بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 6 November 2012

Sanggup ke berpisah?

Assalamualaikum


Terasa agak susah mencari peluang untuk membuat catatan sekarang ni. Budak kecil di atas tu sentiasa mahukan perhatian. Bila saya buka je iPad dia mesti nak. Biasalah takde kawan. Penuh gambar dia ambil sendiri. Atas ni antara gambar yang di ambil.

Terima kasih rakan yang sentiasa tak jemu singgah di blog saya. Banyak juga perkara lain yang terpaksa diuruskan. Boleh kata setiap minggu kami ke Putrajaya untuk urusan yang dikira amat penting untuk diselesaikan sebelum AI bertugas di luar. Alhamdulillah rezeki Allah untuk Iman sebenarnya. Sejak dapat Iman tak putus-putus rezeki Allah bagi.

Iman sekarang semakin bijak bercakap. Baru- baru ni tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Sekarang masih batuk lagi. Alhamdulillah semakin kurang. Takut makan ubat dari kecil sampai kini tak berubah. Nak pujuk makan, kena ugut kata ummi naik atas. Tinggal Iman sorang-sorang di bawah. Barulah nak makan ;)

Berbalik pada tajuk, jika dengan izin Allah AI akan meninggalkan kami berdua di rumah. Bermulalah episod ujian rindu-rinduan :) tak tahulah macamana Iman melaluinya nanti. Bukan Iman sahaja, AI juga. Macam saya dan AI sudah biasa 'berpisah'.

Insyaallah ada rezeki kami akan menyusul kemudian. Tengok pada keadaan. AI pergi tak lama. Hanya beberapa bulan sahaja. Sampai di sini dahulu Iman sudah panggil dari tadi. Ummi dia ambil peluang online di atas :)

Salam ukhwah.

13 ulasan:

  1. ala-ala tak sanggup berpisah...nanti rindu sangat

    BalasPadam
  2. Bagi peluang en Kamal cari dulu lokasi kalau sesuai mesti dia bawa Rose dan Iman sekali. Sesekali di uji dgn rindu-rinduan nak bagi kasih tambah erat.

    BalasPadam
  3. Doakan yg terbaik for u ye rose!

    BalasPadam
  4. rindu rinduan la ya
    AI offshore ke?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ummi...alamak sedih nyer kena berpisah moga tabah menghadapinya yer...:)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum akak..
    apa khabar..?
    sedih baca entry ni, macam manalah iman nanti ye...

    BalasPadam
  7. harap2 nanti dapat kembali.. bagi ayah AI cari lokasi dulu nanti.. tumpang sedih :(

    BalasPadam
  8. as salam

    apa khabar ummi iman? semuga dimudahkan segala urusan..take care ey :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum...

    lame sy x singgah sini....
    bile jauh mesti rindu x banyak sikit mesti terasa sebab dah biaser bersama inikan lagi budak² iyer tak... moga iman x pape... cumam kene rajinlah bg tau dia.. AI kerja jauh... AI cr duit untuk belikan iman mainan, buku...

    BalasPadam
  10. As salam Kak Ros,

    Welcome back! Moga semua, UI, AI & Iman baik2 sahaja :)

    Lama juga berbulan-bulan tu, saya takde experience berpisah lama dgn hubby paling lama pun 2 minggu...itu pun dah resah gelisah... apalagi si dak tecik Iman... Akan-akan dtg kebarangkalian tu ada...maybe saya balik msia dulu,& terpaksa tinggalkan hubby sorang2 kat sini... Moga ALLAH tak uji dgn ujian yg tak mampu kami lalui..insya'ALLAH... ameen

    Iman kak Ros makin bulat & sihat nampaknye... comel! berbeza dgn Iman kami, kurus jerk...samalah baru elok aritu dr demam, selsema & batuk... dulu2 senang sgt bagi dia makan ubat tp sejak kena demam baru2 ni sebab muntah2 terus xsuka/fobia makan ubat...susah juga nak pujuk...

    BalasPadam
  11. mengenal erti rindu yg lebih mendalam

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...