بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 25 Disember 2012

Iman kunci diri dalam bilik

Assalamualaikum


Selamat bercuti semua.... Ini cerita minggu lepas sedang ummi sibuk mengemas, nenek pula tengok TV, Iman hilang entah ke mana. Tiba-tiba dengar pintu di tutup dan dengar suara dia menangis dalam bilik. Saya pun cuba buka pintu tapi tak boleh. Saya suruh dia buka. Dengar bunyi dia pusing kunci tapi masih tak boleh buka. Ma tok pun dah mula risau. Suruh cari kunci. Saya ingat-ingat lupa kunci kat mana.

Iman pula dengar kami kat luar kelam kabut lagilah dia kuat menangis. "ummmmiiii" panjang betul sebut ummi dia. Saya pun lari naik atas. Tengah saya cari kunci tingkat atas. Mak mertua saya pun naik. Dia takut sangat Iman lemas dalam bilik. Bilik bawah ni kecil, aircond pula tak buka. Mesti dia kepanasan. Saya ni tenang lagi. Sebab dapat rasa boleh cari kunci ;)

Mujur cepat jumpa kunci. Tempoh kejadian tak sampai 5 minit. Bila saya buka pintu, nampak Iman menangis sambil sujud atas lantai. Saya ambil terus peluk dia. Ha tu lah. Lepas ni mesti serik nak kunci pintu lagi. Pintu rumah saya ni dah tukar pada jenis pemegang. Kuncinya jenis pusing. Jadi susah sikit nak buka. Saya pun kadang tak ingat pusing ke mana. Macam-macam kan? Siapa-siapa ada anak kecil kenalah beringat. Yang penting kunci senang nak cari ;)

Kita pun tak boleh panik juga.. ma tok Iman cepat panik. Lepas je pintu terbuka... terus mandi. Sebab badan panas risau takut Iman lemas. Atau dengan kata lain berdebar sangat-sangat ;) kesian ma tok. Sampai sekarang lupa nak cerita pada AI. Kalau AI dengar cerita ni, mesti dia pun risau.

Lepas kejadian tu, terus ambil kunci pintu bilik letak sekali dengan kunci rumah. Sebelum ni tak ingat nak letak. Bertambah beratlah kunci rumah yang sememangnya dah berat ;)

15 ulasan:

  1. Iman, iman.. luruh jantung jadinya

    BalasPadam
  2. hehe...mcm sy mse kecik2 dulu..:P terkunci dlm bilik air..ayh terus pecahkan pntu tu...muahaha XD

    BalasPadam
  3. Memang mencemaskan kalau jadi macam tu. Pernah terjadi kat anak akak masa diorang kecil. Tengah panik tu, kunci yg letak tempat biasapun tak jumpa. Yang penting dlm situasi mcm ni, jangan panik..

    BalasPadam
  4. lorhhhhhh terkunci bilik lah pulak yee ..
    aduhh anak2 kan dik .. kena banyak sabar ...
    kalau akak pun sama panik .. hurmm ader mauu kena kopak pintuu tuu

    BalasPadam
  5. saya plak kena anak sedara hari tu..aduyai
    sedih plak dengar dia nangis..tp jumpe kuci spare..
    tc ey :)

    BalasPadam
  6. selamat cepat jumpa kunci..
    lepas ni iman tak main kunci pintu dah rasanya..
    serikk..!

    BalasPadam
  7. pintu pernah terkunci. mujur tak ada org kt dlm.

    BalasPadam
  8. ya allah nasib baik tak pape...

    BalasPadam
  9. Nasib baik ada kuncinya. Dibuat time tu kunci pun hilang mmg parahkan.jemput singgah blog anis:)...follow u

    BalasPadam
  10. kadang2 benda yg tak terduga cmni yg buat kita takut..tp takpe..pengajaran tu yg pntg..nasib baik takde pape

    BalasPadam
  11. lame tk tgk iman..besar da hero ummi die..putih melepaklah iman ni hensem!

    p/s: kunci rumah ni tombol semue bilik..bawak 2 anak kuci je selalu hehe

    BalasPadam
  12. ui buatla pop up window utk komen..seng nk komen entry lain heheee ;D

    BalasPadam
  13. huhu...iman..iman...sabar je la

    BalasPadam
  14. nasib xder apa2 kak...bahaya gak tuh kan

    BalasPadam
  15. aduhai..kecut perut gak saya kalau jadi gitu..nasib baik la takde ape2..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...