بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 25 Ogos 2012

Santai di Pantai Bachok, Kelantan

Assalamualaikum

Masih lagi di Kelantan. Akan bergerak pulang ke Selangor pagi ni.. Line internet slow, jadi agak susah nak update blog. Seminggu berada di Kelantan, tapi terasa cepat masa berlalu.. Saya suka balik Kelantan.. selain membeli belah, dapat makan makanan sedap-sedap. Tapi kali ni kurang acara makan-makan di luar. Tak sempat. Jalan sesak... sana sini... apa pun puashati.

Raya keempat baru ni pergi berkelah ke Pantai Bachok, Kelantan. Pertama kali saya sampai sini. Ramai juga orang hari tu.

Bergambar sebelum balik. Dari kiri AI, mak saya (datang Kelantan naik bas raya ketiga), adik mak mertua, isteri sepupu AI, Sirah, Imah (sepupu AI), Nurain (anak saudara AI), mak mertua, Md Nor, Ila (sepupu AI), Cik Yah (adik mak mertua), Ani (sepupu AI) dan last sekali saya ;)

Iman bersama bola yang di bawa khas dari Selangor ;)
Kalau tak bawa bertambah lagilah koleksi bola dia...

Masa baru sampai... santai bawah pokok.. redup dengan tiupan angin yang sejuk walaupun cuaca mulai panas. Mak mertua dan adik mak mertua sama-sama bawa bihun goreng.

Susah nak ajak bergambar sekarang ni.. jadi ambil sahaja mana yang sempat ;)

Bersama ma tok Iman.. tapi Iman panggil nenek ;)
Tengok... meronta nak ajak bergambar.. sibuk nak main..

Bergambar kenangan di sini bersama Iman.. agak susah untuk dapatkan gambar yang elok bersama.. Mood bergambar Iman dah hilang ;)


p.s: Shopping di Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Tesco dan Pasar Siti Khadijah sahaja... tak lupa pasar Wakaf Bharu... seronok bila membeli barang dengan harga murah. Kecek kelate ambo ;)



33 ulasan:

  1. Salam UI,
    Dah lama mummy tak bw ke sini,. atau lebih tepat ke mana sahaja :(
    Seronok dapat shopping dan berkelah,.
    Mummy pun suka buat aktiviti bersama dengan family bila balik besut, Indah dan damai melihat luasnya ciptaan Tuhan tu,.
    Selamat Hari Raya dari mummy sekeluarga, Maaf zahir dan batin..
    Beli gapo balik klate?..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah mummy.. beli kuali, baju, tudung, kasut, keropok, beras dan mcm2 lagi.. tak ingat dunia ;) tp murah2 je semuanya hehe

      Padam
  2. Assalamualaikum UI...

    Meriahnya berhariraya. :)

    Terima kasih atas kad ucapan yang dah kakcik terima tu ya. :)

    BalasPadam
  3. ambo jugok tak lepah2 g bachok..

    tk atas kiriman kad raya tu

    BalasPadam
  4. amboh dok reti2 kecek kelate lagi2lah royak ganu..mace siam je bunyinye keh

    p/s: UI tq kad raye! kad raye kedue ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit2 bulehlah keceknyo...banyok2 supo alik siye ugok ;)

      Padam
  5. kata org raya haji di kelantan lg meriah..tp sy tahu kelantan mmg byk makanan yg sedap2..Selamat hari raya ummi iman sekeluarga.sempat lg ye berpiknik masa raya.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ni tak meriah serupa dulu dah raya haji. Mungkin mak mertua raya haji kat sini tahun ni...

      Padam
  6. Assalamualaikum wbth.....
    Pantainya yang bersih
    sungguh indah disanakan sis....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang indah... suka bila berada di sana. Org2nya pun peramah2

      Padam
  7. assalamualaikum ummi...seronoknya beraya sempat lagi singgah di pantai nan indah tu...:)

    BalasPadam
  8. amboi beraya sambil berkelah..hehe..maaf zahir batin..

    BalasPadam
  9. best g kelatey tapi tak berapa reti nok kecek..selalu suh hubby tolong tawar menawar ..hehe..selamat hari raya :)

    BalasPadam
  10. wahhh..seronoknya iman....!

    selamat hari raya akak.. terima kaseh ye.kad raya akak dah sampai.. :)

    BalasPadam
  11. saya pun suka balik terengganu. sebab dapat kumpul duit raya banyak2. hahaha...

    BalasPadam
  12. Wah, meriahnya raya.. sempat berkelah ramai2 lagi tu..
    Pernah gi Pantai Bachok masa belajar di sana dulu.

    BalasPadam
  13. As salam K.Rose,

    Iman nampak mcm berisi pulak badannye... makin besar & sihat ye! Skrg Iman kita suka sgt berposing bergambar... makin ngada2 lak...hehehe... Kalau amik gambar sibuk nak tgk jgk... tp bila mood dia takde tak boleh dipaksa lsng... :)

    Marya tak ingat pernah smp ke tak Pantai Bachok ni... Tp Pantai cahaya bulan aka cinta berahi pernah smp...mmg putih pasirnya... seronok bila berhadapan dgn laut china selatan...ombak pun kuat...aaarrrrghhhh rindu dgn msia!

    Mesti shopping sakan kan... last year last Marya pergi KB... Tak sempat nak shopping byk sebab pergi pun atas tiket bekerja... bilalah nak smp kelate lg... makanan mmg sedap & murah! :))

    BalasPadam
  14. salam dik

    sambil2 beraya leh berjalan2 di pantai kan ..
    seronok jugak ..
    nak2 pantai yg sepoi2 nie ..
    akk pun dah lama x ke pantai .. usah kata ke kelantan , di pahang nie pun jarang nak ke pantai .. hubby x suke sgt huh

    BalasPadam
  15. Salam UI... bestnya beraya sambil berkelah..

    saya apapun idak hehehhehe

    *** tak pandai kecek kelate!

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum UI...

    Wahhh...seronoknya beraya sambil berkelah...
    Pantai Irama tu dekat jer ngn kg akak...tapi akak jarang2 pergi sana....

    BalasPadam
  17. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam
  18. alamak...bestnya berkelah di Pantai kat Bachok! lama juga tak ke sana hehe

    p/s : dah join GA kami? tarikh akan dilanjutkan hehe

    http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/08/3rd-birthday-giveaway.html

    BalasPadam
  19. wahh bestnya...raya-raya dpt berkelah..dpt berkumpul lagi..best..best..

    BalasPadam
  20. lain tempat lain org cara berhari raya nya...

    ala... nape sy tak boleh tgk semua gambar² ni sadislah.... nape yer...

    BalasPadam
  21. bestnya raya2 gi kelah... cutenya iman

    BalasPadam
  22. tomeinya si iman (^___^) geram pulak tengok (^___^)

    BalasPadam
  23. seronoknya santai ramai2 gini..

    BalasPadam
  24. wah bestnyer berkelah kat pantai ramai2 mcm ni hihi

    BalasPadam
  25. Teringinnya M nak jln2 kat Kelantan..

    BalasPadam
  26. YEAHHHHHHHHHHHHHHHHHH AKHIRNYA SY BOLEH TGK SEMUA² GAMBAR ...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...