بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 5 Ogos 2012

Kerepek, biskut dan sampul duit raya Petronas

Assalamualaikum

Malam semalam pergi Kerepek House, Banting. Aktiviti biasa setiap tahun tiap kali nak raya. Cari kerepek dan biskut. Kali ni ayah Iman yang buat pilihan membeli. Kebetulan member office AI ada buat kiriman. Saya teman Iman yang sedang tidur dalam kereta. Ayah Iman ditemani nenek dan acik  Iman yang turut memilih kerepek.

Selesai membeli di Kerepek House, kami singgah pula ke Ros Kerepek. Lagi sekali AI yang keluar kereta untuk membeli. Kali ni nenek Iman dah surrender. Terkejut banyak pula habis membeli di Kerepek House tadi ;) AI memang kira dulu sebelum bayar :) sebab tu AI tak bagi saya beli agaknya ;)

Lepas pergi Ros Kerepek, tak sahlah kalau tak singgah rumah pakcik saya. Dekat je dengan Kerepek House tu. Nak masuk rumah pakcik saya tu ada signboard Ijah Kek. Makcik saya ni selain buat kek buat biskut raya juga. Memang bisnes yang berjaya setiap tahun macam tu. Kalau dah singgah mesti sakan bersembang. Lama jugalah AI menunggu dalam kereta :) mak saya yang paling bertuah. Mesti dapat biskut raya percuma. Banyak pula tu.. kali ni siap dapat telekung free lagi..

ini sahaja yang saya beli dari makcik saya tu.. AI dah pesan jangan beli banyak-banyak. Nanti tak habis.

Tiap kali nak raya mesti kena ada angpaukan? Sajalah nak tunjuk sampul duit raya Petronas yang AI bawa balik tempohari. Sebelum ni takde pun. Jenuh jugalah mencari sampul. Biasanya dapat dari bank dan ada juga dari pasaraya. Tahun ni tak perlu nak cari. Dapat banyak pula tu. Macam banyak je nak suruh bagi kan? ;) sampul dah ada tapi duit rayanya masih belum tukar lagi.

cantik tak? Bintang tu macam lambang kristmas pula.

Minggu depan giliran kereta pula untuk dibuat apa yang patut demi keselamatan sepanjang perjalanan. Part paling banyak kena keluar duit :( Takpelah.. yang penting keselamatankan. Tengah berkira-kira nak cari lagi satu... Kereta yang ada sudah lama sangat berbakti dan agak berusia. Kena rehat dari jalan jauh.

27 ulasan:

  1. Kat selangor memang banyak ye perusahaan kerepek... tentu dapat murah bila beli di 'kilang'..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg murah cik jai.. jauh juga nk ke sana

      Padam
  2. Cantik jugak sampul duit raya petronas tu..

    Nak 1 boleh?? heheee ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sampul je boleh hihi

      Padam
    2. Sampul pun takpe, leh simpan buat kenagna...heheee

      Padam
  3. Cantik sampul duit raya petronas tu.Part kerepek mmg tiap2 tahun kena beli....tapi tahun ni nak beli sikit2 aje.

    BalasPadam
  4. sampul duit raya tu cantik la hihi

    BalasPadam
  5. Salam Ummi iman...lom dapat lg sampul duit raya free nih :)

    BalasPadam
  6. sampul thn lepaspn byk lg berbaki..

    BalasPadam
  7. sy tak beli kerepek.mak abah dh beli kacang2 rasanya utk makanan ringan.klu ada bahan mau saja sy buat kerepek sendiri.wah rajin sy kan!

    BalasPadam
  8. wah..dah beli kueh raya ye.. :)
    sampul petronas tu cantiklah...

    BalasPadam
  9. ummi iman suke gak ek kuih tart 2??iman suke borong kerepek kt sg besar meme bez la..sekali lalu nk balik kg 2

    BalasPadam
  10. tak awal ke beli sekarang..hihihi..saya last minit beli sbb beli awal,..cepat habis...

    BalasPadam
  11. petronas dah ada bagi angpau yer..sy x dpt lagi..:)

    biskut raya tahun ni pun sy beli ala kadar jer..teringat tahun lepas..banyak sangat berbuang sbb x bermakan..pembaziran tul rasa..

    kalau popia mini beli banyak x rugi..comfirm memang tu yg habis dulu..:)

    BalasPadam
  12. Wah..... Dah buat persiapan kuih raya...... Saya takleh nak beli awal, takut abis sblm raya..... Org kat umah ni memang antu kuih:-)

    BalasPadam
  13. byknyer kuih raya, nory kuih raya 3 jenis je tahun ni, yg lain byk kerepek je...hehe..

    BalasPadam
  14. org2 kat sini ramai pi banting beli kerepek..ada yg siap bisnes lagi..

    BalasPadam
  15. cantik plak tengok sampul petronas tu...hihi

    BalasPadam
  16. Akak bli kepek kat air hitam jhr je bila blik kg nanti...
    akak dpt sampul duit raya al amin kids time bli bj raya budak2.. nanti bli minyak bleh minta dr petronas sbb special arr sampulnye

    BalasPadam
  17. cantik sampul petronas tu..

    saya belum beli lg kang tinggal bekas je raya nanti

    BalasPadam
  18. assalamaualikum wbth...

    cantik gak sampul petronas tu....
    wah dh shooping kueh raya...adus..saya belum lagi....

    http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/08/kesihatan-tiranaaduka.html

    BalasPadam
  19. kepek mmg wajib ada time raya..paling laku bile letak dlm balang, kdg2 tuan rumah tukang perabiskan..huhu..

    Byk sampul tu, cantik! if x habis gna simpan tahun depan. :-)

    BalasPadam
  20. krepek time raya sedap mkn tu.. sedar2 dah hbs sebalang hihii

    BalasPadam
  21. kuih raya kena beli yang saya makan. sebab kalau tak habis pun saya boleh habiskan. hehehe..

    BalasPadam
  22. kerepek jufa jadi pilihan kan? emm betullh duit raya lom tukaq lg

    BalasPadam
  23. hujung minggu ni baru cdg nak beli kerepek hihihihi .. kalau dah habis, beli ape yg ade jer lah kat sg. lang tu ..;p

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...