بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 6 Ogos 2012

Aiskrim goreng memang sedap

Assalamualaikum

Teringat-ingat lagi makan aiskrim goreng 2 hari lepas. Memang sedap. Rupanya bila di simpan dalam tempat beku lebih lama roti tu akan jadi lebih rangup dan garing bila digoreng. Cuma pastikan jangan terlebih tarikh @ expired. Sebenarnya tak sempat nak goreng sehari lepas buat tu. Jadinya 2 hari jugalah baru goreng ;)

Lepas ni nak makan buat sendiri. Teringat harganya bila makan di kedai. Seketul RM2. Banyak untungnya tu.. ;)

Sebelum digoreng

Selepas digoreng. Kenapa yang seketul tu hitam pula ya? Kena bayang saya tu :)
Goreng dalam periuk steel.. kuali malas nak basuh ;)
Memang kena cepat-cepat gorengnya. Suhu periuk steel lebih cepat panas.

Bulan-bulan puasa ni tunjuk gambar makanan pula. Bila tengok jangan bernafsu tu yang jadi makruh ;) tapi rasanya tak bernafsu pun tengok ;) sebab tertutup. Tak nampak aiskrim kat dalam. Tapi memang serius sedap. Rangup di luar lembut di dalam ;) siap ada slogan lagi.. anak-anak mesti suka. Saya yang banyak makan ;) AI dan acik makan seorang satu. Masing-masing buka makan nasi dulu. Saya makan aiskrim dulu :) Iman pula makan aiskrim je... tak suka roti kan...

Caranya mudah sahaja. Ambil aiskrim letak atas roti dan letak lagi satu roti atasnya. Kemudian tekan dengan cawan. Lepas tu simpan dalam fridge. Kemudian bolehlah goreng. Api kena panas sikit. Sebab nak kena cepatkan. Lama-lama nanti cair pula aiskrim tu.


p.s: Lambat tidur sebab tadi dah tidur lepas maghrib. Hari ni mengantuk sangat :(


27 ulasan:

  1. eca nak buat...sbb nmpk ramai sgt org update...tpi bila gi kedai,cari aiskirm vanila.kononnya nk cmpur dgn oreo aiskrim tu,tpi xde aiskrim vanila.trus xde mood nak buat...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak suka beli aiskrim king's perisa vanila coklat. Mmg sedap :)

      Padam
  2. teringin nak buat.tapi kalau goreng ni kan,xmeletup2 ke?

    BalasPadam
  3. akak tak penah lg mkn ais krim goreng ni.rasa tingin pulak

    BalasPadam
  4. dah ada dalam peti tapi tak sempat nak goreng hehehe

    BalasPadam
  5. dah butjuga sekali..mmg best..tp syg roti baki tepi di buang je..sbb time tu x pandai buat puding roti mcm ui.. :p

    BalasPadam
  6. zie jugak yg belum cuba.. hehe

    BalasPadam
  7. Kakcik pernah beberapa kali buat aiskrim goreng ni masa kakcik rajin. :)

    BalasPadam
  8. Rumah kakak nie kalau aiskrim goreng ada bila anak dara kakak cuti sekolah. Kakak malas nak buat..

    BalasPadam
  9. kak iman pon suke..kt cni 5 ketul rm7.disebabkan teringan balun je la

    BalasPadam
  10. tak pernah cuba lagi...lepas ni bolehlah nak buat =)

    BalasPadam
  11. waa...mcm best jer.nak try jugak la nnt.

    BalasPadam
  12. As salam K.Rose,

    Tgk pun tau sedap ni... Bila nak buat ntah...hiks... Nampaknye kena beli aiskrim dululah :)

    P.S. 2-3 harini kite mcm lemau je nak BW semua... ni baru nak start balik...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ummi...sedapnya bila tengok aiskrim goreng ni...:)

    BalasPadam
  14. mcm tu jeke UI buat aiskrim goreng?lor ingatkan susah sgt..nanti nk try..pantang bole maan aiskrim goeng tk? ;D

    BalasPadam
  15. Akak pun dah buat. Anak-anak memang suka. Ibunya lagi suka..
    Teringin nak buat lagi bila baca entri ni..

    BalasPadam
  16. saya sampai sekarang..masih tak ter try lagi...sedap ler tu..kan..

    BalasPadam
  17. ramai yg dah cuba.. nur ingat nanti nak cuba jugaklah...

    BalasPadam
  18. a'aa kan, org jual punya mahai seketoi..

    BalasPadam
  19. yang orang jual tu guna roti ke? pernah makan tapi tak ingat. tapi kalau roti ni husben pernah buat dan simpan dlm tmpt beku tu. memang lepas goreng sedap je masuk mulut. nnt2 boleh buat. tapi husben guna bekas karipap. jadik comel sikit la aiskrim gorengnya tu.

    BalasPadam
  20. sedap kan wani pun dh buat...semua suka hihi

    BalasPadam
  21. rajinnya buat...nampak senang kan..tapi x terbuat gak sy ni...hihi

    BalasPadam
  22. alaa... sy x buat lagi .. mmg teringin sgt nak makan tau ...
    dgr cite ade jual kat baazar mahal yarabbii....

    BalasPadam
  23. Mudah amat caranya ye..... Tingin jg nak cuba..dok denga org kata sedap....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...