بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 13 Disember 2012

Minat Iman

Assalamualaikum

Walaupun sebelum ni ada sebut apa yang Iman minat, tapi kali ni saya buat entri khas mengenai minat Iman. Untuk pengetahuan Iman bila besar nanti.


Iman suka sangat dengan kapal terbang sejak Iman kenal apa itu kapal terbang. Ayah kata bolehlah jadi pilot. Tapi ummi tak berapa setuju. Sebab tak mahu Iman selalu tinggalkan ummi nanti, cukuplah sekadar jadi engineer kapal terbang ;). Ummi mahu Iman cenderung pada aktiviti keagamaan juga. Mainan kapal terbang banyak jadi koleksi. Banyak juga dah rosak. Seronok bila saya tengok Iman kumpulkan mainan kapal terbang dan susun elok-elok atas meja.

Setakat ni Iman belum rasa macamana naik kapal terbang. Setiap kali tanya nak naik kapal terbang tak? Pasti Iman cakap nak. Insyaallah hujung bulan ni hajat Iman akan ummi tunaikan. Walaupun kita tak terbang ke Abu Dhabi ;) teruja sangat Iman bila bagitau nak naik kapal terbang. "jom ikut" :) Ikut tu maksudnya "pergi". Sebab bila saya ajak Iman keluar. Saya selalu tanya "nak ikut tak?" jadi Iman tak tahulah sebut perkataan pergi lagi.

Ini adalah video dalam YouTube yang Iman selalu nak tengok tiap-tiap hari. "The making of boeing aeroplane". Selain tu Iman juga selalu tengok DVD dokumentari mengenai kapal terbang yang AI belikan untuk Iman.




Bola pula... biarlah ianya sekadar jadi sukan yang Iman minat bila di sekolah nanti. Ramai orang kalau tengok Iman sepak bola pasti terkejut. Mereka cakap boleh jadi pemain bola sepak bila besar nanti. Ummi senyum je. Tak mahulah ianya jadi kerjaya. Cukuplah sekadar hobi. Tak tahulah kenapa Iman suka sangat dengan bola. Mana-mana pergi kalau nampak bola mesti Iman nak beli. Sedangkan di rumah banyak dah bola. Sampai ummi sorok tinggalkan 2 biji je sebab tak larat nak kemas :). Bagi orang pun ada.

12 ulasan:

  1. kegemaran ... kesukaan ... satu hari jafdi kerjaya .. tak mustahil, apepun doa seorang ibu dan mendapat keberkatan ibu itu penting ....

    BalasPadam
  2. As salam Kak Ruse,

    Iman comel! Lama tak baca cerita ttg Iman... Anak2 kita masing2 ada cenderungnya yg tersendiri... mcm saya tak pernah halang apa yg my Iman nak... as long die gembira & atas landasan yg betul! :)

    Tertarik maksudnya berminat kan :))

    BalasPadam
  3. semoga kerjaya Iman adalah sesuatu yg ummi Iman redha...

    BalasPadam
  4. Dah lama sis tak singgah sini,sorry ye Rose.Dah besar Iman....minat kapal terbang rupanya.

    BalasPadam
  5. sedihnyer aunty iman bace bila ummi iman ckp jgn tinggalkan ummi tetibe sebak teringt mak ayah.nnti iman besar jg ummi abi elok2.biarlah dunia akhirat seimbang ok.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak

    maaf lama xsinggah sini..akak n iman apa khabar?

    iman minat dgn kapal terbang yer..nk jadi pilot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam waniey

      Alhamdulillah kami sihat. Minat sgt2 dgn kapal terbang :)

      Padam
  7. biasalah lelaki, mesti minat bola.. :)
    tak mahu iman jad pilot ya...
    hihihihi..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ummi...seronok jer iman main kapalterbang tu...:)

    BalasPadam
  9. bagus2, dia minat bidang lelaki..keep on it :)

    BalasPadam
  10. iman..moga2 jadi anak yg berjaya..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...