بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 12 September 2012

Ketenangan dan kekuatan

Assalamualaikum

Semakin lama semakin kurang entri di blog ni.. tuan blog kini banyak memberi ruang masa pada dunia realiti. Tapi dalam pada itu hati ni sentiasa rindu dengan blog saya ni dan rakan blog yang lain.

Terima kasih di atas ulasan yang ditinggalkan. Kalian memang rakan yang baik kerana luangkan masa berkunjung di sini. Alhamdulillah dengan ulasan yang ditinggalkan banyak juga membantu saya menenangkan diri dari memikirkan yang bukan-bukan. Walaupun sebelum ni saya kata yang mendengar dan mengalami tidak sama, tapi saya akui kata-kata perangsang dari orang lain banyak membantu dalam memberi harapan dan semangat. Terima kasih sekali lagi.

Sekarang saya dalam proses memperbaiki kesihatan lagi. Tengah berfikir untuk membeli supplement yang boleh membantu pulihkan kesihatan dalaman secara total. Disebabkan mahal ambil masa juga untuk berfikir. Tapi wang bukan lagi ukuran bila tak sihat. Betul tak? Masa ni memang banyak juga pelaburan yang perlu dibuat demi kesihatan. Sebab tu kena beringat sebelum sakit. Dulu saya memang jenis orang yang tak kisah sangat soal makan. Bukan tak jaga cara pemakanan, tapi kurang sangat makan dan makan tak ikut masa dan jarang bersenam.

Bila tak sihat, semua yang dulu diabaikan kini dijaga. Dah terhantuk baru nak terngadah. Adakala sakit ni sebagai amaran dan peringatan. Sebelum ni kita tahu tapi tak buat. Kepada rakan yang lain jagalah kesihatan sebaik mungkin semasa kita sihat ni. Adakala kesannya bukan sekarang tapi bila kita berusia.

Hujung minggu baru ni saya ke Melaka berurut dengan Wan Induk. Ada kisah mengenainya sebelum ni. Kami bermalam di sana. Seronok pergi rumah Wan Induk. AI pun nampaknya serasi. Susah dia nak tidur rumah orang. Bangun pagi boleh tengok pokok-pokok menghijau dan kabus. Nikmatnya... terasa nak tinggal di kampung bila AI pencen nanti. Tenang dengan udara yang masih segar. Iman pun seronok dan serasi di sana.

Banyak pesanan dari Wan Induk untuk saya. Apa yang diberitahu semua saya buat. Kini saya bertungku. Baru ambil batu sungai dari rumah mak semalam. Sedap juga bila buat. Badan kita bila banyak jatuh dan tak betul urat-uratnya eloklah dibetulkan. Bila aliran darah tak sempurna tu yang timbul penyakit. Bersenam juga boleh membantu. Kini saya ambil peluang bersenam bersama Iman dalam rumah. Luar rumah nanti kena kejar dia je pula ;) dia pula yang lebih semangat. Hari-hari mesti ajak lari.

Iman sentiasa berikan saya ketenangan dan semangat...

Baru ambil gambar ni semalam masa nak keluar. Iman bergaya sendiri tanpa disuruh. Senyum je saya tengok gaya dia. Sekejap je pakai.. Nak keluar semua dia tanggalkan. Sajalah tu nak hiburkan ummi dia.

Selain itu zikir Lailahaillallah banyak membantu saya dari segi kerohanian dan memberi ketenangan dan kekuatan juga.


26 ulasan:

  1. Salam,
    Semoga UI tabah dengan apa yang berlaku..Kami rakan blogger tetap memberi semangat dan kekuatan bagi membantu kawan yang lain. Walaupun dunia realiti dan dunia maya ini dua perkara yang berbeza tapi apa yang pasti keihlasan dalam diri kita semua tetap ada..
    Pastinya mummy sentiasa merindui coretan UI:)

    BalasPadam
  2. Dari kejauhan ini kakak doakan moga Rose beransur sembuh dan boleh aktif semula seperti dulu. Iman memang cute. Kalau exercise di luar kena kejar dia pun bagus juga Rose - sebab kalau tak kejar Iman exercise kena ambil masa 1/2 jam tapi kena kejar dia 15 minit dah banyak peluh keluar:)

    BalasPadam
  3. semoga rose cepat2 sembuh. buatlah amalan yan leh kurang kan sakit.. apa2 pon biarlah hati tenang selalu

    BalasPadam
  4. moga UI cepat sembuh .. jangan stress2.. berkejar je ngan iman kat luar rumah.. beriadah dengan dia...

    Moga tabah ye UI

    BalasPadam
  5. spek pink.. sempoilah iman.....

    perlahan²... insyaallah akan baik seperti sediakala...

    BalasPadam
  6. akak rest byk2 ya..jgn byk fikir..rjin2 mkn ubat tau ;-)

    BalasPadam
  7. akak rehat banyak2 k...semoga cpt sembuh

    BalasPadam
  8. akak..rindunya..!
    cepat2 sembuh ye kak.. jgn byk buat kerja berat...
    rehat secukupnya..dan jgn byk fikir..

    BalasPadam
  9. take care ye UI.. moga cpt smbuh n tabah hadapi dugaan ni

    BalasPadam
  10. take care...moga cepat sembuh...banyakkan rehat n jgn fikir yg bukan2 yer

    BalasPadam
  11. As salam K.Ruse,

    Baru sempat jenguk ke sini... rasa sedih baca coretan akak ni... Moga cepat sembuh & bersemangat kembali... Seronok dpt jumpa org yg baik & pandai pulak mengurut... terbayang2 suasana kg tu bila akak bercerita... Iman pun makin bijak! Jaga diri ye kak... Marya dah post brg tu... katanya 10 hari smp tp ntah lah dulu anta brg nak dekat 2 bulan baru smp... semoga selamat smp hendaknya... Kisses & hugs buat Iman ye :)

    BalasPadam
  12. singgah jap baca kisah motivasi pg2...tq for the perkongsian.

    BalasPadam
  13. take care kak...rajin2 mkn ubat yer...

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ummi...semoga cepat2 sembuh yer...:)

    BalasPadam
  15. Semoga cepat sembuh dan tenang selalu

    BalasPadam
  16. MOGA SIHAT DAN TABAH...SENTIASA INGAT PADANYA...

    BalasPadam
  17. Insyaallah tak lama lg dah boleh berblogging seperti biasa.Kesihatan memang benda yang paling berharga dlm hidup..semoga cpt sembuh..

    BalasPadam
  18. Lama akak tak singgah sini. Sedihnya baca coretan2 Rose.. Sabar ye Rose.. Ingatlah bahawa ujian tu menunjukkan sayangnya Allah kpd hamba-Nya.. Akak harap Rose terus tabah dan jangan berputus asa.. Insyaallah berkat usaha dan doa, Rose akan pulih.

    BalasPadam
  19. Semoga cepat sembuh! Be strong ya!

    BalasPadam
  20. jeles tgk spek iman..nak juga :P

    BalasPadam
  21. singgah melawat ummi..
    mudah2an cepat sembuh yer ;)
    TC

    BalasPadam
  22. Rindu dengan UI...rindu jg dengan cerita2 Iman....
    Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggungnya..

    Apa pun jaga Kesihatan Rose..... Apa jga nasihat dan petua2 untuk kesihatan, kalau bagus tak salah kita amalkan selagi ia tdk bertentangan dengan landasan islam...
    Jaga diri...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...