بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 27 Disember 2012

Tanda-tanda ada gangguan makhluk halus atau jin

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita tak tahu yang diri kita ni di 'ganggu'. Jadi jika ada tanda-tanda di bawah bolehlah berjumpa ustaz atau ustazah ataupun pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

  1. Terlalu susah untuk tidur malam dan sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas, takut serta runsing.
  2. Seringkali mimpi yang menakutkan.
  3. Merintih dan menangis ketika tidur.
  4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, tikus, serigala, ular dan sebagainya.
  5. Jika mimpi dipatuk ular berkemungkinan petanda sihir / santau telah pun masuk ke dalam tubuh seseorang.
  6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  7. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  8. Mimpi berada ditempat yang sunyi atau berada di perkuburan.
  9. Mimpi bayi atau kanak-kanak kecil dan menyusukan bayi tadi.
  10. Terdengar suara menyergah ketika tidur.
  11. Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
  12. Sakit pada tulang rusuk kiri dan kanan.
  13. Sakit pada tulang punggung tanpa sebab.
  14. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki.
  15. Sakit pada bahagian perut tanpa sebab.
  16. Terasa ada kelibat yang mengekori atau melintas di belakang.
  17. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  18. Takut untuk menziarahi jenazah.
  19. Terasa nampak bayangan yang menakutkan.
  20. Nampak makhluk aneh dan menakutkan.
  21. Ada perasaan seperti hampir menemui ajal.
  22. Sering berkeadaan amat lesu dan sangat malas.
  23. Selalu berkeadaan lenguh disendi-sendi dan tulang belakang.
  24. Terasa seperti terpijak batu atau telur di tapak kaki.
  25. Merasa ragu-ragu tentang keimanan dan lain-lain.

Maklumat ini saya ambil dari nota dalam kotak Minyak Penawar Munajat yang saya beli di Darus Syifa, Sejangkang. Jika ingin membeli minyak ini yang digunakan sebagai pendinding boleh layari www.munajatoil.com



19 ulasan:

  1. uishhh pernah gak dengar gigi adik berlaga time tido. tapi tak der la kerap

    BalasPadam
  2. pernah alami situasi 9, 10, 14, 16, 17, 19 & 20 kebanyakannya semasa bertugas & bermalam diluar daerah (diri di dalam keadaan uzur..)

    gangguan ini terhenti setelah azan subuh berkumandang

    BalasPadam
  3. Saya tak percaya semua ini. Saya tak percaya pengamal perubatan bagi sesiapa yang kata dia ustaz atau ustazah.

    Senang sahaja, kita sendiri berdoa straight kepada Allah..kenapa perlu orang tengah..

    Dan perkara-perkara di atas ni perkara normal untuk manusia normal hadapi..

    BalasPadam
  4. Terima kasih Rose atas perkongsian ini. Sesuatu yg dulunya akak tidak percaya sama sekali akhirnya diakui setelah menimpa keluarga sendiri. Alhamdulillah sekarang ni ramai yang boleh membantu mengubati kerana adakalanya kita terlalu lemah utk mengubatinya sendiri.

    BalasPadam
  5. bayak juga tanda2 gangguan makhluk halus nie.kadang2 kita ambil mudah..bila dah melarat tu yg susuah..semoga kita semua dilindungi..:)

    BalasPadam
  6. terima kaseh atas infomasi..
    mungkin ada sesetgh org tidak percayakan..
    padahal benda ini benar2 ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...ada sesetengah orang tidak percaya. Katanya tahyul.

      Padam
  7. ada yang hampir sama. tapi tak semua ..

    BalasPadam
  8. mudah2an dijauhkan jauuuhhhhhhhhhhhhhhh sane

    BalasPadam
  9. tq for sharing..mmg kna perhati..sbb ada y x sedar perkara2 y kt alami tu

    BalasPadam
  10. Oh seramnya kalau kena benda2 halus ni... Mintak dijauhkan la...

    -> ❤ TechKini.com

    BalasPadam
  11. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    BalasPadam
  12. moga kita terpelihara dari gangguan syaitan dan iblis serta sekutunya

    BalasPadam
  13. UI, terima kasih atas perkongsian ilmu =) Ya, itulah penyakit UA selama ni...kepada Allah kita mohon pertolongan dan perlindungan. Semoga diri ini sabar..sabar dan semakin sabar dalam mengharungi ujianNya....

    BalasPadam
  14. as-salam ummi ;D
    sehat?

    tenq perkongsian ini

    BalasPadam
  15. macam 2 sekarang ni, sihir kembali berleluasa.... manusia makin kejam.. tidak mengenal saudara... terima kasih info ni sangat2 berguna

    BalasPadam
  16. moga kita semua dijauhi perkara2 yer buruk tu

    BalasPadam
  17. terima kasih atas info ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...