بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 28 Februari 2012

Hajat nak tengok ekspo buku islam tak kesampaian

Hari Jumaat lepas ada buat entri mengenai Ekspo buku islam 2 Putrajaya. Ahad baru ni teringinlah juga nak ke situ kebetulan pergi Kem Sungai Besi melawat baby baru anak kepada sepupu (anak arwah adik mak yang bongsu). Dah 54 hari usia baby baru dapat tengok maklumlah berpantang di rumah mertua di Bagan Serai. Jauh nak pergi.

Inilah dia babynya.. anak teruna yang bernama Mohd Amir Al-Azim (ejaan tak pasti betul ke tak). Semangat jugalah baby ni. Terasa bila dukung.

Alkisahnya hari hujan satu hari suntuk. Masa di kem hujan renyai-renyai je bila sampai Putrajaya, punyalah lebat hujan. Kami hanya duduk dalam kereta sahaja memandang ke arah bangunan yang penuh dengan manusia hingga ke luar pintu. Akhirnya, kami pun bergerak menuju ke Masjid Tuanku Mizan untuk solat Asar. Ayah Iman dah solat masa di rumah sepupu saya sejurus lepasnya azan. Saya, mak dan adik tak sempat nak solat, ayah Iman dah ajak balik sebab dah lama duduk. Sebelum ni pernah masjid ni tapi cuma ayah Iman yang solat. Ceritanya ada dalam entri ini. Tapi ahad baru ni dapat juga saya solat di sini.

Nasib baiklah ada parkir dalam bangunan. Senanglah lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan lebat. Sempat lagi ambil gambar sebelum masuk lif. Kena tanggalkan selipar ya sebelum masuk. Sebab lif ni terus ke tempat wuduk dan dewan solat.

Ruang ambil wuduk di tingkat 1. Cantikkan? tunggu takde orang baru ambil. Malu..

Lepas ambil wuduk kena naik tingkat 2 pula untuk ke ruangan solat. Kami naik guna tangga. Kesian mak sakit lutut. Ada lif tak nak guna ;). Tempatnya memang open seperti yang ayah Iman beritahu sebelum ni. Ruang solat wanita tak bertutup pun. Yang bertutup hanya di ruangan tempat letak telekung. Masa ni makcik yang jaga dewan solat ni membebel-bebel sebab ramai tak gantung telekung. Antara katanya "ramai yang datang sini tak bawa telekung, tapi lepas guna tak reti nak gantung, kan dah tulis kat sini lepas guna gantung. Penat juga nak beritahu selalu". Dalam hati saya kata, betullah apa yang dia cakap tu.. tapi lepas saya baca notis yang bertampal tu saya pula yang hairan. Notisnya berbunyi begini. Sila gantung / lipat telekung selepas guna. Laa.. tak salahlah diorang lipat sebab ada perkataan lipat di situ ;)

Oleh kerana ayah Iman dah solat maka dia ditugaskan menjaga Iman yang makin aktif sekarang ni. Sempat lagi ayah dia bawa bola. Itupun yang kecil je.. jangan tak tau yang besar pun ada dalam kereta. Dia nak bawa yang besar, tapi ayah dia ambil yang kecil je.. ialah masjidkan bukannya padang bola. Tapi masa gambar ni diambil kami dah habis solat, kenalah jaga Iman sementara tunggu ayah Iman pergi bilik air. Tengok tu nenek tengah layan dia main bola.

Best je dapat duduk kat sini tengok air. Mak saya kata air ni turun kat mana? sebab kolam ni air mengalir hingga ke hujung dan ia berada di tingkat 2. Saya cakap mengalir ke bawah tapi bila turun tak nampak pula air mengalir dari atas ;)

Sempat lagi ambil gambar Iman di sini.. setting camera tak betul jadi nampak gelap gambar di belakang. Patutnya saya tak guna flash. Kamera pun zoomnya dah rosak Iman main. Tak boleh masuk ke dalam dan tak boleh nak zoom dah. Yang penting masih boleh guna cuma gambar di hujung kiri kanan gelap sebab lens tak terbuka habis.

