baca lah doa dari Abu Darda, doa untuk menyelamatkan harta dari malapetaka.  Sumber dari mforum2.cari.com.my
 
Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan: 

"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke-empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar." sumber dari laabwa.blogspot.com

Semoga sedikit sebanyak membantu dan semoga Allah lindungi rumah kita semua dari dimasuki pencuri dan segala bahaya.


Datuk Bandar London bersumpah akan jadikan London sebagai pusat bandar Islam

Eh betul ke ni? Kena tunggu dan lihat hasilnya... jika ia perkara yang benar alhamdulillah.

 

Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.

“Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad,” kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yang dipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.

Livingstone juga berjanji untuk “mendidik warga London” tentang Islam.

Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jamaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utara, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park, yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.

Livingstone, salah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popular. Ia terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.

Dia selama ini dikenal luas sokongannya terhadap kaum minoriti Islam dalam menentang kempen Islamofobia.

Selepas tahun 2008, ia kehilangan kedudukan Datuk Bandar kerana kalah dengan lawannya dari Parti Konservatif Boris Johnson pada tahun 2008, yang terkenal kerana menyentuh etnik kaum minoriti.

Livingstone pada ketika ini secara luas disokong oleh para pengundi Islam di Britain.

Ia telah melibatka diri di acara-acara umat Islam seperti IslamExpo, yang menarik puluhan ribu orang setiap tahun.

Dia pernah mendapat serangan sengit dari kubu sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundang Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama Muslim antarabangsa, dalam sebuah undangan persidangan pro-hijab.

Halimislam Online! (harian metro)

Isnin, 26 Mac 2012

Kenapa payment dari Nuffnang tak dapat lagi?

Rasa lama pula nak dapat cek dari Nuffnang. Dah lama jadi tak ingat bila cashout. Setelah check e-mail rupanya saya cashout pada 9 Februari 2012. Jadi saya pun mengajukan pertanyaan kepada Nuffnang. Di bawah ni adalah jawapannya. Saya dah agak dah mesti ada yang tak kena. Semasa bertanya tu saya dah berikan nama penuh seperti dalam IC. Jadinya en Nuffnang minta nombor IC untuk pengesahan. Jadi sesiapa yang nak claim tu kena pastikan nama sama seperti dalam kad pengenalan. Kalau tak kena reject. Malangnya diorang tak inform pun kita masalahnya. Jadi kenalah tanya sendiri... dan hari ini masalah tersebut telah pun selesai bila diberitahu bahawa nama saya telah pun diubah. Jadi tunggu je lah..

jawapan dari Nuffnang tentang kelewatan cek

Statistik blog saya pada 20 Februari - 18 Mac.
Terkejut juga tengok. Alhamdulillah semakin meningkat dari masa ke semasa.

Walaupun bukan tujuan utama buat blog untuk dapat duit. Tapi serba sedikit peluang macam ni memberi kita lebih semangat untuk berblogging, disamping dekat dengan kawan di alam maya dan para pembaca di luar sana. Terima kasih semua. Tanpa pembaca dan rakan blog siapalah saya.

Ahad, 25 Mac 2012

Ambil voucher di Jaya Jusco Bukit Raja

Mood kurang baik dari semalam. Sekarang baru ok. Berperang dengan perasaan sendiri :(

Semalam keluar pergi Jaya Jusco Bukit Raja cari pakaian untuk Iman. Dia dah semakin membesar... seluar dan baju pun dah singkat. Sebelum shopping pergi kaunter Jcard. Masa tu nombor 1309 dan nombor giliran saya pula 1352. Walaupun mood kurang baik tapi masih sabar menunggu. Malas nak datang banyak kali. Dah 2 sms dari Jaya Jusco diterima mengatakan point saya nak expired. Jadi tunggu jelah.. walaupun nombor banyak tapi disebabkan banyak nombor tiada orang maka proses menunggu jadi cepatlah sikit.

Bila sampai dikaunter kata nak check point. Kebetulan kad pun dah expired ;) tak perasan. Jadi renew kad sekali. Ada offer renew untuk 3 tahun RM24. Biasanya renew setahun RM12. Oklah save RM12 plus dapat extra point 200/2000 lupalah pula. Setelah di check maka dapat voucher RM30.00. Saya tanya ada point yang nak expired tak? dia kata ada 1000 point nak expired bulan 4. Jadi campur point yang baru dapat tadi terima lagi voucher RM20. Jadilah RM50 semuanya. Kemudian baru shopping untuk pakaian Iman. Habislah RM100 lebih. Kebetulan ada sales. Jimat sikit kalau tak mungkin lebih lagi... ;)

Kad baru

Voucher yang diterima. Sempat snap guna hp masa di kaunter.


Ada sedikit info mengenai J CARD. Baca di bawah.

