بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 19 Julai 2012

Tiba-tiba rasa....

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan kalian pada masalah yang saya hadapi. Alhamdulillah syukur masih boleh buka blog. Bila sedar apa yang berlaku saya dah tukar password dan tingkatkan sekuriti blog saya ni. Itu pun lepas saya checked di google.

Tiba-tiba saya rasa masalah saya berpunca dari entri CikFatihah tu. Perasaan curiga tiba-tiba muncul. Sebab saya tak kenal siapa dia CikFatihah tu. Yang kedua kenapa tiba-tiba dia minta tolong saya. Ada tak sesiapa yang cuba masuk blog dia sebelum ni. Atau ada sesiapa tak pernah terlihat alamat blog dia. Bukan menuduh. Cuma curiga. Lepas je saya masuk blog dia jadi perkara pelik ni. Mungkin itu cara teknik hack yang dilakukan. Saya rasa saya nak buang shoutbox tu. Banyak sangat orang menipu di situ. Sebab tu saya hide. Lepas entri ni. Saya nak buang. Jadi sesiapa yang nak tinggalkan jejak boleh tinggal di ruangan ulasan.

Ruang ulasan pun saya cuma letak orang yang ada ID. Anynamous saya tak mahu. Kebanyakkan anynamous ni suka letak link macam-macam dan tinggalkan kata-kata yang tak baik. Setakat ni saya belum kena lagi. Tapi bila tengok di blog orang lain, anynamous ni yang suka cakap pelik-pelik. Tak maulah usik diorang. Tepuk dada tanya iman. Bukan Iman saya ya ;)

Jadi berhati-hatilah. Kadang bila kita nak buat baik jadi perkara sebaliknya. Banyak juga terjadi dalam dunia realiti. Biasalah kita belajar dari kesilapan. Kadang kerana mereka yang tak jujur ni lah kita jadi takut nak tolong orang lain. Apa pun inilah dinamakan lumrah kehidupan. Kita lalui dengan tenang, yang penting kita dah cuba lakukan apa yang termampu.

Wallahuaklam.

10 ulasan:

  1. ayu tk pernah dgr kes ni..ada jgk erk..

    BalasPadam
  2. risau la takut terkena kat diri sendiri plk ni..

    BalasPadam
  3. skrang ni mmg macam2 pesen org nak menipu.kita yg kononya nak tolong,kita pulak terkena kan.

    BalasPadam
  4. risau kan.. tak pernah kena lg camni... shoutbox kita letakkan sebagai kemudahan untuk bw bila jadi camni adoi...

    BalasPadam
  5. UI setuju sgt dengan ui..kdg pengalamn buat kite yg takut nk buat baik dgn orang..kite tak usik ruma org..orang dtg usik kate kite kat ruma kite sndir..kdg2 orang yg hampir dgn kite tapi tak tau ape yg tak puas hati sgt..

    p/s: sakit pulak punggung ni mase tulis kt sini..nk berank dah ke ni hehee

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..dah ok ye kak..org nak hack mmg kdg2 melalui shoutbox..tapi kita kena hati2..bila kita yakin kita dah log in, tapi bila buka link dari shoutbox minta lig in skali lagi...jgn sesekali log in..semua tu perangkap..

    lepas ni kena hati2 ye...ingtan untuk nur sama ni... :)

    BalasPadam
  7. Ooo..ye ke?
    Hmm..sy pun tak klik link kat shoutbox bila lalukan cursor keluar url mereka yg pelik2 tu.kalau blog address sy terjah jugak :)
    Skg dah ok? hmm..harap tak terjadi pd sy juga..dah la sy tak pakar dalam bab2 mcm ni :p

    BalasPadam
  8. lah yer ker.....
    bahaya jugak yer.. tp shoutbox kdg2 mmg suke link iklan bukan².. jrg sy klik linknya huhuhuhuhu...
    nasib baik blog tak pape...

    BalasPadam
  9. Risau & takutla.. mmg kena berhati2!

    BalasPadam
  10. kena hati2 kak...hacker kdg2 menyamar jer...nasib blog akak ok jer xjadi apa2..hati2 yer kak lepas ni...ingatkan akak kenal dgn CikFatihah tu sbb akak ada tolong bgtau dia nk buat mcm mana kan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...