Tengok betapa lebatnya hujan. Ambil dari dalam kereta, masa ni dalam pukul 6 lebih. Disebabkan hujan yang lebat dan orang yang terlalu ramai maka hajat nak tengok ekspo buku islam ni pun tak kesampaian. Ini dinamakan tiada rezeki dan jodoh di sini.


Dalam perjalanan balik ayah Iman belanja makan satay kajang di R&R Awan Besar lepas solat maghrib di situ. Sedap juga makan satay yang memang tersohor ni... kalau nak makan kenalah datang sini. Dulu ada buka di Bukit Tinggi, Klang. Tapi tutup tak tahulah sebab apa. Mungkin tak ramai sangat orang, walaupun setiap kali kami pergi penuh je orang. Sempat juga Iman tambah koleksi bola di sini. Bola yang penuh bendera semua negara.

Jumaat, 24 Februari 2012

Bola Kampung dan Anak Harimau

Malam tadi Iman asyik merengek je masa tidur. Gigi sakit agaknya. Badan dah tak panas. Pagi ni selsema pula dia, sebelum ni adalah sikit-sikit keluar itupun sekejap je, tapi pagi ni asyik meleleh je. Bagi makan ubat, mengantuk dan terus teridur. Harap Iman cepat sembuh. Berbalik pada tajuk entri di atas, mereka yang mengikuti cerita Iman pasti tahu Iman minat sangat dengan bola. Baru-baru ni ada cerita kartun baru bertajuk Bola Kampung yang mengisahkan tentang pasukan bola budak-budak sekolah yang bernama Jayapati. Kartun ni bermula pukul 2 petang sebelum rancangan Wonderpets bermula. Dua rancangan ni memang kesukaan Iman.



Anak Harimau pula kisah bersiri dari animasi Upin & Ipin. Iman suka juga kartun Upin Ipin ni, lebih-lebih lagi siri Anak Harimau. Ayah Iman siap belikan DVD. Bukan Iman sahaja yang tengok, ayah dia pun tumpang sekaki. Senyum-senyum tengok, termasuklah ummi dia sekali yang suka tengok Upin Ipin. Sebab watak dan suara dalam cerita kartun ni memang menarik dan ada unsur-unsur tauladan, tak kurang juga dialognya yang boleh buat saya tergelak.


Penuh bola dalam rumah.. pergi mana mesti beli bola. Tak tahulah mana datang minatnya dengan bola. Agaknya masa baby ayah dia selalu tengok bola, secara tak langsung dia pun minat sama. Kami ikutkan sahajalah, hari-hari sepak bola dalam rumah. Ummi dia pun dia suruh main sama. Siapa lagikan, dah berdua je di rumah.

Iman bersama sebahagian dari koleksi bolanya.. yang kecil-kecil semua dah simpan dalam box. Yang besar ni pun dah ada hampir 10 biji.


Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya


24 Februari - 4 Mac 2012
Dewan Cempaka Sari Precint 3, Putrajaya
10.00 pagi - 9.00 malam

Dapat maklumat dari FB. Berpeluang boleh pergi tengok.


Khamis, 23 Februari 2012

Smart Play Pad Iman @ ipad kanak-kanak

Hari Sabtu yang lepas ayah Iman keluar senyap-senyap je pergi ke bandar Port Klang cari 'iPad' untuk Iman. Minggu sebelum tu pergi dah sold out. Ramai orang beli. Tokey kedai kata dalam pertengahan bulan dua baru stok sampai. Tu yang AI pergi tengok dah sampai ke belum. Minta kurang tak dapat. Tokey tu suruh cari kedai lain kalau ada. Nak jadi cerita ada kedai yang jual lebih murah dari kedai dia. Teruslah AI beli di kedai tu. Bukan iPad je yang dibeli, kereta remote control dan magnetism drawing board (ganti yang lama besi pen dah hilang, tak boleh nak tulis)

Ummi suruh pegang nak ambil gambar ;) tapi mata pandang tempat lain.

