بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 30 Disember 2012

Air Zafaran rawatan alternatif buat 'gangguan'

Assalamualaikum

Nak cerita tentang air Zafaran. Sebelum ni entri tanda-tanda ada gangguan. Lepas ada gangguan kenalah ikhtiar apa yang patut. Mungkin ada yang tak percaya. Tapi bila gangguan benar-benar mengganggu kenalah ikhtiarkan sesuatu. Mulanya tak tahu juga. Tapi lepas di bacakan ayat-ayat al-Quran ternyata ada yang mengganggu.

Takpelah fikir positif. Mungkin dengan ini kita lebih dekat dengan Allah. Mulut tak berhenti berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran. Usaha sendiri adakala tidak cukup. Perlu juga jumpa ustaz atau ustazah. Bila orang lain bacakan pada kita kesannya berbeza. Itu pesan ustazah yang saya jumpa. Sambil pasang ayat ruqyah untuk di dengar.

Saya baru kenal dengan ustazah ni. Dia belajar di Mesir dan merupakan ustazah di sekolah. Baru sekali buat rawatan dan terpaksa tunggu bulan 4 untuk sambung kembali. Ustazah ni tunggu hari untuk bersalin. Dan dijangka bulan 4 habis tempoh berpantang. Kagum juga dengan kebolehan ustazah ni. Nantilah saya cerita.. Insyaallah.


Macam-macam air yang dibacakan ayat al-Quran saya minum. Terbaru saya cuba air zafaran ni. Mulanya nak beli air musoffa. Tapi masa tu ada kakak ni dan maknya beriya suruh saya cuba air ni. Saya pun beli. Ada kesan? Ada jugalah.. tempat ada gangguan rasa sakit sikit. Apa pun hanya Allah yang tahu.

Saya selalu berdoa agar Allah kuatkan keimanan dan berikan kesabaran yang tinggi untuk saya melawannya. Saya pun tak mahu fikirkan sangat. Takut jadi lain. Yang penting ikhtiar. Insyaallah dijauhkan. Maaf lah tak boleh nak cerita secara terperinci apa jenis gangguannya. Doakan semoga Allah membantu saya.

13 ulasan:

  1. ada juga dgr dik

    insyaallah ikhtiar tuu perlu kan ..

    BalasPadam
  2. benda2 macam ni mmg ada...baguslah UI berikhtiar, pedulikan org kata..kita yg menanggung, org di luar tak kan faham...moga cepat sembuh dan jauh dari gangguan...insha Allah

    BalasPadam
  3. Betul tu.. benda2 macam ni memang ada.
    Kena sabar, tabah dan rajin ikhtiar.
    Adik akak menanggung derita bertahun2 jumpa dr pakar sana sini tapi tak dapat kesan penyakit. Setelah beberapa kali buat rawatan alternatif secara Islam, Alhamdulillah dh sihat macam biasa.
    MOga Rose tabah dgn ujian ni dan akan sembuh nanti..

    BalasPadam
  4. Semoga tabah mghadapinya. Sentiasala mngingati Allah....kuatkn ati ye....

    BalasPadam
  5. insyaAllah...kita hanya mampu ikhtiar

    BalasPadam
  6. insyallah mudahan Dilindungi dari gangguan...

    BalasPadam
  7. kita berusaha.. moga cepat sembuh ye

    BalasPadam
  8. semoga allah sembuhkan segala penyakit dan gangguan jahat yg ganggu hidup ummi iman. jangan lupa amalkan mathurat selalu

    BalasPadam
  9. gangguan mahluk halus ni mmg ada, cuma terpulanglah pd kita nak berubat mcm mana...

    BalasPadam
  10. kita cuma mampu berusaha n berikhtiar kak

    moga cpt sembuh yer

    BalasPadam
  11. Thanks UI for sharing,.
    Sememangnya kita perlu kembali kepada-Nya di atas setiap perkara

    BalasPadam
  12. iktiar selagi mampu...
    mgkin org tak percaya menda2 macam ni kan..
    tapi ianya wujud..

    apapun, moga akak cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  13. betul kata kwn2..iktiar selagi termampu ye..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...