بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 4 Ogos 2012

Terima kasih Cik Rongoks @ Ika

Assalamualaikum

Semalam petang saya sudah terima kad raya yang Cik Rongoks @ Ika hantar. Kad raya ni atas permintaan. Cik Ika tanya? Siapa nak kad raya tinggalkan nama dan URL blog. Maka saya yang suka dengan cik Rongoks pun tinggalkan apa yang diminta. Tapi bukan semudah itu nak dapat ya.. Oleh kerana peminat cik Rongoks ramai sangat. Jadi cik Rongoks pun buat cabutan. Nampaknya Ummi Iman peminat bertuah kerana tersenarai untuk memiliki kad raya cik Rongoks :)

Kenapa suka dengan cik Rongoks? Kerana cik Rongoks walaupun Rongoks tapi hatinya tak Rongoks :) dia seorang yang peramah dan kelakar juga. Suka orang peramah-peramah dan ada unsur-unsur kelakar ni. Terhibur rasanya rasa di hati ;)

Mari lihat kad raya yang cik Rongoks kirim. Oh sebelum tu cik Rongoks ni trademark Ika je.. tuan dia tak rongok pun ;) sebab apa Ika pilih cik Rongoks, itu kena tanya cik Ika sendiri ;)

Comel kan kad rayanya... hasil ciptaan sendiri

Ni pula isi kandungannya..
Terharu pula bila buka kad raya ni semalam. Sebab dah lama tak dapat kad raya. Memang berbeza dapat kad raya melalui pos dan melalui online ni....

Terima kasih Ika ya.. suka sangat akak. Dahlah pos dari Kota Bharu. Jauh juga perjalanannya. Raya ni akak balik Kelantan. Bolehlah datang beraya rumah Ika ;)

17 ulasan:

  1. wah..omeynyer xd ag ke??so ummi iman bile plak nk mengsend kad nh?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...bestnya dpt kad raya dr blogger...:)

    BalasPadam
  3. comelnya..waaa nk jugak kad raya..:(

    BalasPadam
  4. comey kan kad dari ika ni..ditempah khas tu...saya pun dapat jugak..

    BalasPadam
  5. Wahh bestnye dpt kad raye... jeles laa :-)

    BalasPadam
  6. weeeee ~
    alaaaaa.. segannye cakap ika camtu . hahahhaha
    akak ! nnt sent ika no fon ek kat nooratikahramli@ymail.com
    mna tahu kot2 ika bleh dtg raya umah akak kt Kelantan tu . hikhik

    thanks utk entry yg super tacing nie . hehehehe

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat kad raya dari rakan blogger.

    BalasPadam
  8. memang bestkan dapat kad raya.. terasa mcm suasana dulu2 je.. :)

    BalasPadam
  9. wah kad raya cute.. huhu dah lama tak dapat kad raya

    BalasPadam
  10. waa... dpt kad raya dr cik rongak ek.. ^_^ cute sangat.. ^_^

    BalasPadam
  11. comelnya kad raya cik rongoks,memang untunglah ummi iman..:)

    BalasPadam
  12. comel kad raya ika kan hihi

    BalasPadam
  13. tu la... kad online dengan real mana nak sama. feel dapat kad raya mmg terbaik la kan.

    BalasPadam
  14. meriahnya dapat kad raya macam ni .. teringat zaman sekolah dulu .. dapat banyak² lepas tu gantung hihihihihihi ....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...