Belakang kotak yang menunjukkan 'function' atau cara nak guna

Ini rupanya secara dekat. Jangan tak tahu saya mati-mati ingatkan touch skrin. Rupanya touch pada gambar yang memang dah ditampal. Function lebih kurang sama macam laptop Iman cuma yang ini versi ipad pula. Tapi oklah... cuma Iman marah sebab ada setengah tu keras sikit nak tekan. Sakit jari dia :)

Inilah dia kereta remote control dan magnetism drawing board Iman. Pandai jugalah main tapi mengundur dan pusing-pusing je lah nak tolak ke depan tak reti :)


Kalau ada sesiapa nak beli dengan saya boleh juga. Cuma RM30 termasuk harga pos. Sempat juga nak berniaga. Itupun kalau ada yang nak. Sementara stok masih ada. Berminat e-mail ke ruse_nrk@yahoo.com.

Iman bersama laptop yang diceritakan di atas. Sekarang dah duduk dalam toys box. Habis anak buah kerjakan. Keypad dan penutup / skrin dah tertanggal. Belum dibetulkan lagi.. 


Nota: Bermula pagi tadi badan Iman panas dan sejuk lepas makan ubat, lepas tu panas balik. Kesian dia sedang bertarung menahan sakit sebab ke empat-empat gigi taringnya nak keluar. Asyik ketap gigi je..


Rabu, 22 Februari 2012

Ganjaran buat seorang isteri


google image

Tingginya ganjaran yang diberikan... jom sama-sama rebut.
  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Isnin, 20 Februari 2012

Susulan askar ghaib di kubur cina

Susulan dari ENTRI INI saudara / askar yang ghaib itu telah pun ditemui dengan selamat di Puchong. Sebenarnya dia tidaklah ghaib seperti yang di war-warkan dalam surat khabar. Betullah semua berita yang kita dengar atau baca bukan 100% betul. Jadi kita tidak boleh terus menilai dan menghukum sesuatu perkara dengan apa yang kita baca ataupun dengar. Hanya orang yang diceritakan sahaja tahu kebenarannya.

Nak cerita lebih pun tak boleh. Takut salah faham. Apa pun dia dah selamat ditemui... Terima kasih buat mereka yang doakan buat beliau sebelum ni.

Sabtu, 18 Februari 2012

Kelab murtad di Facebook


Jarang sangat kita lihat kutukan untuk agama yang lain. Kenapa agama Islam juga yang menjadi musuh mereka??

KUALA LUMPUR: Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.


BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Antara pandangan yang dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandungan ayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memapar objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.

Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di neara ini serta pada masa yang sama membuat perbandingan mengenai beberapa negara Islam yang lain.

Selain ahli yang sudah murtad, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad SAW, malah kepada mufti, ulama dan juga umat Islam.

Harian Metro

Jumaat, 17 Februari 2012

Bumi berdepan ribut solar terkuat



MasyaAllah. Takut bila baca..

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu, katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

Peraduan Ariana Mikhail


Sesiapa yang rasa dia Kreatif & Romantis bolehlah sertai peraduan ni untuk menangi hadiah utama yang merupakan 2 tiket penerbangan ke Paris. Manalah tau kalau ada rezeki kan?

Cara Menyertai Peraduan


Caranya mudah sahaja cuma perlu cipta dialog untuk gambar di bawah



Tarikh Tutup : 5 Mac 2012

Bila ada peluang je dapat tengok cerita ni...

Khamis, 16 Februari 2012

7 Sunnah Rasulullah


buat renungan bersama...

Selama seseorang berada di atas Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia akan tetap berada di atas jalan istiqomah. Sebaliknya, jika tidak demikian, berarti ia telah menyimpang dari jalan yang lurus. Sebagaimana yang dikatakan oleh sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu‘anhu:

“Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 197). 

Shahabat ‘Urwah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Mengikuti sunnah-sunnah Nabi adalah tonggak penegak agama.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 198). 