AEON UNVEIL THE NEW BRAND NAME & TAGLINE "AEON ENRICHING YOUR LIFESTYLE"
03 MARCH 2012

To the entire one million J CARD holders, their member cards will be upgraded to the new AEON Member Card that retains some of the previous J CARD benefits plus some added new ones. All existing accumulated points will be transferred to the new AEON Member Card. Members can replace their card at the AEON Member Card Customer Service Counter for FREE starting from 15 March 2012 – 30 April 2012. Nonetheless, new members can enjoy a new fee rate at RM24 for a 3 years membership.  http://aeonretail.com.my/press_id120308.html


Rakan Ummi Iman yang ke-200

~~~  d O N i a  -   b E L o g  -   s e L A m b E R   -  a K u  ~~~

Baru-baru ni buka blog lihat ada rakan baru. Saya follow blog dia dahulu ;) Blog dia menarik minat saya untuk menjadi rakan. Mari lihat siapakah rakan saya yang memiliki angka 200 ni?

hanya suka suka tulis apa yang berlaku dalam hidup sebagai memori untuk diingati...semoga ia dapat menjadi satu medium kenangan terindah sepanjang hidup!

misz eyza ni adalah seorang blogger yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Jauh no..

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan Ummi Iman ya!

Sabtu, 24 Mac 2012

Kisah menarik wanita Kristian bertudung yang berbicara tentang Islam

Untuk dikongsikan bersama... cukup menarik bertudung dahulu baru peluk agama Islam.

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).


Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung.

Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11 terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.

Misalnya, perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, “Bersikaplah baik satu dengan yang lain.” Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.

- dari eramuslim.com (harian metro

Khamis, 22 Mac 2012

Cinta Fitri

 

Sejak akhir-akhir ni suka sangat tengok sinetron Cinta Fitri di TV9 yang bermula pada jam 12.30 tengahari - 1.30 petang. Ceritanya realistik dengan kehidupan sebenar. Walaupun ceritanya agak panjang tapi tidak membosankan. Penuh dengan pengajaran dalam hal-hal kekeluargaan dan persahabatan.

Watak Fitri seorang perempuan kampung yang cukup sopan santun, penyabar dan bersifat luhur itu banyak menyedarkan ramai pihak termasuk saya yang melihatnya. Pokok pangkalnya kesabaran adalah kunci dalam kehidupan. Tanpa kesabaran pasti setiap perkara akan menjadi tambah buruk. Bukan cerita mengenai Fitri sahaja, malah semua watak di dalam cerita ini ada memberi pengajaran masing-masing. Adakala membuka mata kita yang melihatnya.

Disamping itu suka juga tengok watak Norman yang kurang bijak tu. Lucu ditambah dengan anaknya Yuga dan Nadine yang cerdik bila bercakap. Adakala tergelak seorang melihatnya. Disebalik lawak ada pengajarannya.

 

PASANGAN Dalam sinetron 'Cinta Fitri' Shireen Sungkar dan Teuku Wisnu yang juga dikatakan rapat di luar lokasi.


Ada setengah orang marah bila kita puji cerita luar. Bagi saya bukan cerita Indonesia sahaja malah negara lain juga kalau jalan cerita yang memberikan banyak pengajaran bagi saya harus dipuji. Biarlah ikhlas bila berkarya buat sekadar mengaut untung sahaja. Bila saya cari melalui google nampaknya Cinta Fitri ini mempunyai 1002 episod (musim 1 - musim 7). Rupanya masih panjang lagi ceritanya.. 


p/s: ayah Iman ada beli DVD kisah orang Iran. Bila tengok memang sedih dan terharu. Kisah seorang ayah yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarganya. Disamping anak-anak yang turut membantu walaupun ayahnya tidak izinkan... cukup tersentuh sampaikan menitis airmata melihatnya. Cerita-cerita beginilah sepatutnya banyak ditayangkan agar anak-anak kita sentiasa berfikir pengajaran disebalik cerita.


Rabu, 21 Mac 2012

9 Perkara membantu perubahan dalam diri

 

✿~ Jika kita marah–>TOPUP wuduk utk menyejukkan jiwa..
✿~ Jika kita bingung–> KLIK doa agar tenang hati..
✿~ Jika kita dipuji–> RELOAD syukur supaya tidak alpa..
✿~ Jika kita gagal–> DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat..
✿~ Jika kita kecewa–> RESTART tenaga agar sentiasa sedar..
✿~ Jika kita berdosa–> UNDO perangai itu & bersolat taubat..
✿~ Jika kita berdendam–> DELETE buruk sangka supaya bersih hati..
✿~ Jika kita berbohong–> BACKSPACE kata-kata utk memperbetulkan keadaan..
✿~ Jika kita buat maksiat–> REGISTER SOFTWARE sikap baru & taubat nasuha..