بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 7 September 2012

Merawat darah tinggi

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan hari ni. Semoga kalian sentiasa sihat hendaknya. Hari Selasa baru ni saya telah pergi ke Columbia Hospital yang terletak di Bukit Rimau. Pertama kali jejak kaki ke sini. Bagus hospital ni, baik dari segi layanan dan rawatan yang diberi.

Sepatutnya saya buat full blood test 17hb ni, tapi disebabkan rasa risau saya minta doktor di klinik refer saya ke hospital untuk rawatan lanjut. Saya kena jumpa doktor gyne dulu. Sebab sakit di bahagian perut dan pinggang. Jumpa doktor terus scan rahim ikut saluran rahim. Doktor kata tiada masalah, cuma ada sedikit ketumbuhan. Tak perlu tunggu terus buang di situ juga. Seterusnya saya kena tunggu ujian pap smear. Doktor yang merawat doktor cina perempuan bernama Doktor Loo. Sangat baik dan cekap doktornya.

Saya request untuk buat full blood test. Doktor terus tunaikan hajat saya. Susah hati juga kalau tak dapat nak buat. Bila buat kita lebih tahu apa masalah kesihatan kita yang sebenarnya. Bila guna kad insurans company ada sesetengah mereka tak cover. Sampai hari ni ING tak call lagi beritahu tak cover.

Hingga hari ni masih menanti keputusan darah dan urine test. Seminggu untuk dapatkan keputusan. Harap tiadalah yang lebih merbahaya.

Kini saya sedang sibuk mengawal dan menjaga pemakanan. Segala maklumat tentang darah tinggi saya baca sebagai rujukan.

AI telah belikan saya mesin Omron untuk check BP saya di rumah. 1 hari 3 hingga 4 kali juga saya check. Tekanan masih sama jika saya tak makan ubat atau kurang minum air. 2 hari sebelum ni saya tak ambil ubat. Cuma kawal sendiri. Banyak minum air kosong, minum air epal hijau, timun, peria katak dan asparagus.

Emosi saya semakin hari semakin stabil. Susah juga nak kosongkan fikiran dari tidak memikirkan masalah kesihatan. Apa pun saya sentiasa berusaha.

Rujukan saya tentang darah tinggi.

http://darahtinggi-info.blogspot.com


p.s: maaf saya tak boleh online lama-lama macam sebelum ni. Bila berpeluang saya akan update blog saya, tak sempat singgah blog rakan. Tunggu keadaan saya betul-betul stabil dahulu. Perut dan pinggang masih tak selesa. Terima kasih pada yang meninggalkan ulasan di blog ini. Saya sangat menghargainya..

24 ulasan:

  1. mg cepat sembuh yer..ummi iman/ kak rose..

    BalasPadam
  2. bykkan berehat ye kak... dan jgn abaikan kesihatan.. :)

    BalasPadam
  3. Salam Kenal..

    Semoga semuanya selamat dan kak rose cepat sembuh..

    Nanti singgahlah blog saya dan follow eh..

    BalasPadam
  4. semoga darah tinggi yg ada sekarang i bersifat sementara je la hendaknyer..

    BalasPadam
  5. moga cepat sembuh ye ummi..
    su pon berjaga2 juga tkt sbb umur mkin meningkat..tambah2 mak pon ada darah tinggi juga

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/moh-jamu-mata.html

    BalasPadam
  6. saya doakan akak cepat sembuh macam sedia kala... tibe2 rasa sebak.... kalau ade kesempatan nak singgah jengguk akak.

    BalasPadam
  7. x per dik
    rasanya semua paham dengan situasi adik
    yg penting adik jaga diri baik2
    dan jalani semua ujian ikut apa yg dah diberitahu DR
    insyaallahh semua nie ujian allah
    akk doakan semua dipermudahkan ..

    take care ok ;)

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh yer kak... mudahan tiada penyakit lain lg... semoga dapat kawal pmakann... kerana mkanan mcm2 penyakit dtg... saya pun risau gak... umur mkin meningkt penyakit pun dtg. ..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum ummi...banyak2kan berehat yer n cepat2 sembuh ...:)

    BalasPadam
  10. Rehat yang sangat penting sekarang,.
    Dont really think bout other things,.
    Rehat,. rehat,. dan rehat :)

    BalasPadam
  11. muger cepat sembuh ye makk iman tuu.. uhhuuu

    BalasPadam
  12. semoga sembuh dan semoga tabah ye ummi iman...

    BalasPadam
  13. susah hati kan bila duk tunggu result darah tu...

    pe2 pun sy doakan semuanya ok n UI cpt sembuh...

    BalasPadam
  14. semoga cepat sembuh.. sebenarnya kawal sendiri tu lagi baik dari bergantung pada ubat semata.. tapi for begining ni ubat jgn sesekali lupa nak makan.. esok2 kalau dah ok bacaan nya.. baru slow kurangkan dos n kawal sendiri.. semoga cepat sembuh ye sis

    BalasPadam
  15. tenang2 kan hati dan jangan stress eks..semuag cepat sembuh..take care ye UI

    BalasPadam
  16. husben saya kalau tak makan ubat ok je. bila ambik ubat macam2 la yg jadik.

    BalasPadam
  17. InsyaAllah semoga cepat sembuh, maaf main terjah aje.

    BalasPadam
  18. jaga kesihatan...........
    -...............

    BalasPadam
  19. ada rawatan terbaik untuk darah tinggi. klik sini >>> http://tsynn0.wix.com/darahtinggi ,Disini juga ada maklumbalas pesakit2 darah tinggi.

    BalasPadam
  20. susah ne kak darah tinggi...xpasal2x dtg sahabat baik dia tu...xmustahil..kurangkan garam eh kak..gula pun... ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...