بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 17 Ogos 2012

Persiapan di saat-saat akhir

Assalamualaikum

Debaran nak raya kian terasa. Sedih juga nak meninggalkan Ramadhan tahun ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Bila makin hampir nak menyambut aidilfitri makin sibuk jugalah mencantikkan rumah. Semalam dalam masa 1 jam lebih je semua siap ;) menyapu, mop, ubah suai perabot, tukar langsir dan membuang habuk-habuk. Hebat tak? Lepas tu pinggang mula rasa nak sakit.

Ambil peluang masa ayah Iman pergi tarawih. Nak buat surprise lah konon. Ayat mula-mula keluar... "takde ruang dah Iman nak main". Banyak lagi ruang ada. Rasa aman sikit semalam.. sebab Iman dah tak boleh lari-lari jarak jauh ;) kalau tak, lari.. Lepas tu melompat naik atas sofa. Tengok ummi dia mengemas dia pun sibuk nak tolong. Ada sekali kena cubit ;) garang tak ummi dia.. Iman cakap "adoi akitlah.." tu lah ummi cakap banyak kali tak mau dengar. Habuk.. nanti selsema pula.

Yang menariknya Iman excited tengok rumah yang dah berubah wajah takdelah dia usik-usik. Dia pun pandai je ambil stool tolak kat coffee table. Nak tengok wajah baru rumah saya tak? Biasa-biasa je, takde apa yang special pun. Cuma kedudukan je yang berubah ;)

Sempat jahit kusyen untuk dua buah kerusi jati tu pagi tadi.. empuk sikit nak duduk ;) mood dah datang sekejap je boleh buat. Padahal dah lama tersimpan dalam almari kekabu dan kain tu. Sebelum ni jahit untuk kerusi jati yang belah kiri tu je.. atas coffee table tu plastik ;) meriahkan coraknya. Rasa kelakar pulak ;) sedondon dengan alas meja makan dan meja bulat kat tepi tu...

Stool hijau tu idea Iman ;) pandai je kan..

Dua hari lepas repair kereta, habis ribuan jugalah. Belum masuk hari ni.. Nak kena tukar tayar dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah baru ni AI dapat rezeki lebih. Kalau tak.. sakit jugalah.

Hari ni juga baru nak mengemas pakaian. Rasanya kami bergerak balik kampung AI esok pagi. Tak jadi join sepupu AI. Nak balik pukul 2 pagi memang tak larat. Mesti mengantuk dan letih. Harap-harap tak jem lah esok. Kalau jem.. nangis lah.. Sebab Ahad raya kan? Pasti kepenatan lagi hari raya pertama tu nanti. Biasa kami balik 2 hari sebelum raya. Tapi AI tak mahu rushing. Maklumlah hari ni baru start cuti.



16 ulasan:

  1. selamat pulang...iman dapat duit raya bagi ummi simpan tabung tau ..hehe

    BalasPadam
  2. As salam Ummi Iman,

    Wah, cantiknye rumah! Ala2 English gitu! :))

    Akak mesti terror menjahitkan... bestnye... marya tak pandai, jahit tgn boleh lah itupun jahit jelujur je...hehehe... Selamat Hari Raya! Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu Minal aidin wal faizin... :))

    Raya ni cuti blogging jugak ke?

    BalasPadam
  3. ika tak kemas lagi rumah.hikhik

    BalasPadam
  4. nak raya nie memang lah kan dikk
    macam2 hal lak jadinya
    yg utama kereta lah .. x servis x leh pulak
    sib baikk ada lebihan kan .. kalau tidak sakit jugak ;)

    BalasPadam
  5. wahhh..dah kemas rumah ya dik..cute dan comel jer ruang tamu tu.... mood mngemas akak dah masuk ke laut...hehehe

    Selamat Hari raya dan selamat pulang ke kampung...
    Semoga sntiasa ceria di hari raya.....

    BalasPadam
  6. Dah siap mengemas rumah, MJ je baru dalam proses :)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kak :D

    BalasPadam
  7. rajinnyer dia.. memang kalau nak buattu sekejapjerkan.. tapi kalau ikutkan malastu memang alahailer...
    kereta memang eloklah diservis untuk keselamatan seisi keluarga..

    BalasPadam
  8. wahhh dah siap kemas dah yer...rumah dah kemas baru tenang nk balik kmpong kan...hehe

    BalasPadam
  9. pandai jahit UI ni ;)

    selamat hari raya maah zahir batin buat UI n co ;) ssemoga selamat n lancar perjalanan balik kelntn ;)

    BalasPadam
  10. asalamualaikum ummi...mama pun buat persiapan akhir tadi rasa mcm nak pengsan jer tapi alhamdullilah settel semuanya...:)

    p/s n3 nyer ptg nanti mama postkn...hehehehe

    BalasPadam
  11. lega semua dah sattle kan..semangat rasa nak sambut raya..:)

    nampak selesa dn yg penting ruang untuk iman berlari dh terhad..senang la ummi kalau x risau jer kan takut jatuh..hihi

    pandai ummi jahit sarung bantal..

    rumah iza pun bar semalam start berkemas..lega hari ni duk dlm suasana baru juga..:)

    BalasPadam
  12. assalamualaikum...

    besarnya ruang tamu rumah, pttlah iman boleh lari² sakan...

    semoga segalanya dipermudahkan..

    selamat hari hari raya...

    BalasPadam
  13. kemasnya rumah akak...
    bila dah cun2, mmg terasa debaran rayakan..

    BalasPadam
  14. dekat2 nak raya macam tu la. kemas sana sini. maklum la nak balik cuti. takkan nak tgglkan rumah bersepah, ye tak?!

    BalasPadam
  15. cantik ruang tamu rumah akak :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...