بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 31 Disember 2012

Iman pertama kali 'terbang'

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kini saya, Iman dan ma tok Iman berada di Kelantan. Hari ni hujan turun tanpa henti. Sejuk kaki tangan. Jimat elektrik tak perlu buka kipas ;) Saya ajak mak mertua balik sementara tunggu AI pulang dari Abu Dhabi. Tukar angin pantai timur pula. Saya suka juga duduk Kelantan. Rasa tak serabut sangat. Makan pun sedap ;)

Semalam merupakan pengalaman pertama Iman menaiki kapal terbang. Terujalah dapat melihat kenderaan pujaan depan mata :) takut pun ada. Terpaksa dukung naik tangga. Di bawah gambar yang sempat dirakam.


Tunggu ma tok masuk bilik air sebelum berlepas. Dah teruja nampak kapal terbang masa ni. Tak sabar nak naik.


Mulanya takut nak duduk kerusi sendiri, terpaksa pangku.


Baru nak take off. Berangan bawa kapal terbang lah Iman ni. Panjang muncung buat bunyi kapal terbang.


Disebabkan mata dah mengantuk, lepas sahaja take off Iman terus terlelap ;) terpaksalah pangku. Nyenyak tidur.. bila sampai airport Pengkalan Chepa, terjaga sekejap dan sambung lagi tidur dalam teksi pula. Kebetulan jalan sesak orang balik kerja.


Ma tok yang suka tengok gelagat Iman. Lawa tak mak mertua saya ;) kalah menantu yang super simple ni :) untuk pengetahuan MIL tiada kening.. jadi bila keluar dia suka lukis.


Lihat sahajalah saya yang 'natural' ni :)

11 ulasan:

  1. Kelantan memang syurga makanan. :)

    BalasPadam
  2. Seronok la Iman dpt naik Flight...:)

    BalasPadam
  3. terbang dekat2 dulu ya Iman?

    BalasPadam
  4. MIL ummi Iman memang cun :)

    BalasPadam
  5. Salam UI,
    Hehehe, teruja Iman dapat naik flight.. semestinya dia seronok,
    Nanti bawa dia naik bas dan train pulak.. Bagi mereka merasai pengalaman tu..
    Mummy pun selalu buat untuk anak-anak..

    BalasPadam
  6. as-salam selamat tahun baru ;)

    belom penah sampai kelantan lagi..ya, mmg nmpak muda mak mertua ummi ;)

    BalasPadam
  7. hehe..besar nanti nak jadi pilot ye...mesti ummi menantu kesayangan ni... :-)

    BalasPadam
  8. Tentu seronok Iman bercerita ttg pengalaman ni. Dah besar nanti terbang lagi jauh ye Iman..

    BalasPadam
  9. cunnya mak mertua.hehe..teserlah rupa keterujaan iman..:(

    BalasPadam
  10. selamat iman tak nangis.. :)
    tak ada kening eh..
    mcm adik nur..hihihi

    BalasPadam
  11. mengancam lagi MIL rose..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...