بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 14 Disember 2012

Singgah tapi tak komen..

Assalamualaikum

Dah lama tak buat entri macam ni. Orang macam saya memang suka sikap terus terang. Saya juga belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Balik pada tajuk... singgah tapi tak komen tu sebenarnya banyak sebab. Bergantung pada individu masing-masing. Ini pula alasan saya kenapa tak berbuat demikian. Sekarang aktiviti berblog agak terhad. Mata saya alah pada cahaya. Itu antara salah satu sebabnya. Kebanyakannya alasan susah nak curi masa.

Antara alasan saya:
  1. Blog heavy / lambat nak buka. Untuk pengguna komputer mungkin tiada masalah. Tapi bagi pengguna IOS / Android / Smartphone mungkin bermasalah. Alasan ni lebih kepada kenalan blogger saya. Bagi yang ingin tingkat trafik blog atau memudahkan pembaca blog, kenalah ringankan blog. Mungkin ada yang tak kisah semua tu... it's ok.
  2. Bila jumpa blog melalui carian google. Sekadar baca dan tutup. Mungkin sebab tak kenal. Tapi ada masa tinggal juga komen. Itupun kalau rasa teringin nak share pengalaman atau berterima kasih.
Cukup rasanya dua ni sahaja... jadi tak banyaklah alasan saya ;) Sebenarnya banyak kebaikan jika kita meninggalkan komen. Jika komen menarik pasti ada orang tertarik ingin mengenali kita. Kadang orang lupa kita. Bila kita singgah dan komen orang akan ingat kita kembali ;)

Jadi jangan malu-malu tinggal komen. Sebolehnya baca dahulu baru komen. Maaf lah ada masa saya tersenyum juga bila baca komen orang sebab nampak sangat tak baca apa yang di tulis. Mungkin sebab tu saya lihat ada yang tulis baca dulu baru komen ;) biarlah apa yang kita lakukan itu ikhlas. Jangan fikir sekadar ingin meninggalkan jejak.

Dulu saya sedaya upaya membalas jejak. Tapi disebabkan kekangan masa saya tak boleh nak buat macam tu. Jadi mana yang sempat saya akan tinggalkan komen ikhlas saya ;) jadi jangan ada yang berkecil hati. Sentiasa fikir positif. Pengakuan ikhlas... kalau tajuk entri menarik. Terus nak singgah ;)


P.s: masing-masing ada tujuan sendiri... jadi sendiri tahu apa yang patut dilakukan mengikut kehendak. Yang penting tiada paksaan dalam diri ;) ini sekadar pendapat peribadi. Maaf sangat-sangat jika tersalah kata.

22 ulasan:

  1. kdg2 ayu pn cmtu gk..hehe...ada sbb kan npa kdg2 tu kita xtgl komen

    BalasPadam
  2. betul betul....setiap org de alasan tersendiri bila tak tgglkn jejak...mcm sy kalo loading blog lmbt tuh yg mls nk komen

    BalasPadam
  3. betul tu UI =) Saya sekarang ni tengah sibuk dengan bisnes, kadang2 buka blog nak taip entry...tapi tak jadi sebab kekeringan idea hehe. Semalam baru start semula blogwalking huhu

    BalasPadam
  4. ringankan blog tu, nur sendiri tak tahu nak buat mcm mana..bukan apa malas nak edit2..nanti rosak segala..huhhu..

    tak apalah kak..Nur faham dengan situasi akak.. kita buat yang termampu sahaja...

    BalasPadam
  5. blog akak ringan tak?? jujur erk... tak marahpun

    BalasPadam
  6. samelah... saya pun kdg singgah baca.. x sempat komen.. x pun xtau nak komen ape.. tkt slh bg pandangan...

    harap blog sy tu oklah x berat...

    BalasPadam
  7. kadang2 xthu apa nak komen.hahaha..ble mcm tu tak kak?!.mcm ngade je kan....so far,mana blog yg sesuai tuk komen,eca komen la :D

    BalasPadam
  8. blog ok x? huhu
    betul, kadang yang komen tu nampak sangat xbaca...tgk tajuk n gambar, terus komen...sampai kita lak pk aku ni xreti nak susun ayat ke?apesal diorg komen lain dr ape yg aku sampaikan..huhu

    BalasPadam
  9. saya pun nk tanya gak la..blog saya berat ke..?

    BalasPadam
  10. blog wani ok x akak..
    wani pun sama skang ni terhad masa nk bw
    sejak qalief xsihat wani kurang sikit nk tumpu kt blog ni..

    BalasPadam
  11. akak pun penah,baca sepintas lalu then komen, maybe tak menepati namun niat di hati nak cuba tinggalkan jejak..kadang2 kita tk cukup masa kan.. :)

    BalasPadam
  12. Betul, setiap org ada alasan tersendiri. Akak selalunya akan komen juga walaupun dua tiga patah perkataan tapi kalau ada word verification kadang2 terbantut juga hasrat nak komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya yg ada word verification tu diorang tak perasan agaknya. Mmg leceh juga kalau ada ;)

      Padam
  13. saya pun kadang2 macam tu jugak. tgh2 nak komen line buat hal la...ada benda lain nk buat. sudahnya baca je. kalau berkesempatan kemudian la dtg komen.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...