بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 20 Ogos 2012

Cerita raya pertama...

Assalamualaikum

Pagi-pagi Syawal seawal pukul 5.30 pagi dah bangun mandi dan solat subuh. Mak mertua sedang sibuk kukus nasi dagang ;) menantu.. tengok je :) lepas tu bakar sate pula. Menu wajib setiap kali raya.

Tahun ni saya berkesempatan pergi masjid solat sunat raya aidilfitri. Pergi bersama sepupu dan anak saudara ayah Iman. Isi khutbah raya yang cukup menarik. Tentang perlunya istiqamah dalam amalan yang kita lakukan dan bagaimana caranya. Juga tentang manusia yang masih melakukan dosa di bulan Ramadhan dan akhir sekali yang menarik dan buat saya terfikir tentang kebenarannya ialah apabila imam menyentuh isu kurangnya doktor wanita di wad bersalin. Bagaimana cara untuk menangani masalah ini. Kerajaan harus buat sesuatu kerana dosa mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim akan ditanggung oleh mereka. Yang tiada masalah kewangan mungkin tiada masalah. Dulu saya fikir ianya perkara yang darurat bagi mereka kerana tidak berpeluang memilih. Tapi bila difikirkan balik dan seperti apa yang dikatakan.. dosa tetap dosa. Bergantunglah siapa yang kena tanggung dosa tersebut. Manusia selalu terlepas pandang perkara macam ni.. Semoga ada yang cuba dan berusaha menangani masalah kekurangan doktor wanita di wad bersalin.

Lepas balik solat... Pergi ziarah kubur arwah atuk dan nenek AI. Iman masa ni macam berada di taman pula.. ;) tengok orang cabut rumput, dia pun nak cabut. Cuaca panas di Kelantan. Balik dari kubur.. pergi Kota Bharu sekejap, nak suruh Iman tidur sebenarnya. Dia pun turut bangun awal pagi. Macam biasa saya bangun, dia mesti sedar.

Masa ni sepupu dan mak saudara AI datang. Berkesempatan jumpa anak sepupu AI yang bersalin baru-baru ni...

Bersama baby Husna yang cute.. Muka mengantuk dan tanpa sebarang make up. Nak letak juga.. sebab takde gambar lain :(

Lepas mereka balik dalam pukul 3 lebih pergi Kuala Krai.. jumpa abah AI. Jalan jem.. saya ambil peluang tidur atas kereta. Mengantuk sangat. Lepas maghrib baru balik semula ke Kota Bharu. Tidur lagi... Iman pun tidur. Penat sangat agaknya..


p.s: tak berkesempatan nak ambil gambar kali ni.. masa suntuk sangat... bila berpeluang Iman pula tidur... jadi esok kami semua berpakat nak ambil gambar bersama famili AI. Lokasinya belum tahu.. tapi dah tentu bukan baju raya ;) ingat nak pergi studio bila balik nanti ;)

11 ulasan:

  1. Akk ke kubur pg tadi :-)

    BalasPadam
  2. penat dok dlm kete je lasbnrnyer.

    BalasPadam
  3. "Muka mengantuk dan tanpa sebarang make up ;)
    Nak letak juga.. sebab takde gambar lain"

    menjadi perhatian gua.hehe..nice blogging
    selamat hari raya :-)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum wbth..

    Selamat Hari raya .....Maaf zahir Batin dari Tirana Aduka Sekeluarga,,,

    BalasPadam
  5. ala.. nape saya tak boleh nampak gambar ni ....

    takde gambarnya pun... huhuhuhuhu .. pc problem ker???

    BalasPadam
  6. Salam UI,
    Wah, cepatnya update cerita raya. Bagusnya,
    Mummy masih lagi tak berkesempatan nak update..
    Kali ni mummy tak balik beraya di besut,
    Hanya beraya di Kl dengan penuh keterasingan..
    Salam Aidilfitri..

    BalasPadam
  7. sy pun tak bergambar raya taun nie.sbb tak beli kamera lg.haha..

    BalasPadam
  8. ada juga gambarkan, nur langsung xde..huhuhu..
    hari raya mmg sibuk xhengat dunia..huhuh

    BalasPadam
  9. gambar pun tak banyak thn ni. tapi bab doc tu mmg betul. ramai sgt doc lelaki. tapi alhamdulillah... saya dpt doc perempuan dgn yg sambut pun nurses je.

    BalasPadam
  10. comelnya baby husna..putih mulus jer..:)

    BalasPadam
  11. iman pun bangun awal juga yer hihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...