بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 27 Ogos 2012

Perjalanan balik yang panjang

Assalamualaikum

Saja-saja letak gambar ni... Suka tengok sebab ada tulisan jawi :)

Penat balik dari Kelantan masih terasa-rasa lagi... Hari Sabtu bertolak dari Wakaf Bharu pukul 10.30 pagi. Sampai Kuala Krai 3.30 petang. Cuba kira berapa jam nak sampai? Berhenti solat Zohor sekejap dan cuci hadas besar Iman sekali di Masjid. Lokasi tak ingat. Tapi sebelah pejabat PAS. Masa tu dah tak larat nak duduk dalam kereta.

Sampai je Kuala Krai cari nasi dengan sup perut. Tak lupa daging bakar. Sedap. Tahun lepas makan dah kat sini sebelum balik. Tu yang teringat nak singgah. Memang tengah lapar.. puashati.. hilang terus penat. Iman tidur masa ni. Alhamdulillah Iman tak meragam atas kereta.

Lepas makan pergi rumah ayah mertua kat situ. Tapi dia takde. Keluar ada urusan. Jadi kami pergi Mekebang, rumah arwah pakcik ayah Iman dulu. Tahun lepas tak sempat nak singgah. Sambung makan lontong pula. Sedap. Tak sangka orang Kelantan pandai buat lontong ;)

Pukul 5 petang gerak ke Kuala Krai balik. Lepas maghrib keluar pusing-pusing bandar Kuala Krai. AI ingin mengimbas kenangan lama di sana sementara menunggu abah AI sampai. Jalan masih jam lagi.. tu yang lambat.

Dalam pukul 9 malam abah AI sampai rumah. Sembang-sembang... pukul 10 malam baru gerak semula. Masa tu kereta masih banyak tapi bergerak. Saya bawa sekejap kereta sampai ke Gua Musang. AI mengantuk sangat masa tu.

Masa AI bawa saya pula tertidur. Mengantuk yang amat. Sedar sekejap lepas tu tidur balik. Tapi perasan yang AI bawa laju juga. Sempatlah tegur-tegur.. Bila saya tertidur laju balik dia bawa. Sampai Bentong AI tidur sekejap. Sambung balik perjalanan. Masa sampai Karak memang saya tak sedar pun. Tau-tau dah sampai KL. Sedar balik dah sampai Port Klang ;) kesian sungguh driverkan?

Masa sampai Port Klang pukul 6 pagi.. masa tersedar tu ternampak orang terbaring atas jalan. AI kata jangan tengok.. tapi saya tengok juga.. nampak darah mengalir dari kepala. Jarak dia dan motor sangatlah jauh. Rasanya dia kena langgar dari belakang.

Sampai rumah 6.30 pagi. Lepas solat subuh, masing-masing tidur. Bangun pukul 11 pagi. Masak makan tengahari. Tak lama lepas tu pakcik dari Melaka sampai rumah. Sebenarnya nak pergi rumah mak. Tapi mak ada rumah saya, maka jumpa saja di rumah saya. Bolehlah pakcik saya tu kenal rumah. Belum pernah sampai lagi sebelum ni. Lepas je mereka dan mak balik (adik ambil) Kami sambung balik tidur ;) penat. Iman pun tidur juga...

Setiap kali raya memang merasalah bersesak-sesak di jalanraya. Kena buat perancangan yang betul untuk tahun depan.

23 ulasan:

  1. itulah sebabnya kami suka balik kampung selepas solat raya, gerenti perjalanannya lancar & perut sentiasa kekenyangan, maklum le singgah sana, singgah sini..

    BalasPadam
  2. eh,jauh juga perjalanan tu ye kak..hubby org kuala krai ke?...kn eca org sana.....

    penat dlm keta smpai tertdur2 eh

    BalasPadam
  3. sy balik pagi raya...lancar dn lengang..hihi

    selalu memang gitu la kan..nak xnk memang kena hadap la jam di musim perayaan ni..yg penting berbaloi sebab dapat jumpa keluarga tercinta..:)

    BalasPadam
  4. UI takpe sesak tu jumpe setaun sekali kehkeh...

    p/s: mcm ngeri je xciden tu T_T

    BalasPadam
  5. Salam UI,
    perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan,.
    Setiap kali mummy nak balik besut, mummy akan mengeluh berat w/pun bila dah sampai kat kampung tu hepi tak ingat dunia,.
    Every year is like that, kadang2 fikir jugak, kita rancang ler camaner pun, bila dah sampai time raya tu, kita akan tempuh perkara yang hampir sama juga, jem!
    Tahun ni mummy tak balik raya :(

    BalasPadam
  6. fuh memang jauh perjalanannya ye dik
    dpt akk rasakan penat dlm kereta aje , kalau akk lah hhuhu
    aah lepas nie memang kena ada perancangan yg rapi , kalau tidak bersesak dlm jem tu x tahan dik huhuh

    BalasPadam
  7. adeh yang membaca pun terasa penatnya ni...

    tak tahan dengan jem di jalanan.. itu belum anak2 buat karenah lagi tu

    BalasPadam
  8. Fuhhh!! dekat 5 jam dalam kereta tapi amsih di Kelatan, memang jem giler :)

    Penat rasa dok dalam kereta lama2 kan :D

    BalasPadam
  9. hoho...penat yang amat sangat bila membacanya...dulu masa belajar pernah jugak la merasa 12jam perjalanan dr KL ke k'tan time raya..now dh duduk t'ganu n dh ada highway baru kat t'ganu ni...paling lama pun 6 jam tiap kali balik kg...

    BalasPadam
  10. jaunya..tentu penat, tambah2 driver..lagilah penat..
    akak tkar sekejap je ye..hihih

    BalasPadam
  11. is pun penat jugak membaca perjalanan ni.. tapi kalau xciden2 ni.. takutnyer nak tengok.. huuu~ moga Allah selamatkan perjalanan kita semua.. amin (T___T)

    BalasPadam
  12. jauhnya..mmg penat driver..kita yg duduk pun penat..

    BalasPadam
  13. fuhh jauhnya...mesti kebas punggung kan...

    BalasPadam
  14. mmg penat..kan..rasa nak tidor jer....

    BalasPadam
  15. assalamualaikum ummi...jauh perjalanan tu apa2 pun akhirnya selamat sampai...:)

    BalasPadam
  16. Assalam Rose.
    Jauhnya perjalanan tu ye,okay la selamat sampai juga.Sis kalau perjalanan tu jauh mesti tertidur dalam kereta.

    BalasPadam
  17. salam ummi iman...
    dh lme x rsai pjlanna jauh ni.. kalo dulu msa zaman blajo..biasa sgtla..

    BalasPadam
  18. Salam ummi iman...:) salam aidilfitri..:)

    BalasPadam
  19. ya allah jauhnya ..... seharian perjalanan ....

    kami yg beraya dalam kereta x drive jauh pun kepenatan...

    BalasPadam
  20. jauh yer perjalanan akak...wani baca pun nampak letih hihi

    BalasPadam
  21. Panjangnya perjalanan..mesti letih bila sampai destinasi terakhir..

    BalasPadam
  22. alhamdulillah... belum merasa betul2 sesak dlm perjalanan balik. sikit2 tu ada la.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...