بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 9 November 2012

Hormati kehidupan orang lain

Assalamualaikum


Sekadar renungan bersama...

Selagi bergelar manusia kita sentiasa tidak lari dari bercerita tentang orang lain. Apa yang saya pelajari dan sentiasa belajar... sebagai manusia kita perlu hormat orang lain jika kita mahu orang lain hormat kita. Setiap orang ada kehidupan masing-masing. Apa yang berlaku kepada mereka adalah kisah hidup mereka. Apa yang mereka ingin ceritakan itu juga hak mereka. Jika tak suka lebih baik diam dari berkata-kata. Mendoakan yang baik adalah yang lebih baik. Andai salah kata kita yang mendapat dosa kerana melukakan perasaan orang lain.

Belajarlah menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Kerana syukur itu membuatkan hati kita sentiasa tenang. Bila hati tenang tiada kata-kata yang tidak baik yang dikeluarkan. Biasanya orang yang tiada ketenangan tidak senang melihat kesenangan orang lain. Wallahuaklam.


Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah "Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

"Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)


18 ulasan:

  1. sebelum melihat salah dan kekurangan orang cermin diri kita dulu kan ;-)

    BalasPadam
  2. salam sis.
    Selalu ta muhasabah diri ini..alhamdulillah.semakin byak yg perlu ta perbetulkan..byk bw ke tempat2 rakan byak info yg ta dapat.

    *bagaimanakah keadaan sis sekarang?

    BalasPadam
  3. TQ dik
    semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri ;)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ummi...sama2lah kita bermuhasabah diri kita agar menjadi yg lebih baik...:)

    BalasPadam
  5. betul tu, sbb tu prindip hidup nur,
    lihat keaiban diri sendiri dulu, sebelum melihat keaiban org lain...

    BalasPadam
  6. as salam

    tenangnya hidup..kalau dunia ini aman dari fitnah dan berebut kuasa

    BalasPadam
  7. Setiap dari kita miliki kelebihan dan kekurangan.... jadi tak perlu mencanangkn kekurangan orang lain kerana dia ada kelebihan dr sudut lain....:-)

    BalasPadam
  8. Insyaallah..:)

    singgah & follow sini.

    BalasPadam
  9. Setuju dgn Rose.. Tak perlulah bercerita perihal org lain.. Sentiasa ingat, tiada org yg sempurna..

    BalasPadam
  10. datang menjenguk ke sini (^___^)
    sangat setuju...

    BalasPadam
  11. mudah2an kita kan menjadi insan yg lebih baik..
    tak perlu menjaja keburukan org lain.. salam kenal..
    singgah follow sini..:)

    BalasPadam
  12. singgah pg sabtu.tinggalkan jejak sis ummi iman.

    BalasPadam
  13. As salam Kak Rose,

    Marya tak amik peduli sgt apa org nak kata as long orang tu tak menganggu secara fizikal & menyebabkan kecederaan secara fizikal! Kalau hidup atas apa org kata mmg kita akan selalu berasa down & sedih... Rugi! Sgt rugi! Kerana org tu berjaya melemahkan kita & itu yg dia mahu... Kehidupan kita adalah hak kita jadi tak perlulah biarkan org lain mempengaruhi hidup kita kan... Salam Maal Hijrah kak! Hope sihat & ceria-ceria selalu :)

    BalasPadam
  14. biarlah apa org nk kata pun.. janji kita yakin dengan apa yg kita lakukan

    Moga UI sihat ye

    BalasPadam
  15. betul tu...
    sekurangnyer... sebelum ambik tahu hal org.. ambik tahu hal sendiri dulu...

    *** lama x dtg sini.. harap2 sihat ye

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...