بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Jumaat, 31 Ogos 2012

Pentingnya ilmu dalam kehidupan

Assalamualaikum



Maksud ilmu dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. (sumber)

ILMU adalah suluh dalam kehidupan dan ia memberi makna pada diri. Tanpa ilmu, manusia dalam kejahilan dan meraba-raba mencari makna diri dan makna kehidupan. Pendidikan adalah suatu proses mengadabkan insan. Insan tidak hanya diajar tentang sesuatu, tetapi bagaimana sesuatu itu dapat membentuk diri dan sikap sehingga memberi kesan perubahan yang baik. Ilmu dan pendidikan sifatnya saling melengkapi kerana ilmu tanpa pendidikan ibarat ramuan yang tidak diolah dan pendidikan tanpa ilmu ibarat perjalanan tanpa pedoman. (sumber)

p.s: Teringat kata-kata ayah Iman... jika kita berdebat dengan orang yang jahil, kita turut sama jahil macam mereka...  entri ini sebagai peringatan sahaja. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Adakala mendiamkan diri itu lebih baik. Kerana makin banyak bercakap makin banyak kekurangannya. Wallahuaklam.


18 ulasan:

Cik Nur berkata...

betul tu, mmg kita akan kalah bila berbicara sesuatu dengan org yg jahil..

dan apa yg ayah iman kata tu betul..

izz iizza berkata...

betul..betul..iza setuju ngan benda ni..

baru tahu nama tuan blog ni rose..pasni iza panggil rose la ya..:)

Tihara berkata...

orang kata bodoh takleh diikut, cerdik takleh diajar..
btw saya selalu panggil umi, pasni panggil rose k.. :)

Cikgu Ma berkata...

beramallah dengan ilmu kerana org yang tidak lebih baik dari orang berilmu yang tidak beramal..

salam merdeka :)

Puan Kutu berkata...

org yg jahil memang sentiasa menang,so sokong ummi iman,lebih baik diam..:)

Ummi Iman berkata...

boleh izza..

Ummi Iman berkata...

Ok :)

Ummi Iman berkata...

Adakala lebih baik mengalah, lebih cepat selesai masalah

Ummi Iman berkata...

Betul... Salam kemerdekaan juga dari saya :)

Ummi Iman berkata...

Biarlah diam berisikan? :)

ieda berkata...

ya dik
makin banyak ilmu makin sedar kita akan kelemahan kita
patutlah org tua2 cakap ilmu adalah salah satu tiang agama :)
sharing is caring
TQ dear ..

Bulan Syurga Firdausi berkata...

lebih2 lagi dgn orang yg terlalu banyak bertanya kenapa kenapa kenapa kenapa kan :)

TiranaAduka berkata...

salam sis....
ekekekkeke....nak panggil ROSE jugak..!!!!!

Thanks sis sharing ilmu yg bermanfaat buat semua pembaca

C'Jai berkata...

dari dulu lagi memang suka kata2 ni..sangat terkesan...buat peringatan untuk diri sendiri..

eita berkata...

ilmu harus di cari walaupun sehari 1 ilmu

aimaniman berkata...

salam merdekaraya..

untngnya orang yg mengutamakan ilmu.. disanjung dan dimuliakan sepanjang masa berbanding yg cetek ilmunya...

sal ya berkata...

ena tambah ilmu walaupun sedikit. jgn jadi orang jahil kan.

Wanieys berkata...

setuju dgn kata2 ayah iman