بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 4 September 2012

Belajar dan memahami hakikat hidup

Assalamualaikum

Pertama sekali terima kasih buat rakan-rakan yang sudi memberi dorongan dan mendoakan saya. Saya masih belajar menerima hakikat ujian kesihatan yang saya terima. Macam yang saya pernah beritahu sebelum ni... sakit itu ujian Allah dan adakala ianya berpunca dari kesilapan diri sendiri. Bagi saya apa yang saya terima adalah dari kesilapan diri sendiri.

Nipisnya Iman

Semasa mula-mula terima berita bacaan darah tinggi dan kena makan ubat darah tinggi (5mg). Dalam masa yang sama ada infection dalam rahim dan kena makan antibiotik, tiba-tiba sahaja saya fikir yang bukan-bukan. Hati tiba-tiba jadi sayu dan saya menangis. Masa ni saya cukup sedih dan tidak boleh terima kenyataan. AI banyak membantu waktu ini... dia sentiasa berusaha buat apa sahaja. Iman juga cukup memahami. Baik sangat bila berdua di rumah. Seolah faham saya kurang sihat. Melihat dia lagi sebak saya rasa.

Saya ambil masa 2 hari untuk terima kenyataan. Saya juga kena berusaha menangani masalah kesihatan saya. Alhamdulillah, kini saya semakin kuat dan berusaha dalam pelbagai bentuk perubatan.

Utamakan kesihatan

Sihat adalah kunci kebahagiaan yang sebenar. Siapa yang nak sakit kan? Jadi kita tak boleh lari dari berjaga-jaga, baik dari segi pemakanan, waktu makan, waktu tidur dan waktu bekerja. Bersenam amat penting. Inilah perkara yang sering kita abaikan. Macam saya. Adakala kita lupa sebab kita masih sihat. Cara hidup yang sihat adalah kunci kesihatan kita.

Nikmat yang ditarik

Sebagai manusia kita memang kena terima hakikat. Semakin bertambahnya umur semakin tinggi peluang kita menghidapi penyakit. Tapi kini ramai yang muda-muda tak kira kanak-kanak sudah ada penyakit yang biasa orang berumur perolehi.

Sakit ini lambat atau cepat kita boleh terima. AI kata "dengar apa yang dia nak beritahu... semakin bertambah umur sikit-sikit tuhan tarik nikmat yang DIA bagi" jadi kena bersedia terima kenyataan dan hakikat hidup.

Membaca, melihat, mendengar dengan mengalami adalah perkara yang cukup berbeza. Bila kita membaca, melihat dan mendengar perasaan kita adalah setakat simpati dan kagum dengan mereka. Berbeza dengan yang mengalami... hanya Allah yang tahu apa yang difikirkan dan setakat mana keimanan seseorang menerima ujian kesakitan tersebut.

Syukur Allah baru uji yang sedikit.. Itupun seperti dipasangkan bom jangka. Kerana hanya saya yang rasa apa yang tak kena dalam badan. Sebab itu risau saya melampau-lampau. Semoga Allah baru beri isyarat pada saya dan bagi peluang kedua untuk terus perbaiki kualiti kehidupan yang ada.

Panjang juga catatan saya... saya harap ada yang faham apa yang cuba saya sampaikan. Terima kasih pada yang sudi membaca.

18 ulasan:

  1. owh kak rose...akk amik ubat drh tinggi yg amlodipine ke norvasc?

    BalasPadam
  2. Semoga kesihatan ummi akan kembali seperti biasa. Memang kita selalu 'take for granted' atas kenikmatan yang dikurniakan... Syukur masih berkesempatan untuk perbaiki keadaan :-) Take care ya

    BalasPadam
  3. Semoga rose sabar dalam menerima ujian ini..dan Semoga Allah kembalikan kesihatan untuk kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna..

    BalasPadam
  4. sabar kak...sakit tu pembersih dosa...insyaALLAH, akak akan sihat,...sntiasa jaga kesihatan ye kak...nory doakan akak sihat2 selalu....amiinn

    BalasPadam
  5. As salam Kak Rose,

    Ya ALLAH berderau darah Marya baca nukilan ni... Marya tak berapa sihat jugak sejak 2-3 menjak ni... sakit tekak demam batuk sikit... semoga menjadi kafarah... Sedihnya Marya dgr hrp taklah serius mana... insya'ALLAH... moga ALLAH sembuhkan...syafakallah... berusaha dan ikhtiarlah sb janji ALLAH setiap penyakit pasti ada ubatnya... Marya doa yg baik2 dr sini... ameen ya Rab... Kuatkan semangat ye kak Rose demi Iman dan keluarga...

    BalasPadam
  6. kuatkan semangat ye kak..jgn mudah putus asa.
    setiap yg diuji itu pasti ada hikmahnya....

    DIA sentiasa bersama kita...
    salam sayang dari NUr.. :)

    BalasPadam
  7. Dugaan kan UI.. moga tabh hadapinya... setiap org ada dugaan tersendiri kan.. termasuklah saya...

    BalasPadam
  8. moga tabah yer UI...

    selamat hari raya..maaf zahir batin.. trima kasih atas kad raye tu yer..:)

    BalasPadam
  9. sabar yer kak .. dugaan buat akak ni .... akak jgnlah pendam² perasaan .. nnt darah naik lg tinggi .. dan jgn mudah marah jugak nnt lagi tinggi naiknya ... buat mcm biaser jer.. insyaallah .. normal.

    BalasPadam
  10. Be strong yer akak! Jangan fikirkan sangat sakit tu. Just enjoy dgn Iman :)

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. sabar ye UI.. kita masing2 terduga.. moga kita lebih tabah dan redha dengan ujiannya...


    Moga kita juga makin dekat denganNYA

    BalasPadam
  13. Salam UI,

    Harap terus tabah ye,. Not only UI yang kena jaga pemakanan, kita semua yang masih sihat ni pun kena beringat juga.

    BalasPadam
  14. sabar kak..tu semua ujian dari Allah.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...