Oleh karena itu, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan jika kalian mentaatinya niscaya kalian akan mendapatkan hidayah.” (An Nur: 54)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk Al Jannah (syurga) kecuali orang yang enggan.” Para shahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

Rabu, 15 Februari 2012

i-City Shah Alam

Minggu lepas secara tak disengajakan masuk ke i-City ni lepas balik dari beli Nasi Kandar Kayu di Seksyen 7, Shah Alam. Punyalah jauh cari makanan.. sedap dan murah.. jauh pun sanggup. Ayah Iman memang suka makan nasi kandar ;) 

Balik bila terpandang pintu masuk i-City dalam hati saya berkata (nak bawa Iman tengok lampu). Tiba-tiba ayah Iman pula yang bersuara "Iman nak tengok lampu?".. bacaan hati kami selalunya sama.. kalau dalam hati saya cakap nak makan sini... ayah Iman pasti akan sebut apa yang terlintas di hati saya.. konon-kononnya sehati sejiwa... melalut sudah.. alkisah ingat nak pusing kat bawah tu je.. sekali tengok dah ada pondok tiket, nak reverse jauh juga.. (saya yang drive masa ni.. kalau AI pasti dia dah reverse..) makanya Ayah Iman kata takpelah.. masuk je lah.

Jom tengok sebahagian gambar yang saya ambil di sini... nak masukkan semua banyak sangat. Ini merupakan kali ke-3 saya sampai sini. Kali pertama dulu free je.. sekarang nak masuk kena bayar RM10. Sekarang dah macam taman tema pula.. banyak mainan terutama untuk kanak-kanak. Kami pusing-pusing je tengok apa yang ada di sini, tak main apa pun. Alhamdulillah kali ni Iman dah 'kuat'. Kali ke-2 bawa dia.. dia kena 'kacau'. Dengar cerita ramai juga yang bergambar di sini ada 'benda' lain tumpang sekali bergambar ;) Biasalah tempat-tempat macam ni... atas bukit pula tu...









Sekian...

Huggies Malaysia Caring Couples Contest

Contest Period: 13 February 2012 - 24 February 2012

Prizes: The top three winners will take home

1st Prize
10 packs Huggies diapers, play tent, hanging storage box & 3 in 1 toy.

2nd Prize
8 packs Huggies diapers, play tent & 3 in 1 toy.

3rd Prize
5 packs Huggies diapers & 3 in 1 toy.

The Contest will be on hold during the weekends and will resume
on weekdays.


Nak join sama. KLIK SINI

Isnin, 13 Februari 2012

Ghaib di kubur Cina

Ada baca tak kisah askar yang tiba-tiba ghaib di kubur Cina pada 1 Februari lepas. Beliau adalah anak adik kepada arwah nenek saya (sebelah mak) yang tinggal di Melaka. Hingga kini beliau masih belum dijumpai. Macam-macam cara sudah keluarga mereka lakukan asalkan anak mereka ditemui. Apa sahaja orang beritahu semua mereka buat. Mengikut mereka yang arif dengan dunia ghaib ni, beliau masih berada di kawasan tempat dia hilang. Cuma perlu kuatkan semangat dia untuk kembali ke alam nyata. Saya pun tak sangka zaman sekarang ni boleh berlaku lagi perkara-perkara pelik macam ni.

Entri ni dibuat agar kita sama-sama doakan agar dia ditemui kembali dalam keadaan yang sihat. Kasihan ditambah lagi kelengkapan untuk perkahwinannya bulan 3 ni sudah pun dibuat. Untuk makluman beliau memang seorang yang pendiam.

Keratan akhbar muka hadapan Harian Metro

sambungan di muka surat 6

Jika ada sesiapa yang boleh atau tahu sesiapa yang boleh membantu dari jauh boleh tinggalkan ulasan di dalam entri ini atau e-mail saya ruse_nrk@yahoo.com. Keluarga beliau amat memerlukan bantuan. Terima kasih.

Resepi orang dalam pantang

Ramai rakan-rakan (sekolah menengah saya dahulu) sedang berpantang sekarang ni. Ada yang dah tak tahu nak masak apa.. lebih-lebih lagi yang kena makan ikan haruan sebab bersalin operation. Kenalah pelbagaikan cara masakan. Jadi ada yang bagi resepi kat bawah ni untuk kawan saya cuba. Bila saya cakap nampak macam sedap je.. kawan saya pun forwardkan message dari senior kami masa sekolah menengah dulu yang diberikan kepadanya..

