بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 12 Ogos 2012

Bahang nak raya...

Assalamualaikum

credit  abgteror.com

Maaf ya sekarang masa untuk meng'online'kan diri agak terhad. Bahang raya kian terasa, maka empunya diri pun turut berbahang juga dengan persediaan yang perlu dilakukan. Walaupun belum start 'enjin' sepenuhnya. Jangan gelakkan saya ;)

Tahun ni sama macam tahun lepas, akan beraya di kampung halaman ayah Iman di Kelantan dahulu. Nampak macam tak adil ya? Saya harap mak saya memahami.. jangan merajuk ya mak.. kita selalu jumpa. Tapi ma ayah Iman jarang boleh jumpa. Anak 2 orang je pula tu. Boleh terima ke alasan tu? Kami memang jarang balik Kelantan. Raya je lah baru boleh balik. Macam rakan-rakan yang dari awal ikuti cerita saya pasti tahu. Masalah pengangkutan yang agak uzur. Mileage pun dah cecah 300k ke atas. Maklumlah asyik jalan jauh dan umur pun dah sebaya usia perkahwinan kami. Semua harta kami kebanyakannya memang masih setia bersama. Biarlah semuanya dah betul-betul uzur baru cari pengganti ;)

Terakhir sekali alasannya 'driver' pun dah tak larat nak bawa kereta lama-lama. Masa awal-awal kahwin dulu 8 jam dah boleh sampai. Sekarang ni dah ada Iman dah jadi 12 jam baru sampai. Kalau masuk jem lagilah berbelas jam.

Memikirkan orang yang beraya di Kelantan semakin ramai setiap tahun, rasa 'seram' je kalau bertemu dengan 'encik' jem di jalan. Bayangkanlah bermula dari tol Gombak hingga ke Lipis jalan merangkak-rangkak. Pernah masuk jalan alternatif, lalu ikut kawasan felda. Dah malam masa tu... terjah je lah. Dalam hati saya tak putus-putus baca ayat kursi. Takutlahkan ada apa-apa yang melintas. Jalan tak berlampu, kereta pun takde. Kalau kalian pun mesti seram juga kan?

Itu dalam perjalanan, bila dah sampai Kelantan, nak keluar ke Kota Bharu yang ambil masa 15 minit dah bertambah minit-minitnya. Harap jambatan Sultan Yahya Petra tu dah siap. Kalau tak memang 'bercintalah' nak keluar. Sesak sungguh.

Teringat ada orang yang suka bila bersesak-sesak balik kampung. Sebab katanya baru terasa suasana balik kampung ;) kalau kenderaan sedap takpe juga. Ni macam 2 tahun lepas, banyak kenderaan tersadai tepi jalanraya. Kenderaan pun tahu penat juga :)

Sebenarnya nak cerita tentang lain... tapi lain pula cerita yang keluar. Semoga kalian semua dah buat persiapan untuk pulang ke kampung. Sila pastikan semuanya selamat dan tiada yang tertinggal ya..


p.s: Terima kasihlah puji blog saya cantik ;) ada hikmah juga rupanya bila dilanda masalah. Memang betullah kan setiap ujian dari Allah tu tanda Allah sayang pada kita :)

23 ulasan:

  1. memang pun dik ..
    dimana2 skrg nie terasa bahangnyee dah semakin hampir ..
    tulah .. skrg pun dah banyak speed trap , harap2 mana yg balik kg tuu berhati2 lah kan , cek kereta semua .. harap2 selamat didalam perjalanan

    ps : lama rose x ke teratak akk , kenapa ?? merajuk ke ekke .. sebuk yeee .. biasa tuu ada je disetiap entry akk ;) .. its ok dik ..

    salam lebaran dari akk , mohon maaf lahir batin selama kita mengenali di alam maya ini ya .. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kak ieda.. tergelak saya baca.
      perasaan kak ieda sama mcm saya juga. Kalau ada yg selalu singgah tiba2 tak singgah kita ingat dia merajuk dgn kita. Tapi sebenarnya tak sempat2 nak menyinggah ;)

      Jap lagi saya singgah ya..

