بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 16 September 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Malam ni berpeluang online, sambil Iman tidur di sisi. Petang tadi kami pergi Ulu Yam River n Terrace kepunyaan rakan AI. Menarik tempatnya. Sudah 2 tahun lebih tak ke sini. Banyak dah berubah. Saya belum berpeluang buat entri mengenai bisnes rakan AI ni. Boleh singgah Blog atau Facebook nya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tujuan ke sini saja cari ketenangan dan kedamaian air sungai dan kehijauan hutan. Imanlah yang seronok mandi manda bersama che Nayli (anak adik yang saya ajak join sekali). Datang dah lewat jadi sekejap sahaja singgah.

Kini saya baru bersedia terima kenyataan. Malu rasanya pada diri yang sukar terima hakikat apa yang berlaku. Yang penting saya belajar sesuatu dalam hidup. Apa yang penting sekarang melawan dan memperbaiki kesihatan daripada tidak baik kepada baik. Kalau boleh ke tahap excellent :) boleh ke? Ini cabaran kepada diri sendiri. Insyaallah jika betul-betul berusaha pasti boleh.

Rindu dengan rakan blog. Perlahan-lahan akan singgah... terima kasih di atas sokongan semua. Kalian memang sweet... sayang kalian.

Pinjam pesanan dari AI...

"hidup ini ada suka dan duka.... jadi kena terima kenyataan apa yang kita lalui dalam hidup"

Dua anak kecil yang suka dapat main air... Seronok tengok gelagat mereka

27 ulasan:

  1. Betul tuh!Hidup kita ni mmg penuh dengan cabaran dan dugaan, kita kena kuat!:) comelnyer bebudak tu memain air..:)

    BalasPadam
  2. hidup tanpa dugaan,xbest sangat!.hehehe

    BalasPadam
  3. be strong ! bestnyerr mandi sungai...

    BalasPadam
  4. nak ikut....
    insya allah semuanya baik2..

    BalasPadam
  5. moga UI terus diberi kesihatan yang baik, kuatkan semangat k

    BalasPadam
  6. Tidak perlu dimalukan, Rose. Memang menjadi kebiasaan kita sukar menerima sesuatu yg di luar dijangkakan.. Bezanya adalah masa yg diambil utk menerima kenyataan tersebut.. Alhamdulillah, gembira bila baca entry Rose ni.. Insyaallah, jadikan ujian ini sebagai pemangkin utk menjalani hidup yg lebih sihat dan ceria.

    BalasPadam
  7. Salam UI,.
    Seronok mummy tengok, tapi tak ada banyak gambar pulak,.
    Ini part of idea untuk program weekend kami,.
    Cuma buat masa sekarang ni mummy tak boleh sangat bawak bb ke tempat2 camtu,.
    tunggu le adik besar sikit,.
    Mummy doakan UI akan terus sihat, mungkin bila dah tak fikir sangat, kesihatan UI akan bertambah baik..
    Mummy doakan :)

    BalasPadam
  8. bestnya mandi sungai...last mandi sungai masa pregnenkan alya dulu...wah dh dekat 3thn tu xmandi sungai...

    BalasPadam
  9. amboi iman bestnyer dpt mandi hehe..betul tu kak dalam hidup ni ada suka dan duka..kita kena redha segalanya...

    BalasPadam
  10. bestnya mandi sungai.. kami pun lama tak bermandi manda ni

    *** dalam hidup ni ada pasang surutnya.Saya doakan UI akan sembuh nanti.. bersabar dengan dugaan ni ye

    BalasPadam
  11. syoknye tengok si kecil 2 org tu mandi manda.

    BalasPadam
  12. salam ummi iman.. lya doakan moga semuanya baik2 saja ye.. lya faham apa y ummi iman rasai.. saat ditimpa ujian kehidupan.. tp walau apapun ujiannya.. apa y penting kita msti redha.. apabila kt redha..kita akan dpt hadapinye dgn tenang.. walaupon adekalanya ianya amt myakitkan..

    BalasPadam
  13. As salam Kak Ruse,

    Tak tejuk ke Iman tu? Auntie yg tgk pun da rasa sejuk..lama dah tak mandi sungai...last rsnya masa preggykan Iman...terasa serik nak mandi sungai lepas kejadian kepala air di ulu bendul dulu tu...

    Semoga K.Ruse kembali pulih... jgn fikir byk2 focus jaga kesihatan ye K.Ruse...*hugsss* :)

    BalasPadam
  14. Bestnya iman dapat main air yer!

    BalasPadam
  15. Betul tuh....Hidup kita penuh dgn onak dan duri....

    BalasPadam
  16. UI kkite tak pasti ape yg berlaku..sabarlah ;D

    BalasPadam
  17. assalamualaikummm.....

    ape jua yg berlaku adelah ketentuan lagi² kebenaran mmg pahitkan.. tp hidup mestilah diteruskan.... demi keluarga yg kt syg....

    BalasPadam
  18. sabar byk2 yer ummi iman..

    mandi manda kt situ confirm sejukk punyer!

    BalasPadam
  19. semoga tabah yer kak rose... zie pun sukar menerima takdir, tapi siapalah kita nak melawannya, mudahan apa yang diberikanNya dapat mematangkan kita dalam menempuh liku2 hidup seharian...

    BalasPadam
  20. Betui kata AI tu....alhamdulillah...awalnya biasalah kalau kita sedikit sukar menerima hakikat,perlahan-lahan kita akan menyedari itu telah Allah atur untuk membawa kita dekat kepadaNYA..

    BalasPadam
  21. assalamualaikum ummi...seronoknya mereka bermandi-manda bersama2 yer..;)

    BalasPadam
  22. seronok iman mandi2 ye...lama tak singgah sini...mood ke laut la rose..

    saya doakan agar kesihatan rose baik2 saje ye..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...