Hari Jumaat baru ni saya berkesempatan cuba resepi ni di rumah mak. Maklumlah hari Khamis tumpang tidur sana sebab ayah Iman sibuk sangat di office hingga tak balik rumah. Saya memang suka makan lauk orang dalam pantang ;)


Bahan-bahannya:

Ikan haruan (goreng ikut suka garing atau tak)
Bawang putih
Bawang merah
Halia (yang muda sedap sikit)
Lada hitam
Cili Merah

Cara-caranya:

Tumis semua bahan di atas hingga layu,
kemudian masukkan air asam jawa (ikut suka banyak atau sikit)
bubuh gula, garam
masukkan ikan yang digoreng tadi
tutup (tak tutup pun takpe) tunggu sebentar
siap!

Rasanya boleh tahan... tapi saya tak guna ikan haruan, ikan tu adik beradik ikan talapia (mak saya pun tak tahu namanya, orang jual kata sedap dia pun belilah nak cuba).

Ahad, 12 Februari 2012

Cara buat scroll box dalam entri

!    ✿LYSSA FAIZUREEN✿   !

Nak tau caranya kena KLIK SINI (blog Lyssa Faizureen).

Sejak akhir-akhir ni rajin rujuk tutorial di blog dia.

Saya saja buat entri ini untuk peringatan saya bila nak buat scroll box dalam entri saya nanti. Berguna sangat bila buat giveaway... taklah berjela-jela panjangnya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Sedar... Remy Ishak


Bila berjalan di blog hasrulhassan.com untuk baca entri panduan memilih tudung ikut raut wajah, terlihat entri mengenai blog Remy Ishak. Maka tergerak juga untuk melihat isi kandungannya. Saya belum pernah lagi buat entri mengenai artis kerana atas sebab-sebab tertentu. Apa yang ditulis cukup ikhlas dan saya tertarik dengan setiap ayat yang dituliskannya.

Kalau ada yang nak baca keseluruhan entri yang ditulis di bawah tajuk sedar ni.. sila ke BLOG beliau yang bergelar "DAK'AMAT"

Aku selalu sedar..., aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah...
Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa... aku maafkan kamu.
Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah 'Dia' yang satu, tahu tentang kebenarannya.

Diharapkan dia sentiasa mengingati penciptaNya seperti apa yang dituliskan...

Tanda hidup tak berkat

Terasa juga bila baca...

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

 dari pakarhowto

Khamis, 9 Februari 2012

Simple


Tukar background blog lagi...

Kali ni ianya lebih simple... bersama warna kegemaran saya biru... ok ke?

Perkara sunat menyambut bayi dalam Islam

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah
Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:



“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan



“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Menamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Iman berjubah

Sejuk mata bila tengok Iman pakai jubah. Jubah yang dipakai ni pemberian ma tok (mak ayah Iman) pada raya tahun lepas. Masa tu jubah ni labuh. Sekarang dah muat-muat untuk dia pakai. Hari tu masa kemas baju dia sajalah suruh dia pakai. Nilah gambar yang sempat diambil. Nak tunggu pakai tak tahulah bila yang sesuai. Jadi saja-saja pakai untuk ambil gambar.
           



Sesuai sangat rupa dia bila berjubah.

Rabu, 8 Februari 2012

Cerita Jibrail dan Allah



Menarik kisah Jibrail dan Allah ini... sesungguhnya DIA sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Banyak sungguh ganjaran yang diberikan walaupun hanya sedikit amalan yang kita lakukan.

Baca kisah selanjutnya di bawah yang diambil dari fb hanyaagamaislam. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" 
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. 
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." 
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua ayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
 "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya?" 
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....." 
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu: 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Kitab Tafsir Al-Quran langsung tidak terbakar

Kongsi cerita dari Harian Metro. Rasanya terjadi dalam minggu lepas. Kalam Allah yang dipelihara dengan izinNya.


Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.


Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.


Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Harian Metro)/ Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam

Selasa, 7 Februari 2012

Jangan tegur bayi atau kanak-kanak balik dari ziarah orang meninggal

Baca apa yang dikongsikan (copy paste) di bawah... dah lama baca kisah ni tapi tergerak nak maklumkan diblog.


JANGAN TEGUR KANAK-KANAK ATAU BABY SELEPAS BALIK DARI ZIARAH ORANG MENINGGAL

Ni aku dapat dari kwn aku n aku rasa aku patut share ngan korang² sume..
Sama-sama la kita ingat-mengingatkan..

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan suami mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura, apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.