      Padam
  2. bahangnya kian terasakan.. saya dekat je.. a;or setar dgn sg petani :)

    BalasPadam
  3. sy pun dh x sempat nk berblogging..banyak keje x siap-siap lagi ni..hihi

    memang kalau menuju ke sama jam jgn kata la kan..sy yang nk ke pahang pun pasti akan kena tempiasnya..

    BalasPadam
  4. Akak pun dah jarang2 online,sibuk sgt2.
    Raya kat Kelantan tahun ni ye,mesti bestkan.Akak pun balik kg sendiri di Jengka Temerloh Phg.
    Psttt....cantik blog Rose,sejuk aje mata memandang.

    BalasPadam
  5. belum mula cookies lg, uwaaaaaaaaaaaa!!
    mood kelaut daa

    BalasPadam
  6. meh kasi alamat cepat:

    http://mimialya1.blogspot.com/2012/08/tekaan-terjawab-jua-pemenangnya.html

    BalasPadam
  7. haha..sedangkan iman yg nk balik perak 3 jam je jadik beberapa jam dh lenguh kaki n bontot.kdg2 sesak nfs gak dok dlm kete 2..thn nh je raya sini ntah2 lepas nh iman mcm ummi iman la tiap2 kali raya balik qelantan lu cz 2 yg pling jauh huhu

    BalasPadam
  8. Bila sesak ni memang sakit, tapi betul tu baru terasa bahang nak raya ;)

    Myra alhamdulillah kampung dengan suami dekat je, 1 Hari Raya boleh p belah myra dan belah suami :D

    BalasPadam
  9. kalo nak blk kelantan, kena blk awal2 br x jem.

    BalasPadam
  10. selamat balik kg akak..
    semoga selamat perjalanan balik ke kg dan datang sini balik..
    hati2 di jalan raya.. 'ops selamat' banyak tu :-)

    BalasPadam
  11. saya pun dok tgh tensen bila nak balik raya..walau ikut lebuh raya,...still jam juga....huuhhu

    BalasPadam
  12. semoga selamat perjalanan akak...kalu dgn jem ni mmg tensen kan tp nk buat mcm mn kena lalui juga :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ummi....seronok je dengar kekawan nak balik kg moga sentiasa berhati2 dijalan raya...:)

    BalasPadam
  14. hatap2 tahun ni tak jumpe encik jem :)

    BalasPadam
  15. Betul tu.. mood raye dh skrg ni..on radio je lagu raya hehe:-)

    BalasPadam
  16. UI samelah mmg tiap2 tahun ayah muhammad dah pajak raye kg die tapi disebaban UM pantang lagi..tahun ni raye sini .. ;) sebab kite dah deat dgn mak kitekan..ma die jauh T_T

    BalasPadam
  17. saya pun tak kisah beraya kat mana. sebab puasa selalunya habiskan kat rumah ayah. jadik kalau rasa balik ganu mmg saya on je. cumanya thn ni beraya kat kg saya dulu. itu pun saya yg ajak husben balik sebab kesian jugak kat MIL kalau dia tak balik langsung sebab cutinya pun sampai raya ketiga je.

    BalasPadam
  18. semoga perjalanan balik kg dipermudahkan.. kami ni kg dekat jer hihihihi ... tak lalu tol pun...

    BalasPadam
  19. Salam Rose. jauh tu balik Kelantan, hati2 laa memandu.. jem ni memang x boleh nak elak.. kalau x nak jem kena balik awal tapi nak mintak cuti tu risau x lepas kan.. xpe.. raya di mana2 pon sama.. kemeriahan tetap terasa.. take care ye

    BalasPadam
  20. sy pulak gilir2 raya.. thn lps umah parent hubby thn ni umah parent sy.. lgpun kami xdalah jauh sgtkan.. skdar chemor n parit buntar je...

    tp mcm parent sy dulu ms kami duk trg, kalu time raya ada cuti pnjang, mmg kami akn balik beraya perak.. yela, kt trg, ari2 jumpa nenek saya kan tp kat perak harapkan hari raya je la.. :-)

    BalasPadam
  21. sy turn raya ikut suka..jarak kg sy n husband kurang 1 jam..hari raya pertama boleh dua2, cuma pg n ptg je..hihi..
    mmg bercinta time jem2 ni..sy pun x gemar, br jem sikit pun kepala dh sakit..hmm..

    BalasPadam
  22. a'ah..mmg blog akak dah cun..! langsir baru..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...