بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 21 November 2012

Hantar AI ke KLIA juga hari yang sama kehilangan atuk

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni lepas subuh kami dikejutkan dengan berita pemergian arwah atuk saya. Tarikh yang sama pemergian AI ke Abu Dhabi. Mujur masa penerbangan di waktu malam. Sudah banyak kali sebenarnya AI tunda hendak ke sana. Mungkin ini lah hikmahnya. Jika tidak AI pasti tidak berpeluang melihat arwah buat kali terakhir.

Ini adalah kali pertama Iman berpisah dengan ayahnya. Sekali berpisah lama pula. Setakat ni alhamdulillah Iman ok sahaja. Tapi biasalah dia akan tanya "mana ayah?". Saya akan jawab ayah kerja. Walaupun nampak Iman kuat tapi bila berhubung ditalian, Iman tak macam sebelum ni sebelum ayahnya tiada. Dia seolah tak mahu bercakap. Merajuk agaknya. Kalau bercakap pun terjerit-jerit. Melawan emosi agaknya.

Di bawah memori di hari pemergian AI....

Ini sahaja gambar yang ok sikit dari yang lain. Iman meronta tak mahu bergambar. Masa ni AI nak masuk ke pintu perlepasan. Masa ni juga Iman menangis siap duduk atas lantai. "ayah.. ayah.." rasa sebak pula tengok dia macam tu.


Ruangan terakhir boleh melihat AI sebelum naik train untuk menaiki kapal terbang. Lihatlah rupa Iman yang sayu tu. Memang sedih tengok dia masa ni. Tapi saya kuatkan hati. Sebelum ni bila nampak kapal terbang, dia akan cakap "bye ayah" macam tau-tau je ayah dia nak pergi.


Gambar terakhir ni sebahagian anak adik-adik saya yang singgah ke rumah untuk berjumpa AI sebelum berangkat ke airport. Yang bercermin mata tu... Adik saya nombor empat.


AI ajak kami ke sana.. sebenarnya saya kurang suka naik kapal terbang ;) lebih-lebih lagi untuk tempoh yang lama. Insyaallah jika ditakdirkan Allah. Sampailah saya dan Iman di sana. Cuma masanya tidak tahu lagi...


13 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Sedihnya tengok iman..sayu tengok ayahnya pergi...

    BalasPadam
  2. UI lamenyeee tak jenguk!!! mudah2an AI selamat pegi dan balik..in syaa Allah iman besa sket baru best naik kapal terbang ;)

    BalasPadam
  3. sedihnya tgk iman....eca even mama continue study kt srwak dlu,nangis2 gk hntr mama......tpi lama2 oke..adik yg bongsu pun mcm tu...xsampai 3bulan,setiap kali mama call,adik mesti cakap,"mama belajar".....

    BalasPadam
  4. Salam,
    Tabahkan hati ye UI.
    Mummy sangat memahami keadaan bila isteri dan anak-anak terpaksa berpisah daripada ayah mereka..
    Semoga UI & Iman boleh adapt dengan situasi baru ni..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah lama2 nti Iman akan biasa..
    adik ipar sy pun pernah kerja kt Oman dulu.. anak2 selalu kena tinggal tapi Alhamdulillah semua OK..
    tabah kan hati, kuat kan semangat ya UI...:)

    BalasPadam
  6. sedih tgk Iman...Mesti dia rindu sgt2 kat ayah die nti

    BalasPadam
  7. As salam Kak Rose,

    Teringat masa berpisah dgn Iman time masa sy bekerja dulu... setiap bulan mesti kena o/station seminggu so Iman tinggal dgn uwan & babahnye... Marya dpt bayangkan perasaan tu... mmg sedih... Rasanye 2 thn lagi kami akan mengalami pengalaman yg serupa dgn AI & akak... Maybe saya kena balik bekerja dulu sementara hubby tinggal di sini sblm boleh balik for good... tak pernah berpisah lama sblm ni...tak dpt nak bygkan...

    Moga akak & Iman ok-ok je ye! Take care... Kisses & hugs for Iman comel from UI di Peru ;))

    BalasPadam
  8. Emm lama tu rindulah Ummi dan Iman nanti..
    Takziah yer kak rose

    BalasPadam
  9. Alahai.. sian pulak tengok si iman tu... huhu (T___T)

    BalasPadam
  10. assalamualaikum ummi...sedihnya tengok iman tu...:(

    BalasPadam
  11. alolo sian iman..
    akak dah sihat ke?

    al-fatihah buat arwah atuk

    BalasPadam
  12. Sedihnya tengok iman.. Tentu berat hati AI nak pergi. Rose apa khabar sekarang?

    BalasPadam
  13. mudah2an dipermudahkan urusan dan selamat kembali ke tanah air..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...