بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 30 Julai 2012

Solat Dhuha, rezeki tak putus

Assalamualaikum

Ingin berkongsi cerita. Pasti ramai dah tahu kelebihan solat Dhuha. Tapi tak ramai yang istiqamah melakukannya. Termasuklah saya. Alhamdulillah buat yang istiqamah. Semoga rezeki kalian tidak putus. Insyaallah.

Baru-baru ni AI bersembang dengan rakan surau. Yang menarik dalam perbualan tersebut, rakan AI beritahu. Pendapatan bulanannya RM2,500 dan dia mempunyai isteri yang tidak bekerja dan 6 orang anak. Tinggal di rumah sendiri dan ada kereta.

AI tertarik dan kagum dengan ceritanya. AI tanya, macamana boleh cukup sedangkan dia tak cukup jika gaji sebanyak itu (gaji AI tak banyak juga... nak cukupkan keperluan terpaksa buat kerja lebih masa)

Rakan AI beritahu.. sejak dia mendirikan rumah tangga belum pernah dia meninggalkan solat Dhuha walau dalam keadaan uzur sekali pun. Alhamdulillah dia tak pernah putus duit.

Selepas mendengar cerita tersebut, AI dengan semangat mahu istiqamah seperti rakannya itu. Saya doakan semoga dia berjaya menyahut seruan tersebut.

Menarikkan kisahnya. Sebelum ni saya selalu beritahu AI yang terlalu risau tentang kewangan, supaya jangan fikirkan sangat. Soal rezeki Allah yang tentukan. Jika seseorang banyak wang sekalipun belum tentu bahagia selamanya. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata sahaja. Tarik maksud saya mungkin di uji dari segi musibah.

Saya lebih suka lalui hidup seperti biasa. Tidak terlalu memikirkan yang terkehadapan. Kerana kita belum tahu apa yang berlaku kemudian hari. Tapi persediaan itu penting juga, cuma jangan terlalu memikirkan hingga lupa yang Allah itu lebih berkuasa menentukannya. Usaha dan tawakal sudah memadai bagi saya. Biarlah sederhana tapi sempurna jalannya.


Kelebihan solat Dhuha

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sumber: http://www.islam2u.net/

24 ulasan:

  1. samelah saya pun selalu culas buat solat dhuha ni .. kalau bln puasa rami jugak kwn² suke buat sebelum tadarus ....

    lagi satu amalkan baca ayat seribu dinar lepas solat .. insyaallah tak akan putus rezeki jugak .. insyaallah ..

    BalasPadam
  2. Kakcik juga malas hendak memberatkan fikiran dengan memikir twerlalu jauh ke hadapan... ;-)

    BalasPadam
  3. good sharing ummi iman... thanks yer

    BalasPadam
  4. Kakak juga percaya cerita kawan AI itu.
    Sebaiknya kita jadikan amalan kerana masa diambil pun tak lama..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ummi...sungguh Allah mengetahui segala2nya hanya perlu memohon doa dr NYA...

    BalasPadam
  6. insyaallahh dik
    akk pun rajin buat solat nie
    hari nie je x buat huhuhu

    BalasPadam
  7. Sebaiknya kita mengamalkannya kan.. InsyaAllah dipermudahkan rezeki

    BalasPadam
  8. salam ummi iman :)

    mudah2an boleh jadi amalan kan..;)
    insyaallah

    BalasPadam
  9. mmeng betul, but masih ramai yg x terpikir ponw nak buat kan.. neway tq atas info ni!

    BalasPadam
  10. mmg bagus dhuha ni.thnx for sharing :)

    BalasPadam
  11. memg betul..solat Dhuha nih byk kelebihan....

    BalasPadam
  12. mmg bagus solat dhuha ni, nur pun kadang2 terbabas juga..
    dan setuju jugak dgn akak, malas nak berfikiran tlalu kedepan sgt, kalau dulu ye, nur terlalu taksub dgn masa akan datang...huhuhu
    tapi skrang tidak lagi

    BalasPadam
  13. banyak kelebihan solat dhuha ni...sama kita amalkannya...Insyaallah

    BalasPadam
  14. perkara mudah... tapi nak istiqamahnya payah.. moga kita dapat istiqamah.. insyaALLAH (^___^)

    BalasPadam
  15. Betul ckp kawan AI tu,solat dhuha mmg elok di amalkan...InsyaAllah rezeki tak putus2.

    BalasPadam
  16. owhh camtu ker..murah rezeki kalau kita amalkan selalu..info yg bagus ni..:)

    BalasPadam
  17. Memang pada sesiapa yang amalkan Solat Dhuha, rezeki tak putus kunjung tiba... InsyaAllah

    BalasPadam
  18. betul tu. rajin2 la buat solat dhuha.

    BalasPadam
  19. Solat dhuha itu sedekah ~ ruas-ruas tulang & sendi serta pancaindera juga PERLU untuk mengeluarkan sedekah sebagai tanda ketaan padaNya Yang Esa.

    BalasPadam
  20. alhamdulillah.. murah rezeki dia... patut amalkan jugak solat sunat ni

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...