بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 15 Disember 2012

Periksa HATI

Assalamualaikum

Belajar mengenal HATI... Tertarik bila melihat ayat Ustaz Azhar Idrus ini di FB. Sama-sama kita menjaganya dan berubah menjadi yang lebih baik. 


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".

Riwayat Muslim

Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

Sumber: FB Tanyalah Ustaz


12 ulasan:

  1. Bila baca entri Ros ini kakak terasa sama Ros. Muhasabah diri..

    BalasPadam
  2. Peringatan buat nur juga..
    Nur kerja sorang-sorang, jadi risiko nk bergosip dan nak mendengar org bergosip tu..tipis amat..

    alhamdulillah..dan bsyukur dengan keadaan skarang..

    BalasPadam
  3. insyaAllah sama2 kita muhasabah diri

    BalasPadam
  4. itulah salah satu sebab malas nak join jiran-jiran melepak, nnt x psl bercerita hal org x habis-habis.. baik ddk rumah.. siapkan kerja rumah, tp selalu disalah anggap kata kt sombong tak mau campur jiran .....

    BalasPadam
  5. rindu imannnn!!!mane imannn? semoge semue sihat ye ;)

    hati;) begitulh hati ;)

    BalasPadam
  6. salam rose..lama saya tak dtg sini..mmg lama dah saya tak bw..rose pun dah lama menghilang..sihat tak sekarang..?

    BalasPadam
  7. peringatan utk diri wani juga kak
    tima kasih share kat sini sama2 kita muhasabah diri n perbaiki kekurangan diri

    BalasPadam
  8. tu lah banyak kena muhasabah diri..thanks 4 sharing :)

    BalasPadam
  9. Peringatan buat kita semua. Walaupun hati tak nampak tapi gambaran hati tu terlihat drp tingkah dan kata kita..

    BalasPadam
  10. terima kasih...sangat berhikmah...ada nasihata yang tulus..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...