بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 21 Disember 2012

Renew insurans & road tax kereta berusia 13 tahun

Assalamualaikum

Semalam renew insurans dan road tax kereta kami yang sudah pun berusia 13 tahun ;) alkisahnya mula-mula pergi AmAssurance untuk renew macam biasa. Setelah menunggu agak lama, sampai giliran saya.. malang sekali kereta berusia 13 tahun tak diterima oleh AmAssurance. Saya diberitahu supaya ke Pejabat Pos untuk renew. Malangnya hari tersebut sistem pula ada masalah.

Saya cerita untuk berkongsi pengalaman. Semalam saya tanya pejabat pos, katanya di situ boleh terima setakat usia kereta 15 tahun. Jadi saya tertanya-tanya juga.. habis kereta-kereta lama yang lebih 15 tahun renew di mana? Kalau ada sesiapa yang tahu boleh kongsi di sini. Sayang sebenarnya nak jual kereta ni. Ianya merupakan kereta kedua kami dan kekal hingga kini. Kereta pertama, ketiga dan keempat hanya sementara sahaja. Jodoh tak panjang ;) Umur kereta ni sebaya usia perkahwinan kami. Banyak kenangan manis bersamanya.

Kami jaga macam menatang minyak yang penuh ;) kereta ni tak pernah buat masalah besar pada kami. Adalah sekali dua masa balik Kelantan dia buat hal, tapi belum tahap kena towing. Masalahnya berpunca dari kesilapan sendiri. Raya tahun ni balik Kelantan tiada masalah pun setelah di tukar apa yang patut ditukar. Terasa macam naik kereta baru ;) Enjin memang tiada masalah setakat ni.

Biarlah ada yang kata kereta 'lama' tak patut guna. Tapi kami tahu kemampuan kereta kami ;) memang ada perancangan ingin beli yang lain. Tunggu masa yang sesuai dahulu. Apa pun yang ni tetap kami simpan selagi boleh.



Lepas renew dapat borang Senang Menang ni di pejabat pos. Hadiah-hadiahnya menarik juga. Teringin nak dapat. Insyaallah kalau ada rezeki. Tolong doakan ya :) kalau dapat Proton Preve alhamdulillah.. bertuahnya... tak perlu keluar duit beli kereta ;)

8 ulasan:

  1. mudah mudahan dapat hadiah proton preve tu..aamiin :)

    BalasPadam
  2. ade kot insurans lain...kene cari la kot

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...kalau dpt hadiah tu lagi bestkan...:)

    BalasPadam
  4. jadi ummi iman dah renew ke belom rotex nya.. mengikut pengalaman ain renew roadtax kete VR4 yang berusia lebih 15thn tu, ain g jumpa agensi insurans setakat ni Kurnia Insurans. dia special kes sikit and depend pada agent it self tuk tolong kita. dia leh renewkan kita tapi dgn minimal coverage. org kata setakat nak insurance for renew roadtax. ain buat ni kat kompleks puchong perdana. mungkin mama iman leh try survey2

    BalasPadam
  5. Dah renew di post office. Kurnia insurans. Tinggi jugalah dari bank coveragenya. Terima kasih atas info yg diberi.

    BalasPadam
  6. mmg gtu eh..abs nk renew mna pas 15 thn..plik la dorang ni..huhu

    BalasPadam
  7. Al FAID BARAKAH SERVICES PUCHONG PRIMA
    ( KIOSK MYEG )
    PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA- Tanpa Geran Original


    *Kami menawarkan khidmat MyEG secara online dan serta merta boleh dicetak terus kepada anda disamping untuk memperbaharui Insurans .
    *Kami juga menawarkan Perkhidmatan Penghantaran RoadTax dan Insurans Kenderaan Ke Lokasi anda.

    Like us On Facebook- https://www.facebook.com/roadtaxmyeg4u

    QUOTATION PERCUMA DENGAN HARGA INSURANS KENDERAAN MELAMPAU LAMPAU MURAH
    http://roadtaxmyeg4u.blogspot.com/p/contact-us.html

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...