بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 6 Ogos 2012

Sampin dan songkok raya Iman juga kisah mereka yang tak hormat Ramadhan

Assalamualaikum.

Panjang sungguh tajuk entri. Ala-ala 2 in 1 macam tu ;) Semalam keluar cari songkok dan sampin raya Iman di Pasar Jawa, Klang. Tak perlu belek-belek, jumpa terus beli... tuan yang nak pakai tu macam biasa meriah dan teruja bila dapat keluar ;) Jadi haruslah cepatkan urusan.

Sampin dan songkok raya Iman ;)
Nampaknya dia tak suka pakai songkok dan sampin ni :( biasa pakai kopiah. Pandai dah pun sebut kupiah ;)
Bila suruh pakai sampin tadi dia cakap atallah.. tahun lepas kecil lagi redha je bila kena pakai :)
Tak tahulah bila raya nanti.. Mana tau mood berubah ;) harap-harap macam tu lah...

Dah beli terus balik. Singgah bazar Ramadhan di Port Klang pula, AI beli nasi kerabu. Saya tunggu dalam kereta je masa ni. Entah kenapa mata ni mengantuk sangat petang tu. Masa tunggu AI beli nasi kerabu boleh terlelap dalam kereta. Kemudian singgah My Mydin pula beli susu dan diaper petpet Iman. Murah beli di sini.. sempat promote lagi ;)

Masa menunggu AI dalam kereta, mata yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Sebaris My Mydin tu ada kedai TOTO. Mula-mula terpandang lelaki Melayu yang baru keluar beli nombor sambil hisap rokok. Terpinga-pinga saya dibuatnya. MasyaAllah, takde perasaan malu ke di hati tu. Sudahlah berjudi, kemudian tak puasa. Bukan dia sahaja yang membeli, ramai lagi orang Melayu saya tengok masuk beli. Masa tu pukul 6 petang. Ada seorang lelaki yang menunggu anak dia membeli dalam My Mydin tu pun hairan. Dia turut memerhati macam saya.

Bukan nak buka aib mereka. Tapi cukuplah saya katakan semoga Allah buka pintu hati mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bila kita terus menghukum seseorang ditakuti Allah uji kita dengan ahli keluarga yang berbuat seperti mereka. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Semoga hati ni sentiasa ada perasaan malu pada Allah. Amin.



p.s: Salam Nuzul Al-Quran. Misi khatam Al-Quran saya harap-harap berjaya hendaknya..

20 ulasan:

  1. ntah le, mereka mengharap dpt merubah nasib gamaknya, mudah2an insaf le sblm trlmbat

    BalasPadam
  2. Sedihnya kakak bila benda-benda begini terjadi. Hukum Allah bagaikan tidak ada dihati langsung bila berani mencabar hukum yg pastinya dia tahu..

    BalasPadam
  3. Sedihkan bila tengok kaum kita yg berlebihan nak2 di bulan ramadhan ni..

    anak2 saya pun rsanya tak bagi pakai sampin kut 4 orag tu.. jenuh nak mencari hehehhe.. yang lama dah tak muat

    BalasPadam
  4. nnti raya,mereka riuh.
    tapi puasa ntah ya ntah tak.

    semoga kita dijauhkan.amin

    BalasPadam
  5. SEmoga mereka mendapat taufik dan hidayah, InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. wahh kemain lg iman nak beraya, puasa cukup x tu??? eheheheh

    BalasPadam
  7. sedih betulkan tgk orgislam langsung tak ada rasa hormat..
    walaupun kita berpuasa, tpi bila tgk org lain xpuasa, kita pula yg rasa malu...

    BalasPadam
  8. sedih dgn manusia sekarang, itu hanya segelintir yg kita lihat... yg kita tak tahu ni? mungkin lebih ramai.. mudahan mereka kembali ke pangkal jalan

    BalasPadam
  9. mesti cute iman berbaju melayu dgn sampin tu..

    BalasPadam
  10. kat sini pun same UI..semuge ati2 mereka Allah bukekan..hati kite sekali ;)

    BalasPadam
  11. As salam K.Rose,

    Eh, sampin tu sama macam Iman punya dulula...warnanye tu sama... Tapi dah tak muat lagi dah... Raya ni nampaknye Iman pakai baju ape yg ade jelah sebab baju raya dah tak muat..hehehe...

    Semoga berjaya khatam Quran ye! Salam Nuzul Al Quran! :)

    BalasPadam
  12. Salam persahabatan,
    Ingin bertukar-tukar banner saiz 125px? sila lawati blog kami di http://www.blog.nik.my/index.php?id=39

    Sekian.

    BalasPadam
  13. ada jugak belikan si kecik tu sampin. tak tahu la boleh pakai ke tak sebab sampin tu walaupun size S tapi macam besar jugakj sikit.

    BalasPadam
  14. semoga mereka tu mendapat hidayah daripada-NYA

    BalasPadam
  15. nampak excited sgt iman dgn songkok barunya tu. anak2 izan pun blm beli songkok lagi...

    moga2 mereka akan mendapat hidayah Allah kelak.

    BalasPadam
  16. buruk tul beli toto bulan2 puasa ni..apatah lagi kalau bukan bulan ramadhan pun dh nampak buruk kan..:)

    apapun harap satu hari mereka mendapat hidayah..

    BalasPadam
  17. samelah anak saya x suke pakai sampain, ade xde dia pakai mase umur setahun dgn 2 tahun jer.. thn lps memang dia xnak pakai .. thn ni x belikan lagi dah hihihihihihi.. tak tau lah kot last minit nak pulak nnt.

    nauzubillah btl org mcm ni langsung tak menghormati bln ramadhan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...