بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Ogos 2012

Puding roti bakar resepi sendiri

Assalamualaikum

Semalam buat roti aiskrim untuk digoreng. Teruja sangat nak buat lepas tengok entri Fieda sebelum ni. Masih belum goreng lagi.. Simpan dalam peti malam tadi. Petang ni baru nak goreng. Harap tak kering sangatlah roti tu.

Baki lebihan roti tadi sayang nak buangkan. Teringin nak buat puding roti bakar. Cari melalui google. Tengok resepi. Banyak bahan takde kat rumah. Sms ayah Iman suruh beli telur dan kismis. Bila AI dah balik tengok masih ada bahan yang tak cukup. Nak suruh pergi kedai lagi kesian pula. Jadi saya cipta resepi sendiri ;)

Masa hampir siap di bakar

Resepinya:

Roti
Telur 2 biji
(resepi asal 3 biji)
Susu cair cap junjung 1/2 tin + air (tak sukat pula airnya, sebab saya rasa tahap manisnya sahaja.)
(resepi asal susu segar 4 cawan + 1/2 cawan gula)
Esen vanila 1 penutup
(resepi asal sedikit serbuk cinnamon)
2 sudu besar minyak masak
(resepi asal 3 sudu besar butter @ marjerin)
Kismis

Caranya:

Telur, susu cair + air dan esen vanila pukul sebati
(saya guna blender)
Kemudian tuang dalam loyang dan ambil lebihan roti tadi, siat kecil-kecil dan sebatikan
Tuang minyak masak dan gaul kan hingga sebati
Last sekali masukkan kismis dan ratakan

Panaskan oven suhu 180
Bakar 50 minit
(resepi asal 40 minit)

Lepas bakar malam tadi. Sempat makan sepotong. AI makan sepotong. Rasanya boleh tahan. Sedap bagi saya dari yang AI bawa balik dari office tempohari. Sebab yang saya buat ni lembut sikit dan tak muak nak makan. Ada ayat memuji diri sendiri nampaknya di situ :) ini komen ikhlas. Ada sesiapa nak cuba silakan, dan bagi tau saya rasanya ya... 

Rupa yang dikeluarkan dari peti sejuk. Bagi Iman makan. Sikit je dia makan. Dia tak suka roti :(

29 ulasan:

  1. aduhai byk betul resepi kena cuba bulan pose ni hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya nampak..!
    pernah buat puding ni, tapi lama dah la...

    BalasPadam
  3. Walaupun bahannya banyak berbeza yang penting rasanya tetap 'ada'. :)

    BalasPadam
  4. Semua dok tunjuk jea gambar makanan tu sedap makan ni sedap...anta la kat sini nak rasa sedap ke taknya...Saya kat sini dok kempunan jea tgk...ciann saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh sgt lah en abil nak pi hantar ;) jgn lah sampai kempunan... kesian mendengarnya...

      Padam
  5. wahhh tgk gambar pun tau macam gebu lembut ....
    tq kongsikan resepi .. mane tau blh cuba nnt kan...

    BalasPadam
  6. salam ummi iman....sedapnya...glurppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sya.. belum rasa dah ckp sedapnya :)
      Bg alamat blog ya.. Tak boleh nak trace pula :(

      Padam
  7. Resepi ui mudah la..jd dgn jayanya pula tu.. Kena rajinkan diri nak mencuba ni, roti pun dah nak expired.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba.. tak jadi jgn marah saya ya hihi

      Padam
  8. akak..terliur suda eca =(
    ptg ne xkira,nak cari roti kt mana2x...nak buat!!!.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat nanti tunjuk hasilnya ya..

      Padam
  9. Sedapnya Rose.Sepanjang puasa ni sis akan datang dan penuhkan tabung Iman.

    BalasPadam
  10. wah...macam kek plk puding roti rose ni..ni buat terliur ni..lama dh tak buat..

    BalasPadam
  11. lapa plak perot iman tgk tekstur puding 2
    tetibe wat breakdance perot nh plak

    BalasPadam
  12. wah, tak sabar nak menjamunya..

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ummi...memang best bila buat berbuka nanti...:)

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum wbth...

    Wah.....roti buat cam tu pun sodap.....
    pe pun selamat menjamu selera nanti sis...masa berbuka puasa kelak...

    BalasPadam
  15. saya ni kurang gemar dgn puding...1 jerr puding yg di makan...puding custard yg diletakkan kek...cadangnya nak buat esok =)

    BalasPadam
  16. sedapp nyee
    oo adik x letak majerin yee
    gantikan ngan minyak ...
    hurmmm leh cuba yg macam nie pulak ;)

    BalasPadam
  17. alahaii sedapnya..bila la sy nak merasa ni..nk buat x terbuat-buat lagi..:)

    BalasPadam
  18. nampak sedapnyer kak puding roti tu...wani copy resepi yer....nk cuba juga ni...xmenahan tengok eheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba waniey... agak2lah bahan tu dengan roti yg dibuat ya. Sebab itu balance roti dari roti aiskrim goreng.

      Padam
  19. nampak cantik puding roti ummi iman.sy mmg tak suka puding.lagi2 ada kismis,mmg tk berapa minat.klu kismis makan gitu jer sy sukalah..lgpun bulan2 posa cengini mmg tak laku puding ni semua kt rumah sy..

    BalasPadam
  20. nampak sedap.tp xleh buat yg bakar sbb xde oven.dok buat puding roti kukus je.

    BalasPadam
  21. saya tak makan pulak puding roti ni kak.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...