بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 17 Disember 2012

Peluang AI melihat bangunan tertinggi di dunia

Assalamualaikum

Jumaat baru ni AI berpeluang melihat mercu tanda Dubai yang bergelar Burj Khalifa dan juga merupakan bangunan tertinggi di dunia pada masa ini. Dahulu bangunan ini bergelar Burj Dubai. Kenapa bertukar kepada Burj Khalifa? Boleh baca DI SINI.

Perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai mengambil masa 1:30 jam. AI ke sana atas urusan kerja. Adakala tuntutan kerja membolehkan kita melawat tempat-tempat menarik di negara orang. Dengan kata lain, menyelam sambil minum air ;)


Burj Khalifa atau nama lamanya Burj Dubai

Saya ada terbaca membina bangunan yang tinggi-tinggi juga merupakan salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat. Pendapat saya ianya hanyalah satu pembaziran serta menampakkan sifat riak di kalangan pemimpin negara. Sedangkan rumah Allah (Kaabah) tidaklah setinggi mana dan binaannya biasa-biasa sahaja. Ianya di bina oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah. Berbeza dengan piramid yang pernah bergelar bangunan atau binaan tertinggi serta dikagumi dunia yang di bina oleh kaum firaun atas perintah rajanya untuk melihat tuhan Nabi Musa. Jadi contoh binaan mana yang harus diikuti? Tepuk dada tanya iman.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).


Bangunan tertinggi di Dubai sebelum ini yang juga antara bangunan tertinggi di dunia. Bernama Burj Al Arab


p.s: Gambar-gambar di atas dikirimkan oleh AI melalui Email.



7 ulasan:

  1. Ummi Iman..
    Ikut le sekali, peluang dah cerah tu, boleh mengembara ke tempat orang..

    BalasPadam
  2. wah bestnyer...bilala agaknya dapat g dubai....

    BalasPadam
  3. haah, betul tu UI..tak sabar nak tengok Kaabah dan masjid Nabawi..in shaa Allah.. :)

    BalasPadam
  4. kalau tgk pic tak berapa nak teruja sgtkan..
    kalau tgk real pasti teruja..

    lagi teruja kalau tgk kaabah real...!
    bilah agaknya ya...

    BalasPadam
  5. bestnya dapat melihat negara org

    BalasPadam
  6. salam.. dah lama jugak tak ke sini. kawan2 saya pun baru je balik dari Dubai. pergi holiday.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...